Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Lelaki Ini Jadikan Teman Wanitanya Sebagai Tebusan Sambil Berbogil
- Rumah Anti-Kiamat Ini Bernilai USD 11.5 Juta
- Syiah Umpan Umat Islam Dengan Roti
- Lelaki Ini Terkejut Membaca Pemberitahuan Tentang Kematiannya
- Pahang Tundukkan Perak 5-4
Lelaki Ini Jadikan Teman Wanitanya Sebagai Tebusan Sambil Berbogil Posted: 22 Jan 2014 12:30 PM PST Seorang pekerja pembinaan di China, menjadikan teman wanitanya sebagai tebusan di atas bumbung selepas ibu bapanya dilaporkan enggan meluluskan perkahwinan mereka. Beratus-ratus penonton dan polis bersenjata memerhatikan lelaki itu melucutkan seluar dan memerintahkan teman wanitanya untuk melakukan perkara yang sama supaya dia diaibkan di hadapan jiran-jiran mereka. Lelaki itu, yang dikenal bernama Lin berusia 32 tahun. Beliau memegang teman wanitanya di tekak dan melambai pisau potong daging dan berbicara dengan perunding terlatih memujuknya turun dari bumbung kediaman. Polis dan tentera yang mengepung sekeliling banggunan, dan lelaki separuh bogel yang dikatakan meminta kereta untuk dirinya sendiri dan teman wanitanya. Akhirnya lelaki dan teman wanitanya yang menjadi tebusannya turun dari bumbung. Tetapi dalam perjalanan ke arah kereta, pegawai polis berjaya menarik dia dari teman wanitanya dan menjatuhkannya ke tanah. Beliau digari di hadapan beratus-ratus penonton yang terpegun. Dan menurut laporan, walaupun ibu bapa sendiri telah meluluskan perkahwinan semasa di tempat kejadian. Lelaki itu kini menghadapi hukuman penjara yang panjang. |
Rumah Anti-Kiamat Ini Bernilai USD 11.5 Juta Posted: 22 Jan 2014 11:30 AM PST Rumah anti-kiamat ini memiliki luas 390,19 meter persegi, dan terletak di Yellow Jacket, sebuah kota sepi di Colorado, Amerika. Dinding rumah ini terbuat dari konkrit yang dilapisi baja tebal. Itu membuat struktur rumah ini begitu kuat, sehingga dikatakan tahan gempa. Jika dilihat dari luar, rumah ini hanya nampak seperti sebuah bangunan yang membosankan. Namun, jika dilihat ke dalam, ini adalah sebuah rumah mewah yang dilengkapi dengan rekaan dalaman yang indah. Ini mungkin adalah bunker paling mewah yang pernah ada di dunia. Bukan hanya itu. Rumah ini juga memiliki sistem tujuh tahap penyaringan air dan empat sistem daya yang dipasang terpisah di rumah tersebut. Sebagaimana disiarkan Curbed.com, rumah ini juga memiliki menara radio setinggi 30,48 meter dan sebuah landasan helikopter. Rumah ini dibina pada tahun 2003 lalu, dan sekarang dijual seharga USD 11.5Juta. |
Syiah Umpan Umat Islam Dengan Roti Posted: 22 Jan 2014 12:08 AM PST ![]() "Mereka memburu manusia seperti memburu burung" Penembak tepat Syiah menggunakan plastik ini dengan mengumpan roti di dalamnya, ini terjadi di Kem Yarmul Palestin di Damsyik. Setiap yang cuba untuk mendapatkan roti akan diburu oleh Syiah, dan dunia hanya menonton! Bagi individu yang ingin membantu mereka di Kem Yarmoul, sila menderma kepada : Alamat: (SYRIA CARE OFFICE) No.38B, jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Kami mempunyai tabung khas untuk Syria :- Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia Akaun Maybank: 562106630487 PayPal: AlEhsidek@gmail.com Bank swift Code : mbbemykl |
Lelaki Ini Terkejut Membaca Pemberitahuan Tentang Kematiannya Posted: 21 Jan 2014 04:04 PM PST ![]() Seorang lelaki warga emas, Sven-Olof Svensson, 81, terkejut membaca pemberitahuan tentang kematian dirinya yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan di sini selepas berlaku silap faham antara doktor dengan seorang ahli keluarganya. Svensson berkata, dia dirawat di sebuah hospital selatan Sweden semasa jatuh sakit pada Krismas lalu sebelum terkejut apabila membaca satu obituari yang memberitahu tentang kematiannya baru-baru ini. Menurutnya, kesilapan itu berlaku apabila seorang kakaknya yang berusia 90 tahun menghubungi hospital untuk bertanya keadaannya tetapi dia silap faham apabila menganggapnya telah meninggal dunia. "Kakak saya menelefon doktor dan bertanya mengenai keadaan saya dan apa yang dia fahami, saya telah meninggal dunia. "Kakak saya yang terkejut dan bersedih kemudiannya menulis obituari mengenai saya dan menyiarkan di sebuah akhbar tempatan,'' katanya. Bagaimanapun, kesilapan tersebut disedari oleh seorang rakan Svensson, Lars Faltskog yang datang ke hospital untuk menziarahinya dan mendapati rakannya itu masih hidup. - Agensi |
Posted: 21 Jan 2014 04:02 PM PST ![]() JUARA Piala Malaysia, Pahang menepati ramalan apabila layak ke pusingan kedua Piala FA selepas menundukkan Perak 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi pusingan pertama di Stadium Perak, Ipoh malam tadi. Terdahulu, kedua-dua pasukan terpaksa bermain sehingga masa tambahan selepas terikat dengan kedudukan 2-2. Penjaga gol, Mohd. Khairul Azhan muncul wira Tok Gajah selepas berjaya menepis tiga sepakan penalti Perak. Pahang terlebih dulu mengejutkan Perak seawal minit kesembilan apabila memperoleh gol pembukaan hasil jaringan Mohd. Azammuddin Akil. Kelebihan pasukan pelawat itu hanya bertahan selama tiga minit apabila kapten Perak, Hardi Jaafar berjaya menyamakan kedudukan melalui rembatan deras dari luar kotak penalti. Ketua jurulatih Perak, Abu Bakar Fadzim terpaksa mengeluarkan tonggak pertahanan, Martin Kafando pada minit ke-30 akibat kecederaan. Namun, situasi itu langsung tidak merencatkan percaturannya apabila kapten skuad Bawah 23 tahun Myanmar, Kyaw Zayar Win berjaya menggembirakan 10,000 penyokong Perak apabila meledak gol kedua pada minit ke-45. Gol penyamaan yang dicari-cari pasukan pelawat akhirnya menjelma apabila Damian Stewart menandukkan kemas bola hasil sepakan penjuru Mohd. Hafiz Kamal pada minit ke-57. Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah boleh tersenyum bangga apabila berjaya membenam Kuala Lumpur 4-0. Mendapat sokongan kira-kira 5,000 penyokong sendiri, Kedah bagaimanapun gagal memperoleh gol pada babak pertama. Pada babak kedua, Kedah mula menmperkemas bahagian serangan melalui gerakan yang lebih tersusun. Hasilnya pada minit ke-58, Kedah mendahului melalui tandukan kencang, Kharul Helmi Johari. Pada minit ke-65, Kedah berjaya menambah gol kedua menerusi Mohd. Khyril Muhymeen Zambri. Kuala Lumpur terus tertekan apabila pemain import Kedah, Adam Griffths berjaya meletakkan pasukannya selesa di hadapan tujuh minit kemudian. Griffiths menambah gol kedua peribadinya pada minit ke-77. |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment