Powered by Blogger.

(GOSIP)Keluarga Syamsul Yusof Masuk Merisik Puteri Sarah Liyana?

(GOSIP)Keluarga Syamsul Yusof Masuk Merisik Puteri Sarah Liyana?


(GOSIP)Keluarga Syamsul Yusof Masuk Merisik Puteri Sarah Liyana?

Posted: 13 Jan 2014 12:59 AM PST

Wah. Sungguh hebat para CSI di Forum Cari. Terbaru mereka telah berkongsi 2 keping gambar di mana Datuk Yusof Haslam dan isteri duduk di samping Puteri Sarah Liyana. Kemungkinan besar tujuan mereka ke sana ialah untuk masuk merisik Puteri Sarah buat anak mereka, Syamsul.

syamsul yusof masuk merisik puteri sarah liyana

Sebelum ini memang dikhabarkan bahawa Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana sedang bercinta. Namun perkara tersebut tidak disahkan oleh kedua-dua belah pihak. Dengan adanya gambar ini, kemungkinan besar perkara tersebut adalah benar. Tahniah diucapkan kepada Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana jika majlis merisik benar-benar berlaku.

syamsul yusof masuk merisik puteri sarah liyana

Abang Nara doakan agar semuanya berjalan dengan lancar buat mereka berdua. Tahniah sekali lagi.

Baca Yang Ini Pulak:-

Pendapatan Setahun Yuna, Soo Wincci, Shila Amzah, Neelofa & Najwa Latif Cecah Jutaan Ringgit

Posted: 13 Jan 2014 12:24 AM PST

Hebat!!! Siapa kata jadi artis tidak boleh jadi kaya? Kalau kena cara, gaya dan tekniknya, anda boleh memperolehi pendapatan melebihi angka juta setiap tahun. Terkejut juga Abang Nara membaca laporan mengenai perkara ini di Metro Ahad semalam. 5 selebriti wanita iaitu Yuna, Soo Wincci, Shila Amzah, Neelofa dan Najwa Latiff dikatakan memperolehi pendapatan bernilai jutaan ringgit setahun. Mantap bukan?
jelitawan jutaanWalaupun informasi ini tidak disahkan oleh empunya badan, namun sedikit sebanyak ia menunjukkan yang kita boleh berjaya di dalam bidang industri hiburan sekiranya berusaha keras dan berbakat. Berikut ialah senarai yang dikeluarkan oleh Metro Ahad semalam mengikut turutan.
yuna

1. Yuna – RM5 juta setahun. Dikatakan Yuna dibayar RM120,000 untuk menyanyikan lagu “Shine Your Way” bersama Owl City. Yuna turut menjadi duta Canon, Samsung Galaxy Note, Maybank, Astro, KakaoTalk, Malaysia Airlines dan Olay. Turut dikira ialah royalti lagu ciptaannya dan juga pulangan lumayan melebihi RM1 juta konsert orkestra Yuna di Istana Budaya. Terbaik!!!

shila amzah2. Shila Amzah – RM2.5 juta setahun. Dikatakan kontrak selam 6 tahunnya bersama Shanghai Media Group bernilai RM5 juta. Shila turut mengikat kontrak sebagai duta produk Safi Balqis selama 3 tahun. Selain itu Shila juga adalah duta Persahabatan Malaysia China dan duta 1Malaysia. Mantap bukan?

soo wincci

3. Soo Wincci- RM1.5 juta setahun. Pernah dilantik sebagai duta Samsung LED, Soo Wincci juga merupakan duta produk Avon dan kasut XES. Persembahannya di Taiwan dan beberapa negara Asia lain turut menyumbang kepada pendapatan bernilai jutaan ringgit. Tahniah Soo Wincci!!!
neelofa4. Neelofa – RM1 juta setahun. Merupakan duta buat produk LINE, Avon, Petronas, Fashion Valet, tilam King Koil dan banyak lagi, Neelofa turut mengeluarkan produk kecantikannya sendiri yang menyumbang kepada pendapatan jutaan ringgitnya. Awesome sungguh!!!

najwa latif

5. Najwa Latiff – RM1 juta setahun. Mnafikan pendapatannya mencecah angka juta, Najwa Latif memaklumkan ia mencecah angka RM500,000 setahun. Itu satu angka yang cukup tinggi pada pandangan Abang Nara. Najwa adalah duta UNITAR dan royalti daripada lagu ciptaannya turut menyumbang kepada pendapatan ini. Tahniah Najwa!!

Semoga kejayaan para jelitawan ini akan meningkatkan lagi semangat artis-artis lain untuk turut sama berjaya. Apa yang Abang Nara perhatikan, kebanyakan mereka mempunyai produk mereka sendiri sama ada lagu ciptaan atau produk kecantikan. Selain itu keberanian meneroka pasaran luar turut menyumbang kepada pendapatan tinggi. Tahniah dan semoga ia dicontohi oleh rakan-rakan artis yang lain.

Baca Yang Ini Pulak:-

Scha Al Yahya Kini Hamil?

Posted: 12 Jan 2014 09:41 PM PST

Anak adalah penyeri dalam kehidupan sepasang suami isteri. Tak pernah lagi Abang Nara dengar mereka yang berkahwin tetapi tak mahu anak. Cepat atau lambat, itu semua adalah rezeki daripada Allah. Membaca Pancaindera semalam, Abang Nara tumpang gembira apabila perkhabaran mengenai kehamilan Scha Al Yahya. Benar atau tidak berita ini, masih belum disahkan oleh tuan punya badan.

scha al yahya mengandung

Scha dan Awal telah mendirikan rumahtangga sekitar Mei 2012. Kalau anda mengikuti Instagram suami isteri ini, anda pasti akan perasan semenjak dua menjak ini Scha sering demam dan jatuh sakit. Menurut Syed yang menulis artikel kehamilan Scha semalam, sakit-sakit yang dialami oleh pengacara Muzik-Muzik ini adalah kerana pembawakan anak di dalam perut. Logik juga kan?

scha al yahya mengandung

Jika berita kehamilan ini adalah benar, jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Scha dan Awal. Pasti mereka berdua sangat teruja. Abang Nara yakin para peminat mereka pun sangat gembira mendengar berita ini. Diharap Scha atau Awal dapat mengesahkan berita ini secepat mungkin. Beberapa lagi gambar pasangan sama cantik sama padan ini dengan membaca artikel sepenuhnya.
scha al yahya mengandungP.S: Bukan sahaja boleh mengubati banyak penyakit kronik, tetapi turut sama boleh menjana pendapatan menerusinya. Tak percaya? Inilah kelebihan Jus Walit Assunnah. Nak tahu dengan lebih mendalam? Tanyalah di Facebook Walit Assunnah. Pihak yang pakar akan buat penerangan untuk anda.

scha al yahya mengandung
scha al yahya mengandung
scha al yahya mengandung
scha al yahya mengandung
scha al yahya mengandung
scha al yahya mengandung
scha al yahya mengandung
scha al yahya mengandung

Baca Yang Ini Pulak:-

(TAHNIAH)Sharifah Aleya Kini Isteri Kepada Miko

Posted: 12 Jan 2014 09:01 PM PST

Panas tidak akan berpanjangan. Satu ketika pasti akan turun jua hujan. Selepas rumahtangga yang dibinanya berakhir dengan penceraian pada bulan Februari 2012 yang lalu, kini Sharifah Aleya telah pun bertemu jodoh buat kali kedua. Sabtu lalu, dalam satu majlis sederhana, penyampai radio ini telah selamat bergelar isteri kepada Mohammed Azam Abdullah yang lebih dikenali dengan nama gelaran Miko.

sharifah aleya miko

Sharifah Aleya dan Miko mula berkenalan apabila mereka berdua terlibat di dalam teater Terima Kasih Cinta kira-kira 3 tahun yang lalu. Majlis pernikahan telah diadakan di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara kira-kira pukul 10 pagi Sabtu. Sharifah Aleya menerima mas kahwin sebanyak RM300 beserta hantaran sejumlah RM3,000 dan membalas 5 dulang hantaran dengan pengantin lelaki memberi 3 dulang.

sharifah aleya miko

Tahniah diucapkan buat Sharifah Aleya dan Miko atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Haiwan bermisai yang comel

sharifah aleya miko
sharifah aleya miko
sharifah aleya miko
sharifah aleya miko
sharifah aleya miko
sharifah aleya miko

Baca Yang Ini Pulak:-

Lontarkan Idea Kreatif Anda Untuk #DIGICFC

Posted: 12 Jan 2014 08:48 PM PST

Abang Nara rasa hampir kesemua rakyat Malaysia terutamanya yang muda remaja memiliki smartphone. Kadang-kadang bila Abang Nara minum Coffee Bean dan perhatikan gelagat orang ramai, hampir kesemuanya sibuk membelek smartphone masing-masing. Ada yang muka serius, ada yang tersenyum dan ada yang muka tak ada perasaan.

digi challenge

Secara jujur Abang Nara pun kadang-kadang terjebak dalam aktiviti ini. Bukan apa, applikasi seperti Instagram, Twitter dan Facebook yang ada di dalam smartphone ini memang melekakan. Boleh tengok gambar orang lain, boleh baca luahan hati orang dan boleh tahu perkembangan terkini rakan-rakan kita. Lepas itu ada WhatsApp, LINE dan KakaoTalk yang memudahkan kita berborak dengan rakan-rakan. Sambil-sambil tue boleh gosip sikit tentang perkembangan dunia artis tempatan. Hehehe.

digi challenge

Namun kadang-kala Abang Nara terfikir jugak, adakah penggunaan applikasi di smartphone sekadar tahap ini sahaja? Tak ada ke applikasi yang dicipta oleh rakyat Malaysia untuk memudahkan seharian kita? Contohnya macam baru-baru ini Abang Nara nak "renew" passport. Sehari suntuk kena tunggu giliran walaupun dah datang awal pagi. Alangkah bagusnya kalau ada applikasi smartphone yang membolehkan kita "renew" passport secara online dan kita hanya pergi ambil sahaja di pejabat imigresen. Kan best tue?
digi challenge

Kemungkinan besar applikasi-applikasi yang bakal memudahkan urusan kita dengan pihak kerajaan akan tercipta 9 hari lagi. Terima kasih kepada DIGI sedang mengadakan pertandingan DIGI Challenge for Change menerusi laman web www.digicfc.my. Apa-apa sahaja idea yang bermain di minda anda boleh anda kongsikan di laman web ini. Mana tahu salah satu daripadanya akan menjadi kenyataan dan bakal digunakan oleh jutaan rakyat Malaysia. Memang bangga tahap tertinggi kot nanti.
digi challenge

Ada 4 kategori yang diwujudkan untuk memudahkan lontaran idea daripada anda semua. Antaranya yang paling menarik perhatian Abang Nara ialah kategori "Connected Citizens". Kategori ini untuk idea-idea yang mendekatkan rakyat dan kerajaan, memudahkan urusan harian rakyat dengan agensi kerajaan dan apa-apa saja yang berkaitan. Itu yang timbul idea applikasi "renew passport" daripada otak genius Abang Nara tue. Hehehe.

digi challengePaling best bukan satu idea tapi 4 idea terbaik bagi setiap kategori akan memenangi hadiah wang tunai RM5,000 dan 1 smartphone dengan plan daripada DIGI. Hanya perlu bagi idea sahaja. Sementara itu untuk 4 pembuat applikasi berdasarkan idea terbaik itu berpeluang memenangi wang tunai RM25,000 setiap seorang. Banyak kan hadiah Digi Challenge for Change nie? Cara nak menang pun senang sangat-sangat. Asalkan ada idea yang kreatif je dah cukup.
digi challenge

Tahun lepas, 2000 idea kreatif dan inovatif telah dilontarkan untuk Digi Challenge for Change ini. Tahun ini temanya ialah "Bringing Malaysians Together, One App At A Time". Banyak aktiviti menarik lain yang akan dilakukan seperti #IDEAJAM dan 36 jam "app hackathon" untuk para pembangun applikasi. Abang Nara yakin sangat-sangat Digi Challenge for Change ini akan dapat menghasilkan beberapa applikasi yang menarik untuk kegunaan rakyat Malaysia.
digi challenge

Abang Nara dah hantar idea Abang Nara. Korang bila lagi? Layari www.digicfc.my sekarang juga untuk berkongsi idea-idea awesome anda.

Baca Yang Ini Pulak:-

Tak Tahan Dengan Tohmahan, Fasha Sandha Mohon “UngkuSabariah” Hentikan Perbuatan

Posted: 12 Jan 2014 08:26 PM PST

Kasihan sungguh Abang Nara melihat apa yang terjadi kepada Fasha Sandha. Memang kejam apa yang dilakukan oleh salah seorang pengikut akaun Instagramnya yang menggunakan nama “UngkuSabariah”. Tohmahan, cacian dan kutukan dilemparkan kepada ibu Fasha Sandha. Perbandingan antara ibu Fasha dan ibu mertuanya juga sering dilakukan. Kalau sekali dua mungkin boleh dimaafkan, tetapi kalau berpuluh-puluh kali, panas juga hati ini.

fasha sandha

Menerusi akaun Instagramnya, Fasha Sandha telah memohon “UngkuSabariah” untuk menghentikan perbuatannya. Malah Fasha turut berkongsi salah satu gambar keluarga “UngkuSabariah” ini. Tulis Fasha:-

Salam dear makcik @ungkusabariah Saya ingin memohon maaf, terhadap apa yg saya ingin katakan disini,sesungguhnya nama seindah makcik ‘ungku sabariah’ tidak seindah perilaku makcik.

Makcik juga seorang ibu dan seorang isteri, saya pasti suami dan anak2 makcik pasti malu dengan komen2 yang makcik berikan di laman instagram ibu mertua saya. Saya pasti anak2 makcik juga berpelajaran dan boleh berfikir bahawa sesungguhnya tidak elok untuk kita memperkatakan yang tak baik tentang orang lain atau dengan erti kata lain (batu api). Saya benar2 simpati dengan orang2 yang bersikap seperti makcik ini.

Memberi komen berunsur penghinaan terhadap ibu saya. Cuba makcik fikir, apa perasaan anak2 makcik dan apa yg anak2 makcik akan lakukan sekiranya makcik dihina? Kalau makcik ni peminat bekas menantu @rajanoora sekalipun, tak mengapa. Tetapi tidak perlu membandingkan, menghina atau menjadi batu api sehingga mewujudkan sengketa antara satu sama lain. Sesungguhnya orang2 seperti makcik ni harus cuci hati makcik agar bersih.

Saya tidak kisah jika mertua saya lebih baik dengan bekas besan atau bekas menantu beliau berbanding dengan saya..itu hak beliau. Hanya Allah Taala sahaja yang tahu. Tetapi kita sebagai hamba Allah tidak perlu mengotorkan hati dan minda dengan mengatakan yang tidak baik sehingga mengguriskan perasaan orang lain.

Beliau adalah ibu saya, ibu yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkan saya. Saya dan ibu saya mempunyai keluarga yang besar di Perlis dan kami hidup dalam keadaan harmoni semenjak saya kecil walaupun dalam keadaan sederhana. Ibu saya yang membesarkan saya 4 adik beradik sendiri sejak saya kecil tanpa pertolongan daripada sesiapapun. Walaupun tanpa nafkah daripada seorang yang bergelar ayah ..kami tetap boleh membesar dan bersekolah.

Dear Makcik Ungku Sabariah, Setiap manusia pasti ada kelebihan dan kekurangannya, tetapi saya tidak akan benarkan orang menghina keluarga saya. Cukuplah hinaan hanya diberikan kepada saya. Saya pasti mampu untuk menanggungnya. Bertaubatlah makcik, cuci hati makcik. Semoga makcik sedar, perbuatan makcik ini dilarang dalam agama kita. Makcik juga seorang ibu. Renung renungkanlah Salam JUMAAT buat semua.

fasha sandha

Menerusi perkongsian tersebut, para peminat Fasha Sandha telah menasihati “UngkuSabariah” di akaun Instagramnya lantas menyebabkan akaun tersebut ditutup. Tambah Fasha lagi:-

Mula2 makcik ungku Sabariah ada 43followers, lepastu makcik terus private akaun makcik. Now makcik ungku sabariah dah deleted her instagram account Mungkin sbb tak tahan kerana followers saya tegur dia. Makcik, Makcik tau siapa makcik, dan keluarga makcik juga tau siapa makcik. Sakit kan? Bila orang comment yg tak baik pasal kita? Begitulah perasaan keluarga saya. Kalau sekali dua tak mengapa makcik, terlalu banyak kali sangat makcik menghina, setiap orang ada tahap kesabarannya. Get well soon Makcik. Allah Maha Besar.

fasha sandha

Kalau Abang Nara jadi Fasha Sandha, memang sedih dibuatnya. Diharap dengan pendedahan ini, “UngkuSabariah” akan berhenti melakukan perbuatan ini. Fasha bahagia dengan kehidupannya sekarang. Buat apa sengaja nak timbulkan kebencian. Tak masuk akal sungguh.

fasha sandha

Bak kata Fasha Sandha, “Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.” Semoga perbuatan “UngkuSabariah” ini tidak diikuti oleh orang lain. Media sosial untuk kita bermesra, bukannya untuk kita mengadu domba. Kepada Fasha, bersabarlah. Inilah dugaan menjadi seorang selebriti.

Baca Yang Ini Pulak:-

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani