(TAHNIAH)Isteri Ally Iskandar, Farah Lee Kini Hamil 12 Minggu
(TAHNIAH)Isteri Ally Iskandar, Farah Lee Kini Hamil 12 Minggu |
- (TAHNIAH)Isteri Ally Iskandar, Farah Lee Kini Hamil 12 Minggu
- Saida Taruddin Akui Sedang Kenal Hati Budi Seorang Duda
- Akses Instagram Disekat, Hanez Suraya Mahu Berbincang Dengan Fazura
- Rita Rudaini Berang Dikaitkan Dengan Nomad
- (TAHNIAH)Adnan Abu Hassan Terima Gelaran ‘Datuk’
- Pengeluaran Tanpa Kad Daripada Maybank
- (TAHNIAH)Ustaz Don Daniyal Kini Seorang Ayah
- Zizan Razak & Emma Maembong Bercumbuan Dalam Kapal Terbang?
(TAHNIAH)Isteri Ally Iskandar, Farah Lee Kini Hamil 12 Minggu Posted: 20 Jan 2014 12:16 AM PST Tahun 2014 nampaknya bermula dengan baik untuk kebanyakan selebriti-selebriti tempatan. Ramai yang berkongsi berita gembira mengenai perkahwinan dan kehamilan. Terbaru, isteri kepada Ally Iskandar, Farah Lee telah pun berkongsi kehamilan anak pertamanya yang telah pun memasuki 12 minggu. Tahniah Farah Lee dan Ally Iskandar. Farah Lee turut berkongsi mengenai keguguran kandungan pertamanya pada 15 April 2013. Ketika itu kandungannya berusia kira-kira 7 minggu. Berikut ialah status Facebook yang telah ditulis oleh Farah Lee mengumumkan kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka suami isteri:-
Tahniah sekali lagi buat Farah Lee dan Ally Iskandar. Jangan buat kerja berat-berat. Banyakkan berehat. Insya Allah segalanya akan berjalan lancar. Tak sabar nak menatap wajah si comel kelak. Pasti cute seperti mak ayahnya. P.S: Proton Suprima S Premium dilancarkan Baca Yang Ini Pulak:- |
Saida Taruddin Akui Sedang Kenal Hati Budi Seorang Duda Posted: 19 Jan 2014 09:57 PM PST Bercerai pada Oktober 2011, kini hati Saida Taruddin sudah kembali berbunga. Mengakui sedang mengenali hati budi seorang duda berusia 34 tahun, Saida masih malu-malu kucing dan enggan mengklasifikasikan hubungan mereka sebagai cinta. Perkenalan dengan duda bernama Apit itu sudah pun mencecah 2 tahun. Kata Saida kepada portal GUA:-
Untuk makluman, Saida kini berusia 38 tahun sementara duda tersebut 34 tahun. Oklah jarak usia 4 tahun. Yang penting hati sudah suka. Harap-harap tahun ini Saida akan kembali bergelar isteri orang. Sama-samalah kita doakan. Tahniah Saida!!! P.S: Kereta CKD dijangka murah 30 peratus selepas Dasar Automotif Negara Baca Yang Ini Pulak:- |
Akses Instagram Disekat, Hanez Suraya Mahu Berbincang Dengan Fazura Posted: 19 Jan 2014 09:42 PM PST Terkejut besar Abang Nara membaca apa yang telah berlaku antara Hanez Suraya dan Nur Fazura di sisipan BiPop semalam. Iyerlah, pasti terkejut apabila secara tiba-tiba akses kepada akaun Instagram Fazura disekat tanpa apa-apa penjelasan. Lagi memelikkan (ada ke perkataan ini?) Hanez memaklumkan yang sepanjang pengetahuannya, tiada masalah antara dirinya dan Fazura. Adakah sedang berlaku “perang dingin” antara kedua-dua selebriti jelita ini? Abang Nara rasa ini semua hanyalah salah faham yang kecil. Mungkin perkara ini terjadi apabila ada peminat yang mendakwa Hanez Suraya meniru gaya dan imej Nur Fazura. Kesian juga Abang Nara kepada Hanez. Pasti terkejut dengan situasi ini. Kata Hanez:-
Hanez Suraya juga ada penerangan mengenai imejnya yang dikatakan meniru Fazura. Terang Hanez:-
Ada logiknya penjelasan Hanez Suraya itu. Hmmmm. Abang Nara rasa kalau nak selesaikan masalah ini, kedua-dua selebriti ini perlu bertentang mata. Tak manis rasanya ber”perang dingin” sebegini. Kedua-duanya pun ada peminat yang ramai. Namun itu hanyalah cadangan Abang Nara. Perkara yang sebenar terjadi, hanyalah mereka berdua sahaja yang tahu. P.S: Meja yang membiaskan cahaya bergemerlapan Baca Yang Ini Pulak:- |
Rita Rudaini Berang Dikaitkan Dengan Nomad Posted: 19 Jan 2014 08:44 PM PST Kalau sebut nama Rita Rudaini, sudah pasti semua orang tahu. Kalau sebut nama Nomad, mungkin ada yang tidak tahu. Nomad merupakan seorang penyanyi yang sedang meningkat naik dan sedang popular menerusi lagu “Tetap Menantimu”. Baru-baru ini, Rita dan Nomad digosipkan mempunyai hubungan istimewa. Ternyata gosip itu tidak benar dan menimbulkan keberangan Rita Rudaini.
Betul juga kata Rita Rudaini itu. Kalau bergambar pun dah boleh dikatakan ada hubungan istimewa, maknanya Abang Nara pun dah ada banyak hubungan dengan wanita-wanita lain di luar sana. Namun Abang Nara suka dengan ayat pedas Rita Rudaini. Siapa makan cili dialah terasa pedasnya. Apa pun Nomad sudah pun memohon maaf dan menganggap ini adalah salah faham. Kata Nomad:-
Bagus si Nomad ini jujur mengakui kesilapan dan memohon maaf. Semoga hal ini tidak lagi berterusan. Nomad pun ada suara yang bagus untuk maju di dalam industri nyanyian. Nasihat Abang Nara, fokus menyanyi sahaja. Jangan ceburkan diri dalam gosip-gosip sebegini. Kalau suara bagus, pasti akan popular suatu hari nanti. Yakinlah pada kemampuan anda. Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)Adnan Abu Hassan Terima Gelaran ‘Datuk’ Posted: 19 Jan 2014 08:14 PM PST Jutaan tahniah diucapkan buat komposer terkenal, Adnan Abu Hassan yang telah menerima Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) dan menyandang gelaran “Datuk” sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah Tunku Abdul Halim Mu'adzam Shah ke-86. Ini adalah satu anugerah besar buat beliau atas sumbangan dan jasa bakti di dalam memajukan industri muzik tanah air. Adnan Abu Hassan telah menceburi bidang muzik Malaysia sejak 35 tahun lalu dan merupakan seorang penyanyi, penulis lirik dan paling dikenali sebagai salah seorang tenaga pengajar Akademi Fantasia. Ujar beliau menerusi Harian Metro hari ini:-
Tahniah diucapkan buat Adnan Abu Hassan atas gelaran “Datuk” ini. Sememangnya anda layak untuk menerima anugerah ini. Semoga selepas ini akan lebih dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan anda. Tahniah Datuk!!! P.S: Gambar budak Syria di kubur ibu bapanya adalah palsu Baca Yang Ini Pulak:- |
Pengeluaran Tanpa Kad Daripada Maybank Posted: 19 Jan 2014 06:50 PM PST Bayangkan situasi ini. Anda keluar berjalan-jalan di Sogo untuk shopping baju sempena Year End Sale. Dengan yakin anda berdiri di kaunter untuk membuat pembayaran. Tiba-tiba baru anda tersedar yang dompet anda tertinggal di rumah. Duit confirmlah tak ada, kad ATM pun turut sama tertinggal. Macam mana nak bayar nie? Yang ada hanyalah handphone anda. Terus muka anda bertukar cuak. Jangan risau jangan cuak!!! Kerana kini anda tak perlu gunakan kad ATM untuk mengeluarkan duit anda. Ini adalah inovasi terbaru daripada Maybank yang dinamakan "Cardless Withdrawal" atau "Pengeluaran Tanpa Kad". Tenangkan fikiran, hilangkan kecuakan di wajah anda dan bukak laman web atau apps Maybank2u di handphone. Dengan segera tekan butang "transfer". Ada 2 pilihan di "Cardless Withdrawal" ini. Kalau untuk kali pertama, anda akan gunakan "Open Cardless Withdrawal". Tekan pautan tersebut dan anda akan dibawa ke laman seterusnya. Mudah bukan? Di sini anda apa yang penting ialah memasukkan nombor telefon penerima wang yang akan anda hantar daripada akaun Maybank anda. Masukkan nombor telefon anda sebab anda yang akan terima duit tersebut. Masukkan juga nama penuh. Amaun yang boleh dipindahkan ialah RM100, RM200 dan RM300. Tak banyak tapi cukuplah untuk bayar harga barangan yang anda beli di Sogo. Double check semua informasi yang telah dimasukkan dan tekan butang "Continue". Seperti biasa akan ada "TAC" yang perlu dimasukkan untuk meneruskan pemindahan wang ini. Masukkan "TAC" yang diterima menerusi SMS dan anda bakal menerima satu lagi SMS yang mengandung "Withdrawal Code". Code ini amat penting. Jangan bagi orang lain baca. Langkah seterusnya ialah mencari salah satu daripada 400 mesin ATM untuk mengeluarkan duit anda. Sampai sahaja di mesin ATM Maybank (jangan potong barisan pulak), tekan sahaja butang "Enter" di mesin tersebut. Kemudian terus pilih "Cardless Withdrawal". Masukkan "Transaction ID" dan "Withdrawal Code" yang dihantar menerusi SMS tadi. Lepas itu apa lagi? Ambillah duit yang keluar di mesin ATM itu dan pergilah bayar barangan yang anda beli tadi. Kalau sempat boraklah dengan cashier cakap anda ambil duit guna handphone je. Terbaik bukan inovasi terbaru dari Maybank ini? Yang lagi best, bayaran RM1 yang dikenakan untuk melakukan transaksi ini akan ditiadakan sehingga 28 Februari. Bolehlah buat-buat terlupa dompet kat rumah untuk mencuba fungsi "Cardless Withdrawal" ini. Bukan itu sahaja, ada peraduan yang membolehkan anda memenangi RM500 sekiranya melakukan transaksi "Cardless Withdrawal" ini dengan jayanya. 3 pemenang akan dipilih setiap hari sehingga 5 Februari kelak. Sambil mencuba sambil ada peluang menang hadiah. Memang best!!! P.S: Kalau anda ada akaun Maybank tetapi masih belum aktifkan Maybank2, sila tengok video di bawah untuk cara-cara pengaktifan. Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)Ustaz Don Daniyal Kini Seorang Ayah Posted: 19 Jan 2014 06:41 PM PST Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan buat Ustaz Don Daniyal dan isteri, Husna atas kelahiran anak sulung mereka. Berita gembira ini telah pun dikongsikan oleh Ustaz Don sendiri menerusi akaun Facebooknya. Anak hasil perkongsian hidup mereka berdua ini telah dilahirkan di Mesir kerana Husna sedang menyambung pelajarannya di sana. Anak sulung Ustaz Don dilahirkan secara normal dan kini berada dalam keadaan sihat. Berikut ialah status Facebook yang dikongsi oleh Ustaz Don sendiri:-
Tahniah sekali lagi buat Ustaz Don dan isteri. Tak sabar rasanya nak menatap gambar wajah anak sulung mereka. Hati-hati ketika balik naik kapal terbang kelak. Selamat datang ke alam ibu bapa Abang Nara ucapkan. Tahniah Ustaz!!! P.S: Arca singa daripada kepingan besi Baca Yang Ini Pulak:- |
Zizan Razak & Emma Maembong Bercumbuan Dalam Kapal Terbang? Posted: 19 Jan 2014 06:33 PM PST Macam tak percaya apabila membaca ruangan Miss J di dalam Pancaindera semalam. Mana tidaknya, Zizan Razak dan Emma Maembong dikatakan bercumbuan di dalam kapal terbang semasa perjalanan mereka dari Kuala Lumpur ke Los Angeles. Sekali dengar memang tidak masuk akal, takkanlah hendak buat perkara sumbang sebegini di tempat yang begitu terbuka kan? Lagipun Zizan dan Emma Maembong selama ini mempunyai imej yang baik di mata peminat. Namun manalah tahu perkara ini memang benar-benar terjadi. Orang mabuk bercinta kadangkala memang tidak sedar keadaan sekeliling. Abang Nara menyokong kata-kata Miss J yang menyarankan agar mereka berdua kahwin cepat-cepat sekiranya benar-benar sudah jatuh cinta. Tulis Miss J:-
Sama-sama kita nantikan respon daripada Zizan dan Emma mengenai perkara ini. Mungkin juga Zizan sebenarnya sedang membisikkan sesuatu ke telinga Emma dan sudut pandangan menyebabkan nampak seperti mereka sedang bercium pipi. Macam-macam kemungkinan yang ada. Tak gitu? Info asal Utusan Malaysia. P.S: Guna Microsoft Excel je buat lukisan superb ini Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment