(93 GAMBAR)Sekitar Persembahan AJL28 Dengan Tema “Game On”
(93 GAMBAR)Sekitar Persembahan AJL28 Dengan Tema “Game On” |
- (93 GAMBAR)Sekitar Persembahan AJL28 Dengan Tema “Game On”
- Black Nafi Terlalu Kecewa Gagal Menang Vokal Terbaik AJL28
- Cico Harahap Sudah Bertunang Dengan Gadis Bukan Islam
- (15 GAMBAR)Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Linda Onn & Ungku Azhar
- 3 Tips Terbaik Membeli Beg
(93 GAMBAR)Sekitar Persembahan AJL28 Dengan Tema “Game On” Posted: 28 Jan 2014 01:20 AM PST Sesungguhnya Anugerah Juara Lagu sentiasa dinantikan oleh peminat-peminat muzik tanah air. Untuk kali ke 28 penganjurannya, AJL kali ini menyaksikan jumlah tontonan sebanyak 6 juta dan paling membanggakan, hashtag #AJL28 telah “trending” di nombor 1 bukan hanya di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Satu pencapaian yang sangat hebat untuk mereka yang terlibat di dalam menjayakan anugerah berprestij ini. Jutaan tahniah diucapkan kepada kesemua mereka yang menjayakan AJL28. Dengan tema “Game On“, AJL kali ini tampak lebih futuristik. Apa yang paling menarik perhatian Abang Nara ialah persembahan jemputan daripada Datuk M. Daud Kilau. Suara beliau tetap sama dari dulu sehingga sekarang. Masih “steady” lagi. Terbaik Datuk!!! Semoga AJL yang ke 29 tahun hadapan akan lebih meriah dan mutu penyertaan semakin meningkat demi kebaikan industri muzik tanah air kita. Lagi beberapa gambar sekitar persembahan malam AJL28 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada laman web Anugerah Juara Lagu.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Black Nafi Terlalu Kecewa Gagal Menang Vokal Terbaik AJL28 Posted: 28 Jan 2014 12:50 AM PST Untuk AJL28 yang baru berlangsung minggu lalu, nama Black disebut sebagai salah seorang “feveret” untuk memenangi kategori Vokal Terbaik. Tidak dinafikan suara Black amat hebat. Tambahan pula, lagu Takkan Terpisah sememangnya menyerlahkan vokal Black yang tinggi. Abang Nara sendiri telah membuat ramalan yang Black bakal memenangi kategori ini.
Tak apalah Black memang sudah tertulis bukan rezeki anda untuk memenangi Vokal Terbaik di AJL28. Abang Nara percaya pasti ada rezeki lain yang lebih hebat dan besar di masa hadapan. Lagipun persaingan untuk kategori tersebut memang sengit. Kesemua penyanyi pada malam tersebut memang hebat-hebat belaka. Sukar untuk membuat pilihan. Tak gitu? P.S: Model baharu Perodua dilancar hujung tahun 2014 Baca Yang Ini Pulak:- |
Cico Harahap Sudah Bertunang Dengan Gadis Bukan Islam Posted: 27 Jan 2014 10:09 PM PST Alhamdulillah. Setelah gagal dalam perkahwinan sebelum ini, Cico Harahap sudah pun bertunang dengan seorang gadis berketurunan Cina. Masih belum memeluk Islam, gadis tersebut sudah pun menjadi tunangan Cico sejak setahun lalu. Cico mahu memastikan tunangnya mengenali Islam dengan mendalam terlebih dahulu dan bukan memeluk Islam semata-mata mahu berkahwin dengannya. Satu langkah yang bijak pada pandangan Abang Nara. Kata Cico kepada MediaHiburan:-
Betul kata Cico. Semoga dalam tempoh pertunangan ini, tunang Cico akan belajar lebih mendalam mengenai Islam dan akan terbuka hati memeluk agama Islam sebelum berkahwin kelak. Sama-samalah kita doakan. Tahniah buat Cico dan tunang atas berita gembira ini. Yang Ini Pun Best Jugak:- |
(15 GAMBAR)Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Linda Onn & Ungku Azhar Posted: 27 Jan 2014 10:00 PM PST Dalam diam, rupanya hujung minggu lalu telah pun berlangsung majlis resepsi perkahwinan Linda Onn dan Ungku Azhar. Majlis yang diadakan dalam keadaan penuh sederhana ini telah dihadiri oleh selebriti-selebriti terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Umie Aida, Datuk Aznil Haji Nawawi dan Rebecca Nur Islam. Linda Onn tampil berseri-seri dalam persalinan pengantin serba putih. Menerusi akaun Instagramnya, Linda Onn turut berkongsi beberapa video yang menarik untuk tatapan para peminatnya. Memang pasangan pengantin ini sama cantik dan sama padan. Abang Nara serius terharu melihat mereka melangkah turun dari tangga. Memang cantik dan gorgeous sangat-sangat.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Posted: 27 Jan 2014 09:42 PM PST Dengan pelbagai rekabentuk, warna, tekstur dan corak, membeli sebuah beg untuk dipadankan dengan pemakaian anda adalah satu perkara yang amat sukar. Memang boleh pening kepala dibuatnya. Jadi apakah yang anda factor yang anda harus pertimbangkan ketika mahu membeli beg atau dompet? Hari ini, Nile.com.my, salah satu laman web membeli belah secara online di Malaysia ingin berkongsi 3 tips terbaik memilih beg untuk anda semua. Tip 1: Kegunaan beg tersebut • Adakah anda membeli beg/dompet untukmenghadiri majlis tertentu atau untuk kegunaan harian? Tip 2: Warna beg tersebut Tip 3: Jenis badan anda • Secara asasnya, mereka yang tinggi dan kurus haruslah memilih beg yang bersaiz sederhana dan berbentuk bulat. Manakala mereka yang berbadan gempal, beg yang berbentuk panjang adalah lebih sesuai untuk anda Jom kita ushar jenis beg yang ada dijual di www.nile.com.my Manmade Rhino Skin Handbag Sekiranya ada bekerja sebagai "sales person", Two-in-One Woman Bag ini amat sesuai untuk anda kerana beg yang kecil itu boleh dimuatkan dengan alatan kosmetik. Cuma RM39.90 sahaja. Beg hitam dengan kapasiti yang luas di dalamnya ini boleh digunakan dengan cara "carry" atau sling. Poket yang banyak di dalamnya pasti memudahkan lagi para wanita di luar sana menyimpang barangan mereka. Terbaik bukan? Harganya serendah RM38.80. Murah gila!!! Sekarang kita lihat jenis beg yang dicadangkan oleh Nile.com.my ketika anda keluar ber"dating" dengan kekasih hati. Snake Skin design woman handbag ini memang nampak classy dan sangat selesa untuk dibawa berjalan-jalan. Nampak mahal kan? Harganya Cuma RM17.90 sahaja. Pasti ramai rakan anda yang akan cemburu melihat anda dengan beg ini kelak. Sekali sekala menggunakan traditional elegant woman bag apa salahnya kan? Memang sesuai dibawa ke majlis makan malam untuk menyerlah lagi sisi elegan anda. Hanya RM65.80 sahaja. Yang ini sangat comel. Beg cat shape design outlook ini pastinya menyerlahkan lagi kecomelan anda. Turut hadir dengan bentuk haiwan lain, ia berharga RM32.90. Sempena CNY ini, dapatkan penghantaran percuma apabila anda membuat pembelian lebih daripada RM48 di www.nile.com.my. Untuk informasi lanjut, boleh hubungi pihak NILE di 1700-818-400 atau email mereka di enquiry@nile.com.my. Semoga tips-tips yang telah dikongsikan ini membantu anda untuk membuat pilihan yang lebih baik ketika membeli beg kelak.
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment