| Saya Bukan Bodoh – Lana Nordin Posted: 24 Dec 2013 09:07 PM PST Lana Nordin nampak tenang dengan keputusan Johan As’ari yang memutuskan hubungan mereka. Berkata kepada Berita Harian, Lana dapat mengagak apa yang akan berlaku selepas Johan sering berdolak-dalik sejak hubungan mereka ditentang keluarga. Nasib baiklah putus selepas sebulan, jadi impaknya tidak hebat sangat.  Kata Lana Nordin:- Saya tak kecewa, tapi terkejut dengan keputusan Johan. Hubungan kami sebenarnya baru bermula. Kami juga masih dalam proses mengenali hati budi, saya anggap keputusan Johan mahu memutuskan hubungan sebagai kelakar. Dia melamar saya selepas 3 hari bertemu, bukan saya memaksa dia melamar saya. Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah? Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah.  Diharap Lana Nordin redha dan pasrah dengan apa yang terjadi terhadap dirinya. Jangan sedih-sedih. Tak perlu kecewa dengan perhubungan yang separuh jalan ini. Kalau betul seseorang itu mahukan kita, pasti dia akan berusaha sekeras mungkin untuk menjadikan ia kenyataan. Abang Nara yakin ada jodoh yang lebih baik buat Lana di masa hadapan. Baca Yang Ini Pulak:- |
| Johan As’ari & Lana Nordin Putus Cinta Posted: 24 Dec 2013 06:35 PM PST Ah,sedihnya perkhabaran yang diterima lagi ini. Kisah cinta Johan As’ari dan Lana Nordin akhirnya tamat. Puncanya? Tiada restu daripada orang tua Johan. Percintaan mereka baru sahaha mencecah usia sebulan. Bagi Abang Nara,Johan sepatutnya harus lebih bersabar dan berusaha untuk memenangi hati kedua ibu bapanya. Nampak seperti mudah sangat putus asa. Ikuti kata-kata Johan di bawah:- Saya mohon maaf pada Lana,mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung juga peminat. Lana seorang wanita yang baik, tetapi apabila menyentuh soal nikah dan kahwin,ia berupa perkara besar dalam hidup. Lagipun untuk berumahtangga,restu dan doa ibu itu sangat penting, tetapi apabila perkara itu tidak berlaku saya terpaksa ambil tindakan. Memang benar restu ibu sangat penting dalam sesebuah perkahwinan. Namun Johan menegaskan perpisahan ini adalah berpunca dari dirinya,bukan ibunya. Saya tidak sangka kenyataan dibuat membawa kepada perpisahan ini. Pengumuman untuk bertunang dan menikahi Lana sebelum ini kerana saya benar-benar ikhlas,tetapi disebabkan pelbagai isu timbul,saya membuat keputusan ini. Saya masih muda dan ini Kali pertama berhadapan pelbagai situasi dalam melayari hubungan cinta dengan Lana. Saya akui segala yang berlaku berpunca daripada kesilapan saya yang masih tidak matang dan tidak tahu bagaimana mahu berhadapan Dengan masalah. Abang Nara pasti Lana Nordin sangat kecewa dengan apa yang telah terjadi. Iyerlah sebelum ini Johan beria benar ingin menjadikan Lana sebagai isterinya. Nampak gaya memang tiada jodoh. Namun Abang Nara pasti ramai lagi lelaki di luar sana yang mengimpikan Lana Nordin menjadi kekasih/isteri mereka. Sabarlah Lana!!!
Baca Yang Ini Pulak:- |
0 comments:
Post a Comment