Shahrol Shiro Nafi Gaduh Dengan Sepahtu
Shahrol Shiro Nafi Gaduh Dengan Sepahtu |
- Shahrol Shiro Nafi Gaduh Dengan Sepahtu
- (37 GAMBAR)10,000 Orang Banjiri Konsert ERA fm Sayang Sabah
- Ziana Zain Dinasihati Oleh Anaknya Supaya Bertudung
- Hisyam Hamid Akui Sudah 8 Tahun Berkahwin
Shahrol Shiro Nafi Gaduh Dengan Sepahtu Posted: 23 Jan 2014 09:11 PM PST Maharaja Lawak Mega 2013 semakin hampir ke kemuncaknya. Tekanan semakin meninggi di kalangan para peserta. Abang Nara yakin mereka “stress” memikirkan lawak-lawak yang harus dipertontonkan kepada para pengikut rancangan ini setiap minggu. Terbaru, ada desas-desus menyatakan wujud perbalahan antara kumpulan Shiro dan kumpulan Sepahtu.
Biasalah tue Abang Nara pun kalau tengah tertekan atau “stress” memang diam dan membisu seribu bahasa. Nak cakap pun malas. Takut-takut termarah kat orang lain yang tak ada kena mengena. Malah Jepp Sepahtu juga turut mengesahkan yang perkara ini tidak benar. Kata Jepp:-
Diharap sehingga ke “final” nanti tidak akan berlaku sebarang pergaduhan antara mana-mana peserta Maharaja Lawak Mega 2013. Tak bestlah kita tengok untuk gelak-gelak, tup-tup rupanya diorang bergaduh sesama sendiri kat belakang pentas. Bertanding-bertanding jugak, paling penting hubungan silaturahim harus dijaga. Yang penting, usaha keras, fikir lawak terbaik dan kalau menang, itulah rezeki anda. Tak gitu? P.S: Iklim sejuk landa Semenanjung Malaysia. Baca Yang Ini Pulak:- |
(37 GAMBAR)10,000 Orang Banjiri Konsert ERA fm Sayang Sabah Posted: 23 Jan 2014 08:53 PM PST Memang meriah!!! Itu yang dapat dikatakan mengenai Konsert ERA fm Sayang Sabah yang telah berlangsung pada 18 Januari yang lalu. Seramai 10,000 orang telah membanjiri 1 Borneo Gourmet Lane, Kota Kinabalu untuk menyaksikan artis-artis seperti Judika, Altimet, Awi Rafael, Faizul AF 2013, Candy, Dj Fuzz, W.A.R.I.S, Juzzthin dan Mark Adam. Dibawakan khas oleh Biozip, Konsert ERA fm Sayang Sabah dimulakan dengan nyanyian oleh penyanyi yang berasal dari Sarawak, Candy. Seterusnya pentas persembahan menjadi semakin hangat apabil DJ Fuzz muncul bersama W.A.R.I.S dan Juzzthin. Mereka bertiga menyanyikan lagu Rembau Most Wanted, Botingkek dan banyak lagi. Memang havoc dibuatnya dengan sorakan para hadirin. Kemunculan Mark Adam dengan lagu “Pencuri” memikat hati para hadirin. Penyanyi yang berasal dari Filipina ini turut mendendangkan lagu seperti Day Light (Marron 5), Sandiwara Cinta dan Si Katak. Kemeriahan makin terasa apabila Awi Rafael muncul menyanyikan lagu Bila Aku Kaya bersama Altimet. Tak henti-henti sorakan daripada para peminat penyanyi ini. Sengaja ingin membuat gimik, penonton dikecewakan apabila pihak penganjur memaklumkan penyanyi Indonesia, Judika tidak dapat membuat persembahan di Konsert Era fm Sayang Sabah. Suasana bertukar menjadi gelap dan bingit dengan jeritan nama Judika! Secara tiba-tiba Judika muncul dalam kegelapan dan terus menyampaikan lagu-lagu hitnya untuk mengubat rindu para peminat. Memang terbaik gimik yang dilakukan. Secara keseluruhannya, Konsert Era fm Sayang Sabah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan di luar jangkaan. Nampak gayanya selepas ini konsert sebegini harus diteruskan di negeri-negeri lain. Tahniah kepada pihak pengurusan terutamanya Era fm atas inisiatif menarik ini. Lagi beberapa gambar sekitar konsert dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Ziana Zain Dinasihati Oleh Anaknya Supaya Bertudung Posted: 23 Jan 2014 08:28 PM PST Tinggi sungguh kesedaran anak sulung Ziana Zain yang bernama Aiman ini. Baru berusia 14 tahun, Aiman yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam sering menasihati ibunya agar menutup aurat dengan memakai tudung. Ziana Zain menerima nasihat anaknya dengan hati yang terbuka. Bagus sungguh anak Ziana Zain ini. Thumbs up!!! Kata Ziana Zain menerusi portal GUA:-
Manalah tahu satu hari nanti nasihat Aiman akan mengubah pendirian si ibu. Teruskan menasihati ibu anda. Insya Allah suatu hari nanti akan ada kesannya. Apa pun, Abang Nara tak sabar nak melihat gabungan Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira di dalam konsert mereka bertiga bermula 3 hingga 9 Mac di Istana Budaya. Confirm akan membangkitkan nostalgia punya. Terbaik!!! P.S: RON95 hanya untuk orang “miskin”. Baca Yang Ini Pulak:- |
Hisyam Hamid Akui Sudah 8 Tahun Berkahwin Posted: 23 Jan 2014 05:30 PM PST Hisyam Hamid kini sedang meningkat naik kepopularitiannya menerusi watak Harith di dalam drama Ariana Rose. Orangnya memang kacak, mempunyai senyuman yang memikat dan pandangan yang mampu mencairkan hati para gadis. Namun sekiranya anda berniat ingin menjadikan Hisyam sebagai kekasih hati, lupakanlah hasrat tersebut. Hisyam Hamid sudah pun berkahwin dan bahagia di samping isteri dan 2 orang anaknya. Abang Nara respek dengan Hisyam Hamid yang tanpa berselindung dan segan silu mengakui status perkahwinannya itu. Kalau artis lain kadang-kadang ada yang nak sorokkan. Konon takut populariti jatuh. Berasal dari Singapura, Rosmawati Hanafi telah menjadi bunga di hati Hisyam sejak 8 tahun yang lalu. Kata Hisyam kepada Harian Metro:-
Comel-comel sungguh anak Hisyam Hamid ini. Semoga masjid yang dibina akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga rezeki Hisyam juga semakin murah dalam bidang lakonan. Buat peminat pelakon ini, anda bolehlah LIKE Facebook HisyamHamid FanClub. Lagi beberapa gambar pelakon kacak ini dengan membaca artikel sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment