(2 GAMBAR)Ummi Nazeera Manis Bertudung
(2 GAMBAR)Ummi Nazeera Manis Bertudung |
- (2 GAMBAR)Ummi Nazeera Manis Bertudung
- Polis Nafi Farid Kamil Jalani Latihan Unit Tindakan Khas (UTK)
- Don Mustofa, Nama Anak Lelaki Sulung Ustaz Don Daniyal
- Peluang Terbang Percuma Ke Brazil Untuk Piala Dunia 2014
- Gagal Gugurkan Kes, Shah Jaszle Dibicara 8 April Ini
- ThePoplook – Koleksi Perkahwinan Terbaru
- Dihalau Turun Pentas Kerana Bertudung, Marinaatasha Buat Laporan Polis
(2 GAMBAR)Ummi Nazeera Manis Bertudung Posted: 21 Jan 2014 10:01 PM PST Selepas menamatkan pengajiannya di Australia, khabarnya Ummi Nazeera sudah pun pulang ke Malaysia “for good“. Tidak diketahui apa yang sedang dilakukan oleh Ummi sekarang ini, namun kelibatnya kelihatan bersama Mizz Nina baru-baru ini. Sungguh manis, menawan dan ayu sekali Ummi Nazeera bertudung. Terserlah keserian wajahnya. Kalau sebelum ini jarang berkongsi gambar wajahnya, kini menerusi akaun Instagramnya, Ummi Nazeera mula berkongsi penampilan berhijabnya. Abang Nara yakin dan pasti, ramai jejaka yang terus jatuh cinta melihat Ummi bertudung. Tak perlu nak berpuluh-puluh “layer”. Simple dan menawan.
P.S: Minum air kencing lembu untuk pulihkan kanser Baca Yang Ini Pulak:- |
Polis Nafi Farid Kamil Jalani Latihan Unit Tindakan Khas (UTK) Posted: 21 Jan 2014 09:01 PM PST Baru-baru ini, Farid Kamil ada memberitahu pihak media mengenai perkembangan terbaru dirinya yang menjalani latihan Unit Tindakan Khas (UTK) di Muar, Johor. Laporan ini telah dikeluarkan oleh suratkhabar Kosmo dan Utusan Malaysia. Ini adalah kali pertama orang awam berstatus selebriti mendapat latihan yang seumpamanya daripada pihak polis. Kerana latihan UTK ini, Farid Kamil terpaksa berjauhan dengan anak sulungnya, Muhammad. Kata Farid Kamil:-
Namun begitu, Polis Diraja Malaysia(PDRM) baru-baru ini menerusi laman Facebook mereka telah tampil menafikan kenyataan yang diberikan oleh Farid Kamil. Mungkinkah Farid Kamil tersilap memberitahu jenis latihan yang diterimanya? Apa pun yang penting, penafian daripada pihak polis telah diberikan. Semoga selepas ini tiada lagi kekeliruan mengenai perkara ini. Info asal MazidulAkmal. Baca Yang Ini Pulak:- |
Don Mustofa, Nama Anak Lelaki Sulung Ustaz Don Daniyal Posted: 21 Jan 2014 08:25 PM PST Kalau sebelum ini ramai yang tertanya-tanya nama dan jantina anak sulung Ustaz Don Daniyal, kini segala persoalan itu telah terjawab. Menerusi Mstar Online, salah seorang ahli keluarga Ustaz Don telah berkongsi nama cahaya mata pasangan ini iaitu Don Mustofa. Bayi tersebut telah dilahirkan secara normal dan Ustaz Don sempat tiba 2 hari sebelum isterinya bersalin. Semoga Don Mustofa membesar dengan sihat dan tanpa sebarang masalah kesihatan di samping ayah dan ibunya. Tak sabar rasanya nak menatap wajah si comel. Harap-harap Ustaz Don dan isteri akan berkongsi wajah Don Mustofa tidak lama lagi. Pasangan suami isteri ini akan pulang ke Malaysia pada 30 Januari ini. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. P.S: Patung haiwan fantasi yang sangat comel Baca Yang Ini Pulak:- |
Peluang Terbang Percuma Ke Brazil Untuk Piala Dunia 2014 Posted: 21 Jan 2014 08:09 PM PST Tahun 2014 adalah tahun yang dinanti-nantikan oleh peminat sukan bola sepak seluruh dunia. Selepas 4 tahun menanti, akhirnya Piala Dunia muncul kembali. Kali ini pertandingan bola sepak paling berprestij ini akan berlangsung di negara kelahirannya, Brazil. Walaupun masih ada kira-kira 5 bulan lagi sebelum Piala Dunia 2014 bermula secara rasminya, kehangatan dan bahangnya sudah mula terasa. Abang Nara bertuah kerana sempat merasai kemeriahan Piala Dunia dengan mata kepala ini sendiri ketika ia dianjurkan oleh Korea Selatan & Jepun pada tahun 2002. Memang seronok sangat-sangat. Ia adalah satu pengalaman yang tak dapat dijual beli. Secara jujur, sekiranya anda seorang peminat bola sepak tegar, memang wajib untuk menyaksikan Piala Dunia secara "live". Merasai sendiri kemeriahan Piala Dunia dengan berada di stadium adalah sangat jauh berbeza dengan sekadar menontonnya di kaca televisyen. Namun Abang Nara faham kalau impian menonton Piala Dunia di stadium hanya sekadar tinggal impian. Iyerlah, banyak duit yang perlu dikeluarkan. Tiket kapal terbang, tiket perlawanan, bayar hotel dan macam-macam lagilah. Puluh ribu ringgit juga yang akan terpaksa digunakan. Lebih baik simpan untuk beli benda lain kan? Namun kalau Abang Nara beritahu anda satu cara untuk merealisasikan impian ini secara PERCUMA, mesti korang semua sangat excited kan? PERCUMA tue bro!! Namun begitu, kalau anda masih tiada kad kredit VISA Maybank, jangan risau. Dengan kerjasama daripada pihak Sony dan VISA, anda kini boleh memohon kad kredit VISA Maybank Sony untuk turut serta dalam pertandingan ini. Lagi best kad Maybank Sony ini membolehkan anda menggandakan peluang memenangi peraduan ini sebanyak 5 kali. Awesome kan? Selain itu, ada beberapa cara untuk menggandakan peluang kemenangan anda sebanyak 5 kali.. Cara-caranya ialah:-
Maybank, pastikan anda menghantar SMS terlebih dahulu untuk mengaktifkan kad anda. Cuma taip SMS WORLDCUP <jarak> 12 Digit Kad Pengenalan dan hantarkan ke 66628. Abang Nara dah aktifkan dah. Lagi cepat lagi bagus. Sambil-sambil tue jangan lupa doa lebih sikit. Kalau ada rezeki bolehlah bawak wife Abang Nara ke Brazil untuk tengok Piala Dunia 2014. Untuk menambahkan lagi kemeriahan Piala Dunia 2014 ini, Maybank juga akan turut mengadakan satu pertandingan mudah di Facebook Maybank Malaysia. Kempen ini diberi nama #Sambabola. Gambar 3 pemain bola sepak tempatan iaitu Khairul Fahmi Apeks, Junior Edstal, dan Nam The Man akan dikongsikan di Facebook Maybank Malaysia. Korang Cuma perlu buat caption yang paling kreatif dan kelakar untuk memenangi hadiah-hadiah seperti voucher Starbucks dan macam-macam lagi. Senang je kan? Abang Nara berdoa agar diri ini terpilih untuk memenangi "grand prize" pertandingan Get into the Rhythm. Watch the FIFA World Cup™ Final LIVE, Courtesy of VISA ini. Nak saksikan kelibat dan kehebatan Cristiano Ronaldo dengan mata ini sendiri. Kalau korang pun ada keinginan yang serupa, layari www.maybank2u.com.my dan www.visa.com.my untuk informasi lanjut. Baca Yang Ini Pulak:- |
Gagal Gugurkan Kes, Shah Jaszle Dibicara 8 April Ini Posted: 21 Jan 2014 07:47 PM PST Abang Nara suka dengan semangat dan fikiran positif Shah Jaszle walaupun rayuannya untuk mengugurkan kes khalwat telah ditolak. Orang kata, berani kerana benar, takut kerana salah. Semalam, Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah menolak rayuan yang dikemukakan tertuduh menerusi Peguam Syarie, Ashraf Ranee pada 19 Disember 2013 kepada Ketua Pendakwa Syarie mahkamah tersebut. Susulan itu, kes ini akan dibicarakan pada 8 April 2014 di mana pihak pendakwa akan mengemukakan 9 orang saksi. Sebelum ini, Shah Jaszle mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1,500 manakalah Farah, wanita yang dituduh berkhalwat dengannya mengaku bersalah.. Apa pun, Shah Jaszle tampak sudah bersedia dan tidak gentar dengan perbicaraan yang bakal berlangsung.
Semoga semuanya berjalan lancar buat Shah Jaszle. Bincang dengan teliti sebelum naik ke mahkamah kelak. Kebenaran akan terbukti jua. Jangan takut jangan gentar jika anda berada di pihak yang benar. Info asal Mstar Online. Baca Yang Ini Pulak:- |
ThePoplook – Koleksi Perkahwinan Terbaru Posted: 21 Jan 2014 07:46 PM PST Menarik sungguh koleksi perkahwinan dari thepoplook ini. Elegent dan modern design gitu. Koleksi ‘Wedding & Celebrations’ ini baru sahaja dilancarkan baru-baru ini. Memang terdapat banyak pilihan menarik untuk digayakan dan disesuaikan dengan tema majilis perkahwinan yang bakal dihadiri.
Apa lagi….jom layari thepoplook segera dan dapatkan satu untuk diri anda. Yang Ini Pun Best Jugak:- |
Dihalau Turun Pentas Kerana Bertudung, Marinaatasha Buat Laporan Polis Posted: 21 Jan 2014 07:29 PM PST Isu yang sangat menarik untuk diketengahkan walaupun penyanyi yang terlibat di dalam kontroversi ini tidak dikenali ramai. Abang Nara memang sedih apabila membaca apa yang terjadi terhadap Marinaatasha. Penyanyi bertudung ini dihalau turun pentas semata-mata kerana penampilannya yang bertudung. Agak pelik kerana perkara ini berlaku di Malaysia yang terkenal dengan kemajmukan masyarakat dan konsep 1Malaysia.
Laporan polis telah pun dilakukan oleh Marinaatasha di Balai Polis Kepong pada 19 Januari lalu. Tak sangka pada era penuh maju masih ada pihak yang bersikap sebegini. Diharap perkara ini dapat diketengahkan dan mendapat perhatian daripada pihak sewajarnya. Shila Amzah dan Yuna pun bertudung juga tetapi tak pernah pun dihalau di negara orang. Agak memalukan insiden ini berlaku di Malaysia, sebuah negara Islam. P.S: Kanak-kanak perempuan 2 tahun mati ditemui di Terengganu Yang Ini Pun Best Jugak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment