Sooyoung SNSD & Jung Kyung Ho Disahkan Sedang Bercinta
Sooyoung SNSD & Jung Kyung Ho Disahkan Sedang Bercinta |
- Sooyoung SNSD & Jung Kyung Ho Disahkan Sedang Bercinta
- Hafiz Hamidun Sudah Temui Pengganti
- (9 GAMBAR)Pasangan Pengantin Baru, Rozita Che Wan & Zain Saidin
- Aiman Hakim Seorang Yang Romantik – Nur Fathia
Sooyoung SNSD & Jung Kyung Ho Disahkan Sedang Bercinta Posted: 02 Jan 2014 11:32 PM PST Seorang demi seorang ahli Girl’s Generation/SNSD tampil membuat pengakuan mengenai percintaan mereka. Kalau sebelum ini dunia Kpop digemparkan dengan hubungan Yoona dan Lee Seung Gi, hari ini seorang lagi ahli SNSD iaitu Sooyoung telah disahkan mempunyai hubungan cinta dengan Jung Kyung Ho. Dilaporkan bahawa mereka berdua pernah bercinta dan putus sebelum ini. Nampaknya jodoh di antara mereka sangat kuat dan kini kembali bercinta semula. Sooyoung berusia 24 tahun sementara Jung Kyung Ho berusia 31 tahun. Sebelum bertukar menjadi hubungan percintaan, mereka berdua rapat sebagai junior dan senior. Adakah tahun 2014 akan menyaksikan kesemua ahli SNSD mempunyai teman lelaki? Sama-samalah kita nantikan. Apa pun semoga percintaan ini tidak akan menghalang perkembangan karier mereka. Tahniah diucapkan buat Sooyoung dan Jung Kyung Ho. Baca Yang Ini Pulak:- |
Hafiz Hamidun Sudah Temui Pengganti Posted: 02 Jan 2014 11:14 PM PST Tahun 2013 menyaksikan pertunangan Hafiz Hamidun dengan seorang gadis Indonesia putus di tengah jalan. Biasalah cinta jarak jauh, Gadis yang dicintainya itu berkahwin dengan lelaki lain. Namun hati yang terluka pasti akan diubati jua. Kini Hafiz Hamidun mengakui sudah pun bertemu pengganti.
Hafiz Hamidun kena bergerak pantas dalam mendirikan rumahtangga. Jangan tunggu lama-lama. Rasanya umur Hafiz pun sudah mahu mencecah 30 tahun. Semoga segalanya dipermudahkan buat dirinya. Kalau jadi kahwin nanti, jangan lupa jemput Abang Nara. Teringin nak makan nasi minyak. Hehehe. P.S: Lebih 1,000 saman dikeluarkan dalam Ops Tahun Baru Baca Yang Ini Pulak:- |
(9 GAMBAR)Pasangan Pengantin Baru, Rozita Che Wan & Zain Saidin Posted: 02 Jan 2014 11:00 PM PST Sebelum ini Abang Nara ada kongsikan gambar Che Ta dan Zain berbulan madu di Eropah untuk tatapan anda semua. Memang terserlah kebahagiaan dan keromantisan mereka berdua sejak bergelar suami isteri. Banyak peminat yang gembira dan berkongsi rasa teruja melihat pengantin baru ini. Abang Nara pun suka dengan gambar-gambar yang dikongsikan oleh mereka. Romantis!!! Setelah menjelajah Eropah untuk bulan madu mereka, Che Ta dan Zain telah ke Singapura untuk menyambut tahun baru 2014. Turut menemani mereka ialah Ayu Raudhah dan Zaquan Adha serta anak Che Ta, Ammar. Nampak bahagia sangat-sangat keluarga ini. Semoga ia berkekalan sehingga bila-bila. Lagi beberapa keping gambar romantis pasangan pengantin baru Rozita Che Wan dan Zain Saidin dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Hanya satu hari! Hari meraikan pelanggan EDZ. Kunjungi butik EDZ di Bdr Baru Bangi untuk diskaun dress kegemaran anda sehingga 70%. Daftar membership secara percuma dan dapatkan voucher bernilai RM15 dan RM20 setiap kali anda shopping di EDZ. Alamat: EDZ, 40 Seri Bangi, Seksyen 8, Bdr Baru Bangi Selangor. 03-89123410. Peta dan details: http://www.edz.com.my/index.php/edzians-day.html
Baca Yang Ini Pulak:- |
Aiman Hakim Seorang Yang Romantik – Nur Fathia Posted: 02 Jan 2014 10:43 PM PST Sekali pandang, Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia sememangnya pasangan yang sama cantik dan sama padan. Walaupun khabar angin percintaan mereka sudah bertiup kencang bak taufan, sehingga ke hari ini Aiman dan Fathia masih menafikan wujudnya hubungan mesra antara mereka berdua. Kedua-duanya lebih selesa untuk berahsia dan enggan membuat pengakuan secara terbuka. Malah Nur Fathia sebelum ini pernah memberitahu hanya akan mengakui perhubungannya dengan Aiman apabila jejaka tersebut menghantar rombongan masuk meminang. Satu langkah yang bagus pada pendapat Abang Nara. Iyerlah, kalau dah kecoh-kecoh bercinta, tup-tup putus di tengah jalan, mahu satu kampung malu. Namun begitu Fathia mengakui yang Aiman ada ciri-ciri lelaki idamannya. Kata Fathia:-
Pasti peminat-peminat Aiman dan Fathia tidak sabar untuk mendengar pengakuan tentang percintaan mereka. Kenalah bertahan sehingga Aiman masuk meminang. Kalau Abang Nara jadi Aiman, hari ini jugak masuk merisik. Mana tahu kena sambar dengan lelaki lain. Hehehe. Tak gitu? Info asal Mstar Online. P.S: Myvi ialah kereta paling laris jualan untuk tahun 2013 Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment