Malaysia Airlines jawab isu Nasi Lemak Telanjang
Malaysia Airlines jawab isu Nasi Lemak Telanjang |
Malaysia Airlines jawab isu Nasi Lemak Telanjang Posted: 01 Feb 2014 07:17 AM PST Dua hari lepas, kami ada mengeluarkan artikel di mana Chef Wan selaku Malaysia Food Ambassador berasa kecewa dengan sarapan yang disediakan oleh perkhidmatan penerbangan Malaysia Airlines. BACA: Malaysia Airlines hidang Nasi Lemak Telanjang – Chef Wan Berikutan dengan itu, Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines telah menjawab komen Chef Wan mengenai isu itu. Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi dalam penerbangan ke Bangkok. Kami menghargai segala maklum balas dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan kami. Tahniah buat Malaysia Airlines kerana akan mempertingkatkan mutu makanan dalam penerbangan mereka. Kami difahamkan oleh komentar di laman Facebook kami, menu tersebut sebenarnya bukan perkara baharu namun ia telah dihidang sejak bertahun lama-nya. Mujur seorang yang berpengaruh telah mengutarakan isu ini kerana jika rungutan orang kebanyakkan seperti kami sudah pasti ia tidak akan dilayan oleh pihak pengurusan Malaysia Airlines. Original article: Malaysia Airlines jawab isu Nasi Lemak Telanjang ©2014 Media Malaya. All Rights Reserved. |
Apabila pengarah Ahmad Idham memandang rendah seorang kurator Posted: 01 Feb 2014 02:21 AM PST Beberapa hari lepas, seorang kurator yang menggunakan nama twitter sebagai @twt_filem telah mengeluarkan tweet mengenai satu forum yang dihadiri oleh Ahmad Idham di UiTM. Tweet-nya telah mendapat reaksi segera daripada Ahmad Idham sendiri. Namun respon yang dikeluarkan oleh Ahmad Idham dikategorikan sebagai keterlaluan seperti menggelar tweet yang dikeluarkan oleh kurator itu sebagai bodoh dan memandang rendah kebolehan anak muda dalam bidang itu selagi tidak berjaya sebagai pengarah seperti dirinya. Ikuti perbualan hangat yang akhirnya mendapat kutukan peminat filem terhadap Ahmad Idham sendiri.
Kemudian, ia mendapat reaksi daripada peminat filem yang tidak bersependapat dengan Ahmad Idham, perkara ini membuatkan dia disindir semula
Namun terdapat satu tweet yang membalas kebongkakan Ahmad Idham dengan menyindir-nya apabila dia mempersoalkan mutu servis Kenny Rogers di Puteri Harbour, Nusajaya yang pada kami sangat PWN3D!
Kepada Ahmad Idham, usahlah lupa diri. Tanpa peminat dan pengritik filem, anda tidak memandu kereta mewah di saat ini. Dahulu pun lakonan anda macam tahi juga. Original article: Apabila pengarah Ahmad Idham memandang rendah seorang kurator ©2014 Media Malaya. All Rights Reserved. |
You are subscribed to email updates from Media Malaya To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment