(Al-FATIHAH)Azean Irdawaty Meninggal Dunia
(Al-FATIHAH)Azean Irdawaty Meninggal Dunia |
- (Al-FATIHAH)Azean Irdawaty Meninggal Dunia
- Nooraida Tidak Sengaja Pakai Seksi Di Sidang Media
- Nabila Huda Tinggalkan Pesanan Buat Haters
- Yuna Terguris Dituduh Punca Lagu Dwihati Gagal Ke AJL28
- (9 GAMBAR)Majlis Perkahwinan Wan Maimunah & Makpol Saimon
- Luahan Pembaca BeautifulNara Mengenai Maharaja Lawak Mega 2013
- (6 GAMBAR)Nora Danish & Dimorian Crew Bantu Mangsa Banjir
(Al-FATIHAH)Azean Irdawaty Meninggal Dunia Posted: 17 Dec 2013 05:29 AM PST Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Azean Irdawaty yang telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.25 malam tadi. Allahyarhamah berusia 62 tahun dan telah menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sebelum ini, seniwati ini menghidapi sakit kanser tahap keempat. Jenazah akan dibawa pulang ke kediamannya di Bandar Utama, Petaling Jaya. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan agar beliau ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah. Baca Yang Ini Pulak:- |
Nooraida Tidak Sengaja Pakai Seksi Di Sidang Media Posted: 17 Dec 2013 03:50 AM PST Wow. Dah macam artis pulak wanita yang dikatakan mempunyai skandal dengan Adi Putra, si Nooraida ini. Pakaian yang dikenakan olehnya ketika sidang media baru-baru ini ternyata menjadi perbualan ramai dan menjadi topik hangat di kalangan pembaca BeautifulNara. Namun Nooraida punya alasan tersendiri untuk hadir sebegitu rupa. Alasan yang diberikan memang “masuk akal” dan logik juga. Takkanlah seorang wanita dan isteri seperti Nooraida sanggup untuk memalukan diri sendiri dan suaminya. Pasti ada ketidaksengajaan yang berlaku. Menerusi akaun Twitternya, Nooraida membuat sedikit penjelasan. Selepas ini Nooraida harus bersedia dengan butang jaket “spare” agar kejadian sebegini tidak berulang kembali. Lagipun sekarang ini Nooraida dah boleh dikatakan taraf selebriti. Segala perkembangan orang nak tahu. Imej kena jaga. Jangan kerana sebiji butang, habis malu satu keluarga. Tak gitu? Hehehe. Baca Yang Ini Pulak:- |
Nabila Huda Tinggalkan Pesanan Buat Haters Posted: 17 Dec 2013 01:17 AM PST Ya kalau anda mengikuti Instagram Nabila Huda, pasti anda mengetahui kontroversi yang sedang melanda pelakon ini. Untuk makluman anda, kini Nabila Huda dan anaknya, Keisha sedang bercuti di Bali. Seperti biasa, Nabila sering berkongsi gambar percutiannya bersama anak tercinta menerusi Instagram untuk tatapan para peminat. Komen yang sering diterima sekiranya meletakkan gambar anak adalah seperti “so sweet”, “comelnya anak awak” dan “like mother like daughter”. Namun dalam kes Nabila Huda, ada beberapa komen yang kurang manis didengar. Digelar sebagai haters, komen-komen yang diberi antaranya menyelar cara didikan Nabila Huda kepada Keisha. Mungkin bengang dengan komen-komen kurang ajar ini, Nabila Huda meninggalkan satu pesanan panjang lebar buat para hatersnya di salah satu gambar yang dikongsi. Pesanan tersebut berbunyi:-
Setiap ibu bapa mempunyai cara yang berbeza untuk mendidik anaknya. Bukan hak kita untuk menyalahkan mereka. Namun bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lagi beberapa gambar Nabila Huda dan Keisha bercuti di Bali dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Yuna Terguris Dituduh Punca Lagu Dwihati Gagal Ke AJL28 Posted: 16 Dec 2013 09:52 PM PST Hati manusia mana yang tidak sedih dan kecewa apabila dipersalahkan di dalam sesuatu perkara. Terbaru, Yuna melahirkan kekecewaannya apabila dianggap punca kegagalan lagu “Dwihati”, nyanyiannya bersama Aizat ke AJL28. Artikel tersebut telah diterbitkan di dalam salah satu suratkhabar tempatan pada hujung minggu yang lalu. Di dalam artikel tersebut, Yuna didakwa menyanyi lagu Dwihati dengan nada yang salah sekaligus membuatkan persembahan nampak kucar-kacir. Selaku salah seorang penyanyi lagu Dwihati, Aizat tampil untuk menjelaskan apa yang telah terjadi ketika persembahan separuh akhir AJL28 baru-baru ini. Kata Aizat:-
Yuna juga menerusi akaun Twitternya telah memberikan penjelasan yang serupa mengenai apa yang telah berlaku malam itu. Setahu Abang Nara, markah untuk AJL28 diberikan berdasarkan kekuatan melodi dan lirik sesebuah lagu itu. Kalau tak silap, markah persembahan lebih kurang 20% sahaja. Agak pelik kerana hanya persembahan yang kucar-kacir lagu tersebut tidak berjaya ke peringkat akhir. Sepatutnya penekanan harus diberikan kepada kualiti lagu, bukannya kualiti persembahan. Apa pula pendapat anda? P.S: Harga tol naik 50 sen sehingga RM2 bermula 1 Januari 2014 Baca Yang Ini Pulak:- |
(9 GAMBAR)Majlis Perkahwinan Wan Maimunah & Makpol Saimon Posted: 16 Dec 2013 08:35 PM PST Maafkan Abang Nara kerana gagal berkongsi berita gembira mengenai perkahwinan pelakon Wan Maimunah. Abang Nara terlepas pandang kerana ada 2 perkahwinan lain berjalan di masa yang lebih kurang sama iaitu Rozita Che Wan dan Jovian. Jadi di kesempatan ini, Abang Nara ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Wan Maimunah, 60 tahun dan suaminya, Makpol Saimon yang merupakan seorang ahli perniagaan. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung pada 14 Disember selepas Maghrib di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru. Menariknya mas kahwin yang diterima oleh Wan Maimunah ialah bimbingan ke jalan yang diredhai All ah. Selain itu Wan Maimunah juga menerima sebentuk cincin dan seutas gelang bagi upacara membatalkan air sembahyang. Kata Wan Maimunah:-
Semoga perkahwinan Wan Maimunah berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dilimpahi rahmat serta kebahagiaan. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Cantik, trendy dan ratusan pilihan untuk aksesori telefon dan gadjet ada dijual di MomoGadget. Banyak juga yang berkenan di hati Abang Nara. Harga pun sangat berpatutan dan kalau beli lebih RM25, penghantaran adalah percuma. Boleh “cash on delivery” sekiranya membuat pembelian di sekitar Johor Bahru. Untuk informasi lanjut, layari www.momogadget.com , LIKE Facebook Momogadget atau hubungi 016 7277166 (Addy).
Yang Ini Pun Best Jugak:- |
Luahan Pembaca BeautifulNara Mengenai Maharaja Lawak Mega 2013 Posted: 16 Dec 2013 08:14 PM PST Setiap hari Jumaat adalah hari menonton Maharaja Lawak Mega 2013 untuk Abang Nara dan keluarga. Memang boleh buat gelak, hilang stress dan buat diri ini tersenyum. Walaupun secara jujur kadang-kala ada lawak yang tak menggeletek hati, namun biasalah bukan mudah untuk buat lawak yang bombastik setiap minggu. Dari pandangan Abang Nara, Shiro, Bocey dan Wala memberikan persembahan yang konsisten setiap minggu.
Dan minggu lepas, Abang Nara menerima satu email daripada pembaca BeautifulNara yang meluahkan pendapatnya mengenai Maharaja Lawak Mega 2013. Abang Nara bersetuju dengan “point-point” yang ditulis olehnya. Mungkin ada pembaca BeautifulNara yang mempunyai pendapat sendiri. Boleh kongsikan di ruangan komen. Baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca luahan hati pembaca BeautifulNara mengenai Maharaja Lawak Mega 2013.
Baca Yang Ini Pulak:- |
(6 GAMBAR)Nora Danish & Dimorian Crew Bantu Mangsa Banjir Posted: 16 Dec 2013 07:18 PM PST Antara komen-komen yang diterima di dalam artikel “Nora Danish, Nadeem & Rakan-rakan bercuti di Thailand” ialah “daripada korang gi bercuti lebih baik korang pergi tolong mangsa banjir kat Pahang tue“. Nampaknya insan yang menulis komen itu kini terpaksa menelan ludahnya sendiri. Itulah, jangan cepat sangat bersangka buruk kepada orang. Kan dah malu sendiri. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Nora Danish dan Dimorian Crewnya kerana telah turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pahang baru-baru ini. Siap pakai baju ada tulis “Dimorian Crew” lagi. Nampak gayanya semenjak dua ini makin ramai artis yang prihatin dengan kesusahan yang menimpa rakyat Pahang. Good job!!! Jangan lepas ini ada pula yang mempersoalkan keikhlasan hati Nora Danish dan Dimorian Crew di dalam menghulurkan bantuan ini. Soal ikhlas, biarlah mereka sahaja yang tahu. Yang penting, mereka turun membantu. Semoga usaha murni akan diteruskan lagi di masa hadapan. Beberapa lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment