Powered by Blogger.

Jom Tonton Kami Histeria Hujung Minggu Ini

Jom Tonton Kami Histeria Hujung Minggu Ini


Jom Tonton Kami Histeria Hujung Minggu Ini

Posted: 14 Feb 2014 04:56 AM PST

Yeah ~~~ Anda bosan tak tahu nak buat apa di hujung minggu ini? Apa kata kita ramai-ramai pergi menonton filem Kami Histeria di pawagam yang berdekatan. Filem komedi seram ini menampilkan pelakon-pelakon wanita hebat seperti Diana Danielle, Fazura, Sara Ali, Nad Zainal dan ramai lagi. Abang Nara masih belum sempat menontonnya, namun daripada “feedback” di laman sosial, filem ini memang antara filem tempatan yang berbaloi.

filem kami histeria

Sedikit sinopsis filem yang turut menampilkan Izzue Islam untuk rujukan anda.

Lima orang gadis remaja: Laila, Bad, Peanut, Airin dan Jojo mempunyai band mereka sendiri yang diberi nama "Histeria". Kumpulan ini berpindah ke kediaman baru di sebuah rumah pangsa yang berhantu. Semasa membuat rakaman lagu mereka, suara Langsuir turut dirakamkan dalam rakaman tersebut. Lagu tersebut menjadi hit dan amat diminati ramai setelah dimuat naik ke YouTube.

Mereka berusaha mendapatkan khidmat bantuan dari Cik Lang (Langsuir) untuk dirakamkan suaranya. Cik Lang sanggup membantu mereka dengan syarat sekiranya lagu mereka menjadi hit Cik Lang akan menuntut sesuatu daripada mereka. Bagaimana perjanjian kumpulan Histeria bersama Cik Lang? Adakah Cik Lang berniat baik untuk membantu mereka atau sekadar helah untuk mendapatkan apa yang dihajati?

filem kami histeria

Berdasarkan pemeriksaan Abang Nara sebentar tadi, masih banyak pawagam yang menayangkan filem Kami Histeria. Ini bermakna sambutan yang baik telah diterima sejak seminggu ia mula ditayangkan. Abang Nara yakin korang akan lebih excited untuk menonton filem ini selepas menyaksikan trailer di bawah.

Jadi apa kata hujung minggu ini apa kata kita beramai-ramai turun panggung untuk menyokong filem ini? Filem yang bagus apa salahnya sokong ramai-ramai kan? Untuk informasi lanjut mengenai filem ini, layari Facebook Kami Histeria.

Baca Yang Ini Pulak:-

Saya Mencari Wanita Untuk Dijadikan Isteri – Johan As’ari

Posted: 14 Feb 2014 01:27 AM PST

Kah kah kah. Tergelak guling-guling Abang Nara membaca kata-kata yang dikeluarkan oleh Johan As’ari menerusi Berita Harian semalam. Nak percaya pun susah. Banyak sangat tragedi melibatkan wanita yang berakhir dengan kegagalan yang melibatkan Johan As’ari. Itu yang rasa pelik apabila Johan memberitahu yang dirinya serius mencari calon isteri.
johanAbang Nara rasa kebanyakan peminat menganggap Johan selama ini suka mempermainkan hati wanita. Namun Johan menafikan semua itu. Kata Johan:-

Cukuplah semua kisah itu. Saya anggap ia sebagai asam garam hidup dan ketentuan buat saya. Saya mencari wanita untuk dijadikan isteri, bukan sekadar suka-suka.

Saya juga mempunyai ibu, kakak dan adik perempuan. Jadi saya tidak pernah terfikir untuk memainkan golongan ini.

johan

Rasanya tak semudah itu untuk orang mempercayai keseriusan Johan As’ari. Terlalu banyak kisah silam yang tidak melambangkan niat suci Johan. Tak apalah. Kita tunggu wanita manakah yang dapat mencuri hati Johan As’ari selepas ini. Kalau betul berjaya ke jinjang pelamin, barulah boleh nak percaya ketulusan hati Johan. Tak gitu? Apa pendapat anda?

Baca Yang Ini Pulak:-

Almy Nadia Terkejut, Akui Sudah Bertunang 22 Oktober Lalu

Posted: 14 Feb 2014 01:15 AM PST

Amboi, amboi, amboi. Memang gadis Melayu terakhir sungguh Almy Nadia ini. Malu-malu apabila bakal suami mengumumkan tarikh pernikahan mereka. Untunglah Fizz dapat bakal isteri pemalu sebegini. Namun begitu bagi Abang Nara ini menunjukkan komitmen Fizz Fairuz kerana dengan yakinnya membuat pengumuman mengenai tarikh majlis pernikahan mereka.

fizz almy

Kata Almy Nadia menerusi Harian Metro hari ini:-

Saya tidak jangka sebenarnya. Terkejut juga bila dia dedahkan. Terkejut juga bia Fizz cakap dia sudah dedahkan (berita perkahwinan)kepada media tadi (semalam). Asalnya kita rancang hendak dedahkan mungkin pada Mac atau April nanti.

Sebab macam terlalu awal juga sebenarnya. Patut simpan (rahsiakan) lagi, tetapi mungkin dia bosan asyik diajukan pertanyaan kahwin, jadi dia dedahkan juga.

fizz almyUntuk makluman anda, Almy Nadia dan Fizz Fairuz telah bertunang 22 Oktober 2013. Namun pertunangan ini dirahsiakan kerana takut ada pihak yang kurang senang. Kata Almy kepada Mstar Online:-

Saya bukan sengaja merahsiakan pertunangan kami pada tahun lalu, ia adalah permintaan kedua-dua keluarga agar tidak timbul perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini, ada orang suka ada juga yang tidak suka, sebab itu saya lebih selesa ia diumumkan selepas kad jemputan kahwin siap nanti. Tapi Fizz telah umumkannya awal.

Selepas berbagai perkara yang terjadi selama lapan tahun hubungan kami, saya lebih berhati-hati untuk bercakap. Apa-apa pun kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan segalanya

Tahniah diucapkan buat Almy dan Fizz atas pertunangan dan majlis pernikahan yang bakal dilangsungkan. Abang Nara pasti para peminat anda berdua sudah tidak sabar menunggu hari bahagia anda.
lazenP.S: Adakah anda ingin memiliki rumah berkonsepkan moden atau klasik? Cubalah perkhimatan rekabentuk dalaman yang profesional dari Lazern. Ianya pasti akan memberikan anda ruang rumah yang unik berasaskan konsep yang anda inginkan dan amat memuaskan hati. Anda boleh melayari Facebook Lazern atau laman web kami www.lazern.com untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut.

Baca Yang Ini Pulak:-

Maria Sharapova Ialah Duta Celcom First Elite

Posted: 13 Feb 2014 09:11 PM PST

Satu pilihan yang sangat tepat untuk melantaik Maria Sharapova sebagai duta Celcom First Elite. Maria Sharapova ialah antara pemain tenis wanita terbaik dunia yang telah memikat hati jutaan orang dengan kejelitaan, kehebatan dan keeleganannya ketika beraksi. Senang cerita, Celcom First Elite dan Maria Sharapova ialah satu gandingan yang mantap dan sempurna.

celcom first elite

Antara ciri-ciri yang ditawarkan menerusi Celcom First Elite ialah  First Advantage, Priority Delivery, First Access, Device Care, First Assist, First Concierge dan Priority Parking. Walaupun anda bukan Maria Sharapova, sekiranya anda melanggan plan Celcom First Elite, anda akan dilayan seperti seorang VIP. Semuanya akan terasa mudah dan senang.

celcom first elite

Salah satu ciri yang paling “best” bagi pendapat Abang Nara ialah First Access. Apabila ada smartphone atau gadjet terbaru dilancarkan, selaku pengguna Celcom First Elite, anda akan diberi keutamaan untuk menjadi antara mereka yang terawal menggunakannya. Boleh tempah awal-awal. Dan lagi best, anda boleh mengambil tempahan anda mengikut keselesaan atau minta ia dihantar ke depan pintu rumah anda. Terbaik kan?

celcom first elite

First Advantage pula menawarkan Personal Service Consultant khas untuk pelanggan Celcom First Elite. Tak perlu tunggu lama-lama untuk operator jawab panggilan anda. Hanya perlu telefon dan akan ada operator khas untuk membantu anda menyelesaikan sebarang masalah. Lagi best apabila boleh pilih nombor telefon yang anda mahukan. Senang sikit nak ingat nombor telefon sendiri kan?

celcom first elite

Selain itu ada juga kelebihan First Asist dan First Concierge. Semua ini bertujuan untuk memudahkan pengguna plan Celcom First Elite. Tak perlu nak jadi Maria Sharapova untuk mendapatkan khidmat VIP sebegini. Segalanya dipermudahkan khas untuk anda. Memang terbaik sungguh plan ini.

Tunggu apa lagi? Bertukarlah ke Celcom First Elite hari ini jugak. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Celcom.

Baca Yang Ini Pulak:-

Adib & Ummi Nazeera Bercinta? Siti Nurhaliza Tak Halang

Posted: 13 Feb 2014 08:44 PM PST

Wow. Ini satu berita menarik untuk dikongsikan. Siti Nurhaliza tidak menghalang anak tirinya, Adib Khalid sekiranya benar-benar bercinta dengan Ummi Nazeera. Kisah percintaan ini timbul apabila Adib dan Ummi dilihat hadir bersama-sama ke konsert amal Siti Nurhaliza “Where The Heart Is’ yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumur (KLCC) pada 7 dan 8 Februari lalu.

adib khalid dan ummi nazeera bercinta

Menariknya menurut Siti Nurhaliza, Adib Khalid dan Ummi Nazeera telah berkawan rapat kerana mereka berdua belajar bersama di Australia dulu. Kata Siti kepada Mstar Online:-

Saya tahu mereka berkawan rapat semenjak belajar di Australia tetapi sekiranya mereka bercinta ia bukan satu masalah kerana masing-masing sudah besar dan boleh membuat keputusan sendiri

adib khalid dan ummi nazeera bercinta
Sebelum ini Adib Khalid pernah digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon baru dari Brunei iaitu Nina Iskandar. Apa pendapat anda? Nampak macam sesuai kan Adib dan Ummi? Kalau bercinta mesti nampak sesuai sangat. Apa pun sama-sama kita nantikan perkembangan kisah mereka.

P.S: Perang sindir antara MAS dan AirAsia

Baca Yang Ini Pulak:-

Shahrol Shiro Tak Faham Kenapa Jep Sepahtu Tak Puas Hati Dengannya

Posted: 13 Feb 2014 08:29 PM PST

Selepas membuat penafian mengenai pergaduhan antara dirinya dengan Jep Sepahtu baru-baru ini, hari ini Sharol Shiro mengakui bahawa memang tercetus perang dingin antaranya dengan Jep Sepahtu. Menurut Sharol, Jep menjauhkan diri tanpa sebab sekaligus menimbulkan kekeliruan dan rasa bersalah di dalam dirinya. Pelik tapi benar kan?

sharol shiroMalah Sharol Shiro telah 3,4 kali memohon maaf kepada Jep Sepahtu sekiranya ada berbuat salah. Sayangnya permohonan maaf itu dipandang dingin oleh Jep. Kata Sharol kepada Harian Metro:-

Kalau saya ada silap, beritahu apa silapnya. Janganlah bersikap dingin macam ini. Terus terang saya tidak tahu macam mana jadi begitu. Tidak tahu mana silap saya atau apa benda yang dia tidak puas hati sampaikan dia mengelak macam itu sekali.

Sudah tiga, empat kali saya datang kepadanya dan meminta maaf. Saya hendak tahu dan bertanya kalau ada saya buat salah tetapi dia mengelak dan dingin saja.

Tambah Sharol lagi, Jep Sepahtu turut menjaja cerita kurang elok mengenai dirinya kepada rakan-rakan pelawak lain. Kata Sharol:-

Bagi saya tidak elok bila dia berdiam diri dan memulaukan saya macam itu saja. Bila jumpa, dia mengelak macam sudah menyampah sangat tengok muka saya sedangkan kita boleh bersemuka dan berbincang.

Sebaliknya dia jaja cerita dan mempengaruhi orang (pelawak) lain. Baru-baru ini secara tiba-tiba dia tidak mengikuti saya di Instagram, sedangkan kami mengikuti akaun satu sama lain sebelum ini.

Kalau dia fikir saya pesaing sampai nak jadikan musuh, benda itu tak patut timbul sebab saya junior dalam bidang ini. Buntu juga jadinya dan tidak tahu macam mana hendak pulihkan keadaan kalau dia terus mengelak.

sharol shiro

Tak seronoklah kalau geng-geng pelawak pun boleh bergaduh sampai macam ini. Kalau tak bersemuka, memang sampai bila-bila pun tak akan selesai isu ini. Dua-dua pun dah dewasa. Patutnya cubalah selesaikan secara matang. Lagipun Maharaja Lawak Mega sudah tamat. Kan bagus kalau berbaik-baik. Dunia lawak tanah air pun bukannya besar sangat kan?
sharol shiro

P.S Wow. Mis Claire terpampang di dada akhbar Kosmo. Makin popular nampaknya Mis Claire yang menyediakan fesyen bergaya buat mereka yang bersaiz besar. Tahniah diucapkan. Ikuti mereka dengan lebih lanjut di www.misclaire.com, Facebook MisClaire dan juga Instagram MisClaire. Semoga terus maju jaya.

Baca Yang Ini Pulak:-

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani