Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Cerita Sebenar Dakwaan Guru Dipotong Tangan Kerana Pulas Telinga Murid
- Adik Nursyafiqah Bukan Mati Dirogol Tapi Dipijak Bagi Mengeluarkan Pil Kuda
- Bekas Penganut Kristian, Nicol Queen Memeluk Agama Islam
Cerita Sebenar Dakwaan Guru Dipotong Tangan Kerana Pulas Telinga Murid Posted: 06 Feb 2014 09:57 PM PST Kejadian bukan berlaku di Sabah dan bukan kerana cikgu dipotong tangan kerana memulas telinga murid. Berikut cerita sebenar kejadian yang berlaku. Pada 05/02/14 jam lebih kurang 5.30 petang semasa Zainal (mangsa) pulang dari kerja bersama seorang rakannya yg dikenali sebagai Iman,mangsa dan Iman ada minum minuman keras sebanyak 5 tin. Kemudian Iman telah mengajak mangsa ke rumah Mayling di Kg Pelandok Laut Sadong Jaya, bertujuan untuk meminta hutang ayah Iman sebanyak Rm 300 drp Mayling.Semasa tiba di hadapan rumah Mayling, Iman telah meminta hutang tersebut kepada Mayling. Mayling bersetuju dan terus masuk ke dalam rumah manakala mangsa bersama rakannya menunggu di luar rumah. Tidak lama kemudian Mayling telah keluar dengan membawa sebilah parang panjang dan terus mengejar mangsa dan Iman. Mangsa dan Iman telah melarikan diri namun mangsa telah ditetak di pergelangan tangan kiri. Kemudian mangsa di bawa oleh penduduk kampung ke Klinik Kesihatan Sadong Jaya dan seterusnya di bawa ke Hospital Umum Kuching kerana mengalami kecederaan parah dan ditempatkan di wad kecemasan.Hasil pemeriksaan doktor menyatakan semasa menerima mangsa, mangsa dalam keadaan putus pergelangan tangan kiri, namun keadaan mangsa stabil. Menurut doktor, Kecederaan mangsa berkemungkinan disebabkan oleh sesuatu alat atau senjata tajam yg berukuran panjang lebih kurang 2 kaki. Sumber Gambar - DTR FB Group |
Adik Nursyafiqah Bukan Mati Dirogol Tapi Dipijak Bagi Mengeluarkan Pil Kuda Posted: 06 Feb 2014 09:49 PM PST Masih ingat arwah adik Nursyafiqah Abdullah yang ditemui mati dibunuh dalam keadaan mengerikan di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu pada 21 Januari lalu? Kini, tersebar di Facebook yang didakwa menceritakan sebab sebenar kematian Nursyafiqah yang baru berusia 2 tahun. Menurut status facebook tersebut, Sangkaan selama ini yang menyatakan arwah dirogol dikatakan tidak benar, sebaliknya anak kecil ini mati dipijak bagi mengeluarkan pil kuda yang dipaksa telan oleh pembunuh sebelum kematiannya. Menurut status berkenaan, perut Nursyafiqah dipijak selepas arwah tidak muntah-muntah sekalipun selepas diselamkan kepalanya ke dalam sungai. Usus arwah yang terkeluar kemudiannya dipotong untuk mengeluarkan pil kuda berkenaan. Sejauh mana kebenaran cerita ini tak dapat dipastikan namun satu yang sahih, pembunuh adik Nursyafiqah sememangnya syaitan bertopengkan manusia. MYNEWSHUB |
Bekas Penganut Kristian, Nicol Queen Memeluk Agama Islam Posted: 06 Feb 2014 04:30 PM PST Saya adalah seorang gadis Amerika yang berasal daripada sebuah pekan kecil di Texas, telah menerima hidayahNya untuk memeluk agama Islam. Saya tahu ianya memeranjatkan bagi sesetengah orang, tetapi bagi diri saya yang menjalani kehidupan terumbang-ambing sebagai seorang jurugambar yang merakam tentang kehidupan di malam hari, telah menjadi pendorong kepada diri saya dalam mencari erti dan matlamat kehidupan ini. Tuhan adalah matlamat utama dan saya tidak sesekali berputus asa di dalam pencarian ini. Kini saya adalah figura umum yang memberi ceramah tentang Islam di Amerika, dan juga merangkap sebagai seorang jurugambar profesional dengan pengalaman lebih dari 10 tahun. Saya amat bersyukur dengan kehidupan baru saya kini, yang telah berkahwin dan dikurniai seorang putera. Andai ianya berlaku sebegitu mudah. Seumpama memuat naik iklan di laman web, apabila merujuk kepada diri ini yang pertama kali melalui proses transisi dalam meninggalkan kehidupan lampau yang sia-sia demi untuk memenuhi impian dan keinginan mendampingi Tuhan di dalam Islam. Atau mungkin, seperti laman mencari jodoh di alam maya, cuma anda perlu mencari perkara lain yang lebih besar daripada sekadar cinta semata-mata, umpamanya pencarian identiti baru, milik kendiri, persahabatan, atau mungkin karier baru? Wah, adakah pernah ada sesiapa yang menoleh ke belakang di dalam pelayaran dan mengatakan "Aku tidak percaya yang diriku telah berjaya merentasi ribut ini dengan selamat, tetapi adakah ianya berbaloi?" Saya tahu yang saya seringkali mengungkapkan kata-kata tersebut dan saya yakin saya bukanlah berseorangan. Untuk menjadi seorang Muslim, ianya lebih daripada sekadar menukar kepercayaan akidah sahaja. Di serata dunia hari ini, orang ramai sibuk membaca, ber'blog', mencari dan bertanya tentang Islam. Ianya telah menjadi topik terhangat dimana-mana, hatta di dalam gereja sekalipun. Disamping menyampaikan ajaran Kristian, gereja juga tidak boleh lari daripada membicarakan subjek berhubung Islam, agama anutan saya kini . Permintaan terhadap informasi berkaitan Muslim dan Islam meningkat dengan mendadak dan kian membesar, sehingga saya boleh memberi perumpamaan seperti bebola salji yang kian membesar semasa bergolek turun daripada bukit kerana mengumpulkan salji di sepanjang perjalanannya. Apa yang menariknya ialah melihat bagaimana masyarakat umum berebut-rebut untuk mengambil cebisan daripada "bebola salji" tersebut. Keseronokan yang diperolehi apabila anda memeluk Islam, saya gelarkannya sebagai "New Muslim High" (Kenikmatan Saudara Baru Muslim)..(Ketawa). Saya membayangkan jika rasa keseronokan ini dapat dibotolkan dan dijual kepada orang ramai, tentu ramai orang akan turut dapat berkongsi perasaan yang menakjubkan ini. Ianya berlaku secara spontan, bagaikan seseorang mengejutkan anda daripada tidur yang lena dan berkata "Hei, apa khabar? Mari saya kenalkan kamu dengan diri kamu yang baru. Diri kamu yang dulu hanyalah pelanduk dua serupa yang tiada berjiwa. Inilah diri kamu yang sebenar, bersih dan bercahaya, yang kamu ingin bertemu sejak sekian lama". Bersama-sama perubahan mendadak yang berlaku di dalam hidup ini, kita juga perlu bersedia untuk mendepani arus cabaran yang bakal mendatang. |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment