Rozita Che Wan Luah Kata Romantis Sempena Hari Jadi Zain Saidin
Rozita Che Wan Luah Kata Romantis Sempena Hari Jadi Zain Saidin |
- Rozita Che Wan Luah Kata Romantis Sempena Hari Jadi Zain Saidin
- Liza Abdullah Sah Bercerai Talak Satu
- Rapunzzle – Koleksi Pakaian Muslimah Yang Menawan
- Biarlah Mereka Memburukkan Saya – Sharnaaz Ahmad
- Ada Pihak Mahu Lagakan, Jambu Tidak Akan Sertai Maharaja Lawak Mega Lagi
- Video Klip Katy Perry Menghina Agama Islam
- Nisdawati Dakwa Dimarah Dan Dimaki Oleh Sharnaaz Ahmad
- Kami Tidak Pernah Minta Untuk Diceraikan – Nora Danish
- (5 GAMBAR)Adakah Ini Kekasih Baru Aliff Aziz?
- (6 GAMBAR)Lisa Surihani & Yusry Sambut Ulang Tahun Kedua Perkahwinan Mereka
Rozita Che Wan Luah Kata Romantis Sempena Hari Jadi Zain Saidin Posted: 24 Feb 2014 04:08 AM PST Perghhhhh~~~ Memang jiwang dan romantis tahap gaban kata-kata yang diluahkan oleh Rozita Che Wan bersempena dengan hari lahir suaminya, Zain Saidin. Memang confirm cair punya. Kata-kata yang ditulis menerusi akaun Instagramnya menzahirkan rasa bertuah dirinya mendapat seorang suami seperti Zain. Abang Nara pasti Zain Saidin terharu dan tersentuh dengan kata-kata cinta daripada isterinya ini. Memasuki umur 30 tahun, Zain Saidin membuatkan Rozita Che Wan terasa seperti seorang remaja kembali selepas perkahwinan mereka. Tulis Che Ta:-
Di dalam sebuah gambar lain, Rozita Che Wan juga turut berjanji akan mencintai suaminya itu sehingga akhir hayatnya. Tulis Che Ta lagi:-
Romantik kan? Abang Nara pun nak cuba jadi seromantis mereka apabila hari jadi wife yang tercinta kelak. Sikap romantik sebegini sememangnya harus dicontohi untuk memastikan perkahwinan yang dibina sentiasa hangat. Lagi beberapa gambar sekitar sambutan hari jadi Zain Saidin dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Pasangan ditemukan semula di ambang kematian
Baca Yang Ini Pulak:- |
Liza Abdullah Sah Bercerai Talak Satu Posted: 24 Feb 2014 12:46 AM PST Pelakon Liza Abdullah, 50 tahun sah bercerai talak satu dengan suaminya Zolkifli Abdul Rahman, 58 tahun. Lafaz cerai dilakukan kira-kira jam 3.05 petang hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Sebelum lafaz cerai dibuat, pasangan itu menangis teresak-esak dan berpelukan sesama sendiri. Turut hadir ialah 2 orang daripada 4 anak pasangan ini. Mereka berdua telah pun berkahwin selama 26 tahun. Datuk Shah Rezza dan Ziela Jalil, ahli keluarga dan beberapa lagi rakan artis telah datang menemani Liza Abdullah di mahkamah. Liza Abdullah hadir dengan memakai jubah hitam. kedua-dua anak pasangan ini dilihat menangis ketika perbicaraan kes ini berlangsung. Takziah diucapkan kepada Liza Abdullah dan keluarga atas penceraian ini. Semoga ada hikmah di sebaliknya. Info asal Mstar Online. Yang Ini Pun Best Jugak:- |
Rapunzzle – Koleksi Pakaian Muslimah Yang Menawan Posted: 24 Feb 2014 12:32 AM PST Wow. Marvelous, gorgeous dan cantik sangat-sangat koleksi tudung, shawl dan jubah daripada Rapunzzle ini. Abang Nara yang lelaki pun sudah jatuh cinta dengan rekaan Rapunzzle, inikan pula kaum Hawa di luar sana. Kalau wife Abang Nara tengok nie, mesti dia akan terus beli 2,3 koleksi yang ada dijual di www.rapunzzle.com. Apa yang Abang Nara suka mengenai Rapunzzle ialah konsep “express hijab” yang diketengahkan oleh mereka. Kesemua koleksi yang ditawarkan sangat mudah dipakai dan disarung terutama bagi mereka yang di dalam kesibukan dan sentiasa ingin cepat tetapi sangat gemar menggayakan shawl kerana mereka tidak perlu mengambil masa yang lama untuk melilit dan sebagainya. Abang Nara pasti banyak koleksi pakaian Muslimah Rapunzzle akan menjadi pilihan anda. Senang-senangkanlah diri untuk melihat apa yang dijual oleh mereka di www.rapunzzle.com. Lagi beberapa gambar koleksi yang ada dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Yang Ini Pun Best Jugak:- |
Biarlah Mereka Memburukkan Saya – Sharnaaz Ahmad Posted: 23 Feb 2014 10:37 PM PST Susulan dakwaan dirinya memarahi dan memaki Nisdawati, Sharnaaz Ahmad tampil menerusi Harian Metro hari ini untuk membela dirinya. Menurut Sharnaaz, semua orang yang terlibat di dalam penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta mengetahui sikap pasangan suami isteri berkenaan. Agaknya sikap apakah yang dimaksudkan oleh Sharnaaz ini? Hmmmm. Makin banyak teka-teki daripada jawapan yang timbul di dalam kontroversi ini. Apa yang pasti, Sharnaaz enggan memohon maaf dan yakin dirinya tidak bersalah. Kata Sharnaaz:-
Bagi Abang Nara, kalau dah sampai ke tahap buat laporan polis, kejadian ini pastinya serius. Tak apalah. Kita tunggu sama-sama siasatan yang akan dijalankan. Abang Nara yakin pasti ada sebab Sharnaaz dan Nisdawati mengambil tindakan mereka yang tersendiri. Sama-samalah kita nantikan. P.S: Aktiviti rahsia seorang budak Filipina Baca Yang Ini Pulak:- |
Ada Pihak Mahu Lagakan, Jambu Tidak Akan Sertai Maharaja Lawak Mega Lagi Posted: 23 Feb 2014 09:01 PM PST Ini adalah satu berita yang kurang baik untuk peminat lawak tempatan lebih-lebih lagi untuk pengikut setia rancangan Maharaja Lawak Mega. Salah satu daripada peserta yang tidak pernah terlepas menyertai program tersebut iaitu Jambu telah pun mengambil keputusan untuk tidak lagi turut serta. Ini kerana Yus dan Tauke mendapati ada unsur-unsur yang mahu melagakan mereka berdua.
Akibat salah faham ini, Tauke terpaksa meminta pembantunya beratur untuk membeli tiket agar dapat diberikan kepada penyokongnya. Tauke sendiri pelik mengapa pada malam final MLM2013 sahaja pihak pengurusan tidak merujuk kepadanya mengenai perkara tiket ini. Tauke melahirkan rasa terkilannya terhadap pengurusan MLM:-
Macam-macam kontroversi nampaknya yang terjadi di Maharaja Lawak Mega 2013. Apa pun keputusan Jambu untuk tidak lagi menyertai MLM amatlah mengecewakan. Abang Nara ialah salah seorang peminat lawak mereka. Pasti akan hilangnya seri MLM tanpa kehadiran buah-buahan tempatan ini. Semoga nanti Jambu akan berubah fikiran dan kembali bertanding demi peminat mereka. Baca Yang Ini Pulak:- |
Video Klip Katy Perry Menghina Agama Islam Posted: 23 Feb 2014 08:43 PM PST Terkejut beruk Abang Nara dibuatnya apabila melihat video klip Katy Perry yang bertajuk Dark Horse ini. Penyanyi Barat kalau seksi itu semua adalah perkara biasa. Tak ada apa yang perlu dihairankan. Namun apabila terdapat unsur menghina Islam di dalam video klip ini, memang agak marah juga diri ini dibuatnya. Terbakar jiwa dan raga. Pada minit ke 1.15, seorang lelaki dengan lambang Allah (seperti gambar di atas) di bahagian dadanya kelihatan musnah di dalam video klip ini. Apakah yang cuba disampaikan oleh Katy Perry? Kenapa perlu ada lambang Allah pada lelaki tersebut? Ini adalah satu bentuk penghinaan yang jelas. Seolah-olah ingin menggambarkan kehancuran Allah dan agama Islam itu sendiri. Ribuan komen di video klip ini telah diterima oleh umat Islam seluruh dunia menyatakan kekecewaan mereka terhadap apa yang dilakukan oleh Katy Pery di dalam video ini. Malah kalau tak silap Abang Nara, sudah diwujudkan “petition” untuk membuang video klip ini. Walaupun Katy Perry bertaraf “superstar” bukan Islam, perkara sebegini seharusnya tidak terjadi. Apa pula kata anda? Yang Ini Pun Best Jugak:- |
Nisdawati Dakwa Dimarah Dan Dimaki Oleh Sharnaaz Ahmad Posted: 23 Feb 2014 06:45 PM PST Nampak gayanya nama Sharnaaz Ahmad memang tidak pernah lekang daripada kontroversi. Baru sahaja “diam” selama 2,3 bulan, hari ini nama Sharnaaz Ahmad kembali menjadi panas. Mana tidaknya, Nisdawati mendakwa pelakon lelaki itu telah memaki dan memarahi dirinya di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta. Kejadian yang berlaku pada 19 Februari dan 21 Februari lalu di Kuang, Sungai Buloh menyaksikan Sharnaaz memarahi dan cuba menyerang Nisdawati. Cerita Nisdawati menerusi Harian Metro hari ini:-
Suami Nisdawati, Fauzi Nawawi turut sama berkongsi SMS berbaur ugutan yang diterimanya daripada Sharnaaz. SMS tersebut dihantar oleh Sharnaaz selepas Fauzi Nawawi meminta penerangan kenapa isterinya ditengking. SMS tersebut tertulis seperti di bawah:-
Laporan polis telah pun dilakukan oleh Fauzi Nawawi dan Nisdawati mengenai tindakan Sharnaaz Ahmad ini. Sama-samalah kita nantikan hasil siasatan. Sukar juga untuk mengetahui kebenaran cerita ini. Pastinya ada saksi yang terdiri daripada kru penggambaran drama ini yang boleh tampil untuk membantu siasatan. Baca Yang Ini Pulak:- |
Kami Tidak Pernah Minta Untuk Diceraikan – Nora Danish Posted: 23 Feb 2014 06:26 PM PST Apabila berita mengenai penceraian Erra Fazira diumumkan minggu lalu, banyak lawak jenaka mengenai janda-janda selebriti bertebaran di laman sosial. Abang Nara pun ada menerima sekeping dua gambar menerusi WhatsApp. Memang agak kelakar. Gelak juga apabila membaca dialog-dialog yang dicipta. Antara yang terlibat ialah Nora Danish, Erra Fazira, Nurul Izza, Maya Karin dan ramai lagi. Namun di dalam gelak tawa kita, mereka yang dikaitkan dengan dialog-dialog lucu ini pasti rasa kurang senang dan terasa hati. Salah seorang daripada mereka, Nora Danish telah melahirkan rasa kecewanya dengan dialog-dialog rekaan tersebut. Menerusi Metro Ahad semalam, Nora Danish berkata:-
Ada betulnya kata Nora Danish itu kan? Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Memang tiada siapa mahukan perkahwinan mereka runtuh di pertengahan jalan. Apa pun lepas ini kalau ada artis yang bercerai, diharap tiada lagi dialog rekaan sebegini akan berlaku. Mungkin kita boleh mula belajar menghormati perasaan mereka. Tak gitu? P.S: Wan Kuzain Wan Kamal, anak Malaysia main bola sepak untuk Amerika Syarikat Baca Yang Ini Pulak:- |
(5 GAMBAR)Adakah Ini Kekasih Baru Aliff Aziz? Posted: 23 Feb 2014 04:45 PM PST Walaupun sering gagal dalam percintaan, Aliff Aziz nampak gayanya tidak pernah putus asa untuk mencari si dia yang bakal disunting menjadi isteri. Selepas putus dengan selebriti seperti Anne Ngasri dan Adira, terbaru Abang Nara menerima beberapa gambar Aliff Aziz di samping seorang wanita yang tidak kurang cantiknya. Kemesraan mereka menampakkan seolah-olah hubungan yang terjalin adalah lebih daripada sekadar kawan. Putih melepak bukan wanita di atas? Untunglah Aliff Aziz sekiranya benar si cantik jelita ini benar-benar kekasihnya. Namun mungkin jua hubungan mereka tidak lebih daripada peminat atau kawan biasa. Daripada informasi yang diberikan, wanita ini dikatakan pernah berkahwin satu ketika dahulu dan telah pun mempunyai seorang anak. P.S: 10 perkara tentang WhatsApp yang anda perlu tahu
Baca Yang Ini Pulak:- |
(6 GAMBAR)Lisa Surihani & Yusry Sambut Ulang Tahun Kedua Perkahwinan Mereka Posted: 23 Feb 2014 04:08 PM PST Lisa Surihani dan Yusry merupakan antara pasangan suami isteri selebriti yang paling sweet di mata Abang Nara. Kedua-duanya memang sempoi, cute dan nampak sangat “down to earth”. 23 Februari lalu, genaplah 2 tahun perkahwinan mereka. Semoga mereka akan terus bergelar suami isteri sehingga ke akhir hayat. Lisa dan Yusry telah berkongsi beberapa keping gambar sambutan ulangtahun perkahwinan mereka menerusi akaun Instagram mereka. Semoga tahun 2014 akan ada berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga di dalam kehidupan mereka. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar pasangan suami isteri comel ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment