Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Ammar Alfian Dakwa Sudah Ragut Dara Puteri Sarah Liyana
- Bawa Ayah Lumpuh Masuk Universiti
- Telan ‘Belon’ Tangani Masalah Kegemukan
- Michael Schumacher Mungkin Takkan Sedar Dari Koma
- Misteri Mayat Kanak-Kanak Yang Tidak Reput
- Sifat Ulama Besar Yang Merendah Diri
Ammar Alfian Dakwa Sudah Ragut Dara Puteri Sarah Liyana Posted: 23 Jan 2014 11:00 AM PST ![]() Menurut Ammar, dia mendakwa sudah meragut kesucian Puteri Sarah Liyana ketika mereka masih pasangan kekasih dua tahun lalu. Adakah dakwaan beliau ini benar atau sengaja ingin menyindir Syamsul Yusof? Itu admin kurang pasti namun tindakan sedemikian memang kurang bijak dan bakal menyamarakkan lagi permusuhannya dengan Syamsul. dotinfo1 |
Bawa Ayah Lumpuh Masuk Universiti Posted: 23 Jan 2014 11:00 AM PST ![]() Seorang pelajar China Guo Shijun merayu pihak berkuasa universiti agar membenarkan bapanya yang lumpuh tinggal di bilik asramanya sepanjang penggal pengajian. Guo yang tidak mahu menangguhkan pengajiannya kerana terpaksa menjaga bapanya yang lumpuh dan ibu yang sakit terpaksa membuat permohonan pengecualian itu. Disebabkan dia berjaya mendapat tempat di universiti terbaik dan pihak pentadbiran institusi pengajian tinggi itu kagum dengan dedikasinya menghadapi kesukaran dalam hidup, mereka membenarkan dia membawa bapanya ke asrama universiti bagi meringankan beban ditanggungnya. Guo, 20, yang berasal dari keluarga miskin menjalani zaman kanak-kanak dengan penuh kesukaran. Ibunya menghidap sakit mental selepas diserang meningitis ketika Guo masih kecil. Dia dan bapanya terpaksa bergilir-gilir menjaga ibunya. Walaupun dibebani tanggungjawab besar ketika kecil. Guo tetap berupaya memperoleh gred tertinggi di sekolah. Nasib yang menimpa Guo bertambah buruk apabila bapanya yang bekerja sebagai buruh binaan terbabit dengan nahas ketika bekerja. Bapanya terjatuh 15 meter dari sktruktur jambatan yang dibina di Liuan, wilayah Anhui menyebabkan lelaki itu lumpuh dari paras pinggang ke bawah. Sejak kejadian itu, datuk dan nenek Guo mengambil alih tugas menjaga ibunya, tetapi tidak mampu untuk turut menjaga bapanya. Kerana itu, Guo terpaksa menyewa sebuah bilik kecil berhampiran asrama universitinya dan membawa bapanya tinggal bersama-samanya bagi memudahkan dia menjaga bapanya. Untuk membiayai pengajiannya di universiti, Guo meminjam wang daripada rakan dan saudara-maranya. - Agensi |
Telan ‘Belon’ Tangani Masalah Kegemukan Posted: 23 Jan 2014 10:30 AM PST ![]() Pesakit mengalami obesiti yang terdesak untuk mengurangkan berat badan kini boleh menelan belon di dalam pil menerusi kaedah perubatan terbaru bagi menangani masalah kegemukan. Tidak seperti rawatan belon gastrik, Obalon tidak memerlukan pembedahan invasif. Sebaliknya, prosedur 10 minit itu hanya memerlukan pesakit menelan kapsul bersaiz sebesar pil vitamin yang mengandungi belon kempis. Kapsul itu dilekat kepada kateter mikro dan sebaik saja kapsul itu hadam di dalam perut, belon itu akan mengembang menjadi sebesar saiz sebiji epal. Kapsul itu akan larut dan katerer akan dikeluarkan dari mulut. Belon itu akan berada di bahagian atas perut, menyebabkan pesakit rasa kenyang dengan harapan pesakit akan mengurangkan makan dan seterusnya berat badan akan berkurangan. Pesakit akan menerima belon kedua 30 hari selepas prosedur pertama dengan pilihan belon ketiga selepas kira-kira 60 hari, berdasarkan penurunan berat badan mereka dan kekenyangan yang dialami. Pada akhir rawatan yang dijangka mengambil masa beberapa bulan, belon itu akan mengecut dan dibuang melalui rawatan endoskopi. Obalon berharga £2,995 (RM16,469) untuk dua rawatan belon. Ia boleh didapati di beberapa hospital dan klinik di sekitar London. |
Michael Schumacher Mungkin Takkan Sedar Dari Koma Posted: 22 Jan 2014 10:41 PM PST ![]() Keadaan juara Formula Satu dunia tujuh kali, Michael Schumacher dilaporkan berbahaya sekiranya ditinggalkan dalam keadaan vegetatif berterusan walaupun keluarganya masih mengharapkan wira nombor satu itu sembuh seperti sedia kala. Lagenda F1 Jerman berusia 44 tahun itu berada dalam keadaan koma selepas kepalanya mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika sedang bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, Perancis, pada Disember lalu. Menurut laporan Mirror, walaupun keadaan Schumacher stabil, doktor bimbang sekiranya kerosakan otak Schumacher akan menyebabkan beliau mengalami sindrom Apalik. Laporan itu menyebut, walaupun jika doktor berjaya menyedarkan Schumacher daripada koma, beliau masih tidak dapat bercakap, bergerak atau makan sendiri. Koma yang dialami Schumacher memerlukan masa untuk sembuh. Walaupun keluarga dan rakan-rakan Schumacher memberikan sokongan moral, mereka tidak dapat menyembunyikan kebimbangan mereka bahawa keberangkalian Schumacher untuk sembuh adalah tipis, laporan itu menambah. |
Misteri Mayat Kanak-Kanak Yang Tidak Reput Posted: 22 Jan 2014 09:36 PM PST ![]() Pada kebiasanya, mumia sudah banyak mengalami kerosakan di tubuhnya. Namun lain halnya dengan mumia yang satu ini. Ia dikenali dengan Rosalia Lombardo. Bila melihat gambarnya, kita mungkin seperti melihat foto gadis kecil sedang tidur. Padahal, siapa sangka dia adalah mumia dari tahun 1920? Rosalia Lombardo adalah mumia paling sempurna dan utuh yang pernah ditemui sepanjang sejarah. Ia meninggal pada usia 2 tahun akibat jangkitan paru-paru. Si ayahnya sangat bersedih dan meminta Alfredo salafia untuk memumiakan putrinya. Ia ingin gadis kecil itu selalu utuh sehingga tak merasa jauh dari putrinya. Hingga ke hari ini, mumia ini adalah yang paling awet dan sempurna yang pernah ada. Ia seperti gadis kecil yang sedang tidur dan tak pernah membusuk. Menurut kajian, awetnya tubuh Rosalia Lombardo kemungkinan kerana penggunaan formalin, alkohol dan glycerin. Semuanya untuk mencegah tubuhnya membusuk dan menyusut. Kerana keunikan mumia ini, ia disebut sebagai sleeping beauty of the Capuchin Catacombs. Kini,mumia Rosalia Lombardo disimpan di sebuah bilik bawah tanah di Itali Selatan. Ada sebuah isu misteri bahawa beberapa orang pernah melihat Rosalia Lombardo sedikit membuka matanya. Lokasi ini juga menjadi salah satu pusat sejarah bagi pelancong kerana mereka ingin menyaksikan sendiri susuk mumia yang tidak mengering ini. ![]() ![]() ![]() |
Sifat Ulama Besar Yang Merendah Diri Posted: 22 Jan 2014 05:35 PM PST |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment