Ashraf Muslim Kongsi Gambar Bahagia Bersama 2 Isteri Tercinta
Ashraf Muslim Kongsi Gambar Bahagia Bersama 2 Isteri Tercinta |
- Ashraf Muslim Kongsi Gambar Bahagia Bersama 2 Isteri Tercinta
- (12 GAMBAR)Tasha Shilla Sambut Hari Jadi Dengan Kekasih Baru?
- Adam Davin Ditangkap Polis, Raja Azmi Rasa Lega
- Saya Masih Tahu Tentang Hukum Agama – Sharifah Sakinah
- (TAHNIAH)Misha Omar Nikah Mei Ini
Ashraf Muslim Kongsi Gambar Bahagia Bersama 2 Isteri Tercinta Posted: 05 Feb 2014 04:34 AM PST Alhamdulillah. Gembira Abang Nara melihat kebahagiaan rumahtangga Ashraf Muslim di samping kedua-dua isterinya, Dayana dan Wan Sakinah. Walaupun sebelum ini Wan Sakinah dikritik hebat kerana menunjukkan gambar “baby bump”nya, nampak gayanya hubungannya dengan Dayana amat baik sekali. Tahniah kepada Ashraf Muslim kerana menjadi suami yang hebat dan mampu membimbing kedua-dua isterinya. Gambar-gambar kemesraan ini telah dikongsi oleh Ashraf Muslim menerusi laman Facebooknya. Wan Sakinah dan Dayana telah datang untuk menghantar suami mereka terbang menunaikan umrah. Berikut ialah status yang telah dikongsikan oleh Ashraf Muslim.
Kalau mereka bertiga sudah bahagia dengan kehidupan sebegini, siapalah kita untuk mengkritik bukan? Biarkanlah mereka. Jangan diganggu lagi. Jangan dipandang serong. Perkara yang sudah berlalu, biarkanlah berlalu. Yang penting mereka kini sedang mengecapi kebahagiaan hidup. Lagi 2 keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Baca Yang Ini Pulak:- |
(12 GAMBAR)Tasha Shilla Sambut Hari Jadi Dengan Kekasih Baru? Posted: 04 Feb 2014 10:27 PM PST Tasha Shilla memang seringkali dikaitkan dengan ramai lelaki di luar sana. Kalau dulu pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli dikatakan bercinta dengannya, kini seorang peninju Muay Thai pula dikatakan mempunyai hubungan dengan si cantik manis ini. Menariknya kali ini Tasha Shilla tidak segan silu berkongsi gambar dengan si peninju yang bernama Hans ini menerusi akaun Instagramnya. Malah ketika menjalani penggambaran di Korea baru-baru ini, Tasha Shilla telah berkongsi gambar di bawah dengan caption yang menampakkan sedikit kejiwangan. Adakah Tasha Shilla memang benar-benar bercinta dengan Hans atau sekadar teman tapi mesra? Caption yang ditulis ialah:-
Di dalam gambar sambutan hari jadinya baru-baru ini juga, Hans hadir dan kelihatan sangat mesra dengan Tasha Shilla. Malah ketika mengikuti aktiviti senaman di taman KLCC, lelaki ini turut dipeluk mesra oleh Tasha. Nampak gaya memang mereka berdua dalam fasa percintaan. Sama-samalah kita nantikan pengakuan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Pulau Pinang tempat makan terbaik 2014
Baca Yang Ini Pulak:- |
Adam Davin Ditangkap Polis, Raja Azmi Rasa Lega Posted: 04 Feb 2014 06:01 PM PST Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Adam Davin atau nama sebenarnya Davinder Singh telah pun ditangkap polis pada petang Isnin lalu. Sebelum ini nama Adam Davin telah dibabitkan dengan kes penipuan terhadap Raja Azmi. Antara mangsa lain ialah Anzalna Nasir, Betty Rahmad, dan Hanez Suraya. Jumlah kerugian mencecah puluhan ribu ringgit. Salah seorang mangsa penipuan, Raja Azmi melahirkan rasa lega atas penangkapan ini. Kata Raja Azmi kepada Mstar Online:-
Semoga dengan penangkapan ini tiada lagi kes penipuan akan berlaku. Diharap semua pihak di luar sana berhati-hati. Dunia sekarang memang macam-macam jenis penipuan ada. Yang penting jangan mudah percaya dengan orang yang baru dikenali. Siasat dulu latar belakang sebelum membuat apa-apa transaksi. P.S: Wanita hilang 76 kilogram kerana anak dibuli Baca Yang Ini Pulak:- |
Saya Masih Tahu Tentang Hukum Agama – Sharifah Sakinah Posted: 04 Feb 2014 05:22 PM PST Nama Sharifah Sakinah sememangnya tidak lekang daripada kontroversi. Kalau anda mengikuti akaun Instagramnya, pasti anda akan dapat lihat yang Sharifah Sakinah sekarang sedang aktif bersenam dan sering berkongsi gambar yang menampakkan tubuhnya. Malah sebelum ini, jurulatih peribadinya telah berkongsi gambar Sharifah Sakinah memakai “two piece” ketika mereka berada di Dubai. Senang cerita, Sharifah Sakinah dan seksi memang tidak dapat dipisahkan. Sehinggakan ada pihak yang mendakwa dirinya tidak sensitif terhadap agama. Bercakap kepada Kosmo semalam, Sharifah Sakinah menafikan dakwaan tersebut. Kata Sharifah Sakinah:-
Untuk makluman anda, Sharifah Sakinah dan rakan-rakan kini sering mengadakan sesi senaman bersama peminat di Taman KLCC setiap petang. Ini adalah satu aktiviti yang menarik. Kalau anda berminat untuk mendapatkan tubuh yang “fit” seperti Sharifah Sakinah, boleh follow Instagram FitnesSakinah atau Instagram Sharifah Sakinah. Abang Nara yakin confirm anda akan lebih bersemangat bersenam bersama Sharifah Sakinah sebagai “instructor”. Hehehe. Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)Misha Omar Nikah Mei Ini Posted: 04 Feb 2014 04:57 PM PST Setelah beberapa kali ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, akhirnya Misha Omar dan tunangnya, Firos Ezzwan Rossly bakal bergelar suami isteri pada bulan Mei ini. Majlis pernikahan ini akan diadakan secara sederhana di Kota Bharu. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Misha dan Firos atas berita gembira ini. Semoga kali ini tiada lagi penangguhan berlaku Misha dan Firos juga telah bersetuju untuk menghantar 5 dulang hantaran tanpa sebarang barangan berjenama dan wang tunai. Satu langkah yang amat terpuji. Tak perlu habiskan beratus ribu untuk perkahwinan. Apa yang lebih penting ialah kehidupan selepas berkahwin. Kata Misha kepada Mstar Online:-
Untuk makluman, Firos dan Misha telah pun bertunang pada 21 Februari 2012. Majlis pernikahan mereka telah pun ditangguhkan 2 kali kerana kesibukan masa dan kematian ayah Misha Omar. Semoga perancangan kali ini menjadi kenyataan buat mereka berdua. Abang Nara pasti banyak peminat tak sabar hendak melihat Misha di atas pelamin. Sama-samalah kita doakan. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment