Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Zaid Ibrahim Pernah Lobi Projek Selangor Semasa Dalam PKR, Kata Rafizi
- Rahsia Kenapa Ramai Orang India Kaya Raya Di Negara Ini
- Solat Di Depan SOGO - Jawapan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
- Lelaki Islam Bantah Klip Video Terbaharu Katy Perry
- ‘Saya Tak Nak Jadi Presiden’ - TMJ
- Wanita Meraung Peluk Kekasih 'Awang Hitam'
Zaid Ibrahim Pernah Lobi Projek Selangor Semasa Dalam PKR, Kata Rafizi Posted: 26 Feb 2014 05:54 PM PST Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan Datuk Zaid Ibrahim juga pernah melobi projek semasa berada dalam parti dan mengecamnya tidak layak bercakap mengenai ketelusan. Rafizi mendedahkan Zaid yang juga bakal calon bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pernah melobi beberapa projek di Selangor. "Dalam tempoh pendek lebih setahun beliau menjadi anggota PKR, beliau juga tidak segan silu cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri.
"Sebagai pegawai eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, saya pernah didatangi sendiri Datuk Zaid, meminta supaya kami campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. Rafizi turut mengedarkan salinan pertukaran e-mel antara beliau dengan Zaid yang menunjukkan usaha melobi dua projek di Selayang dan Petaling Jaya. Susulan pengumuman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding PRK Kajang, Zaid juga menyatakan hasratnya untuk melawan bekas bosnya itu. Zaid berkata tindakan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang adalah tidak wajar dan memberi amaran krisis politik bakal berlaku di Selangor. Dalam kandungan email tersebut, Rafizi mendakwa Zaid berinteraksi dengannya menggunakan alamat e-mel carbofree@gmail.com bagi melobi projek pembangunan bersama Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB). "Projek pertama melibatkan tanah seluas 26 ekar di Batu, Selayang. "Saya dimaklumkan bahawa rakan-rakan kongsi beliau membuat cadangan pembangunan bersama dengan KHSB," kata Rafizi lagi. Bagaimanapun, Rafizi tidak melayan permintaan Zaid sebaliknya meminta beliau menggunakan proses sepatutnya. "Saya memaklumkan perkara ini kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kami bersetuju bahawa adalah tidak menepati prosedur pejabat kami untuk membenarkan pimpinan parti melobi atau mempengaruhi keputusan kerajaan negeri, terutamanya bersabit harta awam," katanya. Rafizi kemudian mengecam bekas menteri Kabinet itu kerana masih mengamalkan budaya politik Umno walaupun selepas meninggalkan parti tersebut. "Sebelum beliau terus lantang mencabar orang lain, wajarlah Zaid menjelaskan kenapa beliau kekal dengan budaya Umno-BN setelah meninggalkan parti tersebut," kata Rafizi. Zaid menyertai PKR pada 2009 selepas keluar daripada Umno dan bertanding untuk jawatan timbalan presiden pada tahun berikutnya, namun keluar parti pada November 2010 gara-gara kemelut yang dialami dalam pilihan raya PKR. Pada Disember 2010, Zaid menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (dahulunya dikenali Angkatan Keadilan Insan Malaysia) dan dilantik sebagai presiden parti. Kerusi DUN Kajang kosong selepas Lee meletakkan jawatan pada hujung Januari lalu bagi memberikan laluan kepada Anwar, dikatakan juga bakal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar. Zaid berkata keputusan untuk bertanding yang diambilnya adalah bagi memastikan Abdul Khalid terus kekal sebagai menteri besar Selangor. – 26 Februari, 2014.themalaysianinsider | ||
Rahsia Kenapa Ramai Orang India Kaya Raya Di Negara Ini Posted: 26 Feb 2014 04:08 PM PST Tan Sri Ninian Mogan Lourdenadin, doktor berketurunan India yang beralih menjadi hartawan runcit, kini tersenarai antara individu terbaru 40 rakyat Malaysia terkaya, demikian mengikut senarai terbaru majalah kewangan dan perniagaan Forbes. Untuk makluman anda, gabungan kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia tahun lalu meningkat sebanyak AS$2.3 (RM7 bilion) kepada AS$64.4 bilion (RM192 bilion) daripada tahun sebelumnya, Bilangan rakyat negara ini yang berada dalam kelompok individu dunia yang mempunyai kekayaan lebih AS$1 bilion (RM3 bilion) juga bertambah kepada 11 daripada 10 tahun sebelumnya. Mungkin anda tertanya-tanya, siapakah Lourdenadin…individu berketurunan India yang kaya raya itu? Maklumlah, sebelum ini bila bercakap tentang ahli perniagaan India, yang sering disebut orang ialah Ananda Krishnan dan Tony Fernandes saja. Sebenarnya tak banyak yang kita tahu mengenai latar belakang beliau. Yang pasti beliau adalah Ketua Eksekutif MBF Holdings dan mempunyai perniagaan dalam hartanah, peruncitan, pelancongan dan perkhidmatan perubatan di Malaysia, Fiji, Papua New Guinea dan Australia. Dengan penyenaraian Lourdenadin ini, jumlah individu terkaya di Malaysia yang berketurunan India nampaknya makin bertambah. Ini adalah antara senarainya; 1. Usaha Tegas-Ananda Krishnan-Ralph Marshall 2. AirAsia-Anthony Francis Fernandes(Datuk Tony Fernandes) 3. Multi Vest Resorces Berhad-K.Ketheeswaran(Dato K.Kenneth Eswaran) 4. Chase Perdana Berhad-Mohan Krishna Swamy(Dato Mohan K Swamy) 5. MK Land- Kasi 6. Binariang-Ananda Krishnan-Ralph Marshall 7. Pan Malaysian Pools-Ananda Krishnan-Ralph Marshall 8. Tanjong Golden Village-Ananda Krishnan-Ralph Marshall 9. Maxis-Ananda Krishnan-Ralph Marshall 10. Tanjong PLC-Ananda Krishnan-Ralph Marshall 11. Astro-Ananda Krishnan-Ralph Marshall 12. Powertek Berhad-Ananda Krishnan-Ralph Marshall 13. Quest International-Vijay Eswaran 14. Amway- Cecil Wilbert Mohanaraj Abraham 15. Eversendai-A.K.Nathan 16. Measat Global Berhad- Ralph Marshall 17. MBF Holdings Berhad- Dr Ninian Mogan Lourdenadin(Lourdes)CEO 18. MBF Holdings Berhad- Susan A/P Rajanayagam MD 19. Meda Inc. – Dato' Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan 20. SP Setia- George Anthony Dass David 21. Scicom- Dato' Ahmad Kabeer Bin Mohamed Nagoor/Krishnan Menon 22. Safeguards Corporation-Darmendran Kunaretnam Untuk rekod, Ananda Krishnan mempunyai harta yang dianggarkan berjumlah AS$9.9 bilion (RM29.7 bilion), Tony Fernandes mempunyai RM1.77 bilion manakala Lourdenadin memiliki aset sebanyak RM1.5 billion. Seorang lagi wajah baru ialah kontraktor Datuk A K Nathan, 54, ahli perniagaan berketurunan India yang berjaya di negara ini dengan harta sebanyak AS$250 juta (RM830 juta). Syarikatnya, Eversendai, terbabit dalam banyak pembinaan di Asia Barat termasuk Burj Khalifa di Dubai. Penulis bukan mahu menjadi seorang yang rasis dalam hal ini, tetapi penulis rasa kita orang Melayu jangan lagi asyik berbalah sama sendiri dan asyik berpolitik sepanjang masa. Di saat kita asyik bertelagah, orang lain nampaknya makin maju dan kedepan dalam semua bidang. Contohnya seperti penyenaraian orang terkaya ini, siapa sangka dalam masa terdekat ini usahawan India kita nampaknya semakin 'menjadi-jadi' kekayaan mereka sedangkan jumlah ahli perniagaan Melayu yang ada dalam senarai hanyalah balik-balik orang yang sama. Suatu ketika dulu, masyarakat India sering dikaitkan dengan gangsterism dan kemiskinan tetapi nampaknya ada anjakan paradigma yang hebat dalam masyarakat mereka. Jumlah masyarakat India yang terjun ke dunia profesional semakin bertambah dari hari ke hari, mereka yang melibatkan diri dalam perniagaan juga semakin meningkat, itu belum dikira graduan mereka yang semakin ramai lulus dari universiti dalam dan luar negara. Benar, masih ramai di antara mereka yang berada di garis kemiskinan tetapi jumlahnya makin berkurangan dari tahun ke tahun. Ini sesuatu yang patut dibanggakan! Sebanarnya tidak ada sebab untuk kita tidak boleh berjaya, apatah lagi Islam merupakan agama yang memberi panduan dan galakkan untuk umatnya kaya dan cemerlang. Dalam Islam, sememangnya umat Islam digalakkan mencari rezeki melalui cara berniaga. Malahan telah dinyatakan dalam hadis bahawa sembilan daripada sepuluh sumber rezeki melalui perniagaan. …kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi ( untuk uruskan urusan masing-masing ) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak ( dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat ) – Surah al-Jumaat, ayat 10. Ayat ini menjelaskan Allah tidak menghalang sesorang mencari sebanyak mana pun dari nikmat Allah s. w. t khususnya dalam perniagaan tetapi seharusnya tidak mengabaikan suruhan-Nya. Setiap manusia yang dilahirkan telah ditentukan rezeki masing-masing. Jadi, melalui rezeki itulah pula kita sebagai manusia berusaha untuk mendapatkan rezeki. Telah diterangkan dalam hadis bahawa terdapat sepuluh sumber rezeki yang Allah turunkan, sembilan daripadanya ialah dari berniaga. Manakala satu bahagian yang selebihnya dari sumber yang lain. Sebab itulah kita digalakkan berniaga. Mudah-mudahan, apa yang dicapai oleh Lourdenadin, Ananda, Tony dan AK Nathan akan memberi inspirasi untuk orang kita lebih maju dalam semua bidang terutama dalam perniagaan seperti yang disebutkan tadi. InsyaAllah. lamankongsi | ||
Solat Di Depan SOGO - Jawapan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre Posted: 26 Feb 2014 04:05 PM PST Jawapan bagi yang musykil ttg solat di mana mana..susulan dr program STREET DAKWAH di SOGO. Berikut adalah jawapan dari Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre,moga bermanfaat Kan banyak lagi surau, kenapa nak solat di luar? Program ini namanya dakwah. Dakwah itu mengajak. Nak mengajak orang solat walau dalam keadaan bagaimana sekalipun. Dalam masa yg sama ia juga pengajaran bahawa solat tak semestinya di surau dan masjid sahaja walau ia tentu terbaik. Jangan sampai kerana surau dikunci, tak jumpa atau tak sempat ke surau, terus dijadikan alasan untuk tinggalkan solat. Semua yang sertai hari ini memang lebih suka solat di masjid dan surau tau. Tempat sucikah? Kan mungkin ada kena ludah, anjing dah jalan dsb? Jawapan: Kaedahnya, yakin tak hilang dengan yang syak. Asal pada sesuatu tempat itu suci, selagi kita tak yakin ada najis di situ. Sekadar, "mungkin", "rasanya", "biasanya", "pernah", tidak menjadikan ia najis. Walau kita biasa melihat anjing menjilat di lopak air di depan rumah kita sebelum ini, namun kita tidak melihatnya pada lopak hari ini, maka lopak itu masih lagi suci. Syaitan akan suka membisikkan was-was pada kita kerana hendak kita meninggalkan solat atau merasakan solat ini sesuatu yang sangat susah. Street dakwah kali ini menceritakan betapa di mana jua kita boleh solat, selagi kita tak lihat ada najis di situ. Bukan kena ada lapik ke? Saya dihulurkan sejadah oleh beberapa sukarelawan Tautan Rahmat. Saya menolaknya. Mengapa? Kerana saya ingin menunjukkan, sejadah bukan syarat untuk solat. Tentu lebih baik solat dengan sejadah. Namun jangan sampai menjadikan ia satu kewajipan. Ingat kata kunci di sini, Street Dakwah! Bagaimana nak berwudhuk? Boleh tayammum ke? Kami tunjukkan terlebih dahulu bagaimana untuk berwudhuk dengan menggunakan tak sampai suku botol air mineral yang kecil. Berwudhuk juga boleh dibuat di mana-mana. Maka tak ada alasan untuk meninggalkan solat. Tayammum dibolehkan bila memang tiada air atau ada keuzuran. Wanita boleh sertai? Tentu sekali. Islam tak pernah mendiskriminasi wanita. Yang penting tutuplah aurat kalian bukan sahaja ketika masuk waktu solat, bahkan setiap ketika. Mudah saja nak solat, bila pakaian ketika keluar menutup aurat kita dengan sempurna. -Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre | ||
Lelaki Islam Bantah Klip Video Terbaharu Katy Perry Posted: 26 Feb 2014 04:03 PM PST Satu video muzik terbaharu penyanyi popular, Katy Perry mungkin dikeluarkan dari laman web perkongsian video, YouTube selepas seorang lelaki membantah tindakan seorang penari dalam video berkenaan yang memakai rantai mengandungi kalimah Allah, lapor akhbar MailOnline. Shazad Iqbal yang berasal dari Bradford membuat satu petisyen di internet bagi mendesak YouTube mengeluarkan klip video berkenaan kerana ia menghina agama Islam. Petisyen berkenaan kini ditandatangani hampir 40,000 pengguna internet dari seluruh dunia termasuk Australia, Arab Saudi, Pakistan dan Bangladesh. Dalam klip video yang berjudul Dark Horse itu, Perry menjadi seorang puteri ketika zaman purba Mesir dan sedang memilih beberapa orang lelaki untuk menjadi pasangannya. Dalam satu babak video muzik itu, seorang lelaki yang muncul dengan memakai rantai tertera kalimah Allah kemudiannya menjadi pasir kerana dia tidak memenuhi ciri-ciri untuk menjadi pasangan puteri tersebut. "Video ini secara terang-terangan menghina Islam kerana Perry yang dilihat seperti seorang yang jahat memusnahkan seseorang yang memakai rantai tentera kalimah Allah," katanya. - Agensi | ||
‘Saya Tak Nak Jadi Presiden’ - TMJ Posted: 26 Feb 2014 04:01 PM PST Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) mengesahkan tidak akan menerima pelawaan untuk bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres badan induk bola sepak negara itu, 25 Mei ini. Tunku Ismail, 29, yang ditemui berkata, beliau belum layak untuk memegang jawatan tertinggi itu sebaliknya lebih berminat memberi cadangan dan pandangan bagi meningkatkan mutu bola sepak negara. "Saya tidak layak. Saya masih belajar lagi, macam mana hendak mentadbir persatuan bola sepak negara. Saya rasa masa dan pengorbanan saya lebih kepada Johor. "Kenapa saya kata saya tak layak jadi presiden atau memegang apa jua jawatan dalam FAM, kerana saya tahu saya akan melebihkan Johor. Orang yang menjadi Presiden FAM kena berlaku adil kepada semua persatuan bola sepak negeri atau kelab. "Saya rasa saya tidak akan adil. Saya mengaku saya tidak adil kerana akan melebihkan Johor, justeru saya tak layak jadi Presiden FAM," kata Tunku Ismail. | ||
Wanita Meraung Peluk Kekasih 'Awang Hitam' Posted: 26 Feb 2014 03:59 PM PST Cinta yang mendalam terhadap kekasih 'Awang Hitam' membuatkan seorang wanita tempatan meraung dan memeluk kekasihnya itu ketika disoal siasat polis selepas mereka ditahan dalam Op Tiong di sekitar kawasan kondominium, di Taman Kosas, di sini awal pagi semalam. Wanita terbabit ditahan bersama 40 warga Afrika berusia 30 hingga 40 tahun kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan cinta Internet atau Love Scam selain pelbagai kesalahan imigresen. Wanita itu dipercayai dipergunakan kekasihnya untuk menjalankan penipuan mereka sebelum ditawarkan kehidupan mewah menyebabkan dia terjebak. Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, operasi bermula jam 1.30 pagi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, JSJK Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Menurutnya, operasi bersepadu ini dilancarkan bagi membendung kes jenayah komersil membabitkan warga asing terutama warga Afrika yang terbabit dalam kes tipu parcel, pemalsuan dokumen, penggubalan wang haram, penipuan perniagaan yang tidak wujud dan lain-lain lagi |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment