Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Lubang Tiba-Tiba Terbentuk di Dalam Muzium Kereta AS
- Muhdalena Percaya Lelaki Amuk Bersamanya Adalah ‘Imam Mahadi’
- VIDEO: Benarkah Terdapat Penjualan Syabu Terbuka Di KK?
- Rumah Karam Singh Walia Dipecah Masuk, Kereta Dilarikan
- Yemen Henti Hantar Pelajar ke IPTS Malaysia, Dakwa Hanya Kaut Keuntungan
| Lubang Tiba-Tiba Terbentuk di Dalam Muzium Kereta AS Posted: 13 Feb 2014 06:30 PM PST ![]() Sebanyak lapan buah kereta terjatuh ke dalam sebuah lubang besar yang terbentuk secara tiba-tiba di Muzium Kebangsaan Corvette di BOWLING GREEN, Kentucky Lapan buah kereta model Corvette itu mempunyai nilai yang tinggi dalam sejarah pembuatan kenderaan di Amerika Syarikat. Kereta yang jatuh ke dalam lubang itu ialah Corvette hitam keluaran tahun 1962, kereta PPG Pace keluaran 1984, 1 Millionth Corvette berwarna putih buatan tahun 1992 dan kereta Ruby Red Corvette yang dikeluarkan pada tahun 1993. Kereta Mallett Hammer Z06 Corvette buatan tahun 2001 dan kereta putih 1.5 Millionth Corvette yang dikeluarkan pada tahun 2009 turut terjatuh ke dalam lubang itu. Kesemua kereta itu adalah milik muzium tersebut. Dua buah lagi kereta iaitu ZR-1 Spyder keluaran tahun 1993 dan ZR1 Blue Devil buatan tahun 2009 yang terjatuh itu dipinjam dari syarikat General Motors. Satu pasukan kejuruteraan dari Universiti Barat Kentucky sedang menyiasat kestabilan tanah di muzium itu. Lubang itu terbentuk pada pukul 5.40 pagi waktu tempatan. Tiada seorang pun kakitangan muzium yang cedera dalam kejadian itu. - AP ![]() ![]() |
| Muhdalena Percaya Lelaki Amuk Bersamanya Adalah ‘Imam Mahadi’ Posted: 13 Feb 2014 04:26 PM PST PUTRAJAYA – Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhdalena Ahmad memberitahu Mahkamah Seksyen di sini pada Khamis bahawa dia percaya lelaki yang ditembak mati dalam kejadian amuk bersenjatakan pedang samurai di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) dua tahun lepas, adalah 'Imam Mahadi'. ![]() Muhdalena, 29, turut mengaku membawa pedang samurai dalam kejadian itu seperti mana diarahkan oleh 'Imam Mahadi' kerana percaya lelaki itu adalah pahlawan yang diutuskan Tuhan. "Saya benar-benar percaya beliau adalah 'Imam Mahadi' dan perlu mematuhi arahannya kerana dia adalah seorang pahlawan yang dihantar oleh Tuhan untuk menyelamatkan umat manusia," jelas Muhdalena ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh. Beliau berkata demikian ketika membela diri terhadap empat tuduhan yang dihadapinya berhubung kejadian amuk di Kompleks B. JPM, Presint 1 di sini, pada kiera-kira 2.30 petang, 9 Julai 2012. Dalam kejadian itu, Khalil Afendi Abdul Hahamid, 47, yang mengaku dirinya 'Imam Mahadi' terbunuh selepas terkena tembakan di bahagian ari-ari dan tangan kiri manakala Muhdalena cedera pada paha kanannya. Wanita itu menghadapi tuduhan iaitu melakukan ugutan jenayah, membawa senjata berbahaya, tidak mematuhi perintah polis agar meletakkan senjata yang dibawanya dan berada di premis itu yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan tanpa kebenaran. Muhdalena memberitahu mahkamah beliau mula mengenali lelaki itu melalui blog 'Abu Bakar' yang dapat memberikan penjelasan berhubung pelbagai persoalan mengenai umat manusia bermula sebulan sebelum kejadian. Lulusan bidang Perbandingan Agama dan Usulludin itu berkata lelaki berkenaan turut menulis dalam blog 'Arif Effendi' dan kemudiannya dalam 'Jaya Negara'. Muhdalena berkata dia kemudiannya berpindah ke rumah 'Imam Mahadi' tiga atau empat hari sebelum kejadian itu di Seri kembangan, sebelum lelaki itu mendedahkan identiti sebenarnya sebagai Khalil Afendi Abd Hamid. Katanya dia berpindah ke rumah 'Imam Mahadi' bersama suami dengan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Muhdalena, yang berpakaian serba hitam dengan seluar, tudung serta kot, sepanjang prosiding, berada dalam keadaan tenang, melainkan ketika menceritakan semula saat-saat dia ditembak dan menerima rawatan di hospital. "Dengan perasaan marah, saya telah menjerit kepada semua yang berada di pekarangan kompleks untuk beredar. Saya ada mendengar bunyi tembakan tetapi tidak sedar saya telah cedera ketika itu. "Saya melihat darah pancut daripada tangan Khalil Afendi dan terus berjalan ke arah kaki lima kompleks berkenaan sebelum sedar saya pun cedera di kaki akibat ditembak," katanya. Dia berkata ramai orang telah berkerumun sekelilingnya dan salah seorang daripada mereka memberitahu bahawa Khalil Afendi telahpun meninggal dunia. Sebelum itu, ketika pemeriksaan utama oleh peguam M.Visvanathan, Muhdalena berkata dia telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan untuk kecederaannya dan beberapa hari kemudian telah dirujuk kepada pakar psikiatri yang telah mengesahkan bahawa dia telah mengalami penyakit kemurungan ketika kejadian. Muhdalena berkata dia turut mendapat rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, di Tanjung Rambutan, Perak, yang turut mengesahkan beliau memang ada sindrom sebagai pesakit mental. Hakim Mohamed Kamil Nizam menetapkan 24 dan 25 Feb ini untuk mendengar keterangan dua pakar psikiatri iaitu Dr Umi Adzlin Silim dari Hospital Putrajaya dan Pengarah dan Perunding Psikiatri Forensik, Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Rabaiah Mohd Salleh. BERNAMA |
| VIDEO: Benarkah Terdapat Penjualan Syabu Terbuka Di KK? Posted: 13 Feb 2014 04:22 PM PST KAMI menerima kiriman video dari seorang pembaca. Dia yang enggan dikenali mendakwa berlakunya penjualan syabu secara terbuka di jalan menuju ke Nexus Karambunai, kira-kira lima kilometer dari Kota Kinabalu, Sabah. Menurut pembaca itu, tindakan agresif mereka akan mula 'menonjol' pada jam antara pukul 6 petang hingga 9 malam. Katanya, menerusi video ini, dia percaya empat lelaki berbaju hitam, putih dan kuning itu adalah penjual dadah syabu dan kereta Viva hitam berkenaan adalah pembeli. " Kami orang sabah muak dengan perkara seperti ini… kami mahukan ketenteraman dalam kehidupan seharian," katanya. Rasanya pihak berkuasa kena lihat balik perkara ini, mungkin dakwaan itu benar dan mungkin juga sebaliknya. Cuma kalau dilihat balik video ini, ia agak 'kabur' dan sukar untuk mengiyakan dakwaan pengirim itu. Namun kalau boleh, diharapkan pengirim video ini memberikan butiran yang lengkap dan lebih terperinci kepada pihak polis Sabah agar mereka boleh menjalankan siasatan yang lebih rapi dan menyeluruh. Jangan risau, identiti anda pasti dilindungi. PDRM memerlukan makluman daripada orang awam kerana kitalah 'mata dan telinga' untuk mereka…bersama kita membanteras dadah! mynewshub |
| Rumah Karam Singh Walia Dipecah Masuk, Kereta Dilarikan Posted: 13 Feb 2014 04:20 PM PST KLANG – Kediaman wartawan TV3 Datuk Karam Singh Walia di Taman Sri Andalas, di sini dipecah masuk. Kejadian itu hanya disedari isterinya, 55, yang pulang ke rumah jam 4 petang tadi dan terkejut melihat pintu pagar telah dirosakkan. Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarulzaman Mamat berkata, perompak membawa lari televisyen dan barangan berharga milik mangsa. Menurutnya, kereta milik Karam Singh jenis Wolkswagen Passat turut dilarikan suspek. |
| Yemen Henti Hantar Pelajar ke IPTS Malaysia, Dakwa Hanya Kaut Keuntungan Posted: 13 Feb 2014 04:17 PM PST ![]() Kerajaan Yaman memutuskan tidak lagi menghantar pelajarnya ke Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia kerana ia hanya mengaut keuntungan. Akhbar Yemen Times melaporkan, langkah tersebut diambil kerana kualiti buruk pendidikan swasta di Malaysia dan juga kos pengajian yang tinggi. "Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kajian Saintifik memutuskan pada Isnin untuk mengakhiri biasiswa kerajaan Yaman kepada universiti swasta di Malaysia. "Ini disebabkan kualiti pendidikann yang buruk dan kos tinggi," kata agensi pendidikan Yaman dalam laporan tersebut. Yemen Times juga memetik pengarah biasiswa di kementerian, Ahmed Al-Rabei sebagai berkata yuran pengajian di IPTS tiga kali ganda tinggi berbanding di institut pengajian awam. "Bayaran yuran dan tuisyen universiti swasta tiga kali ganda daripada universiti awam. "Kos belajar di universiti awam di Malaysia dianggarkan kira-kira $1,500 setahun, manakala kos pengajian di universiti swasta pula sebanyak $4,500," kata Ahmed yang dipetik berkata dalam laman berita tersebut. Menurut laman tersebut, sebanyak 9,000 pelajar Yemen sedang menuntut di Malaysia dan 4,000 daripadanya adalah pelajar universiti swasta. Laman tersebut memetik Ahmed pada Ogos 2013 lalu ke Malaysia untuk menyelesaikan masalah tersebut di kalangan pelajar Yaman, bagaimanapun ia tidak berhasil sebaliknya pelajar di univesiti swasta bergelut dengan hutang hampir enam tahun lamanya. Berdasarkan rekod Kementerian Pengajian Tinggi sehingga November 2013, Malaysia mempunyai sebanyak 520 IPTS yang terdiri daripada universiti, kolej universiti dan kampus cawangan luar negara. Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memiliki IPTS paling banyak. September tahun lalu, prestasi universiti di Malaysia jatuh lagi selepas kedudukan universiti dunia yang dikeluarkan QS World University Ranking menunjukkan rata-rata kedudukan universiti awam Malaysia terus merosot dalam senarai, dengan hanya Universiti Malaya masih berada dalam kelompok 200 universiti terbaik dunia tahun ini. Tujuh universiti Malaysia berada dalam kelompok 800, dan Universiti Teknologi Malaysia menunjukkan sedikit peningkatan iaitu daripada kedudukan 358 pada tahun 2012, kepada 355 tahun ini. – 13 Februari, 2014. MI |
| You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







0 comments:
Post a Comment