Nora Danish Impi Perkahwinan Tepi Pantai Di Bali
Nora Danish Impi Perkahwinan Tepi Pantai Di Bali |
- Nora Danish Impi Perkahwinan Tepi Pantai Di Bali
- (TAHNIAH)Andy Estranged Kini Suami Kepada Azline Megat
- Selebriti-Selebriti Tempatan Mula Gunakan Dayre
- Saya Tak Bodoh Nak Serang Wanita Hamil – Sharnaaz Ahmad
- Dia Duda Anak Dua, Bukan Suami Orang – Hanez Suraya
- Nik Michael Tak Kecil Hati Dengan Teguran Chef Wan
Nora Danish Impi Perkahwinan Tepi Pantai Di Bali Posted: 24 Feb 2014 09:00 PM PST Nama Nora Danish sememangnya hangat dibicarakan semenjak dirinya berkawan dengan Nedim Nazri. Ramai yang mahu melihat “sweet couple” ini mendirikan rumahtangga sehingga gosip mengenai pembelian barang hantaran bertebaran baru-baru ini. Seperti biasa Nora Danish menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dirinya masih tiada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini. Namun apa yang menarik perhatian Abang Nara ialah impian Nora untuk bersanding di tepi pantai Bali sekiranya berkahwin buat kali kedua. Menarik sungguh!!! Berkata kepada MalaysianDigest, Nora memaklumkan yang dia sudah lama mengimpikan perkahwinan bertemakan “beach wedding”. Kata Nora:-
Kalau impian Nora Danish ini menjadi kenyatan, pasti sangat menarik dan marvelous. Yang penting duit barang hantaran bolehlah disalurkan untuk menjadikan “beach wedding” tersebut sebuah majlis yang besar-besaran. Abang Nara dapat bayangkan kejelitaan Nora dengan bunyi desiran ombak. Klasik sangat!!! Semoga impian Nora ini akan menjadi realiti. Sama-samalah kita doakan. Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)Andy Estranged Kini Suami Kepada Azline Megat Posted: 24 Feb 2014 07:49 PM PST Jutaan tahniah diucapkan buat Andy, pemain dram kumpulan Estranged yang telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati, Azline Megat pada hari Sabtu lalu. Majlis pernikahan berlangsung sederhana tetapi meriah dengan dihadiri oleh saudara mara dan rakan-rakan. Kedua-dua mempelai nampak berseri-seri dan sememangnya sama cantik sama padan. Tahniah diucapkan buat Andy dan isteri atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Yang Ini Pun Best Jugak:- |
Selebriti-Selebriti Tempatan Mula Gunakan Dayre Posted: 24 Feb 2014 07:34 PM PST Dayre (sebutannya adalah diary) ialah salah satu applikasi sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook. Apa yang membezakan Dayre ialah kesemua status, gambar dan kata-kata anda pada hari ini akan dimuatkan dalami satu hari seperti anda menulis diari. Menariknya, selebriti-selebriti tempatan seperti Nora Danish, Zizan, Farid Kamil dan Tiz Zaqyah sudah pun mempunyai akaun Dayre mereka sendiri. Daripada apa yang Abang Nara perhatikan sebentar tadi, jumlah pengikut akaun Dayre Nora Danish sudah pun mencecah 5,600. Cepat sungguh. Kalau tak silap, baru semalam Nora Danish buat akaun ini. Akaun Dayre Tiz Zaqyah juga makin banyak pengikutnya. Nampak gayanya selepas ini akan lebih banyak pengguna Dayre untuk mengikuti perkembangan selebriti-selebriti kegemaran mereka. Untuk memuat turun applikasi ini, anda boleh ke laman web www.dayre.me. Applikasi Dayre boleh digunakan oleh pengguna Android dan iPhone. Abang Nara pun dah ada akaun Dayre. Lepas ini makin meriahlah nampaknya. Jom ramai-ramai kita download Dayre. Baca Yang Ini Pulak:- |
Saya Tak Bodoh Nak Serang Wanita Hamil – Sharnaaz Ahmad Posted: 24 Feb 2014 07:13 PM PST Sehebat mana pun seorang lelaki, kalau dia menyerang seorang wanita, lebih-lebih lagi yang sedang hamil, maka dia bukanlah seorang lelaki sejati. Abang Nara tak percaya Sharnaaz Ahmad sanggup melakukan perkara sedemikian. Walaupun sebelum ini Sharnaaz sering digambarkan sebagai lelaki garang dan panas baran, namun Abang Nara pasti Sharnaaz tahu menghormati seorang wanita. Semalam kecoh di dada akhbar mengenai dakwaan Nisdawati yang dirinya diserang oleh Sharnaaz Ahmad di lokasi penggambaran sebuah drama. Memang ramai yang bersimpati terhadap Nisdawati lebih-lebih lagi pelakon wanita itu sedang hamil. Namun menerusi portal Murai, Sharnaaz memaklumkan dia tidak akan melakukan perkara sebegitu kepada seorang wanita. Kata Sharnaaz:-
Sementara itu menerusi Harian Metro hari ini, pihak polis berkata yang mereka tidak akan melakukan siasatan terhadap laporan polis yang telah dilakukan. Menurut pihak polis, perkara ini adalah salah faham dan bukannya ugutan. Nampak gayanya jalan penyelesaian hanya akan ada sekiranya pihak terbabit bertemu muka untuk berbincang. Gaduh lama-lama pun tak guna, lebih baik cuba untuk mencari jalan keluar daripada kontroversi ini. Tak gitu? Baca Yang Ini Pulak:- |
Dia Duda Anak Dua, Bukan Suami Orang – Hanez Suraya Posted: 24 Feb 2014 06:25 PM PST Ya kalau anda mengikuti perkembangan dunia hiburan, pastinya anda tahu berita mengenai kekasih Hanez Suraya yang sedang bertebaran dengan begitu pantas sekali. Khabarnya kekasih yang bakal dikahwini itu adalah suami orang yang mempunyai 2 orang anak. Memang terkejut beruk Abang Nara apabila membaca dakwaan tersebut. Takkanlah Hanez kejam sangat sehingga mahu menghancurkan rumahtangga orang lain. Tampil menerusi Harian Metro hari ini, Hanez Suraya mendakwa dirinya difitnah oleh bekas isteri kekasihnya itu. Kata Hanez:-
P.S: Kompilasi aksi hero dalam dunia sebenar Baca Yang Ini Pulak:- |
Nik Michael Tak Kecil Hati Dengan Teguran Chef Wan Posted: 24 Feb 2014 03:58 PM PST Rancangan Dapur Panas kendaliannya telah pun dikritik oleh Chef Wan baru-baru ini. Namun Nik Michael memberitahu Berita Harian yang dia tidak terasa hati sedikit puntedengan teguran daripada Chef Wan. Malah, Nik cuba melihat teguran tersebut daripada sudut positif. Respek Abang Nara dengan Nik Michael. Tak cepat melatah dan tenang menghadapi situasi sebegini.
Abang Nara setuju dengan kata-kata Nik Michael itu. Salah satu program masakan kegemaran Abang Nara ialah “East Bites West” yang dikendalikan oleh Chef Wan. Seronok lihat Chef Wan bertarung dengan chef-chef lain sambil menaiki caravannya. Mungkin lepas ini Nik Michael boleh cuba buat program yang seumpama ini tetapi di Malaysia. Mesti menarik sangat-sangat. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment