(15 GAMBAR)Majlis Resepsi Perkahwinan Fizo Omar & Mawar Di Pulau Pinang
(15 GAMBAR)Majlis Resepsi Perkahwinan Fizo Omar & Mawar Di Pulau Pinang |
- (15 GAMBAR)Majlis Resepsi Perkahwinan Fizo Omar & Mawar Di Pulau Pinang
- BeautifulNara Sepanjang Tahun 2013
- #LiveLifeAmplified Bersama Maybank
- Isteri Aaron Aziz, Diyana Halik Kini Bertudung
(15 GAMBAR)Majlis Resepsi Perkahwinan Fizo Omar & Mawar Di Pulau Pinang Posted: 23 Dec 2013 11:30 PM PST Wow. Ramai sungguh tetamu yang datang mengerumuni majlis resepsi perkahwinan Fizo Omar dan Mawar yang diadakan di Butik Fareeda Pulau Pinang. Bukan senang untuk bersua muka secara “live” dengan Fizo dan Mawar, jadi Abang Nara memahami keterujaan mereka yang hadir. Majlis ini telah berlangsung pada 22 Disember yang lalu iaitu pada hari Ahad. Pengantin baru ini baru sahaja pulang daripada berbulan madu di Eropah. Walaupun kepenatan, Abang Nara respek dengan semangat Fizo dan Mawar melayan keletah peminat mereka. Pasti para peminat gembira dan terharu dengan layanan mesra pengantin ini.
Baca Yang Ini Pulak:- |
BeautifulNara Sepanjang Tahun 2013 Posted: 23 Dec 2013 06:51 PM PST Pejam celik pejam celik, tahun 2013 hampir sampai ke penghujungnya. Pantas sungguh masa berlalu. Seperti tidak percaya 2014 sudah mengintai daripada pintu kamar. Adakah azam anda untuk tahun 2013 sudah tercapai? Apa pula azam tahun 2014? Apa yang menarik telah terjadi dalam hidup anda sepanjang 2013? Apa pengalaman pahit dan manis tahun ini? Banyak betul persoalan yang bermain di minda. Seperti biasa, Abang Nara kongsikan 10 artikel yang paling popular iaitu yang mendapat komen terbanyak daripada anda semua. Berikut ialah artikel-artikelnya:-
Bagi Abang Nara, tahun 2013 memang penuh dengan kejutan untuk dunia hiburan tanah air. Antara kisah-kisa menarik yang tak boleh Abang Nara lupakan ialah Shila Amzah putus cinta, Afiq Muiz derhaka, Fizz Fairuz bertunang dengan orang lain, Ashraf Muslim kahwin dua dan Johan As’ari bercinta dengan Lana Nordin. Secara jujur banyak kontroversi yang tak disangka muncul pada tahun ini. Namun kesemua kontroversi ini sedikit sebanyak telah menceriakan dunia hiburan Malaysia. Untuk tahun 2013, BeautifulNara sekali lagi mendapat tempat di dalam Google Zeitgeist 2013. Berada di kedudukan keempat untuk carian mobile terbanyak, ia adalah satu pencapaian mengkagumkan kerana menewaskan nama besar seperti AirAsia, Kosmo dan banyak lagi. Terima kasih kepada anda semua yang menjadikan ini satu kenyataan. Nantikan beberapa lagi artikel untuk menyingkap apa yang telah terjadi di dalam dunia hiburan Malaysia sepanjang tahun 2013. Apa pun, semoga tahun 2014 yang akan menjelma menjadikan kita semua insan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Teruskan membaca BeautifulNara dan kalau boleh, komenlah dengan secara berhemah. Baca Yang Ini Pulak:- |
#LiveLifeAmplified Bersama Maybank Posted: 23 Dec 2013 06:31 PM PST Hidup di zaman sekarang ini memang penuh dengan cabaran. Lebih-lebih lagi di kala kesemua barangan naik harga. Terasa hidup ini sangat complicated terutamanya bagi kita yang "middle income". Kadang-kadang terasa seperti kita tidak menghargai kehidupan kita sendiri. Kalau dalam bahasa omputihnya, kita tak "lives the life to the fullest". Abang Nara adalah seorang pengguna Maybank sejak dari dulu lagi. Memang tiap-tiap hari bukak website Maybank2u untuk check duit. Selalu jugak Abang Nara tengok kot-kot ada contest yang menarik untuk disertai. Tup-tup mulai 1 November hari itu, Maybank dah mula menganjurkan contest #LiveLifeAmplified. Contestnya nampak sangat menarik. Terus Abang Nara join tanpa berfikir panjang. "Eh, senang sangat contest #LiveLeIfeAmplified ni", bisik hati Abang Nara selepas membaca mengenainya di Facebook Maybank. Hanya perlu sebarkan kepada rakan-rakan dan keluarga-keluarga mengenai kredit kad Maybank 2 Cards. Abang Nara memang pengguna Maybank 2 Cards nie pun. Dah dekat 3 tahun dah. Memang best sebab dapat TreatPoints 5 kali ganda jika berbelanja dalam dan luar negara dengan Maybank 2 American Express Card. Kalau beli belah hujung minggu, dapat lagi 5% weekend cashback. Lagi best hanya perlu bayar one service tax, dapat lifetime fee waiver dan caj kewangan yang dikenakan serendah 8.88% setahun. Abang Nara paling suka kalau beli barang guna EzyPay sebab boleh bayar secara ansuran tanpa sebarang faedah. Terbaik kan? Cara nak sertai contest #LiveLifeAmplified yang bakal berakhir pada 31 Disember ini sangat mudah. Hanya perlu ke applikasi #LiveLifeAmplified di Facebook Maybank, masukkan details termasuk nombor handphone, tunggu kod pengesahan yang dihantar ke handphone dan tuliskan apakah kemahuan anda untuk mencapai #LiveLifeAmplified. Macam Abang Nara memang teringin sangat nak bercuti di Kepulauan Maldives bersama isteri tercinta. Sambil honeymoon sambil rehatkan badan. Dan untuk berpeluang memenangi grand prize sebanyak RM10,000, apa yang anda perlu lakukan ialah ajak seberapa banyak rakan dan keluarga untuk bersama-sama bermain applikasi #LiveLifeAmplified di Facebook Maybank. Lagi ramai anda jemput, lagi tinggilah peluang untuk menang. Tak perlu beli apa-apa, tak perlu ada Maybank 2 Cards dan tak perlu cipta slogan untuk menyertai contest ini. Mudah sangat kan? Daripada pengalaman sendiri, Abang Nara suka guna Maybank 2 Cards kerana beberapa sebab. Selain dapat kumpul mata untuk "redeem points", Abang Nara paling gemar dengan "Travel Coverage" yang disediakan. Kalau kehilangan bagasi atau berlaku kemalangan yang mengakibatkan kematian atau ketidakupayaan, at least ada coverage sehingga RM1 juta. Menarik kan? Itu belum kira kelebihan "retail protection" yang membolehkan Abang Nara tukar balik atau minta "refund" sekiranya tidak berpuas hati dengan barangan yang dibeli. Terbaik gila ah Maybank 2 Cards ini. So far Abang Nara berada di kedudukan ke 15. Masih jauh untuk mengejar yang nombor 1. Namun usaha tangga kejayaan. Abang Nara perlu memenangi RM10,000 supaya dapat #LiveLifeAmplified dan pergi bercuti bersama isteri di Maldives. Kalau nak kumpul duit mahu 10 tahun lagi baru dapat pergi kot. Inilah satu-satunya peluang untuk Abang Nara mengejar impian dan menghargai kehidupan ini. Kita hidup hanya sekali. Hargailah ia. Gunakanlah peluang ini menjadikan mimpi anda satu kenyataan. Ukirkanlah senyuman di wajah anda. Sertai contest #LiveLifeAmplified di Facebook Maybank sekarang juga. Jangan sampai menyesal di kemudian hari. Baca Yang Ini Pulak:- |
Isteri Aaron Aziz, Diyana Halik Kini Bertudung Posted: 23 Dec 2013 05:38 PM PST Jutaan tahniah diucapkan buat Aaron Aziz dan isterinya, Diyana Halik atas perubahan ini. Memang Diyana nampak lebih manis dan ayu dengan bertudung. Keputusan untuk berhijab ini diambil oleh Diyana selepas pulang bercuti dari Hong Kong baru-baru ini. Abang Nara pasti ramai yang gembira dengan penghijrahan Diyana ini. Kata Aaron Aziz mengenai perubahan isterinya ini:-
Menariknya Diyana Halik menceritakan yang tindakan suaminya yang kerap menghantar video mengenai kiamat menyebabkan hatinya mahu berubah. Kata Diyana:-
Sebelum ada yang mengeluarkan suara mengapa Diyana hanya berselendang dan masih menampakkan sedikit rambutnya, janganlah terus menghukum. Diyana khabarnya masih belum sempat pergi membeli tudung. Berikanlah masa buat Diyana. Nanti lemah semangat pula dia. Sama-sama kita nantikan imej baru Diyana yang lebih sempurna kelak. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment