Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Gadis Berusia 19 Tahun Terperangkap Dalam Tubuh Kanak-Kanak 2 Tahun
- Lelaki Ini Mampu Letupkan Botol Air Panas Diperbuat Dari Getah Melalui Hidung
- Video Seorang Lelaki Di Tendang Bahagian Muka Macam Bola
- Wanita Potong Kemaluan Kekasih
- Lelaki Ini Gagal Perbaharui Pasport Kerana Nama
- Ibu Dibakar Ketika Susukan Anak
Gadis Berusia 19 Tahun Terperangkap Dalam Tubuh Kanak-Kanak 2 Tahun Posted: 03 Feb 2014 03:00 PM PST Mungkin jika melihat Ajifa Khatun sepintas lalu, kita berfikir dia adalah seorang kanak-kanak kecil. Ini kerana Ajifa masih disuap makan dan di dukung oleh ibunya. Namun sebenarnya beliau adalah seorang gadis remaja berumur 19 tahun. Ajifa dilahirkan di Mirapar, Bengal Barat, India, dalam keadaan yang sangat sihat pada tahun 1994. Ia juga mula mula berjalan dan bercakap. Namun sebelum ulang tahunnya yang kedua tiba-tiba pertumbuhannya terhenti. Para doktor yakini bahawa Ajifa mengidap Laron Sydrome. Ini merupakan suatu keadaan genetik yang jarang berlaku yang hanya terjadi pada 300 orang di dunia. Kebanyakan sindrom itu berlaku di kawasan terpencil di wilayah Loja Selatan, Ecuador. Para penghidap Laron Syndrome akan kekurangan hormon yang disebut IGF-1. Hormon ini yang merangsang sel untuk pertumbuhan dan membelah membentuk sel-sel baru. Tidak hanya tubuh, pesakit juga akan terperangkap dalam sifat keanak-anakkan seumur hidupnya. Meskipun pertumbuhan Ajifa terganggu namun saudara lain tetap normal, bahkan tinggi mereka sudah melebihinya. Hingga kini tubuh Ajifa sama seperti kanak-kanak berusia 2 tahun dengan IQ kurang daripada 20. Tidak hairanlah, keadaan Ajifa ini membuat ibu bapanya sedih. "Dia menyenangkan dan selalu mempunyai senyum di wajahnya, tapi menyedihkan melihatnya terperangkap dalam keadaan seperti ini," ujar Apila, ibu Ajifa. "Dia tidak bercakap banyak tapi dia tahu apa yang berlaku di sekelilingnya," tambah si ayah, Sekh. |
Lelaki Ini Mampu Letupkan Botol Air Panas Diperbuat Dari Getah Melalui Hidung Posted: 03 Feb 2014 02:00 PM PST Jemal Tkeshelashvili , dari Georgia , adalah seorang manusia yang luar biasa yang mempunyai kemampuan unik . Dia boleh meniup botol getah air panas dengan hidungnya hingga meletup . Kini , Jemal memegang rekod Guinness World Record untuk kejayaannya meniup beberapa botol getah air panas hingga meletup dengan hidungnya dalam masa satu minit . Sebahagian orang mungkin berfikir bahawa kemampuan Jemal kelihatan tidak masuk akal dan biasa saja . Namun , itu sebenarnya cukup luar biasa jika mengingat kebanyakan orang tidak boleh meletupkan belon getah ataupun botol getah air panas tebal dengan hidung mereka . Anda mungkin berfikir bahawa paru - paru Jemal yang melakukan semua hal itu , tetapi ujian perubatan menunjukkan paru - parunya tidak jauh berbeza berbanding dengan orang sihat pada umumnya . Jemal memang mempunyai volume paru yang baik , tetapi kekuatan otot interkostal dan perutnya yang kuat membuatnya mampu mendorong keluar semua udara di paru - parunya dengan cepat , sehingga dapat mewujudkan sebuah tekanan yang besar . Jemal juga membuktikan bahawa dia telah berjaya menghembuskan tenaga lebih dari lelaki mana pun di bumi , dengan meletupkan sebuah botol air panas dengan seorang lelaki seberat 120 kg yang duduk di atasnya . Dalam sebuah episod program Showdown Duperhuman Discovery Channel , Jemal berjaya menunjukkan perkara yang lebih ekstrem , dengan cuba meletupkan botol getah air panas ketika kereta seberat 650 kg berada di atasnya . |
Video Seorang Lelaki Di Tendang Bahagian Muka Macam Bola Posted: 03 Feb 2014 02:00 PM PST Aksi yang menjijikkan seorang samseng ganas menendang lelaki lain di kepala 'seolah-olah ia adalah sebiji bola sepak' ketika mangsa sedang membongkok untuk mengikat tali kasut beliau. Vitalijis Zavjalovs, 22, telah terakam pada kamera CCTV meninggalkan mangsa berbaring di atas tanah tidak sedarkan diri berikutan serangan pada awal pagi 8 Disember tahun lepas. Rakaman, yang diulang tayang semasa pendengaran kes tersebut dimahkamah untuk menjatuhkan hukuman kepada Zavjalovs, kerana menendang Brian Gallagher di bahagian kepala, menyebabkan luka di bahagian muka dan bibirnya. |
Wanita Potong Kemaluan Kekasih Posted: 02 Feb 2014 08:30 PM PST Shanghai: Seorang wanita di daerah Minhang di sini lalu memotong kemaluan teman lelakinya kerana mengesyaki dia akan memutuskan hubungan mereka. Akhbar Internet xinmin.cn melaporkan, wanita berusia 30 tahun itu yang dikenali sebagai Tu, lebih tua sembilan tahun daripada teman lelakinya, Xia. Kerana keluarga Xia tidak merestui hubungan mereka, lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk memutuskannya. Xia enggan membawa pulang Tu untuk menemui keluarganya sempena Tahun Baru Cina. Sebaik mengetahui Xia hanya membeli satu tiket untuk pulang bercuti, Tu menyangka kekasihnya akan memutuskan hubungan dengannya. "Dia mencampurkan dadah dalam minuman Xia menyebabkan lelaki itu tidak sedarkan diri di atas katil. Tu kemudian mengambil pisau dan memotong kemaluan Xia," lapor akhbar itu. Saksi berkata, lelaki itu tiba di hospital kira-kira jam 3 pagi dengan ambulans bersama-sama seorang anggota polis yang membawa kemaluannya dalam termos berisi air. Seorang wanita dipercayai Tu yang berlumuran darah dilihat berbual dengan pegawai perubatan sebelum dibawa menaiki kereta peronda. Polis dan pihak hospital enggan menyatakan mengenai keadaan Xia. - Agensi gambar hiasan |
Lelaki Ini Gagal Perbaharui Pasport Kerana Nama Posted: 02 Feb 2014 07:10 PM PST London: Permohonan lelaki yang paling banyak mempunyai tatu di Britain untuk memperbaharui pasportnya ditolak disebabkan namanya yang luar biasa. Mathew Whelan menukar namanya dua kali pada 2007 dan 2009. Kini dia menamakan dirinya "King of Ink Land King Body Art The Extreme Ink-Ite'. Nama pelik itu tercatat pada lesen memandunya. Apabila dia memohon untuk memperbaharui pasportnya selepas membuat bayaran £72.50 (RM398), permohonannya ditolak. Whelan, 34, yang dikenali sebagai "Body Art" membelanjakan £25,000 (RM137,475) untuk menutupi 90 peratus badannya dengan tatu, termasuk mata putihnya. Dia juga bercadang untuk membuat perjalanan ke luar negara kerana ditawarkan pekerjaan melakukan pengubahsuaian tubuh bersama MOD World International. "Saya membuat permohonan untuk memperbaharui pasport kerana sudah tamat tempoh. Saya kemudian menerima panggilan daripada pegawai di jabatan pasport dan mereka kata ada masalah. "Mereka berkata, permohonan saya ditolak oleh bahagian dasar jabatan berkenaan," katanya. |
Ibu Dibakar Ketika Susukan Anak Posted: 02 Feb 2014 07:05 PM PST New Delhi: Seorang ibu muda dibakar hingga mati bersama bayinya oleh suami dan keluarga lelaki itu kerana gagal membayar hantaran perkahwinan. Polis di negeri Jharkhand di timur India berkata, Annu Devi, 22, dibakar hidup-hidup ketika menyusukan bayi perempuannya. Polis menahan suaminya, Gunjan Masat yang didakwa menyimbah minyak tanah ke tubuh Devi dan bayi perempuan mereka sebelum membakar kedua-dua beranak itu. Menurut bapa Devi, Raghuni Rana pasangan itu berkahwin lebih setahun tetapi masalah timbul selepas Devi melahirkan bayinya. "Mereka mahukan anak lelaki tetapi tidak menyedari yang mendapat anak perempuan bukan salah Devi. "Mereka mula menyeksa anak saya dan saya tidak menyangka mereka sanggup membunuhnya. 'Mereka ada menuntut motosikal dan televisyen walaupun saya sudah memberikan mereka dua bighas (1.6 ekar) tanah sebagai hantaran perkahwinan," katanya. Bagi menutupi kematian Devi dan agar kelihatan seolah-olah seperti kemalangan, Gunjan meletakkan tubuhnya berhampiran pendiang api, selain turut meletakkan bekas air berhampiran tempat itu. MAYAT Devi dan bayinya yang dibakar hingga mati oleh suami dan keluarga lelaki itu ketika di hospital. Seorang penduduk melihat Devi dan bayi perempuannya terbaring di halaman rumah mentuanya. Dia masih bernyawa ketika itu walaupun tubuhnya melecur 90 peratus. Dua beranak itu kemudian dikejarkan ke hospital berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital. Abang ipar Devi yang didakwa turut terbabit dalam pembunuhan itu masih diburu polis. Superintendan polis di daerah itu, Nirmal Kumar Mishra berkata, semua tertuduh akan ditahan dan didakwa. Hantaran perkahwinan menjadi alasan utama mengapa bayi lelaki lebih digemari berbanding dengan bayi perempuan dalam budaya India. Ribuan janin digugurkan setiap tahun selepas ujian ultra bunyi menunjukkan jantina janin berkenaan. Wanita juga dibunuh berikutan isu hantaran perkahwinan setiap jam di India, menurut data dikeluarkan Biro Rekod Jenayah Kebangsaan negara itu. "Seramai 8,233 wanita muda, kebanyakan pengantin baru dibunuh dalam isu 'kematian hantaran perkahwinan' pada 2012," lapor biro itu tahun lalu. - Agensi |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment