SEJENAK - ELLA & SUAMI PERGI KENDURI NAIK HELIKOPTER
SEJENAK - ELLA & SUAMI PERGI KENDURI NAIK HELIKOPTER |
- SEJENAK - ELLA & SUAMI PERGI KENDURI NAIK HELIKOPTER
- SEJENAK - GAMBAR MAJLIS MERISIK ALIF SATAR
- TANPA ISTERI - JAMAL ABDILLAH MULA RASA SUNYI
- 15 GAMBAR - IKA NABILA SHOPPING SAKAN DI ENGLAND
- DON MUSTOFA, NAMA ANAK USTAZ DON DANIYAL
- TAMAT PENGAJIAN - AKHIRNYA UMMI NAZEERA PULANG KE MALAYSIA
- TAKZIAH - KASSIM MASDOR MENINGGAL DUNIA DI SINGAPURA
- HITUNG HARI - DEBAR LEUNIEY NATASHA SEBELUM BERSALIN
- SEJENAK - JOHAN RL & ISTERI SELAMAT PULANG DARI UMRAH
- KES KHALWAT - PERMOHONAN 'GUGUR KES' SHAHRIZAL JASZLE DITOLAK
- BERTIMBUN GAMBAR SUAMI LINDA ONN YANG 'MACHO'
SEJENAK - ELLA & SUAMI PERGI KENDURI NAIK HELIKOPTER Posted: 21 Jan 2014 11:28 PM PST Aksi menarik Ratu Rock Ella dan suaminya Azhar Ghazali menghadiri kenduri kahwin menaiki helikopter. Lebih menarik, Ella kelihatan anggun mengenakan baju kurung berwarna oren. Artikel terdahulu: Memanglah senang kalau Ella nak makan angin naik helikopter ya tak, sebab suaminya juruterbang. Cayalah Ella! Klik gambar untuk size besar ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
SEJENAK - GAMBAR MAJLIS MERISIK ALIF SATAR Posted: 21 Jan 2014 11:33 PM PST Gambar menarik penyanyi Alif Satar, 24, yang selamat merisik kekasihnya Sha Dila Halid pada 14 Januari lalu. Difahamkan, majlis merisik itu diadakan di kampung Sha Dila di Rembau, Negeri Sembilan. Artikel terdahulu: Ia telah diadakan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak, malah Alif sendiri tidak menghadirkan diri. Dan rasanya semua sudah tahu mereka akan mendirikan rumahtangga pada bulan September ini sempena hari jadi mereka yang sama bulannya. Klik gambar untuk imej size 800X600 ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
TANPA ISTERI - JAMAL ABDILLAH MULA RASA SUNYI Posted: 21 Jan 2014 07:43 PM PST Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 54, masih rasa sunyi meskipun sudah memiliki hampir segalanya dalam hidup. Semuanya gara-gara ketiadaan seorang 'wanita' bergelar isteri dalam hidupnya! Artikel terdahulu: Meskipun sebelum ini pernah kecoh satu Malaya apabila Jamal digosip bakal merisik penyanyi Nas Adila, namun itu semua hanya tinggal kenangan semata. Ini kerana, Jamal sendiri menafikannya dan bersumpah dengan nama Allah yang dia tiada apa-apa hubungan dengan Nas. Klik gambar untuk size besar ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
15 GAMBAR - IKA NABILA SHOPPING SAKAN DI ENGLAND Posted: 21 Jan 2014 07:44 PM PST Walaupun awalnya ada yang menggelar Ika AF6 sebagai 'artis sendu' kerana kurang popular berbanding rakan AF lain, namun sejak akhir-akhir ini dia membuktikan sebaliknya. Ini kerana, popularitinya kembali 'mencacak' apabila membintangi drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' yang disiarkan oleh Astro Mustika berjumlah 60 episod. Dan baru-baru ini, Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim telah bershopping sakan di England. Antara lokasi terkemuka yang diserbunya ialah butik Prada, Burberry, Tods, Salvatore Ferragamo dan banyak lagi. Selain berbelanja mewah, Ika turut melawat tempat-tempat menarik di sana seperti Stonehenge, Paddington dan sebagainya. Cayalah Ika! Klik gambar untuk size besar ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
DON MUSTOFA, NAMA ANAK USTAZ DON DANIYAL Posted: 21 Jan 2014 10:30 PM PST Jika pada laporan awal lalu, Ustaz Don Daniyal, 30, hanya memberi maklumat anak sulungnya lahir di Mesir dan seberat 3.5 Kg... terkini, pendakwah popular itu mendedahkan nama anaknya pula. Artikel terdahulu: Menurut Ustaz Don, anaknya yang lahir pada Sabtu lalu itu adalah lelaki, lahir dalam keadaan normal dan diberi nama Don Mustofa. Klik gambar untuk size besar ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
TAMAT PENGAJIAN - AKHIRNYA UMMI NAZEERA PULANG KE MALAYSIA Posted: 21 Jan 2014 07:44 PM PST "Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir (Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan)," demikian doa Ummi Nazeera yang sebelum ini pernah difitnah melarikan diri ke luar negara kerana didakwa telah berkahwin dengan Aeril Zafrel. Artikel terdahulu: Untuk info, Ummi kini telah pulang ke Malaysia setelah tamat pengajiannya di RMIT University, Melbourne, Australia. "Darling harbour. Miss u!" Tambah Ummi, tanda ucapan selamat tinggal untuk Pelabuhan Darling, di Australia. Klik gambar untuk imej size 800X592 ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
TAKZIAH - KASSIM MASDOR MENINGGAL DUNIA DI SINGAPURA Posted: 21 Jan 2014 07:44 PM PST Kassim Masdor, komposer berbakat yang pernah mencipta berpuluh-puluh lagu ketika hayatnya, meninggal dunia semalam. Allahyarham yang berusia 76 tahun, meninggal dunia di Singapura kira-kira pukul 9 malam. Ketika hidup, Allahyarham pernah menjadi komposer untuk filem-filem Shaw Brother dan sering bergiat aktif bersama-sama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Klik gambar untuk imej size 800X504 ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
HITUNG HARI - DEBAR LEUNIEY NATASHA SEBELUM BERSALIN Posted: 21 Jan 2014 05:11 AM PST Debaran Leuniey Natasha, isteri Khairul Fahmi Che Mat yang kini hanya menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata pertama. Rasanya, pasti Leuniey makin teruja menanti kehadiran anak pertama mereka itu... malah segala persiapan telahpun dilakukan. Artikel terdahulu: "Bila naik 20kg... hehehe gini mukanyaaa," ujar Leuniey yang mula mendapat pelbagai hadiah untuk bayi dan penjagaan diri selepas bersalin. Belajar dukung baby sebelum bersalin... ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
SEJENAK - JOHAN RL & ISTERI SELAMAT PULANG DARI UMRAH Posted: 21 Jan 2014 05:12 AM PST "Alhamdulillah, kami dah selamat sampai ke tanah air... dan kesempatan ini kami ingin memgucapkan terima kasih pada Zanaal Hijjrah (haji Azri dan isteri) yang telah banyak membantu merialisasikan impian kami untuk menunaikan umrah.Syukur pada Allah segalanya dipermudahkanNya," demikian kata Johan selepas pulang dari umrah semalam. Artikel terdahulu: Untuk makluman, Johan mengerjakan umrah baru-baru ini selepas rasa bersyukur kerana memenangi kes saman RM1 juta. Bagaimanapun, tuntutan RM1 juta yang dituntut oleh Johan hanya akan ditentukan jumlahnya oleh mahkamah pada 23 Januari ini. Klik gambar untuk size 600x600 ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
KES KHALWAT - PERMOHONAN 'GUGUR KES' SHAHRIZAL JASZLE DITOLAK Posted: 21 Jan 2014 12:04 AM PST Permohonan representasi yang dikemukakan oleh pelakon Shahrizal Jaszle bagi menggugurkan kes khalwatnya dengan Farah Nurizzati Salleh, 22, ditolak oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Jaya, Selangor, hari ini. Artikel terdahulu: Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah yang menolak rayuan yang dikemukakan tertuduh menerusi Peguam Syarie, Ashraf Ranee pada 19 Disember 2013 kepada Ketua Pendakwa Syarie. Klik gambar untuk size besar ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
BERTIMBUN GAMBAR SUAMI LINDA ONN YANG 'MACHO' Posted: 21 Jan 2014 12:39 AM PST Mungkinkah sudah terlambat bagi Linda Onn untuk mengetengahkan Ungku Azhar yang disoroknya daripada peminat ketika berkahwin dulu? Bukan apa, agaknya ada yang sudah bosan dan muak dengan cara Linda (terutama wartawan hiburan hebat) kerana pernah membuat mereka kempunan nasi minyak. Heh! Artikel terdahulu: Jika anda masih tidak bosan, nah... masih ada beberapa keping gambar Engku Azhar lagi untuk anda tatap sepuasnya. Untuk info, kebanyakan gambar telah dirakam ketika mereka menghadiri majlis hari jadi pelakon Umie Aida yang sememangnya sporting. Jom tengok! Klik gambar untuk size besar ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
You are subscribed to email updates from myartis.com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment