Shafnie, Bekas Isteri AC Mizal, Menang Kes Tuntutan Nafkah Anaknya
Shafnie, Bekas Isteri AC Mizal, Menang Kes Tuntutan Nafkah Anaknya |
Shafnie, Bekas Isteri AC Mizal, Menang Kes Tuntutan Nafkah Anaknya Posted: 13 Jan 2014 06:54 PM PST Hari baik, berita yang baik untuk Shafnie Zainuddin, bekas isteri kepada pengacara popular, Datuk AC Mizal. Mahkamah Rendah Syariah Kajang telah membenarkan permohonan Shafnie untuk mengubah nafkah 2 orang anaknya hasil perkahwinannya dengan AC Mizal daripada RM300 kepada RM1,400 sebulan. Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah turut membenarkan permohonan Shafnie selaku plaintif berhubung tuntutan nafkah tahunan meliputi pakaian, rawatan dan pendidikan termasuk persediaan hari raya sebanyak RM3,000 setahun serta mengekalkan tuntutan nafkah untuk bulan Disember sebanyak RM1,000. Perintah ini berkuatkuasa sehingga kedua-dua anak tersebut berusia 18 tahun atau sehingga tamat tamat pengajian atau mana-mana yang kemudian. Ketika keputusan ini diumumkan, AC Mizal gagal hadir kerana sedang menjalani penggambaran sehingga bulan Februari. Semoga semua pihak yang terbabit berpuas hati dan mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah. Ingatlah bahawa anak ialah tanggungjawab kita. Besar nanti kalau kita sakit, anak-anak jugalah yang akan tolong jaga. Info asal Kosmo. Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)Syamsul Yusof Nikahi Puteri Sarah Liyana Februari Ini Posted: 13 Jan 2014 06:33 PM PST Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana. Ternyata memang benar keluarga Syamsul telah pun masuk merisik Puteri Sarah baru-baru ini. Mengikut perancangan, mereka berdua bakal dinikahkan bulan Februari ini. Benda baik haruslah dipercepatkan. Semoga segala perancangan dipermudahkan buat mereka berdua.
Menurut Datin Patimah, Syamsul Yusof melahirkan hasratnya untuk berkahwin dengan Puteri Sarah Liyana selepas pulang dari menunaikan umrah baru-baru ini. Tambah Datin Patimah lagi:-
Alhamdulillah. Restu pun sudah ada, jadi tiada masalah untuk mengikat perhubungan ini dengan tali pernikahan. Tahniah Syamsul dan Puteri Sarah. Semoga semuanya berjalan lancar. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment