(8 GAMBAR)Diana Amir & Suami Romantis Di Cameron Highlands
(8 GAMBAR)Diana Amir & Suami Romantis Di Cameron Highlands |
- (8 GAMBAR)Diana Amir & Suami Romantis Di Cameron Highlands
- (TAHNIAH)Didie Alias Hamil Lagi Pada Usia 40 Tahun
- Fizz Fairuz Mula Beli Barang Hantaran, Bakal Kahwini Almy Nadia Tidak Lama Lagi?
- Anak Farid Kamil & Diana Danielle Kini Ada Akaun Instagram
- Kandungan Isteri Pierre Andre Terpaksa Digugurkan
(8 GAMBAR)Diana Amir & Suami Romantis Di Cameron Highlands Posted: 14 Jan 2014 11:48 PM PST Selepas pernikahan mereka, memang jarang khalayak ramai melihat pasangan suami isteri ini bersama. Mungkin Diana Amir dan suami, Habib mengambil langkah untuk bersikap “low profile”. Lagipun pengantin baru pastinya sibuk untuk mengenali dan memahami pasangan masing-masing. Untuk makluman, mereka berdua jarang ber”dating” sebelum bernikah. Menerusi akaun Instagram miliknya, Diana Amir telah berkongsi beberapa gambar romantis dirinya dan suami ketika berkunjung ke Cameron Highlands. Kalau tak silap Abang Nara, tujuan mereka ke sana ialah untuk menjalani penggambaran rancangan Romantika terbitan Astro. Tak sabar rasanya nak betapa “sweet”nya pasangan ini. Apa pun sama-samalah kita doakan Diana Amir dan Habib kekal bahagia sebagai suami isteri sehingga ke akhir hayat. Harap-harap tahun 2014 ini ada berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)Didie Alias Hamil Lagi Pada Usia 40 Tahun Posted: 14 Jan 2014 08:50 PM PST Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Jutaan tahniah diucapkan buat Didie Alias atas kehamilannya yang terbaru. Untuk makluman, Didie Alias kini sudah pun berusia 40 tahun. Ini adalah kandungan pertama dengan suami keduanya, Norisham Ismail. Mereka berdua telah pun berkahwin selama 5 tahun. Mengesahkan berita baik ini, Didie Alias berkata kepada Kosmo:-
Betul kata Didie Alias itu. Tak kiralah lelaki atau perempuan, yang penting anak yang dilahirkan nanti sihat sejahtera. Jutaan tahniah diucapkan buat Didie dan suami atas berita gembira ini. Semoga semuanya berjalan lancar sehingga hari kelahiran kelak. Sama-samalah kita doakan. Baca Yang Ini Pulak:- |
Fizz Fairuz Mula Beli Barang Hantaran, Bakal Kahwini Almy Nadia Tidak Lama Lagi? Posted: 14 Jan 2014 08:31 PM PST Amboi, amboi, amboi. Untunglah bakal isteri Fizz Fairuz. Mana tidaknya, salah satu barang yang bakal dijadikan hantaran ialah daripada jenama “Chanel”. Paling kurang mahu RM10,000 nie. Adakah Fizz Fairuz sudah mula membuat persiapan untuk menamatkan zaman bujangnya? Adakah insan yang bakal menerima hantaran ini bernama Almy Nadia? Gambar Chanel dibawah dikongsikan oleh Fizz Fairuz dengan caption yang berbunyi:-
Insya Allah niat yang baik akan dipermudahkan olehNya. Pasti ramai yang berharap tiada lagi kontroversi yang bakal menjelma di dalam hidup Fizz Fairuz dan Almy Nadia. Semoga Almy Nadia ialah bakal isteri Fizz Fairuz. Tak sabar Abang Nara nak melihat mereka berdua di atas pelamin selepas mengharungi segala macam dugaan sebelum ini. Sama-samalah kita doakan. P.S: Mazda RX-7 kembali pada tahun 2016 Baca Yang Ini Pulak:- |
Anak Farid Kamil & Diana Danielle Kini Ada Akaun Instagram Posted: 14 Jan 2014 07:49 PM PST Yeah~~~ Makin mudahlah peminat-peminat pasangan suami isteri, Farid Kamil dan Diana Danielle menatap wajah comel hasil perkahwinan mereka, Muhammad. Mana tidaknya, Muhammad kini sudah ada akaun Instagramnya sendiri. Memang makin cute dan makin besar anak Farid Kamil dan Diana Danielle ini. Sekali pandang seperti ikut muka emaknya. Comel kan? Geram sangat tengok. Rasa nak cubit-cubit dan cium-cium je. Sementara itu, Diana Danielle kini tampil dengan potongan rambut baru yang menyerlahkan lagi kecantikannya. Secara jujur, sejak bergelar ibu ini, Diana Danielle tampak lebih “hot”. Lebih terserlah aura kecantikannya. Tak gitu? Lagi beberapa gambar Muhammad dan Diana Danielle dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Ikuti Instagram Muhammad dan Instagram Diana Danielle untuk lebih banyak gambar lagi. P.S: Impian berjalan di atas air jadi kenyataan
Baca Yang Ini Pulak:- |
Kandungan Isteri Pierre Andre Terpaksa Digugurkan Posted: 14 Jan 2014 05:09 PM PST Sedih sungguh dengan apa yang terjadi namun ini adalah ketentuan daripadaNya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apa pun, jutaan takziah Abang Nara ucapkan kepada Pierre Andre dan isteri yang terpaksa mengugurkan kandungan mereka yang berusia 13 minggu kerana terdapat masalah pada janin. Yang penting, isteri Pierre, Nurhidayah tidak mengalami sebarang komplikasi selepas pengguguran dilakukan. Kata Pierre kepada Utusan Malaysia:-
Anggaplah ini sebagai satu dugaan buat anda berdua. Insya Allah di masa hadapan akan ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Takziah buat Pierre dan isteri. Kuatkan semangat anda. P.S: Perodua sasar 4,300 jualan untuk Alza baru Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment