Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
| Video Kontroversi, Seorang Ustaz Menginjak Kepala Lelaki Dalam Keadaan Marah Posted: 12 Feb 2014 04:09 PM PST ![]() Laman sosial Indonesia petang ini kecoh dengan penyebaran sebuah kilp youtube selama 3 minit yang memperlihatkan seorang ustaz yang dikenali sebagai Hariri menginjak kepala seorang lelaki kerana marah yang teramat. Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kawasan di Bandung, Jawa Barat. Lelaki yang diinjak kepalanya itu merupakan petugas yang menjaga sistem bunyi pada majlis berkenaan. Pengurus ustaz berkenaan yang dihubungi media Indonesia, Odet memberitahu majikannya bertindaknya demikian kerana marah dengan kualiti bunyi yang disediakan lelaki itu. "Kita sewa sound kan wajar ingin yang kualitasnya baik," katanya. Menurut beliau, tindakan lelaki itu yang memohon maaf dalam keadaan marah kepada Ustaz hariri menjadi punca mengapa majikannya bertindak menginjak kepada lelaki itu. Namun menurut Odet, Ustaz Hariri telah memohon maaf kepada lelaki berkenaan dan menganggap isu itu sebagai selesai. Begitupun, komuniti aktif media online Indonesia nampaknya tidak menerima perlakukan ustaz berkenaan dengan begitu mudah sekali. Ramai yang menyifatkan ustaz berkenaan yang muncul dalam beberapa sinetron seperti Islam KTP dan Sampean Muslim sebagai sombong dan memalukan penganut Islam.- Mynewshub |
| Video Ini Boleh Membuatkan Kaki Berdenyut Posted: 12 Feb 2014 04:02 PM PST ![]() Menonton video ini boleh membuatkan kaki kita berdenyut-denyut, malah ada juga yang jantung bagai nak gugur. Memanjat Shanghai Tower yang masih di dalam pembikinan. Bayangkan bagaimana dengan nasib mereka yang terpaksa melalui pengalaman ini setiap hari demi memastikan menara ini siap sepenuhnya. Menurut sumber menara ini dibina dengan kos US$2.2 billion. |
| You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


0 comments:
Post a Comment