Saya Tak Boleh Kalau Orang Bercakap Buruk Pasal Anak Saya – Marion Caunter
Saya Tak Boleh Kalau Orang Bercakap Buruk Pasal Anak Saya – Marion Caunter |
- Saya Tak Boleh Kalau Orang Bercakap Buruk Pasal Anak Saya – Marion Caunter
- Saya Ingin Hadiahkan Seorang Anak Untuk Zain – Rozita Che Wan
- Gagal Tercalon Top 5 ABPBH, Faizal Ismail Tak Salah Sesiapa
- (TAHNIAH)Zamir Juara MasterChef Malaysia All Stars
- Sering Diasak Soalan Sensitif Mengenai Kehamilan, Lisa Surihani Akui Kecil Hati
- Nur Fazura Dilantik Duta Produk Avon Color
Saya Tak Boleh Kalau Orang Bercakap Buruk Pasal Anak Saya – Marion Caunter Posted: 29 Jan 2014 12:48 AM PST Hati ibu mana yang tidak terluka sekiranya orang luar bercakap perkara buruk dan negatif mengenai anaknya. Tambahan pula apabila si anak masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Abang Nara faham perasaan Marion Caunter yang seringkali menerima komen negatif apabila berkongsi gambar anaknya di Instagram. Kadang-kadang perangai manusia memang sukar difahami. Namun Abang Nara respek dengan Marion Caunter yang sedia menerima segala kritikan. Itulah realiti kehidupan seorang selebriti. Tak perlu melatah yang bukan-bukan. Kata Marion kepada MalaysianDigest:-
Kalau Abang Nara pun pasti melenting jika anak dikutuk. Kutuk diri ini tak apa lagi. Jangan babitkan anak-anak kerana mereka adalah permata berharga setiap insan yang bergelar ibu dan ayah. Kepada Marion, bertabahlah. Biasalah dugaan sebegini. Yang penting, anda gembira hidup di samping suami dan anak-anak tercinta. Lagi beberapa gambar Marion Caunter dan keluarga dengan membaca entri ini sepenuhnya. P.S: Penunggang motosikal maut diseret sejauh 40 kilometer
Baca Yang Ini Pulak:- |
Saya Ingin Hadiahkan Seorang Anak Untuk Zain – Rozita Che Wan Posted: 28 Jan 2014 09:22 PM PST Terharunya Abang Nara membaca kata-kata Rozita Che Wan mengenai hasratnya untuk menghadiahkan sekurang-kurangnya seorang anak buat suaminya, Zain Saidin. Walaupun sudah mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinan terdahulu, hasrat murni ini harus dipuji lebih-lebih lagi Zain belum lagi mempunyai zuriatnya sendiri. Insya-Allah kalau niat yang baik pasti akan dipermudahkan olehNya. Secara umum, wanita yang berusia 40 tahun dan ke atas lebih terdedah kepada risiko sekiranya hamil. Namun sekali pandang, Che Ta nampak masih sihat dan gagah untuk menimang cahaya mata baru. Kata Che Ta kepada Harian Metro hari ini:-
Insya Allah walaupun dah berusia 40-an tiada masalah untuk Che Ta untuk hamil lagi. Sekarang ini pun banyak makanan tambahan di luar sana untuk kesihatan dalaman. Abang Nara pasti ramai peminat tak sabar untuk mendengar berita kehamilan Che Ta. Sama-samalah kita doakan. Semoga Zain dan Che Ta dimurahkan rezeki untuk mendapat zuriat sendiri dalam masa terdekat ini. Amin. P.S: Kunang-kunang bergemerlapan bak bintang di waktu malam Baca Yang Ini Pulak:- |
Gagal Tercalon Top 5 ABPBH, Faizal Ismail Tak Salah Sesiapa Posted: 28 Jan 2014 07:43 PM PST Sudah 6 tahun berturut-turut Faizal Ismail atau lebih dikenali dengan nama FBI merangkul trofi Penyampai Radio Lelaki Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Malah FBI juga sering memberi saingat sengit untuk kategori Pengacara TV Lelaki Popular. Jadi apabila namanya tidak tercalon dalam kedua-dua kategori tersebut untuk ABPBH2013, ramai yang tertanya-tanya adakah populariti FBI sudah jatuh merudum? Kemungkinan besar tindakannya untuk berhenti daripada HotFM tahun lalu menyumbang kepada perkara ini. Namun begitu, FBI tidak menyalahkan sesiapa sebaliknya malah mengakui kerjayanya kurang menyerlah sepanjang tahun 2013. Kata FBI kepada Berita Harian:-
Nampak gayanya tahun ini memang persaingan sengit akan berlaku di dalam kategori Penyampai Radio Lelaki Popular. Sebagai makluman, mereka yang tercalon ialah AG, Johan, Kieran, Ray dan Halim Othman. Sekali pandang, nampak macam Johan bakal membawa pulang trofi ini. Sama-samalah kita nantikan malam kemuncak ABPBH2013 yang akan berlangsung 6 April 2014 kelak. Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)Zamir Juara MasterChef Malaysia All Stars Posted: 28 Jan 2014 07:06 PM PST Secara jujur, Abang Nara tak sempat melihat satu episod pun rancangan MasterChef Malaysia All Stars. Sedar tak sedar, dah ada pemenang dah pun rupanya. Jutaan tahniah diucapkan kepada Zamir yang telah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan Celina Khor di dalam episod akhir rancangan ini yang telah ditayangkan semalam. Bertemakan “Pembalasan Terakhir”, dengan kemenangan ini Zamir melayakkan dirinya untuk menyumbang wang sumbangan sebanyak RM55,000 kepada badan kebajikan Rumah Teduhan Kasih. Menariknya walaupun episod akhir turut dirakamkan terlebih dahulu, keputusan hanya diketahui semalam kerana kedua-dua peserta telah membuat rakaman “kononnya” mereka bergelar juara. Kata Zamir menerusi portal Murai:-
Zamir sebelum ini turut menyertai Masterchef Malaysia musim pertama namun sekadar berjaya menempatkan dirinya di kelompok 4 terbaik. Jutaan tahniah diucapkan kepada Zamir atas kejayaan ini. Semoga kemenangan ini menjadi pemangkin kepada Zamir untuk mencapai cita-citanya. Tahniah Zamir!!! Baca Yang Ini Pulak:- |
Sering Diasak Soalan Sensitif Mengenai Kehamilan, Lisa Surihani Akui Kecil Hati Posted: 28 Jan 2014 06:44 PM PST Baru-baru ini, rakan baik Lisa Surihani, Scha Al Yahya telah pun mengumumkan kehamilannya. Selaku seorang isteri, Lisa juga kini sedang berharap agar gilirannya akan tiba jua untuk bergelar seorang ibu. Namun sehingga ke hari ini, masih belum ada rezeki buat dirinya dan suami, Yusry. Untuk makluman, Lisa dan Yusry sudah pun berkahwin kira-kira 2 tahun. Adat pasangan yang dah berkahwin, pastinya sering diasak dengan soalan mengenai kehamilan. Lisa Surihani juga tidak terkecuali. Tidak kisah dengan soalan-soalan biasa seperti “bila lagi?”, Lisa mengakui yang dirinya kecil hati apabila ada pihak yang bertanyakan soalan-soalan sensitif. Kata Lisa kepada MalaysianDigest:-
Betul kata Lisa Surihani itu. Takkanlah hal dalam kelambu pun nak kena beritahu orang ramai. Abang Nara pasti Lisa dan Yusry adalah orang yang paling teruja dan berusaha keras untuk mendapatkan cahaya mata. Selaku peminat, kita boleh “concern” tapi janganlah sampai menyinggung perasaan orang lain. Insya Allah kalau kita doakan, mana tahu ada berita baik untuk pasangan ini. Buat Lisa dan Yusry, bersabarlah. Insya Allah akan ada rezeki anda suatu hari nanti. P.S: Michael Schumacher mungkin koma sepanjang hayat Baca Yang Ini Pulak:- |
Nur Fazura Dilantik Duta Produk Avon Color Posted: 28 Jan 2014 06:09 PM PST Tahun 2014 nampaknya bermula baik untuk pelakon jelita, Nur Fazura. Setelah filem lakonannya, Kami Histeria ditayangkan di pawagam, Fazura kini dilantik sebagai duta produk Avon Color. Memang satu gandingan yang sangat sesuai pada pandangan Abang Nara. Pastinya produk kosmetik Avon Color akan menyerlahkan lagi kejelitaan Fazura. Sempena perlantikan ini, Avon telah melancarkan Ultra Color Absolute Lipstick. Lipstik terbaru ini akan mula dijual di pasaran pada 16 Februari ini pada harga RM19.90. Turut sama dilancarkan peraduan “Crazy for Lipsticks Scratch & Win” dengan hadiah utamanya ialah sebuah Perodua Viva S. Tahniah diucapkan kepada Nur Fazura atas perlantikan ini. Semoga semakin dimurahkan rezeki sepanjang tahun 2014. Untuk informasi lanjut mengenai Avon, sila layari www.my.avon.com. 2 lagi gambar sekitar majlis perlantikan Fazura sebagai duta produk Avon Color dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Dokumentasi 39 hari terakhir seorang pesakit kanser
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment