PORTAL BERITA AS - YUNA KINI ANTARA 20 ARTIS BERPOTENSI DI USA
PORTAL BERITA AS - YUNA KINI ANTARA 20 ARTIS BERPOTENSI DI USA |
- PORTAL BERITA AS - YUNA KINI ANTARA 20 ARTIS BERPOTENSI DI USA
- 25 FOTO - NORA MANIS BERTUDUNG DI MAJLIS BIRTHDAY RAYQAL
- EDISI MELAMAR - HELIZA HELMI BERI 'LAMPU HIJAU' PADA HAFIZ?
- 7 GAMBAR - ZIZAN & RAKAN KENYANG MAKAN 'AIR TANGAN' NEELOFA
- MASIH BERCUTI DI EROPAH - AERIL SERONOK JADI BAPA
- BAKAL BERHIJAB - SUAMI LARANG ELLA BERPAKAIAN SEKSI
- KES BALING GELAS - JOHAN RL MENANG SAMAN
| PORTAL BERITA AS - YUNA KINI ANTARA 20 ARTIS BERPOTENSI DI USA Posted: 07 Jan 2014 11:14 PM PST Nampaknya daripada segi populariti di luar negara terutamanya Amerika Syarikat, tiada siapa yang dapat menandingi Yuna (Yunalis Zarai). Penyanyi berbakat besar itu kini tersenarai sebagai 20 artis baharu yang perlu diberi perhatian sepanjang 2014 di USA. Senarai tersebut telah dikeluarkan oleh laman The Huffington Post pada Selasa yang menjadikannya sebagai satu-satunya artis dari Asia yang berpotensi mencipta nama bersama 19 lagi artis hebat seperti Bad Rabbits, Balance and Composure, Banks, Knytro, Sam Smith dan Wake Owl. ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| 25 FOTO - NORA MANIS BERTUDUNG DI MAJLIS BIRTHDAY RAYQAL Posted: 07 Jan 2014 10:31 PM PST Gambar sambutan hari lahir yang ke-5 anak Nora Danish dan bekas suaminya Jejai iaitu Putra Rayqal semalam yang turut dihadiri oleh anak yatim dari sekolah tahfiz. Ikhlasnya, Nora nampak manis bertudung berbanding pelbagai fesyen terkini yang menampakkan rambutnya sebelum ini. "Doa semoga Putra ku Rayqal menjadi anak yang soleh, pemimpin yang bijak, berguna pada masyarakat dan negara, mentaati perintah Allah dan sentiasa penuh dengan sifat kasih sayang. Amin," doa Nora untuk putera kesayangannya itu. Klik gambar untuk imej besar... ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| EDISI MELAMAR - HELIZA HELMI BERI 'LAMPU HIJAU' PADA HAFIZ? Posted: 07 Jan 2014 06:42 PM PST Jika semalam Hafiz Hamidun memberi alasan bimbang kalau cerita lamarannya terhadap penyanyi kelahiran sebuah program realiti akan membuat wanita itu tertekan dalam membuat keputusan, terkini Heliza seolah memberi lampu hijau menyuruh melamar mengikut Syarie! "Saya melihat perkara ini sebagai satu isu yang besar memandangkan saya masih mempunyai ibu dan bapa. Bagi saya, kalau 'benar hendak melamar' seorang wanita itu perlulah ikut syarie (hukum Islam)," ujar Heliza penuh makna tersirat. Kira lepas ni, Hafiz boleh jumpa keluarga Heliza dan masuk melamar la ya? Heh. Lamar ikut Syarie - kata Heliza pada Hafiz. ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| 7 GAMBAR - ZIZAN & RAKAN KENYANG MAKAN 'AIR TANGAN' NEELOFA Posted: 07 Jan 2014 05:06 PM PST Kalau dikata, mereka bertemu secara tak sengaja di Los Angeles, pasti ramai yang tak percaya. Heh! Tentulah Neelofa, Zizan dan rakan artis lain ni telefon atau whatsapp sesama mereka, baru boleh jumpa... ya tak? Hasilnya, Neelofa telah menunjukkan kepakarannya memasak untuk 'jamu' Zizan dan yang lain makan di tempat penginapannya. Kalau diamati, 'okey' juga masakan Neelofa. Kata Zizan "Sorang asal Kelantan, sorang asal ganu.. tapi di Los Angeles kami bertemu. Sedapnya dia masak tadi thanks Lofaaa." Klik gambar untuk imej besar... ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| MASIH BERCUTI DI EROPAH - AERIL SERONOK JADI BAPA Posted: 07 Jan 2014 01:51 PM PST Setelah mempunyai anak, barulah dia tahu erti pengorbanan seorang ayah. Seorang ayah, sanggup lakukan apa sahaja demi melindungi dan memberi kehidupan yang lebih baik di dunia dan akhirat. Artikel terdahulu: Demikian jugalah halnya dengan pelakon Aeril Zafrel sejak bergelar ayah. Katanya, agak sukar untuk dia gambarkan nikmat dan hikmah tersembunyi terhadap status 'ayah' yang digalasnya itu. Masih di Eropah - Klik gambar untuk imej besar ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| BAKAL BERHIJAB - SUAMI LARANG ELLA BERPAKAIAN SEKSI Posted: 07 Jan 2014 04:58 AM PST Saya sudah bersedia untuk berhijab! Artikel terdahulu: Demikian pengakuan Ratu Rock Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, yang sering dinasihati oleh suaminya berbuat begitu. Suami Ella, Azhar Ghazali (seorang juruterbang) telah banyak membimbing Ella ke arah kebaikan sekaligus berjaya melembutkan hati isterinya. Klik gambar untuk imej besar... ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| KES BALING GELAS - JOHAN RL MENANG SAMAN Posted: 07 Jan 2014 12:53 AM PST Akibat dibaling gelas, Johan Raja Lawak yang menerima lima jahitan akibat luka pada dahinya berjaya memenangi kes tuntutan saman. Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 30, menang saman terhadap pengarah drama, Mohd Javed Mohd Nizar menerusi syarikat Juara Filem Productions Sdn Bhd. Bagaimanapun, tuntutan sejumlah RM1 juta yang dituntut oleh plaintif hanya akan ditentukan jumlah pada 23 Januari ini. Ia sekaligus membatalkan tuntutan balas defendan terhadap Johan dengan jumlah sebanyak RM2 juta. ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| You are subscribed to email updates from myartis.com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







0 comments:
Post a Comment