(VIDEO)Nabil Ahmad Mohon Maaf Kepada Luna Maya Dalam MeleTOP
(VIDEO)Nabil Ahmad Mohon Maaf Kepada Luna Maya Dalam MeleTOP |
- (VIDEO)Nabil Ahmad Mohon Maaf Kepada Luna Maya Dalam MeleTOP
- Isu Lawak Keterlaluan Terhadap Luna Maya, Nabil Tak Berhasrat Minta Maaf
- Ramalan Keputusan Anugerah MeleTOP Era Sabtu Ini
- Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana Nikah 8 Mac Ini
- Aiman Hakim Ridza Akhirnya Akui Bercinta Dengan Nur Fathia
- Sudah Mula Beli Barang Hantaran, Nora Danish & Nedim Nazri Kahwin Hujung Tahun Ini?
- Leuniey & Apek Namakan Anak Mereka Kayla Elayna
(VIDEO)Nabil Ahmad Mohon Maaf Kepada Luna Maya Dalam MeleTOP Posted: 06 Feb 2014 03:04 AM PST Sebelum apa-apa, Abang Nara juga ingin memohon maaf kepada Nabil kerana terlepas pandang permohonan maafnya kepada Luna Maya yang telah dilakukan di rancangan MeleTOP baru-baru ini. Makin bertambah ke”respek”an Abang Nara terhadap Nabil. Mengakui kesilapan dan memohon maaf bukanlah satu perkara mudah. Hanya mereka yang benar-benar “gentleman” boleh melakukannya. Semoga dengan permohonan maaf ini, tiada lagi kritikan dan kecaman dilemparkan kepada Nabil. Semoga Nabil juga dapat fokus untuk memberikan persembahan terbaik dalam “final” Maharaja Lawak Mega 2013 esok. Saksikan video permohonan maaf Nabil di bawah:- Baca Yang Ini Pulak:- |
Isu Lawak Keterlaluan Terhadap Luna Maya, Nabil Tak Berhasrat Minta Maaf Posted: 06 Feb 2014 12:47 AM PST Ya lawak Nabil Ahmad terhadap Luna Maya di dalam Maharaja Lawak Mega 2013 minggu lalu memang penuh dengan kontroversi. Banyak pihak menganggap lawak sebegitu tidak wajar dibuat kerana menjatuhkan air muka Luna Maya. Malah ada yang mendesak agar Nabil meminta maaf kepada Luna Maya kerana lawak tersebut dilihat menyinggung perasaan si cantik itu. Namun menerusi portal Astro Gempak, Nabil memberitahu yang dia tidak berhasrat untuk meminta maaf dan kecewa dengan pemikiran sempit para penonton. Kata Nabil:-
Mungkin juga sebenarnya Luna Maya tidak terasa hati kerana setakat hari ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada pelakon Indonesia ini. Atau mungkin Luna Maya tidak memahami lawak yang disampaikan oleh Nabil minggu lalu? Apa pun, esok adalah “final” Maharaja Lawak Mega 2013. Sama-samalah kita nantikan siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara dan sekaligus membawa pulang RM500,000. Baca Yang Ini Pulak:- |
Ramalan Keputusan Anugerah MeleTOP Era Sabtu Ini Posted: 05 Feb 2014 11:41 PM PST Yeah ~~~ Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum berlangsungnya Anugerah MeleTOP Era (AME). Pastinya kesemua calon Top 5 bagi 14 kategori sedang berdebar-debar dan sibuk memancing undi daripada peminat masing-masing. Tak sabar rasanya nak menunggu kedatangan 8 Februari untuk menyaksikan AME secara live di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135), Astro Hitz (705) serta menerusi aplikasi Astro On-The-Go dan laman YouTube Astro Gempak. Bertemakan "Yang Hit, Yang MeleTOP", Anugerah MeleTOP Era akan dikemudikan oleh Dato' AC Mizal, Nabil Ahmad dan Neelofa. Gandingan yang amat menarik. Pasti akan membuatkan para penonton ketawa tidak berhenti-henti. Apa pun, fasa kedua undian untuk menentukan pemenang setiap kategori telah pun dibuka. Orang ramai boleh mengundi calon-calon kegemaran mereka dan menghantar undian melalui 3 cara iaitu:- 1. Cara-cara mengundi melalui empat buah laman web rasmi
2. Cara-cara mengundi melalui kiriman SMS
3. Cara-cara mengundi melalui Aplikasi WeChat
Inilah 14 kategori yang dipertandingan di dalam Anugerah MeleTOP Era kali ini. Menarik-menarik kan kategorinya? Seperti biasa kalau dah ada anugerah, Abang Nara akan membuat ramalan untuk setiap kategori. Kali ini agak sukar untuk membuat tekaan kerana kesemua calon yang tersenarai memang hebat-hebat belaka. Apa pun, yang di"bold"kan itu adalah jangkaan pemenang. Lagu MeleTOP
Penyanyi MeleTOP
Grup/Duo MeleTOP
Program Radio MeleTOP
Penyampai Baru Radio MeleTOP
Filem MeleTOP
Bintang Filem MeleTOP
Program TV MeleTOP
Bintang TV MeleTOP
Bintang Siber MeleTOP
Couple MeleTOP
Artis Baru MeleTOP
Fesyen MeleTOP
Artis Serantau MeleTOP
Amcam tekaan Abang Nara? Rasa-rasa tepat ke tidak? Hanya undian daripada para peminat (andalah siapa lagi) yang bakal menentukan para pemenang. Tak sabar rasanya nak tunggu 8 Februari ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah MeleTOP Era ini, jangan lupa layari www.meletop.com.my, Facebook Meletop, www.era.fm dan Facebook Era FM. Baca Yang Ini Pulak:- |
Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana Nikah 8 Mac Ini Posted: 05 Feb 2014 11:15 PM PST Alhamdulillah. Niat yang baik pasti akan dipermudahkan. Perancangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana untuk mendirikan masjid nampaknya semakin menjadi kenyataan dengan tarikh hari pernikahan telah dapat ditentukan. Ibu Syamsul mengesahkan bahawa anaknya akan bernikah dengan Puteri Sarah pada 8 Mac ini bertempat di Masjid Sri Damansara pada pukul 10 pagi. Manakala majlis resepsi perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah pula akan diadakan pada 18 April Dewan Perdana Felda. Majlis resepsi untuk adik Syamsul iaitu Syafiq turut sama akan diadakan serentak. Sementara itu majlis resepsi Puteri Sarah Liyana akan diadakan pada malam hari pernikahan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam . Jutaan tahniah buat Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana atas berita gembira ini. Jangan lupa jemput Abang Nara. Teringin nak makan nasi minyak. Paling penting nak tengok pengantin baru bersanding di atas pelamin. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar segala perancangan berjalan lancar. Info asal Mstar Online. Baca Yang Ini Pulak:- |
Aiman Hakim Ridza Akhirnya Akui Bercinta Dengan Nur Fathia Posted: 05 Feb 2014 08:38 PM PST Setelah sekian lama menafikan, menidakkan dan membuat kenyataan hanya “kawan biasa”, akhirnya Aiman Hakim Ridza tampil mengakui mempunyai hubungan percintaan dengan Nur Fathia sejak setahun yang lalu. Untunglah Aiman mendapat kekasih yang cun melecun, pandai dan menjadi idaman ramai jejaka. Semoga perhubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Harap-harap tidak putus di tengah jalan. Menariknya sebab Aiman menafikan hubungannya selama ini adalah kerana dirinya seorang yang tradisional dalam bab percintaan. Baguslah macam itu. Bukan senang nak cari orang macam Aiman. Selagi tak “confirm”, memang tak wajar untuk dicanangkan. Kata Aiman kepada Mstar Online:-
Pastinya banyak jejaka dan gadis-gadis di luar sana yang kecewa dengan pengakuan ini. Bagi Abang Nara mereka berdua memang nampak serasi. Semoga hubungan ini akan disegerakan menjadi hubungan yang halal di sisi Islam. Sama-samalah kita doakan. P.S: Toyota Previa dikurangkan harga Baca Yang Ini Pulak:- |
Sudah Mula Beli Barang Hantaran, Nora Danish & Nedim Nazri Kahwin Hujung Tahun Ini? Posted: 05 Feb 2014 07:17 PM PST Wow. Menarik sungguh perkembangan hubungan Nora Danish dan Nedim Nazri yang ditulis menerusi Harian Metro hari ini. Kalau sebelum ini Nora dan Nedim sering menafikan rasa cinta dan tidak memanjang jauh hubungan yang tercipta, kali ini desas-desus menyatakan yang mereka sudah pun mula membuat persiapan untuk perkahwinan yang bakal dilangsungkan hujung tahun ini. Antara persiapan yang kononnya sudah dilakukan ialah pembelian barang hantara sedikit demi sedikit. Malah beberapa pereka fesyen terkenal juga dikatakan sudah berada di dalam senarai untuk mereka busana pengantin mereka. Fuh ~~ Kalau benarlah desas-desus ini, Abang Nara pasti banyak pihak yang gembira melihat dua hati ini akhirnya akan bersatu. Pada pendapat Abang Nara, Nora Danish dan Nedim memang sesuai dan bagai pinang dibelah dua. Kedua-duanya pernah gagal dalam perkahwinan. Kedua-duanya merupakan ibu dan bapa tunggal. Pasti mereka lebih memahami antara satu sama lain kerana pernah melalui sejarah yang lebih kurang sama. Apa pun, sama-samalah kita doakan. Khas untuk tatapan anda, Abang Nara tinggalkan video comel aksi Nora Danish bersama anaknya, Rayqal. Cute sangat!!! Baca Yang Ini Pulak:- |
Leuniey & Apek Namakan Anak Mereka Kayla Elayna Posted: 05 Feb 2014 05:42 PM PST Alolololo comelnya buah hati pengarang jantung si puteri sulung Leuniey Natasha dan Khairul Fahmi ini. Si comel ini telah pun diberikan nama Kayla Elyna. Cantik namanya. Pasti besar nanti akan secantik emaknya. Sekali pandang, Kayla seiras dengan wajah Apek. Orang kata baby girl kalau muka macam ayah besar nanti confirm cun melecun. Semoga Kayla Elayna membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah apabila dewasa kelak. Kepada Apek dan Leuniey, tahniah sekali lagi atas kehadiran cahaya mata anda. Selamat menjadi ibu dan ayah. Lagi beberapa gambar Kayla Elayna dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Anda semua dijemput hadir ke Seminar Usahawan Milenium akan diadakan pada 9 feb 2014 di dewan Astana Era Mewah, Paya Jaras. 150 peserta yang awal akan menerima cenderamata. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari www.janaincome.com.my atau Facebook Seminar Usahawan Milenium. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment