(6 GAMBAR)Imej Baru Syamsul Yusof, Sejuk Mata Memandang
(6 GAMBAR)Imej Baru Syamsul Yusof, Sejuk Mata Memandang |
- (6 GAMBAR)Imej Baru Syamsul Yusof, Sejuk Mata Memandang
- Saya Wanita Biasa Yang Mahu Disayangi & Menyayangi – Lana Nordin
- 8 Tahun Bercinta, Ekin Dan Yazer Akhirnya Putus
- (10 GAMBAR)Majlis Resepsi Perkahwinan Jovian & Nina Di Temerloh
- Membeli Belah Dengan Diskaun Hebat Sempena Tahun Baru 2014
- (TAHNIAH)Adam Shah & Fatin Nur Afeefa Selamat Bergelar Suami Isteri
- (23 GAMBAR)Majlis Perkahwinan Aril AF & Puteri Erma Daripada Project2Pi
(6 GAMBAR)Imej Baru Syamsul Yusof, Sejuk Mata Memandang Posted: 23 Dec 2013 12:24 AM PST Tidak diketahui sejak bila Syamsul Yusof tampil dengan imej sebegini. Namun memang sejuk mata memandang Syamsul Yusof yang berjubah putih, memakai kopiah dan sering kelihatan bersama Ustaz Azhar Idrus. Mungkinkah dugaan yang menimpa filem arahannya iaitu KL Gangster 2 menyebabkan Syamsul mencari hikmah dengan cara mendampingi orang-orang berilmu agama. Malah menerusi akaun Twitternya, Syamsul banyak berkongsi kata-kata nasihat dan ilmu agama untuk tatapan para pengikutnya. Abang Nara pasti persoalan yang bermain di minda peminat Syamsul ialah adakah perubahan imej ini menandakan persaraan Syamsul daripada dunia hiburan tanah air? Semoga Syamsul Yusof menjumpai apa yang dicarinya. Semoga akan ketemui ketenangan yang dimahukan. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar imej baru Syamsul Yusof dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Saya Wanita Biasa Yang Mahu Disayangi & Menyayangi – Lana Nordin Posted: 23 Dec 2013 12:06 AM PST Sejak kisah cintanya bersama Johan As’ari diketahui umum, pelbagai tohmahan, kata-kata cemburu dan tuduhan dilemparkan kepada Lana Nordin. Kalau Abang Nara jadi Lana, mesti sedikit sebanyak rasa sedih menyelubungi hati. Membaca luahannya menerusi BiPop semalam, Abang Nara memahami jiwa Lana sebagai seorang wanita yang mahu disayangi dan menyayangi seorang lelaki. Kata Lana Nordin:-
Kalau sebelum ini ada desas-desus yang menyatakan dirinya sanggup bertudung demi Johan As’ari, Lana menafikan perkara tersebut dan menerangkan perubahan yang dilakukan adalah untuk dirinya sendiri. Kata Lana lagi:-
Gembira Abang Nara membaca perubahan-perubahan yang sedang dilakukan oleh Lana Nordin. Perlahan-lahan kayuh. Kita ini pun bukannya makin muda. Makin hari makin dimamah usia. Dengan adanya Johan di sisi, pasti akan ada lebih banyak perubahan dan lebih mudah untuk Lana bertanya. Tak sabar rasanya untuk melihat Lana dan Johan mengikat hubungan mereka dengan ikatan perkahwinan. P.S: Dah masuk tahun 2014 dah kan? Jom kita ubah ketrampilan diri kita, jadi lebih sihat dan lebih menarik. Tak perlu susah-susah, segera dapatkan produk kesihatan dan kecantikkan. 2 in 1. Insyallah berkesan. Layari www.azaleadenaturale.com sebelum terlewat. Baca Yang Ini Pulak:- |
8 Tahun Bercinta, Ekin Dan Yazer Akhirnya Putus Posted: 22 Dec 2013 08:09 PM PST Kalau dah namanya tiada jodoh, bercinta 8 tahun pun akhirnya akan putus jua. Memanglah kesian mendengarnya, namun itulah kenyataan yang terpaksa dihadapi oleh Yazer dan Ekin. Hubungan percintaan yang termeterai sekian lama akhirnya lebur jua. Kini Ekin dan Yazer sudah pun kembali solo. Tiada lagi kasih sayang antara mereka berdua. Berkata kepada Kosmo, Ekin mengesahkan yang hubungan mereka telah tamat awal Disember ini. Kata Ekin:-
Abang Nara dulu memang minat dengan si Ekin ini ketika Akademi Fantasia. Orangnya memang kecil comel. Pasti selepas ini akan ada yang cuba memikat. Kalau hati sudah berkenan ketika itu, janganlah bercinta lama-lama. Nikah sahaja terus. Takut perkara yang terjadi dengan Yazer akan berulang pula. Baca Yang Ini Pulak:- |
(10 GAMBAR)Majlis Resepsi Perkahwinan Jovian & Nina Di Temerloh Posted: 22 Dec 2013 07:55 PM PST Majlis resepsi perkahwinan di Temerloh adalah yang terakhir buat pengantin baru Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri. Untuk makluman, ayah Nina merupakan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ialah ahli Parlimen Bera UMNO. Majlis resepsi kali ini ialah style kampung dengan masakan seperti gulai kawah yang dilakukan secara gotong royong. Jovian dan Nina nampak berseri-seri dengan persalinan pengantin berwarna biru lembut. Kini pengantin baru ini sudah pun terbang ke luar negara untuk berbulan madu. Selamat ber”honeymoon” diucapkan. Semoga ikatan suami isteri yang dibina akan lebih kukuh dan mesra apabila pulang kelak. Lagi beberapa gambar pengantin baru ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Membeli Belah Dengan Diskaun Hebat Sempena Tahun Baru 2014 Posted: 22 Dec 2013 07:33 PM PST Di kesempatan ini, Abang Nara ingin mengucapkan Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua pembaca BeaufulNara yang menyambutnya. Dengan pelbagai jualan murah yang berlangsung di hujung tahun ini, Abang Nara mengambil keputusan untuk menjadi Santa Claus untuk isteri tercinta. Hehehe. Wife Abang Nara selalu mengadu telefonnya cepat sangat habis bateri, jadi Abang Nara belikan powerbank dengan kuasa 12,000mah. Memang confirm tak ada masalah bateri habis lagi. Harga pun Cuma RM41.80. Murah kan? Abang Nara tertarik dan tergoda melihat anting-anting berbentuk bulat yang dibuat daripada tangan ini. Bukan je boleh guna di telinga tetapi boleh dijadikan rantai di leher. Paling terkejut apabila tengok harganya cuma RM2.20. Memang terus beli dan masukkan dalam kotak hadiah buat iteri tercinta. Hehe. Abang Nara menjadi romantic sedikit dengan membeli anting-anting tulisan LOVE. Memang terbukti betapa mendalamnya kasih saying Abang Nara kepada wife tercinta. Anting-anting cantik ini hanya berharga RM1.90 namun kualitinya memang nampak mahal. Terbaik!!! Simple dan elegan sungguh anting-anting kembar berbentuk hati ini. Cuma RM3.50 sahaja. Cantik kan? Comel kan rantai yang berbentuk arnab nie? Ada 2 telinga arnab kat atas tue kalau anda perasan. Memang sesuai dengan wife Abang Nara yang kecomelannya jelas terserlah ketika menjaga anak. RM2.20 sahaja. Murah sangat-sangat. Rantai penuh gaya ini adalah salah satu feveret Abang Nara. Dengan harga RM5.99 sahaja, wife Abang Nara confirm nampak lebih stylish dengan rantai ini.. Dah kahwin dan dah ada anak pun mestilah kena pakai aksesori kan? Barulah hot mom!!! Ini adalah barangan terakhir yang mencuri hati Abang Nara. Baju ini memang nampak sempoi, tak terlalu fancy dan nampak selesa untuk wife Abang Nara pakai. Harap-harap wife Abang Nara suka. Harganya cuma 38.80 sahaja. Kesemua barangan berjumlah RM96.39. Petang ini Abang Nara akan keluar untuk carik kotak hadiah yang cantik dan muatkan kesemuanya barangan yang dibeli ini ke dalamnya. Jumlah keseluruhan lebih kurang RM100 sahaja. Murah dan berbaloi-baloi sangat kan? Kalau korang nak beli hadiah yang harganya berpatutan, layari www.nile.com.my. Semua barangan yang Abang Nara beli di atas ialah daripada NILE. Banyak lagi pilihan lain yang Abang Nara pasti akan memikat hati anda. Pastikan korang beli sekarang sebab diorang tengah buat jualan hujung tahun dengan diskaun yang tinggi. Apakah yang anda ingin hadiahkan buat yang tersayang sempena Krismas dan tahun ini? Tinggalkan di ruangan komen untuk tatapan para pembaca BeautifulNara yang lain. Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)Adam Shah & Fatin Nur Afeefa Selamat Bergelar Suami Isteri Posted: 22 Dec 2013 07:02 PM PST Memang ramai sungguh selebriti-selebriti tempatan menamatkan zaman bujang/gadis mereka di bulan Disember ini. Memang tak cukup tangan untuk mengira. Pada 21 Disember yang lalu, pelakon yang pernah popular menerusi filem Tentang Bulan iaitu Fatin Nur Afifah bersama seorang lagi pelakon iaitu Adam Shah. Pasangan sama cantik sama padan ini sah menjadi suami isteri dengan hanya sekali lafaz sahaja. Sekali pandang, wajah mereka memang nampak seiras. Semoga masjid yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.. Sama-samalah kita doakan. Beberapa lagi gambar pasangan pengantin baru ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Yang Ini Pun Best Jugak:- |
(23 GAMBAR)Majlis Perkahwinan Aril AF & Puteri Erma Daripada Project2Pi Posted: 22 Dec 2013 06:50 PM PST Beruntungnya Aril mendapat isteri yang cantik, jelita dan menawan iaitu Puteri Erma Adlinda. Walaupun begitu agak kasihan juga kerana mereka berdua hanya dapat menghabiskan masa selama 2 hari sebagai suami isteri sebelum terpaksa berjauhan. Ini kerana Puteri Erma terpaksa menjalankan tugasnya sebagai seorang pramugari Saudi Arabia Airlines. Mesti sedih gila-gila punya. Salah satu gambar yang dikongsikan oleh Aril menerusi akaun Instagramnya mencuri perhatian Abang Nara. Terserlah kebahagiaan dan kegembiraan mereka berdua selepas bergelar suami isteri. Namun kening mata Aril yang terkoyak sedikit menimbulkan tanda tanya. Diharap Aril berhati-hati. Jangan terlalu teruja menjadi pengantin baru. (gurau-gurau je ye) Lagi beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan Aril AF dan Puteri Erma dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Project2Pi. P.S: Cantik-cantiknya baju dari Esgesee nie. Menarik sungguh. Customer servisnya pun pantas. Ada jaminan 100% tiada kerosakkan langsung. Websitenya pun user-friendly dan mudah dilayari. Beroperasi dari jam 10 pagi -10malam, memang cepatlah proses penghantarannya. Tunggu apa lagi, jom ke Esgesee segera.
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment