(17 GAMBAR)Sambutan Ulangtahun Perkahwinan Ke-4 Bung Mokhtar & Zizie Ezette
(17 GAMBAR)Sambutan Ulangtahun Perkahwinan Ke-4 Bung Mokhtar & Zizie Ezette |
- (17 GAMBAR)Sambutan Ulangtahun Perkahwinan Ke-4 Bung Mokhtar & Zizie Ezette
- (70 GAMBAR)Majlis Resepsi Perkahwinan Jovian Mandagie & Nina Ismail Sabri Daripada PrettyPeektures
- (8 GAMBAR)Pra Perkahwinan Raja Azrey Raja Kamaruzzaman Dan Rozita
- Terlalu Sucikah Adi Putra? – Suami Nooraida
- Hubungan Dengan Kedua-dua Isteri Baik-Baik Sahaja – Ashraf Muslim
- (TAHNIAH)Farawahida Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Abdul Shukur
- (52 GAMBAR)Majlis Resepsi Rozita Che Wan & Zain Saidin
(17 GAMBAR)Sambutan Ulangtahun Perkahwinan Ke-4 Bung Mokhtar & Zizie Ezette Posted: 16 Dec 2013 05:52 AM PST Amboi. Romantik sungguh Bung Mokhtar dan Zizie Ezette meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-4. Di dalam salah satu gambar yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya, Bung Mokhtar menulis “Happy 4th year anniversary sayang #bz4thanniversary”. Memang betullah orang kata orang berumur ini memang romantisnya lain macam sikit. Hehehe. Semoga perkahwinan Bung Mokhtar dan Zizie Ezette akan berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Sama-samalah kita doakan agar tahun 2014 kelak ada berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga dalam kehidupan mereka. Abang Nara tak sabar nak tengok kecomelan anak mereka. Pasti cantik putih seperti Zizie Ezette. Lagi 15 keping gambar sekitar sambutan ulangtahun ke-4 Zizie Ezette dan Bung Mokhtar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
(70 GAMBAR)Majlis Resepsi Perkahwinan Jovian Mandagie & Nina Ismail Sabri Daripada PrettyPeektures Posted: 16 Dec 2013 05:12 AM PST Ramai betul yang menghantar email kepada Abang Nara meminta diletakkan gambar resepsi perkahwinan Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri. Maafkan Abang Nara kerana terlewat. Yang pasti, memang cantik, menarik dan mempersona sungguh majlis resepsi mereka berdua. Awesome sangat-sangat!!! Persalinan pengantin yang dipakai oleh Nina dan Jovian ketika majlis resepsi mereka memang amat mencuri perhatian. Selain daripada baju tradisional Jawa, mereka juga turut mengenakan pakaian moden. Memang smart dan cantik sangat-sangat. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri atas majlis perkahwinan anda berdua. Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Lagi 67 gambar sekitar majlis resepsi pengantin baru ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar PrettyPeektures. P.S: Melaka perkenal bas eletrik Januari 2014
Baca Yang Ini Pulak:- |
(8 GAMBAR)Pra Perkahwinan Raja Azrey Raja Kamaruzzaman Dan Rozita Posted: 16 Dec 2013 01:16 AM PST Tahniah diucapkan kepada pelakon yang dikenali melalui telefilem Blok 404 dan kini pengarah teater, Raja Azrey Raja Kamaruzzaman, 35, kerana bakal melangsungkan perkahwinan dengan pengurus kerjayanya, Rozita Rahim, 28. Perkahwinan mereka bakal dilangungkan pada 20 Disember ini di Dewan Komuniti Lembah Pantai, Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur. Bersama kita doakan perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lagi enam gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Terlalu Sucikah Adi Putra? – Suami Nooraida Posted: 15 Dec 2013 09:01 PM PST Melihat kesungguhan suami Nooraida (wanita yang didakwa mempunyai skandal denan Adi Putra) Amiruddin Othman, nampak gayanya kes ini akan terus hangat sehinggalah siasatan mengenainya dibuka semula. Amiruddin semalam menerusi Kosmo Ahad mempertikaikan kesucian Adi Putra sehinggakan kesemua kesalahan diletakkan pada isterinya. Kata Amiruddin:-
Nooriada pula mengakui dia melayan mesej Adi Putra kerana keromantikan pelakon itu. Kata Nooraida:-
Sementara itu isteri Adi Putra, Aida Yusof pula menyatakan yang mereka tidak gentar dan tidak kisah sekiranya kes ini dibuka semula. Kata Aida:-
Sama-samalah kita nantikan keputusan terkini mengenai kes ini. Kedua-dua pihak nampak yakin bahawa kebenaran berada di pihak mereka. Kalau kes ini dapat diselesaikan secara baik, itu sudah tentu lebih bagus. Mungkin kesemua pihak yang terlibat boleh duduk semeja untuk berbincang. Mana tahu boleh jumpa jalan penyelesaian yang memberi kemenangan kepada mereka semua. Baca Yang Ini Pulak:- |
Hubungan Dengan Kedua-dua Isteri Baik-Baik Sahaja – Ashraf Muslim Posted: 15 Dec 2013 08:18 PM PST Semasa AIM20 Sabtu lalu, Nabil sempat mengusik Ashraf Muslim yang hadir sebagai pemberi anugerah. Kalau orang lain mahu cuak dan terkelu lidah nak menjawab apabila diusik mengenai isteri-isteri, namun Ashraf Muslim dengan rileks dan sempoi berkata “Dua-dua memang terbaik“. Memang penuh ketenangan sungguh. Respek Abang Nara kepada Ashraf Muslim!!! Kini kehamilan isteri kedua Ashraf Muslim, Wan Sakinah sudah pun masuk bulan kelima. Pastinya Ashraf semakin teruja untuk bergelar ayah tahun hadapan. Kata Ashraf:-
Malah hubungan Ashraf dengan kedua-dua isterinya juga semakin hari semakin baik. Terharu Abang Nara mengetahui yang Ashraf akan cuba bersembahyang bersama-sama kedua-dua isterinya apabila ada kelapangan. Memang pemimpin sejati. Yang penting, Ashraf membahagiakan masa dengan adil antara untuk isteri-isterinya agar tiada yang berkecil hati. Kata Ashraf:-
Nampak gayanya kehidupan Ashraf Muslim semakin hari semakin tenang, bahagia dan sempurna di samping isteri-isterinya. Semoga ia akan terus berkekalan dan diserikan dengan cahaya mata yang ramai di masa hadapan. Memang terbaik sekiranya suatu hari nanti kalau dapat lihat gambar mereka bertiga bersama. Semoga ia akan menjadi kenyataan kelak. Baca Yang Ini Pulak:- |
(TAHNIAH)Farawahida Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Abdul Shukur Posted: 15 Dec 2013 07:39 PM PST Kira-kira jam 10.30 pagi tadi, Farawahida telah pun selamat bergelar isteri kepada Abdul Shukur Bin Mohd Zain dengan sekali lafaz sahaja. Majlis pernikahan telah berlangsung di Taiping, Perak dalam keadaan yang sederhana. Farawahida menerima tujuh dulung hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang. Fara menerima mas kahwin RM1000 beserta dua bertuk cincin. Menariknya pengantin lelaki dilihat mengalirkan air mata di saat ijab kabul disahkan sementara Farawahida kelihatan tenang sekali. Apa pun, Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan atas perkahwinan ini. Semoga ia berkekalan sehingga ke akhir hayat. Tahniah Farawahida dan Shukur. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit info Media Hiburan.
Baca Yang Ini Pulak:- |
(52 GAMBAR)Majlis Resepsi Rozita Che Wan & Zain Saidin Posted: 15 Dec 2013 05:00 PM PST Terkesima, terkagum dan tidak berkelip mata Abang Nara melihat gambar-gambar sekitar majlis resepsi perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Perhiasan yang digunakan untuk majlis ini memang sangat-sangat awesome. Secara jujur, perkataan pertama yang terkeluar daripada mulut Abang Nara ialah ketika melihatn gambar majlis resepsi pengantin baru ini ialah “wow, cun gila“. Pasangan mempelai ini memang kelihat sangat berseri-seri dan bahagia sangat-sangat di hari bahagia mereka. Abang Nara doakan agar kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Selamat melayari bahtera rumah tangga. Banyakkan bersabar. Kalau nak gaduh pun, gaduhlah secara manja-manja. Moga cepat dikurniakan cahaya mata. Lagi 50 keping gambar sekitar majlis resepsi Rozita Che Wan dan Zain Saidin dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook FotoCantikStudio, Instagram AnnasEaskey, Instagram CarlosNizam dan dunia Internet. Tahniah sekali lagi buat anda berdua!!!
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment