Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Ketua Kartel Dadah Paling Berkuasa Di Dunia Ditahan Anggota Marin
- Penduduk Merusuh Bantah Perbelanjaan Piala Dunia 2014
- 3 Gambar 2 Beradik Pelajar Sekolah Mauh Dirempuh Kereta Ketika Melintas Jalan
- Perang Dingin Jep dan Shahrol, Ajak Tak Nafikan Atau Iyakan
- Respon Sharnaaz Isu Serang Lisdawati, Ugut Fauzi Nawawi
- Inilah Cili Terpedas Di Dunia
- Makhluk Halus Merupa Julia Ziegler - Pengarah
- Jasad 22 Tahun Lalu, Serban, Kopiah Masih Elok
- Fauzi Nawawi Terima SMS Ugutan Dari Sharnaaz Ahmad?
- 'Kerana Badan Besarlah Saya Dikenali' - Abam (Bocey)
Ketua Kartel Dadah Paling Berkuasa Di Dunia Ditahan Anggota Marin Posted: 24 Feb 2014 05:39 AM PST Ketua kartel dadah yang paling berkuasa di dunia, Joaquin 'El Chapo' Guzman (gambar) ditahan dalam satu serbuan terancang oleh anggota marin Mexico di sebuah apartmen tepi pantai di bandar Mazatlan. Guzman, 56, yang melarikan diri dari pihak berkuasa sejak 12 tahun lalu ditahan pada pukul 6.40 pagi waktu tempatan bersama seorang wanita dan dua pengawal peribadi. Bagaimanapun, tiada sebarang tembakan dilepaskan dalam serbuan tersebut. Dia sebelum ini dianggap legenda dunia penjenayah kerana berjaya melarikan diri dari penjara yang mempunyai kawalan keselamatan paling ketat di Mexico dengan bersembunyi dalam sebuah lori dobi pada tahun 2011. Pihak berkuasa menganggap beliau sebagai pengedar dadah paling berkuasa dan bertanggungjawab membekalkan dadah untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara di seluruh dunia. Sindiket pengedaran dadah yang diketuai Guzman dipercayai menjana keuntungan lebih AS$3 bilion (RM9.8 bilion) setahun dan lelaki itu beberapa kali disenarai sebagai individu paling kaya di dunia oleh majalah Forbes. Guzman atau lebih dikenali sebagai Shorty dikehendaki oleh beberapa negara dan kerajaan AS menawarkan ganjaran sebanyak AS$5 juta (RM16.4 juta) untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan lelaki itu. - Agensi |
Penduduk Merusuh Bantah Perbelanjaan Piala Dunia 2014 Posted: 24 Feb 2014 05:37 AM PST Seramai 1,000 penunjuk perasaan berhimpun di kota raya terbesar Brazil di sini kerana membantah tindakan kerajaan berbelanja sehingga berbilion-bilion dolar bagi mengendali temasya bola sepak Piala Dunia tahun ini. Mereka berang perbelanjaan besar itu dilakukan ketika sistem pengangkutan awam di Brazil berada dalam keadaan daif sekali gus disifatkan sebagai satu pembaziran. Bantahan tersebut bermula secara aman tetapi sebilangan samseng kemudian mula bertindak ganas dengan merosakkan beberapa buah bank dan bertempur dengan polis. Anggota-anggota keselamatan menggunakan gas pemedih mata dan grenad rencatan untuk menyuraikan mereka. Sebilangan penunjuk perasaan turut ditangkap. Protes kelmarin itu adalah yang terbaharu di Brazil sejak Jun lalu. Setakat ini sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam beberapa protes serupa di negara itu. - AFP |
3 Gambar 2 Beradik Pelajar Sekolah Mauh Dirempuh Kereta Ketika Melintas Jalan Posted: 24 Feb 2014 03:33 AM PST Kuala Krai : Dua beradik berpakaian sekolah maut akibat dirempuh kereta semasa melintas jalan dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi, kemalangan di Kampung Laloh Kuala Krai. Kedua-dua pelajar wanita sekolah menengah itu maut di tempat kejadian akibat rempuhan kuat dan kecederaan yang parah di kepala, mayat kedua mangsa di hantar ke Hospital Kuala Krai untuk tindakan lanjut. Salam takziah untuk keluarga mangsa yang terlibat, semoga kedua-dua beradik itu dicucuri rahmat Amin, Al-fatihah. |
Perang Dingin Jep dan Shahrol, Ajak Tak Nafikan Atau Iyakan Posted: 23 Feb 2014 11:09 PM PST Kecoh sebelum ini menerusi akhbar tempatan yang mendakwa dua orang pelawak terkenal tanah air iaitu Shahrol Shiro dan Jep Sepahtu dikatakan bergaduh dan tidak 'sebulu' akibat perselisihan faham yang berlaku antara mereka berdua. Apa yang menjadi tanda tanya adalah kenyataan bercanggah yang dikeluarkan oleh dua orang pelawak ini sehingga mencetuskan kekeliruan peminat-peminat mereka di mana Shahrol mengakui kecewa dengan Jep yang menunjukkan sikap dingin terhadap dirinya. Namun menerusi laporan media baru-baru ini, Jep pula menafikan bergaduh dengan Shahrol dan menganggap bahawa dakwaan Shahrol tidak berasas dan tidak ada apa-apa masalah dengan Shahrol. Bercakap kepada Astro Gempak, Ajak yang juga salah seorang teman rapat Shahrol tidak menafikan atau mengiyakan kes pergaduhan yang berlaku antara Shahrol dan Jep sebelum ini. "Sejujurnya saya tidak mahu dan tidak berani untuk beri sebarang komen tentang perkara ini. Tetapi sekiranya, sekali lagi saya ulang sekiranya Shahrol dan Jep bergaduh diharapkan ianya tidak berpanjangan. "Pergaduhan antara mereka berdua ini saya tidak mahu menafikan mahupun mengiyakan. Mungkin saya sendiri terlepas pandang tentang perkara ini. Contoh terdekat, ketika program MLM 2013 saya tidak nafikan kami para peserta sedikit tertekan kerana risau fikir pasal persiapan persembahan untuk gelanggang akhir. Mungkin dari situ muka nampak tak ceria dan buat rakan-rakan lain rasa berkecil atau terasa hati," jelas Ajak ketika dihubungi. Ajak Tidak Mahu Menafikan Atau Mengiyakan Kes Perang Dingin Shahrol dan Jep Tambah Ajak lagi, dia sendiri tidak mahu perkara seperti ini berpanjangan sekiranya benar ada sedikit perselisihan faham antara Shahrol dan Jep seperti yang dilaporkan oleh media tempatan. "Kalau betul ada perselisihan faham antara mereka harap kedua-duanya dapat berdamai secepat mungkin sebab saya takkan perkara ini seperti menjejaskan perhubungan mereka berdua. Sebab Shahrol dan Jep sebelum ini sangat rapat dan kami mewakili pelawak kelahiran negeri Johor. "Kami berada di bawah satu bumbung, jadi tak mahu disebabkan perkara seperti ini akan jejaskan perhubungan yang terjalin erat sejak dahulu lagi. Tapi saya percaya mereka akan berdamai dan tidak timbul isu untuk bermusuhan sampai bila-bila," ujar Ajak mengakhiri perbualan. astrogempak |
Respon Sharnaaz Isu Serang Lisdawati, Ugut Fauzi Nawawi Posted: 23 Feb 2014 09:50 PM PST Respon Sharnaaz isu serang Lisdawati, ugut Fauzi Nawawi - Serentak dengan kontroversi yang kini sedang melanda Hanez Suraya, Sharnaaz Ahmad pula dikaitkan dengan pasangan suami isteri Lisdawati dan Fauzi Nawawi. Aktor kacak itu didakwa cuba menyerang Lisdawati dan menghantar SMS berbaur ugutan kepada Fauzi Nawawi di dua lokasi berasingan iaitu di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Kuang dan Sungai Buloh, Selangor pada 19 dan 21 Februari lalu. Punca Sharnaaz bertindak sedemikian tidak diketahui sesiapa termasuk Lisdawati. Laporan polis telah dibuat dan kita tunggu sahaja sebarang maklumat hasil siasatan pihak polis. Sharnaaz Ahmad yang dihubungi Harian Metro pula bagaimanapun enggan memberikan ulasan lanjut tentang kejadian itu dan mendakwa punca salah faham itu hanya kecil tetapi diperbesarkan oleh pasangan Fauzi Nawawi dan Lisdawati. "Saya tidak perlu menjelaskan punca kejadian itu. Benda ini kecil saja, tetapi dibesarkan mereka. Saya rasa tidak perlu dibawa kepada media." "Biarlah mereka memburukkan saya, tetapi saya akan mengambil pendekatan tidak mahu menjelaskan lebih lanjut. Pengalaman lalu mengajar saya. Setahu saya, saya tidak bersalah dan tidak akan melutut memohon maaf." |
Posted: 23 Feb 2014 07:38 PM PST Di tempat nombor 1 untuk cabai/lada terpedas di dunia ialah Moruga Scorpion dengan tingkat SHU sebanyak 2,009,231 dalam skala scoville. Walaupun terkenal akan pedasnya cabai ini, namun ia memiliki rasa yang seperti buah, sehingga ketika anda memakannya maka akan terasa kombinasi antara manis dan pedas. Dikatakan hanya satu gigitan saja dapat membakar lidah kerana kepedasannya - posted@malaysiasensasi.net |
Makhluk Halus Merupa Julia Ziegler - Pengarah Posted: 23 Feb 2014 05:26 PM PST Pengarah filem Aku Akan Muncul iaitu Roy Krishnan berkata, dia dan kru produksi diganggu makhluk halus ketika menjalani penggambaran filem tersebut di sebuah hutan di Kota Tinggi, Johor pada Oktober 2012. Roy berkata, atas faktor keselamatan, pihak produksi telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memanggil seorang ustaz untuk menghalau makhluk-makhluk halus itu agar penggambaran dapat dijalankan dengan lancar. Tambah Roy, dia juga bersyukur walaupun melihat kelibat makhluk tersebut, namun pelakon-pelakon yang terlibat tidak diganggu termasuklah dirasuk ataupun mengalami histeria. Selain Julia Ziegler, filem seram terbitan RM Vision Film Production Sdn. Bhd itu turut dibarisi pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Maimon Mutalib (Allahtyarham), Liza Abdullah, Zulkifli Ismail, Noor Akma, Zaibo dan Musly Ramly. Barisan pelakon-pelakon baharu pula terdiri daripada Abam (Bochey), Syafiq, Megat Samsuddin, Alfie, Firah, Shairah dan Azura. Ia mengisahkan tentang Kesuma (Julia) yang memiliki raut wajah yang cantik, tetapi gemar membandingkan kecantikannya itu dengan rakannya Mawar sehingga membuatkan rakan-rakannya yang lain seperti bosan dengan tingkah lakunya. Bagaimanapun, kecantikan yang dimiliki Kesuma tidak bertahan lama apabila dia terlibat dengan kemalangan ketika mencari inai. Akibatnya, wajah Kesuma telah menjadi buruk dan untuk memulihkan wajahnya itu, Kesuma meminta bantuan Mak Yam (Maimon) yang cukup terkenal sebagai seorang dukun yang hebat. Dalam pada itu Beritahu Roy, karyanya akan dilihat berbeza berbanding filem lain di mana kesemua babak yang melibatkan hantu telah disunting dalam bentuk teknik pengimejan berkomputer (CGI) oleh pakar penyunting di India. |
Jasad 22 Tahun Lalu, Serban, Kopiah Masih Elok Posted: 23 Feb 2014 06:07 PM PST Kerja penggalian 11 kubur di pekarangan Masjid Jamek Al-Abidi, Simpang Tiga Pasir di Merbok, dekat sini, semalam, menemui serban dan kopiah putih dalam keadaan masih elok walaupun sudah tertanam sejak 22 tahun lalu. Kecuali kopiah yang hanya terkoyak sedikit di bahagian atas, serban itu masih tidak terjejas dan melilit dalam bentuk asal. Penemuan itu terhasil apabila Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib memantau kerja penggalian semula kubur berkenaan untuk dikebumikan di tanah perkuburan lain di dalam masjid berkenaan, sekali gus memberi laluan kepada pembesarannya. Serban dan kopiah itu milik Allahyarham Shamsudin Abas yang meninggal dunia ketika berusia lebih 80 tahun pada 1992 dan dikebumikan di masjid itu yang dibina pada 1942. Cucu ketujuhnya, Rohana Shamsudin, 48, berkata, arwah datuknya dikebumikan bersama serban dan kopiah selepas sakit tua selama dua bulan. |
Fauzi Nawawi Terima SMS Ugutan Dari Sharnaaz Ahmad? Posted: 23 Feb 2014 05:03 PM PST Kuala Lumpur: "Sekarang lu (kamu) cerita apa pun wa (aku) mau (mahu) beli. Big bos (orang besar) sudah roger (hubungi) gua (aku). Wa (aku) tak boleh kasi (biar) malu wa (aku) punya bos. Harap lu (kamu) faham. Ini kali kita kasi habis." Itu antara SMS berbaur ugutan diterima pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, 40, yang didakwanya dihantar pelakon Sharnaaz Basir Ahmad, 29, yang kini popular dengan drama Bukan Aku Tak Cinta. Fauzi berkata, kiriman SMS itu diterimanya pada 21 Februari lalu kira-kira jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35. Menurutnya, kejadian itu berlaku dalam dua kejadian berasingan di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Kuang dan Sungai Buloh, Selangor pada 19 dan 21 Februari lalu. Kata Fauzi, dia menerima SMS berbaur ugutan itu selepas bertanya kepada Sharnaaz kenapa menengking dan cuba menyerang isterinya di lokasi penggambaran. |
'Kerana Badan Besarlah Saya Dikenali' - Abam (Bocey) Posted: 23 Feb 2014 05:29 PM PST Pelawak Abam (Bocey) memberitahu ada beberapa pihak meminta dia menguruskan badan sebagai langkah untuk kekal lama dalam industri hiburan tempatan. Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, bagaimanapun berkata, dia enggan berbuat demikian kerana menganggap tubuh badannya yang besar itu telah memberi rezeki dalam kerjayanya sebagai seorang pelawak. Abam bagaimanapun tidak bersedia berkongsi berapakah berat badannya sekarang. Dalam pada itu tambah Abam, dia juga tidak sangka, sejak memenangi tempat ketiga Maharaja Lawak Mega (MLM) terbitan Astro Warna, dia bersama ahli-ahli kumpulannya iaitu Acey dan Fard tidak putus-putus menerima tawaran lakonan. Malah, dia dan ahli-ahli Bocey juga telah berbincang tidak akan menyekat rezeki anggota kumpulannya yang lain jika salah seorang daripada mereka sahaja menerima tawaran berlakon. Dalam perkembangan lain, lakonan Abam juga dapat ditonton menerusi filem terbaharu arahan Roy Krishnan iaitu Aku Akan Muncul, yang akan ditayangkan pada 27 Februari ini. Antara pelakon-pelakon lain yang terlibat ialah Julia Ziegler, Datuk Jalaluddin Hassan dan Liza Abdullah. |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment