Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
Mantan Tentara AS Lempar Al Quran dan Sebut Obama Pengkhianat Posted: 30 Jan 2014 05:21 PM PST Pelecehan dan penghinaan terhadap Al-Quran kembali terjadi, kali ini dilakukan oleh bekas anggota Navy Seal (angkatan laut) AS. Ben Smith yang merupakan bekas anggota Navy Seal AS, muncul dalam sebuah video di YouTube di mana dalam video tersebut memperlihatkan dia menjatuhkan Al-Quran di lantai dan menuduh Presiden AS Barack Obama sebagai individu yang memiliki hubungan dengan Al-Qaidah. Berbicara pada pertemuan Tea Party, propagandis sayap kanan ini bersikeras bahawa Presiden AS Barack Obama dan pemerintahannya adalah Marxis yang menyamar dan mendanai Al-Qaidah, Ikhwanul Muslimin dan pemberontakan Musim Semi Arab untuk membentuk negara Islam di Timur Tengah. Setelah asal tuduh tersebut, dalam rekaman video itu dia kemudian melemparkan Al-Quran ke lantai, yang disambut dengan tepuk tangan riuh dari penonton yang mendengarkan pidatonya. Mengatakan bahawa Obama membungkuk kepada raja Saudi dan bekerja sama dengan Iran, Ben Smith menuduh pemerintahan Obama telah bersalah dengan melakukan pengkhianatan. Ben Smith juga melanjutkan dengan menuduh semua Muslim yang solat lima kali sehari berupaya memasuk semua orang di dunia untuk masuk Islam dengan melakukan jihad. Dia juga membandingkannya ajaran Islam dengan Nazi. Sejak meninggalkan militer, Ben Smith telah pergi ke berbagai negara untuk berbicara di pertemuan Tea Party. Tea Party adalah gerakan ultra-konservatif AS yang memiliki hubungan dekat dengan kelompok-kelompok lobi pro-Israel. |
Budak Perempuan 7 Tahun Mati Dikelar Bapa Posted: 30 Jan 2014 05:16 PM PST Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari. "Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu. Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah teres dua tingkat itu. "Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas. "Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya. Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan. Polis menjumpai mayat anak perempuannya yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu "Mayatnya dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat," katanya. Menurutnya semasa kejadian itu, ibu mangsa berada di tempat kerjanya di Cyberjaya. Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang. "Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya. Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada lelaki itu. Lelaki itu yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental, katanya. Sementara itu, seorang jiran keluarga itu, yang enggan dikenali, berkata ibu mangsa kini berada di Hospital Kajang bagi menemani anak-anaknya yang cedera. Wanita itu berkata keluarga mangsa sangat dihormati oleh jiran-jirannya kerana mereka sekeluarga rajin solat berjemaah di surau kawasan perumahan itu. - Bernama |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment