Biasiswa Yayasan Cemerlang UNIRAZAK Untuk Anda
Biasiswa Yayasan Cemerlang UNIRAZAK Untuk Anda |
- Biasiswa Yayasan Cemerlang UNIRAZAK Untuk Anda
- Fizz Fairuz & Almy Nadia Nikah 30 Mei Ini
- Persiapan Perkahwinan Sudah 60% Siap – Puteri Sarah Liyana
- (11 GAMBAR)Neelofa Sambut Hari Jadi Yang Ke 25
- (TAHNIAH)Rebecca Nur Islam Sah Bertudung, Dapat Hidayah Di Mekah
- Kerana Ariana Rose, Keith Foo Belajar Mengenai Islam
- Nabila Huda Bengang Akaun Instagramnya Dijadikan Tempat Iklan
- (12 GAMBAR)Kandungan Masuk 27 Minggu, “Baby Bump” Liyana Jasmay Makin Jelas
| Biasiswa Yayasan Cemerlang UNIRAZAK Untuk Anda Posted: 13 Feb 2014 02:58 AM PST Yeah ~~ Peluang terbaik untuk anda yang sedang mencari biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. BeautifulNara dan UNIRAZAK telah bekerjasama untuk memberikan satu biasiswa kepada pembaca BeautifulNara (tak kiralah kalau anda nak apply untuk anak anda pun). Ini satu peluang keemasan yang tak boleh dilepaskan. Biasiswa di bawah Yayasan Cemerlang UNIRAZAK ini turut termasuk:-
Namun seperti biasa ada beberapa syarat yang anda perlu patuhi sebelum memohon biasiswa ini. Syarat-syaratnya ialah:-
Yang Ini Pun Best Jugak:- |
| Fizz Fairuz & Almy Nadia Nikah 30 Mei Ini Posted: 13 Feb 2014 02:51 AM PST Akhirnya setelah berteka-teki dan berdiam diri, Fizz Fairuz telah mengumumkan akan menikahi Almy Nadia pada 30 Mei ini. Majlis pernikahan akan diadakan di kampung halaman Almy di Pulau Pinang. Wang hantaran sebanyak RM20,000 akan dihantar oleh Fizz kepada Almy. Sehari selepas pernikahan, majlis resepsi akan terus diadakan. Kata Fizz Fairuz kepada Mstar Online:-
Alhamdulillah. Akhirnya terjawab segala persoalan yang bermain di minda semua orang. Tahniah Abang Nara ucapkan buat Fizz dan Almy atas berita gembira ini. Tak sabar hendak melihat anda berdua di atas pelamin. Pasti cantik berseri-seri. Semoga segala perancangan berjalan lancar. Tahniah!!! Baca Yang Ini Pulak:- |
| Persiapan Perkahwinan Sudah 60% Siap – Puteri Sarah Liyana Posted: 12 Feb 2014 08:22 PM PST Hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja sebelum Puteri Sarah Liyana akan bergelar isteri kepada Syamsul Yusof. Berkata kepada Utusan Malaysia, bakal isteri pengarah hebat ini memaklumkan yang persiapan perkahwinan sudah pun siap sebanyak 60%. Mesti Puteri Sarah sedang berdebar-debar menunggu detik bahagia tidak lama lagi. Buat masa ini, Puteri Sarah Liyana masih bekerja seperti biasa. Kata Puteri Sarah:-
Tak sabar rasanya nak melihat Syamsul Yusof menyarungkan cincin ke jari Puteri Sarah Liyana di hari pernikahan mereka kelak. Semoga segala persiapan berjalan lancar. Mungkin seminggu dua sebelum majlis, Puteri Sarah bolehlah mula bercuti untuk menyempurnakan persiapan. Sama-samalah kita doakan agar majlis ini akan berjalan seperti yang dirancang kelak. P.S: Toyota Prius dipanggil semula Baca Yang Ini Pulak:- |
| (11 GAMBAR)Neelofa Sambut Hari Jadi Yang Ke 25 Posted: 12 Feb 2014 07:47 PM PST 10 Februari 1989 adalah tarikh lahirnya si cantik manis Neelofa. Kini Neelofa sudah pun berusia 25 tahun. Mula menempa nama menerusi pertandingan Dewi Remaja, kini Neelofa dikenali sebagai pengacara dan pelakon. Tak salah untuk Abang Nara katakan Neelofa merupakan salah seorang nama besar di dalam industri hiburan tanah air kita. Selamat hari jadi Abang Nara ucapkan kepada Neelofa. Semoga panjang umur, murah rezeki dan cepat-cepat bertemu jodoh. Umur 25 memang cantik dah untuk memulakan persediaan bergelar isteri. Rasanya ramai lelaki di luar sana yang sudi memikat hati Neelofa. Itupun kalau Neelofa masih “single” lagi. Lagi beberapa gambar sekitar sambutan hari jadi Neelofa yang ke 25 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Mencari kelainan dalam gaya fesyen seharian anda? Apa kata cuba rekaan awesome daripada Manik Hijau? Pasti akan menyerlahkan gaya kejelitaan dan keremajaan anda. Banyak contoh rekaan mereka di Instagram Manik Hijau dan juga blog Manik Hijau. Harga pun sangat berpatutan dengan kualiti yang ditawarkan. Cubalah hari ini.
Baca Yang Ini Pulak:- |
| (TAHNIAH)Rebecca Nur Islam Sah Bertudung, Dapat Hidayah Di Mekah Posted: 12 Feb 2014 06:41 PM PST Tahniah diucapkan buat Rebecca Nur Islam yang telah pun berhijrah dan kini memakai tudung. Rebecca telah mula berhijab sejak 31 Januari lalu ketika menunaikan umrah bersama suami dan ahli keluarganya. Selesa dengan pemakaian tudung sepanjang berada di Mekah, Rebecca nekad untuk mengekalkan imej tersebut selepas pulang ke tanah air.
Semoga Rebecca kekalkan imej sebegini di masa hadapan. Perlahan-lahan lepas ini bolehlah kurangkan baju-baju yang ketat agar sesuai dengan penampilan terbaru. Memang wajah Rebecca nampak lebih berseri-seri dan sedap dipandang selepas bertudung. Tahniah sekali lagi. Baca Yang Ini Pulak:- |
| Kerana Ariana Rose, Keith Foo Belajar Mengenai Islam Posted: 12 Feb 2014 06:29 PM PST Hari ini ialah episod terakhir drama Ariana Rose. Drama ini menjadi kegilaan dan ikutan ramai. Watak Tengku Adam Kamil yang dibawa oleh Keith Foo juga membuatkan nama pelakon ini semakin popular. Walaupun tidak beragama Islam, Keith Foo dilihat berjaya membawakan babak-babak berdoa dan bersembahyang dengan begitu baik sekali. Menariknya Keith Foo bukan sekadar berlakon semata-mata sebaliknya belajar serba sedikit mengenai Islam sepanjang penggambaran drama Ariana Rose ini. Kata Keith Foo:-
Satu usaha yang bagus dan harus dipuji. Patutlah lakonan Keith Foo nampak begitu menjadi sekali. Manalah tahu kalau kerana lakonan ini, Keith Foo juga terbuka hati untuk belajar sendiri dengan lebih mendalam mengenai Islam. Apa pun, tak sabar rasanya menanti episod akhir Ariana Rose hari ini. Agak-agaknya apakah kesudahan drama yang diadaptasi daripada novel The Wedding Breaker ini? Sama-samalah kita nantikan. P.S: Ingin tampil secantik Mawar, isteri Fizo Omar? Ingin nyata jelita? Rahsia kelihatan menawan dengan tudung terkini dari Fareeda. Jangan bertangguh lagi…layari segera Facebook Fareeda Nyata Jelita sekarang juga. Baca Yang Ini Pulak:- |
| Nabila Huda Bengang Akaun Instagramnya Dijadikan Tempat Iklan Posted: 12 Feb 2014 05:52 PM PST Kalau Abang Nara jadi Nabila Huda, pasti akan bengang dan stress jugak. Mana tidaknya, penat-penat kongsikan gambar, tengok-tengok semua komen adalah komen promosi barangan masing-masing. Contohnya “nak putih sila SMS“, “nak jadi kaya? whatsapp saya” dan macam-macam lagilah. Memang pening dibuatnya. Abang Nara perhatikan bukan Nabila Huda sahaja yang menjadi mangsa. Kebanyakan selebriti-selebriti tempatan kesemuanya mendapat komen iklan yang serupa. Kadang-kadang tak ada langsung komen berkaitan gambar, semuanya sibuk nak jual produk masing-masing. Itu yang membuatkan Nabila Huda sampai berkongsi ayat di bawah untuk para pengikut Instagramnya. Berkata kepada Berita Harian, Nabila Huda menganggap perbuatan mereka ini adalah tidak beradab. Kata Nabila Huda:-
Bagi Abang Nara, nak berniaga boleh tapi caranya kenalah betul. Rasanya tak banyak impak pun kalau anda mengiklankan produk anda di akaun Instagram selebriti-selebriti ini. Mungkin boleh cuba belajar cara “marketing” yang sebenar. Abang Nara yakin orang lain pun stress asyik-asyik tengok komen jualan barangan je di akaun Instagram artis kesayangan mereka. Baca Yang Ini Pulak:- |
| (12 GAMBAR)Kandungan Masuk 27 Minggu, “Baby Bump” Liyana Jasmay Makin Jelas Posted: 12 Feb 2014 05:15 PM PST Dalam diam rupa-rupanya sudah 7 bulan Liyana Jasmay hamil. Hanya tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja lagi sebelum penyanyi dan pelakon cilik ini bergelar ibu. Paling penting, Liyana Jasmay memang makin comel dengan “baby bump”nya semakin jelas kelihatan. Sekali pandang nampak macam anak lelaki sebab perutnya ke hadapan. Comel kan? Kalau dulu tak leh bayangkan macam mana dengan tubuh kecilnya Liyana Jasmay nak mengandung, kini semua nampak cantik dan molek je. Apa pun Liyana akan mengumumkan jantina anaknya pada satu majlis khas 5 April ini. Buat masa ini, Liyana memanggil anak di dalam kandungannya dengan nama “Sofi”. Kata Liyana kepada Utusan Malaysia:-
Rasa-rasa memang macam lelaki kan? Sama-samalah kita nantikan 5 April ini. Lagi beberapa gambar Liyana Jasmay dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar RotiKaya dan MalaysianDigest. P.S: Gambar entiti di sebuah chalet
Baca Yang Ini Pulak:- |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

0 comments:
Post a Comment