(TAHNIAH)Isteri Amar Asyraf Kini Hamil 3 Bulan
(TAHNIAH)Isteri Amar Asyraf Kini Hamil 3 Bulan |
- (TAHNIAH)Isteri Amar Asyraf Kini Hamil 3 Bulan
- Nurul Izzah Failkan Permohonan Fasakh Terhadap Suaminya
- Tahun 2014 Saya Dah Buka Hati Untuk Berkahwin – Yana Samsudin
- Ramalan Keputusan AJL28 Daripada Abang Nara
- Senarai Top 5 ABPBH 2013, Zizan Razak Ungguli Pencalonan
- Isu Penyanyi Bertudung Dihalau, Syarikat Castmet Nafi Bersikap Rasis
(TAHNIAH)Isteri Amar Asyraf Kini Hamil 3 Bulan Posted: 23 Jan 2014 01:29 AM PST Tahun 2014 nampaknya ramai selebriti yang akan bergelar ibu bapa. Berkahwin pada Jun 2013, Amar Asyraf dan isterinya, Arna Salleh mendapat gembira mengenai kehadiran anak sulung mereka. Arna Salleh kini telah pun hamil 3 bulan. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan. Memang murah rezeki anda berdua. Agak kasihan juga apabila isteri Amar Asyraf mengalami muntah-muntah. Namun itu perkara biasa untuk wanita yang sedang hamil. Kata Amar Asyraf kepada Utusan Malaysia:-
Insya Allah trimester kedua nanti hilanglah muntah-muntah itu. Diharap Arna Salleh bersabar dengan dugaan kecil ini. Yang penting, kesihatan harus dijaga. Jangan lupa makan ubat yang dibekalkan oleh doktor. Jangan buat kerja berat-berat sangat. Tahniah sekali lagi buat anda berdua. Baca Yang Ini Pulak:- |
Nurul Izzah Failkan Permohonan Fasakh Terhadap Suaminya Posted: 23 Jan 2014 12:29 AM PST Sekali sekala bercerita mengenai selebriti daripada dunia politik Malaysia apa salahnya kan? Lagipun ini bukan sebarang ahli politik, tetapi Nurul Izzah Anwar Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai. Kejelitaannya satu ketika dahulu pernah menjadi dambaan ramai jejaka (ok ayat poyo) namun Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim telah berjaya menjadi Nurul Izzah sebagai isterinya. Hari ini kita dikejutkan dengan berita permohonan cerai secara fasakh oleh Nurul Izzah terhadap suaminya. Permohonan ini telah difailkan pada penghujung Disember 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Hasil perkahwinan, Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir telah dikurniakan 2 cahaya mata. Namun menerusi laman Twitter, Nurul Izzah telah menafikan berita ini apabila ditanya oleh salah seorang “follower”nya. Raja Ahmad Shahrir dikatakan membantah tuntutan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR itu.vSebutan kes tersebut akan didengar semula pada 8 Februari depan dan dikatakan tiada persefahaman merupakan alasan yang diberikan oleh Nurul Izzah ketika membuat tuntutan cerai secara fasakh. Difahamkan sebutan kes penceraian sepatutnya pada 20 Januari lepas (Isnin) namun, Raja Ahmad Shahrir dikatakan memohon supaya sebutan tersebut ditangguhkan selama dua minggu. Sama-samalah kita nantikan perkembangan kes ini. Info asal AstroAwani. Yang Ini Pun Best Jugak:- |
Tahun 2014 Saya Dah Buka Hati Untuk Berkahwin – Yana Samsudin Posted: 22 Jan 2014 07:40 PM PST Alhamdulillah. Lega hati Abang Nara mendengar kesediaan Yana Samsudin untuk menamatkan zaman gadisnya dan melangkah ke alam perkahwinan. Takut jugak kot-kot Yana masih trauma selepas putus cinta dengan Abang Nara satu ketika dahulu. Manalah tahu sehingga sekarang Yana masih tidak dapat melupakan kenangan indah kami bersama. Hehehe. Siapakah jejaka yang bertuah dapat memikat hati Yana Samsudin yang kini berusia 29 tahun? Sebelum ini Yana pernah digosipkan dengan adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari. Memang kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Kata Yana kepada MalaysianDigest:-
Kalau Abang Nara jadi Fadzil, memang cepat-cepat masuk meminang. Yana dah bagi “green light” dah tue. Ayat pun nampak macam bagi “hint” je. Sebagai seorang lelaki kacak, ayat-ayat “hint” sebegini harus diambil berat. Jangan lambat ambil tindakan, takut terlepas ke tangan orang lain. Tak gitu? P.S: Hyundai Veloster Turbo dijumpai di Putrajaya Baca Yang Ini Pulak:- |
Ramalan Keputusan AJL28 Daripada Abang Nara Posted: 22 Jan 2014 07:00 PM PST Seperti biasa, setiap tahun Abang Nara akan menurun di celah-celah Gunung Daik bercabang tiga untuk mendapatkan ilham mengenai keputusan Anugerah Juara Lagu 28. nKali ini banyak dugaan yang terpaksa Abang Nara tempuhi sepanjang penurunan. Namun kekuatan mental tahap Ultraman Taro yang dimiliki oleh diri ini memastikan dugaan tersebut berjaya ditempuhi. Kini ramalan keputusan AJL28 yang akan berlangsung Ahad, 26 Januari sudah berada di tangan Abang Nara. Apa-apa pun, mari kita saksikan senarai 12 lagu yang akan bertanding pada malam tersebut. 1. Penglipurlara = Hazama feat The Penglipurlara 1. Juara: Bahagiamu Deritaku (Hafiz) Amcam ramalan Abang Nara? Ada harapan mengena tak? Abang Nara pasti anda juga ada ramalan tersendiri. Kongsikan di ruangan komen untuk tatapan para pembaca lain. Kita tengok siapa yang kena nanti. Hehehe.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Senarai Top 5 ABPBH 2013, Zizan Razak Ungguli Pencalonan Posted: 22 Jan 2014 06:00 PM PST Kehangatan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013) kian terasa. Semalam, majlis pengumuman senarai Top 5 untuk setiap kategori telah pun diumumkan. Kali ini, Zizan Razak mengungguli senarai dengan 5 kategori termasuklah 2 kategori online. Adakah kali ini Zizan akan berjaya membawa pulang anugerah Bintang Paling Popular pada malam 6 April 2013 kelak? Sama-samalah kita nantikan. Apa yang mengejutkan Abang Nara ialah apabila terlihat nama Adi Putra di dalam senarai Top 5. Bukan menafikan kepopularitian pelakon ini, cuma selepas ABPBH2012 tahun lalu, Adi Putra telah pun melahirkan hasratnya untuk tidak lagi tercalon di dalam majlis anugerah ini. Adakah Adi Putra telah membuat “U-turn” secara senyap-senyap? Hanya dirinya yang tahu mengenai perkara ini. Antara nama lain yang membuat kejutan dan muncul di dalam senarai Top 5 ialah Ana Dahlia (kategori Pelakon Wanita Drama Popular), Akim (Pelakon Lelaki Drama Popular), Hazlin Hussain (Pengacara TV Wanita Popular) dan Ebby Yus (Artis Komedi Lelaki Popular). Apa pun, baca artikel ini sepenuhnya untuk melihat senarai penuh Top 5 ABPBH2013.
Artis Baru Lelaki Popular 1. Achey Artis Baru Wanita Popular 1. Atikah Suhaime Pelakon TV Lelaki Popular 1. Adi Putra Pelakon TV Wanita Popular 1. Ana Dahlia Pelakon Filem Lelaki Popular 1. Aaron Aziz Pelakon Filem Wanita Popular 1. Erra Fazira Artis Komedi Lelaki Popular 1. Ebby Yus Artis Komedi Wanita Popular 1. Didie Alias Penyanyi Lelaki Popular 1. Awi Rafael Penyanyi Wanita Popular 1. Alyah Artis Duo/Berkumpulan Popular 1. Altimet & Awi Rafael Pengacara TV Lelaki Popular 1. Datuk AC Mizal Pengacara TV Wanita Popular 1. Adibah Noor Penyampai Radio Lelaki Popular 1. AG Penyampai Radio Wanita Popular 1. Abby Fana KATEGORI ONLINE Artis Lelaki Stailo 1. Adi Putra Artis Wanita Stailo 1. Fazura Gandingan Serasi Di Layar 1. Aaron Aziz & Nadiya Nisaa Watak Jahat Dalam Drama / Filem Popular 1. Datuk Rosyam Nor Artis Berpengaruh Di Laman Sosial 1. Datuk Siti Nurhaliza Chef Selebriti Paling Popular 1. Chef Amran Aksi YouTube Paling Popular 1. Parodi Sayang (Bobo) Baca Yang Ini Pulak:- |
Isu Penyanyi Bertudung Dihalau, Syarikat Castmet Nafi Bersikap Rasis Posted: 22 Jan 2014 05:09 PM PST Menarik juga perkembangan penyanyi bertudung yang dihalau dari pentas di sebuah majlis anjuran syarikat hartanah iaitu Castmet Sdn Bhd. Penyanyi tersebut, Marinaatasha sebelum ini telah pun membuat laporan polis terhadap kejadian ini dan berasa pelik kerana ketika sesi latihan, tiada sebarang rungutan didengari daripada wakil syarikat yang berada di situ. Tidak mahu kontroversi ini berpanjangan, Pengarah Urusan Castmet, Tan Ken Wah telah mengeluarkan kenyataan berikut kepada Bernama:-
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment