Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- 10 Tempat Termahal di Dunia Untuk Membeli Kereta
- Video Kucing Berebut Makanan Dengan Buaya Ganas
- Kerja Pengilat Kasut Dapat RM476.52 Sehari Di Washington
- Mat Yo Masuk Wad Akibat Denggi
- ‘Saya Belasah Wanita, Saya Jantan Tak Guna’
- Johan Tetap Tunggu Shila!
10 Tempat Termahal di Dunia Untuk Membeli Kereta Posted: 22 Dec 2013 11:00 AM PST Mengikut laporan akhbar The Edge, harga kereta di Malaysia adalah yang ke-2 termahal di dunia. Kebodohan macai adalah penyumbang kepada prestasi ini.terima kasih macai! |
Video Kucing Berebut Makanan Dengan Buaya Ganas Posted: 22 Dec 2013 10:30 AM PST Video kamera diambil oleh sekumpulan pelancong di "Cajun Pride Paya Tour , selatan Louisiana", buaya sedang makan beberapa ketul ayam yang diberikan untuknya. Gambar dan video menunjukkan seekor kucing sedang menyerang sekor buaya yang berada di tebing kolam untuk makan,ternyata kucing ini begitu berani cuba melawan buaya yang lebih besar dan ganas,dan akhirnya buaya mengundur diri. sumber: dairishare.blogspot.com |
Kerja Pengilat Kasut Dapat RM476.52 Sehari Di Washington Posted: 22 Dec 2013 04:35 AM PST Amerika Syarikat – Seorang imigran dari Peru, Gustavo Carpio memperoleh pendapatan sebanyak AS$150 (RM476.52) sehari dalam musim panas kerana mengilat kasut di depan kafe Starbuck di Washington D.C. Dia juga boleh memperoleh pendapatan sebanyak AS$100 (RM317.68) sehari sepanjang musim sejuk. Carpio mengilat kasut di depan kedai Starbuck yang terletak beberapa blok bangunan dari White House. Menurutnya, dalam tempoh dua tahun, pelanggannya meningkat dua kali ganda. Seorang ahli perbankan, Bruce Neal kerap duduk di bangku Carpio yang mengenakan bayaran AS$7 (RM22.23) untuk mengilat sepasang kasut dan AS$10 (RM31.76) bagi but. "Gus (Carpio) adalah yang terbaik (mengilat kasut)," kata Neal. – AFP |
Mat Yo Masuk Wad Akibat Denggi Posted: 22 Dec 2013 02:43 AM PST Penyerang Kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo dilaporkan berada di hospital kerana disyaki menghidap demam denggi. Memetik Facebook Johor Darul Takzim FC, suhu badan Mat Yo dilaporkan sangat tinggi. |
‘Saya Belasah Wanita, Saya Jantan Tak Guna’ Posted: 22 Dec 2013 02:42 AM PST Florida: Seorang wanita yang dipukul selepas enggan melayan lelaki tidak dikenalinya menggugurkan tuduhan apabila penyerangnya bersetuju duduk di tepi jalan memegang papan tanda mengutuk dirinya sendiri. Gabriel Urena meraba Alisha Hessler, 20, yang tidak pernah ditemui sebelumnya selepas menari di kelab malam sehingga memaksa wanita itu memukulnya apabila enggan berhenti. Bagaimanapun, Urena membelasah Alisha sehingga mangsa mengalami konkusi. Alisha pada mulanya bercadang memfailkan tuduhan terhadap Urena, namun berubah fikiran apabila melihat lelaki itu menulis pengakuan serta rasa bersalah di Facebook. Berikutan itu, dia bersetuju memberi hukuman berbeza kepada Urena. Lelaki itu diarahkan duduk di persimpangan sibuk selama lapan jam memegang papan tanda besar tertulis 'Saya pembelasah wanita. Bunyikan hon jika anggap saya jantan tak guna' sambil memakai 'dunce cap'. "Saya rasa ini pengajaran besar baginya dan dia akan berfikir sebelum melakukannya lagi. "Memang saya memukulnya kerana meraba saya, namun tiba-tiba dia menyerang bertubi-tubi," kata Alisha. Dia menganggap tindakannya itu wajar berbanding hukuman penjara setahun. Bagaimanapun, keputusannya itu tidak dipersetujui pihak polis yang menganggap dia bertindak sesuka hati. Malah, usaha polis menghubungi Alisha juga tidak membuahkan hasil apabila wanita itu tidak membalas panggilan. - Agensi |
Posted: 22 Dec 2013 02:46 AM PST Sebelum ni, umum tahu tentang keakraban pelakon Juvana, iaitu Johan As'ari bersama penyanyi, Shila Amzah. Namun, selepas pelakon itu membuat pengakuan untuk melamar Lana Nordin, hubungannya dengan Shila Amzah agak dingin. Malah pelantun Patah Seribu itu pernah membuat kenyataan tidak akan menerima Johan dan hubungan mereka tidak akan sama seperti dulu lagi. Bagaimanapun, berbeza pula dengan pendirian pelakon Juvana ini. Menyedari Shila menukar nombor telefon dan menyekat laman sosialnya, Johan berkata, hatinya tetap terbuka untuk Shila dan menyifatkan hubungan mereka tetap seperti biasa. "Saya masih menganggapnya sebagai teman saya. Sekiranya Shila mahu meminta sokongan daripada saya, saya tetap akan menyokongnya, dan berkawan semula dengannya seperti biasa. "Kerana hubungan yang terbina adalah berteraskan perasaan kasih sayang yang lahir antara makhluk. Jika dia mahu, dia boleh menghubungi saya bila-bila masa saja. Saya tetap menerimanya dan menganggap sebahagian daripada saya," katanya. Menurut Johan, dia tidak rasa hubungan persahabatan yang dibina bersama Shila akan terputus begitu sahaja, memandangkan hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat. "Hubungan keluarga antara kami sangat rapat. Malah, Shila tetap menghubungi ibu saya, dan saya percaya hubungan mereka akan kekal baik selamanya," katanya yang menganggap hubungan yang terjalin adalah kasih sayang yang diberikan oleh ALLAH SWT kepada semua makhluknya. Namun, apabila ditebak mengenai Shila yang dikatakan tidak mahu menerima Johan atas alasan sendiri, Johan agak terkejut. "Apa pun, saya tetap akan bersahabat dengan Shila selamanya. Hubungan ini tidak akan putus. Saya masih dan tetap menyayangi Shila selamanya. "Sebagai seorang sahabat, seperti yang selalu saya katakan, saya akan tetap mendoakan kebahagiaannya sampai bila-bila. Dan berharap dia berjaya dan gembira," katanya yang menganggap penyanyi itu sebagai adiknya sejak awal perkenalan lagi. Belum bawa Lana jumpa ibu Meskipun dalam fasa perkenalan dengan cinta barunya itu, Lana Nordin, Johan bagaimanapun mengakui masih belum membawa kekasih hatinya itu untuk berjumpa keluarganya. Jelas Johan, dia akan membawanya untuk berjumpa keluarganya pada masa yang betul-betul sesuai. "Saya masih belum bawa Lana jumpa keluarga. Nanti ada masa yang betul-betul sesuai saya akan membawanya," katanya yang mengakui keduanya sibuk dengan karier masing-masing. |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment