Jadi Sebahagian Komuniti Ekslusif BeautifulNara
Jadi Sebahagian Komuniti Ekslusif BeautifulNara |
- Jadi Sebahagian Komuniti Ekslusif BeautifulNara
- Johan Raja Lawak Menang Saman RM1 Juta
- Shila Amzah Akan Cari Dalang Penyebar Berita Palsu Perkahwinannya
- (20 GAMBAR)Pasangan Suami Isteri Paling Romantik, Fouziah Gous & Zhafran Yusof
- (TAHNIAH)Lagu Nyanyian Yuna, Shine Your Way Tercalon Untuk Anugerah Oscar
- (13 GAMBAR)Majlis Perkahwinan Raja Azrey Dan Rozita
Jadi Sebahagian Komuniti Ekslusif BeautifulNara Posted: 07 Jan 2014 05:27 AM PST Tahun 2014 adalah tahun permulaan untuk kami di BeautifulNara melakukan sesuatu yang istimewa buat anda semua, pembaca setia blog ini yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bagi selama ini. Perancangan yang ingin kami lakukan ialah mewujudkan satu komuniti ekslusif BeautifulNara. 1. Maklumat terkini mengenai perkembangan dunia semasa yang tidak dikongsikan di sini. Anda hanya perlu memasukkan nama dan email anda didalam borang di bawah. Selepas itu, jangan lupa periksa inbox email anda untuk mengaktifkan keahlian. Buat masa ini, sudah lebih 500 orang mendaftar dengan kami. Jangan lepaskan peluang ini. Terima kasih diucapkan atas kesudian anda. Anda semua memang awesome. Baca Yang Ini Pulak:- |
Johan Raja Lawak Menang Saman RM1 Juta Posted: 07 Jan 2014 12:32 AM PST Johan Raja Lawak berjaya memenangi saman RM1 juta ke atas Juara Film Production Sdn. Bhd. dan pengarah, Mohd. Javed Mohd. Nizar. Keputusan itu telah diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam. Johan memenangi saman tersebut akibat kecederaan di dahi yang dialaminya selepas dibaling gelas kaca. Kejadian ini telah berlaku pada tahun 2010. Pada Jun 2010 lalu, Javed telah membaling gelas kaca ke arah Johan sehingga mengalami kecederaan di bahagian dahinya ketika sedang berbincang di sebuah restoran. Johan mengambil keputusan untuk menyaman Javed berikutan tindakan pengarah berusia 33 tahun dan menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta. Javed turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan email yang diedarkan kepada persatuan-persatuan dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut serta merta mengenai berita palsu mengenainya. Ozlynn Wati Ismail atau Ozlynn yang mempertahankan suaminya daripada terus menjadi mangsa pukul, turut ditendang di beberapa bahagian badan!
"Pada 10 Mei lalu kira-kira jam 7.30 malam, saya dapat panggilan telefon memaklumkan ibu saya sudah meninggal dunia. Saya minta habiskan dulu babak pada malam itu sebelum saya pulang ke Kuala Lumpur. Namun, Javed buat keputusan menamatkan penggambaran pada malam itu dan sambung semula keesokan hari. "Alhamdulillah, saya sempat menyempurnakan jenazah arwah ibu dan semalaman saya tidak berpeluang melelapkan mata. Javed memaklumkan kepada saya, apabila saya dalam perjalanan ke Seremban keesokan hari, telefon dia, namun panggilan yang dibuat tiada jawapan. Saya dan Ozlynn dah sampai ke lokasi, babak malam yang dibuat di sebuah rumah. Tapi, tak ada siapa pun di situ. "Sementara menunggu kru lain yang masih on-call, saya dan isteri tidur dulu dalam kereta, maklum sajalah kepenatan, semalaman tak tidur. Namun, anak pemilik rumah berkenaan, ketuk cermin kereta dan meminta kami supaya tidur saja dalam rumah mereka. Akhirnya seorang kru mengejutkan kami, memaklumkan pengarah nak jumpa bincang pasal skrip. "Namun, saya dan Ozlynn tertidur semula dan sekali lagi kru berkenaan mengejutkan kami 30 minit kemudian, memaklumkan pengarah dah tunggu lama. Saya yang dalam keadaan 'mamai' terus ke restoran yang terletak tidak jauh dari rumah berkenaan. Saya terus duduk depan Javed. Namun, saya diarahkan bertukar tempat secara kasar. ‘Dua tumbukan ke muka saya’ “Seorang kru yang mendakwa dirinya Pengurus Produksi mengetuk tangan saya, dia terus tanya 'kau nak lama ke sekejap dalam industri ni?' Tak ada langsung bincang pasal skrip. Jawapan saya, 'apa hal ni?' Dia tanya lagi, 'aku tanya, jawablah…' saya pun balas 'apa pasal?' Ketika itulah Javed memaki hamun saya, dia ambil gelas dah terus baling ke muka saya! Namun, menerusi laporan Harian Metro terbitan 26 Mei lalu, Javed mendakwa kecederaan di muka Johan bukan disebabkan terkena balingan gelas sebaliknya serpihan kaca yang terpelanting akibat dihempas pengarah berkenaan yang berang dengan sikap pelawak dan pengacara itu. "Kalau sekadar terkena serpihan kaca yang terpelanting, takkan dalam lukanya… Saya bertemu wartawan hari ini lengkap bersama bukti bergambar. Luka ini bukan disebabkan serpihan kaca. Javed membaling gelas tepat mengenai muka saya. Ketika itu darah dah memancut keluar. Dalam masa sama, Ozlynn menekup luka di dahi saya. Javed pula dah baling meja, manakala Ozlynn cuba menghalang diri saya daripada terus dikasari. "Ketika itulah isteri saya ditendang! Saya cuba mempertahankannya, manakala dua tumbukan pula singgah di muka saya. Kami akhirnya sempat menyelamatkan diri dengan bantuan orang ramai," kata Johan menceritakan kedudukan perkara sebenar. Nafi cium isteri di set Berdasarkan e-mel yang dikirim Javed kepada wakil SENIMAN, selain mendakwa Johan tidak berdisiplin gara-gara kelewatan yang melampau sehingga mengganggu penggambaran, dia juga menyelar sikap pelawak berkenaan kerana tidak ada kesedaran sivik apabila tidak menghormati persekitaran lokasi dengan aksi berpelukan dan bercium dengan isterinya di set penggambaran iaitu di rumah orang Islam! "Memang isteri memeluk saya apabila saya menerima perkhabaran ibu sudah meninggal dunia. Tapi, saya tak nafikan, saya sering memeluk dan mencium isteri saya, namun bukannya di set penggambaran. "Apa yang didakwanya tidak pernah berlaku di lokasi! Mengenai dakwaan saya lewat melampau, ingin saya jelaskan, saya baru saja memulakan penggambaran bersama produksi berkenaan selama dua hari. Hari pertama, babak malam, saya sampai 7.30 malam, hari belum gelap. Hari kedua, saya tiba pagi, set tak siap lagi. Saya pula bukan untuk babak pertama, dia perlu buat penggambaran babak orang lain dulu. Justeru, bagaimana pula Javed mendakwa saya lewat?," soal Johan kembali. Pada masa sama, Johan turut menafikan segala isi kandungan e-mel dikirim Javed kepada wakil SENIMAN yang mendakwanya dengan pelbagai tuduhan. Baca Yang Ini Pulak:- |
Shila Amzah Akan Cari Dalang Penyebar Berita Palsu Perkahwinannya Posted: 07 Jan 2014 12:05 AM PST Dunia Internet memang macam-macam ragam. Kalau dulu hendak mengikuti perkembangan artis kena beli majalah Mangga, Media Hiburan dan URTV, sekarang ini dengan kewujudan Instagram dan Twitter, kesemuanya berada di hujung jari. Agak menyedihkan perkara yang terjadi kepada Shila Amzah ini. Gambar berbaju pengantin yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya digunakan untuk membuat berita palsu kononnya dia sudah berkahwin. Berita palsu ini disebarkan menerusi Facebook Page Shila Amzah yang palsu. Daripada “screenshot” di atas, lebih kurang 230,000 ribu LIKE telah diterima untuk laman ini. Satu angka yang cukup besar. Menggunakan gambar Shila berbaju pengantin, pengendali laman ini menulis caption “Married! Hahaha” yang telah menimbulkan persoalan di kalangan peminatnya. Untuk makluman anda, Shila Amzah memakai baju pengantin bersempena persembahan tahun baru 2014 yang menggunakan tema perkahwinan. Gambar-gambar dirinya memakai pakaian tersebut telah pun dikongsikan di akaun Instagramnya. Bengang dengan tindakan si pemilik laman Facebook palsu ini, Shila Amzah bertekad untuk mencari pemiliknya sehingga jumpa.
Buat peminat Shila Amzah, pastikan anda mengikuti akaun Instagram dan Twitter Shila Amzah yang betul. Rasaya sietakat ini Shila Amzah tiada akaun Facebook yang rasmi. Jangan terikut yang palsu pulak. Takut informasi salah. Apa pun, Abang Nara kongsikan beberapa lagi gambar Shila Amzah dalam baju pengantin dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
(20 GAMBAR)Pasangan Suami Isteri Paling Romantik, Fouziah Gous & Zhafran Yusof Posted: 06 Jan 2014 11:37 PM PST Abang Nara suka melihat gambar pasangan suami isteri ini. Fouziah Gous dan Zhafran Yusof sentiasa mempamerkan kemesraan mereka. Bagi Abang Nara ini satu perkara yang bagus dan wajar dicontohi. Orang kita kadang-kadang agak pemalu untuk menunjukkan kasih sayang. Kata orang, masa bercinta tangan tak lepas, dah anak dua bini kat mana pun tak tahu. Hehehe. Tak salah untuk Abang Nara melabelkan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof sebagai pasangan suami isteri selebriti yang paling romantik. Yang penting jangan sampai terkongsi gambar yang “over” sudahlah. Setakat ini daripada apa yang Abang Nara perhatikan, semuanya masih okay. Tak ada yang terlebih dan sakit mata memandang. Semuanya sweet-sweet belaka. Abang Nara pun rasa nak mencontohi Fouziah Gous dan Zhafran selepas ini. Kena tunjukkan kasih sayang pada isteri tercinta. Biar sentiasa hangat hubungan suami isteri. Tak gitu? Lagi beberapa keping gambar pasangan suami isteri ini dengan membaca artikel sepenuhnya. P.S: Lakonan semula filem terkenal bersama anjing peliharaan
Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)Lagu Nyanyian Yuna, Shine Your Way Tercalon Untuk Anugerah Oscar Posted: 06 Jan 2014 05:47 PM PST Sebagai rakyat Malaysia, Abang Nara berbangga apabila lagu nyanyian Yuna bersama Owl City yang bertajuk “Shine Your Way” tercalon di dalam senarai awal Anugerah Oscar. Untuk anda yang tidak tahu, lagu ini adalah lagu tema untuk filem The Croods. Lagu ini tercalon di dalam kategori Original Song. Pastinya Yuna berdebar-debar menantikan sama ada lagu nyanyiannya ini akan disenarai pendek di dalam Top 5. Kata Yuna kepada Berita Harian:-
Untuk anda yang tidak pernah mendengar lagu ini, Abang Nara kongsikan video klipnya untuk tatapan anda. P.S: Ilustrasi Proton GSC (P2-30A) Baca Yang Ini Pulak:- |
(13 GAMBAR)Majlis Perkahwinan Raja Azrey Dan Rozita Posted: 06 Jan 2014 04:35 PM PST Rasanya masih belum terlambat untuk kami mengongsikan gambar-gambar dari majlis perkahwinan pelakon Raja Azrey Raja Kamaruzzaman, 35, dengan pengurusnya, Rozita Rahim, 28. Majlis ini berlangsung pada 20 Disember 2013 di Dewan Komuniti Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Majlis ini diuruskan oleh Sri Lagenda Wedding and Event Management dan solekan dihasilkan oleh Emel Ismail. Bersama kita doakan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Lagi 11 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment