10 Kisah Paling Kontroversi Dunia Hiburan Malaysia Sepanjang Tahun 2013
10 Kisah Paling Kontroversi Dunia Hiburan Malaysia Sepanjang Tahun 2013 |
- 10 Kisah Paling Kontroversi Dunia Hiburan Malaysia Sepanjang Tahun 2013
- (15 GAMBAR)Felixia Yeap Yang Cantik Menawan Bertudung
- Kalau Masuk Islam, Bukan Sebab Sesiapa – Stacy
- Saya Tak Rindu Mizz Nina Yang Dulu – Mizz Nina
- (30 GAMBAR)Bulan Madu Jovian Mandagie & Nina Ismail Sabri Di Eropah
- Jangan Mainkan Perasaan Wanita, Nasihat Izreen Kepada Johan
10 Kisah Paling Kontroversi Dunia Hiburan Malaysia Sepanjang Tahun 2013 Posted: 30 Dec 2013 12:53 AM PST Lusa tahun 2013 akan pergi meninggalkan kita. Sungguh pantas masa berlalu. Pejam celik pejam celik tahun 2014 akan menjelma. Seperti biasa, dunia hiburan Malaysia dikejutkan dengan kisah-kisah kontroversi, panas dan tak masuk akal sepanjang tahun 2013. Marilah kita sama-sama mengimbau kisah-kisah tersebut (tidak mengikut turutan kejadian). 1. Terputusnya hubungan Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad Hubungan percintaan yang terbina selama ini akhirnya terlerai jua selepas halangan daripada ND Lala, iaitu bapa kepada Shila Amzah. Menariknya Shila turut sama dilaporkan melarikan diri dan kemudian telah berkongsi sebuah video dirinya menyanyikan lagu “Ombak Rindu” ketika kontroversi ini berlaku. 2. Fizz Fairuz bertunang dengan isteri orang Memang tak masuk akal tetapi itulah kenyataan. Fizz Fairuz mengambil keputusan untuk bertunang bukan dengan Almy Nadia, tetapi seorang isteri orang. Dikatakan terkena “buatan orang”, status tunangnya itu hanya diketahui selepas 4 hari pertunangan dilangsungkan. Pelik tapi benar kan? 3. Kontroversi Afiq Muiz dengan ibunya, Eina Azman turut dapat tempias Dalam kontroversi Afiq Muiz dan ibunya, teman tapi mesra Afiq iaitu Eina Azman turut mendapat tempiasnya. Apa tidaknya, Eina Azman dalam satu kenyataan menyatakan yang emak Afiq “kurang siuman kot“. Afiq turut enggan meminta maaf sehingga berkata sanggup mati daripada sanggup disumpah ibu kandungnya. 4. Ashraf Muslim kahwin satu lagi dengan Wan Sakinah Terkejut seluruh peminat industri tanah air apabila Ashraf Muslim telah berkahwin seorang lagi dengan Wan Sakinah. Perkahwinan tersebut telah dilakukan di Bangkok tanpa izin isteri pertamanya, Dayana. Dikecam teruk oleh para peminatnya, kini Ashraf Muslim sedang bahagia menunggu saat kelahiran cahaya mata pertamanya yang dikandung oleh Wan Sakinah. 5. Shahrizal Jaszle ditangkap khalwat Shah Jaszle yang sudah bertunang dengan Redzwani Puteri telah mengejutkan semua pihak apabila ditangkap khalwat dengan seorang wanita yang bernama Farah. Akibat penangkapan itu, pertunangan diputuskan. Ketika perbicaraan, Farah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat, sementara Shah Jaszle minta dibicarakan. Sama-sama kita nantikan perkembangan kes ini. 6. Wawa Zainal dan Aeril Zafrel “kantoi” berkahwin dan ada anak Ini ialah kisah yang paling kelakar bagi Abang Nara untuk tahun 2013. Beria-ia kata diri difitnah, ada cubaan dijatuhkan dan itu semua tipu, akhirnya Aeril dan Wawa tidak dapat berselindung lagi dengan bukti perkahwinan dan kelahiran anak mereka. Punca merahsiakan perkahwinan mereka ialah kononnya takut dengan tindakan oleh MIG, iaitu pihak pengurusan Wawa. 7. Johan As’ari lamar Lana Nordin selepas 3 hari bertemu Setelah dikaitkan mempunyai kisah cinta dengan Shila Amzah, tup-tup Johan As’ari tampil membuat pengakuan bahawa telah melamar Lana Nordin untuk dijadikan isterinya selepas 3 hari bertemu. Ku sangkakan panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tak sampai sebulan “bercinta”, Johan As’ari mengakui telah memutuskan hubungan dengan Lana Nordin. Cinta “touch n go” barangkali? 8. Skandal Adi Putra dan Nooraida Imej baik pelakon Adi Putra tercalar apabila satu laporan polis menyatakan dirinya bertukar-tukar gambar tidak senonoh dengan isteri orang yang bernama Nooraida. Kes ini kemudiannya diklasifikasikan sebagai “no further action”. Namun suami Nooraida berkeras mahu meneruskan perbicaraan kes ini. Tidak lama kemudian, Nooraida diceraikan suaminya dengan talak satu. 9. Video isteri Mat Yo dan pak guard Walaupun tidak termasuk di dalam golongan artis, tak lengkap rasanya jika tahun 2013 tidak disenaraikan gelagat isteri Mat Yo yang bersikap kurang ajar terhadap seorang pak guard. Walaupun telah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, banyak pihak yang mengecam dan kecewa dengan tindakan isterinya yang jelas tidak menghormati orang tua. 10. Rita Rudaini dan Aidil Zafuan akhirnya bercerai Setelah turun naik mahkamah bertahun-tahun lamanya, akhirnya Rita Rudaini sah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Aidil Zafuan menerusi SMS. Kini Aidil khabarnya dalam perancangan untuk berkahwin buat kali kedua dengan Zareema Zainal. Sementara itu Rita pula sedang sibuk memperjuangkan hak nafkah anak-anaknya di mahkamah. Begitulah kisah-kisah, kontroversi dan suka duka yang melanda dunia hiburan Malaysia sepanjang tahun 2013. Apakah kisah kegemaran anda? Apakah yang paling membuatkan anda terkejut? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen untuk tatapan para pembaca BeautifulNara yang lain. Baca Yang Ini Pulak:- |
(15 GAMBAR)Felixia Yeap Yang Cantik Menawan Bertudung Posted: 30 Dec 2013 12:01 AM PST ***(sila baca artikel ini sambil mendengar lagu Amoi Cantik atau Gadis Ayu) Kawan-kawan Abang Nara ramai yang menyatakan kecairan hati mereka apabila melihat Felixia Yeap bertudung dan memakai baju kurung. Untuk anda yang tidak mengetahui, Felixia adalah seorang model yang hasil kerjanya sering terpampang di FHM, Playboy dan banyak lagi. Memang seksi gila posing yang pernah dibuatnya satu ketika dahulu. Namun kini, cun melecun, ayu, menawan dan manis sangat apabila Felixia bertudung. Sama-samalah kita doakan agar Felixia Yeap terbuka hati dan diberikan hidayah untuk memeluk agama Islam suatu hari nanti. Doakanlah juga agar wujudnya seorang lelaki Islam yang benar-benar ikhlas mendampingi dan membimbingnya ke jalan yang benar. Pada pendapat Abang Nara, janganlah kondem, jatuhkan, kutuk atau hina Felixia. Berilah peluang kepadanya untuk berubah. Sekurang-kurangnya Felixia mencuba. Tak gitu? Lagi beberapa gambar comel Felixia Yeap bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Felixia Yeap. Yang Ini Pun Best Jugak:- |
Kalau Masuk Islam, Bukan Sebab Sesiapa – Stacy Posted: 29 Dec 2013 08:38 PM PST Khabar angin Stacy memeluk agama Islam seringkali bertebaran di dunia Internet. Ini mungkin kerana desas-desus percintaan antara dirinya dan Akim Ahmad. Banyak peminat yang mahu melihat mereka berdua disatukan atas ikatan suami isteri. Bagi Abang Nara, Stacy dan Akim umpama pinang dibelah dua. Memang sama cantik sama padan. Namun bertukar agama bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih buat Stacy yang beragama Kristian sejak dari kecil. Menurut Stacy, andainya dirinya memeluk Islam satu hari nanti, ia adalah ikhlas dari hati dan bukannya kerana mahu berkahwin dengan Akim. Kata Stacy kepada MalaysianDigest:-
Bagus pendirian Stacy ini. Respek Abang Nara. Sebaik-baiknya biarlah Stacy mendalami Islam dengan kerelaan hati. Lebih manis jika bertukar agama kerana kemahuan diri sendiri. Abang Nara percaya dalam diam Akim ada juga mengajar Stacy serba sedikit mengenai Islam. Semoga satu hari nanti hati Stacy akan terbuka sepenuhnya. Sama-samalah kita doakan. Post by PETRONAS Brands.
Kalau anda tak terpilih untuk menang dalam pertandingan PETRONAS My Dream Getaway ini, jangan risau kerana sekarang ini sedang berlangsung pertandingan Fuelled By Fans, Powered by PRIMAX. Hadiah-hadiah yang ditawarkan pun best-best belaka. Jangan lupa layari www.like2savefor.my/fuelledbyfans/ untuk mengetahui cara-cara menyertai pertandingan ini. Abang Nara pun dah join. Korang bila lagi? Baca Yang Ini Pulak:- |
Saya Tak Rindu Mizz Nina Yang Dulu – Mizz Nina Posted: 29 Dec 2013 07:59 PM PST Apa yang Abang Nara suka mengenai penghijrahan Mizz Nina ialah ketiadaan publisiti, cerita atau kisah tentang perkara tersebut. Daripada seorang penyanyi yang ligat menari di atas pentas, tup-tup dah pakai tudung. Tak ada kecoh sana sini. Senyap je. Dan Mizz Nina hanya tampil bercerita mengenai penghijrahannya selepas beberapa bulan melakukan perubahan tersebut. Menerusi Pancaindera semalam, Abang Nara tertarik dengan kata-kata Mizz Nina yang sudah melepaskan sepenuhnya dirinya yang dulu. Tiada lagi Mizz Nina yang menari, menyanyi dan beraksi di atas pentas. Kata Mizz Nina:-
Sikap positif sebegini seharusnya ada dalam setiap wanita Islam yang bertudung. Mengikut tuntutan Islam bukan bermakna semua perkara tidak boleh dilakukan. Ada caranya untuk meneruskan minat anda. Abang Nara turut tertarik dengan kata-kata Mizz Nina yang diluahkan semalam.
Terbaik bukan kata-kata yang diucapkan Mizz Nina? Kejujuran dan keikhlasan inilah yang memikat hati para peminat Mizz Nina yang mengkagumi perubahan yang dilakukan olehnya. Kepada Mizz Nina, semoga tahun 2014 akan menjadi lebih baik buat anda dan suami. Teruskan menjadi role model untuk peminat-peminat anda. Tahniah Mizz Nina. Baca Yang Ini Pulak:- |
(30 GAMBAR)Bulan Madu Jovian Mandagie & Nina Ismail Sabri Di Eropah Posted: 29 Dec 2013 07:27 PM PST Menariknya gambar-gambar bulan madu yang dikongsi oleh Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri. Mereka berdua telah terbang ke Eropah dan antara tempat yang dilawati ialah Istanbul dan Rome. Abang Nara suka melihat gambar-gambar bangunan yang dilawati oleh mereka. Penuh informasi sejarah. Kagum Abang Nara melihatnya. Antara tempat yang paling menarik pada pandangan Abang Nara ialah bangunan Hagia Sophia. Bangunan ini adalah gereja yang telah ditukarkan kepada masjid setelah ditawan oleh empayar Uthmaniah. Jadi boleh dilihat gabungan kedua-dua agama iaitu Kristian dan Islam padanya. Best kan? Tak sabar rasanya nak melihat lebih banyak gambar-gambar daripada pengantin baru ini. Kalau anda berminat, boleh ikuti Instagram Jovian Mandagie dan Instagram Nina Ismail Sabri. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepeuhnya. P.S: Michael Schumacher dilaporkan koma akibat kemalangan ski
Baca Yang Ini Pulak:- |
Jangan Mainkan Perasaan Wanita, Nasihat Izreen Kepada Johan Posted: 29 Dec 2013 06:10 PM PST Rasanya semua orang tahu yang Izreen Azminda satu ketika dahulu pernah bercinta dengan Johan As’ari. Kalau anda tak tahu, satu ketika dahulu, Johan pernah mengajak Izreen bertunang. Namun seperti yang anda boleh agak, hubungan mereka putus di tengah jalan. Kini Izreen bahagia di samping suami dan anak tercinta. Tampil menerusi Mstar Online hari ini, Izreen menasihatkan Johan agar berhenti mempermainkan hati wanita. Kata Izreen:-
Hehehe. Sepatutnya Johan sebagai seorang lelaki tak perlu dinasihatkan bab-bab cinta ini. Tak apalah. Kita tak tahu sama ada Johan benar-benar mencintai mereka yang pernah terlibat dengan dirinya atau sekadar main-main cinta sahaja. Apa pun, tahun 2014 tinggal 2 hari sahaja lagi. Semoga tahun ini Johan meletakkan “taknak mainkan hati perempuan lagi” sebagai salah satu azamnya. Hehehe. P.S: Maxi dress bukan sahaja dipakai ke majlis tertentu, malah untuk pakaian harian yang selesa. Padankan maxi dress yang ringkas ini bersama heels/wedges dan handbag kegemaran kamu, dan kamu bersedia untuk ke pejabat mahupun shopping :). Layari www.edz.com.my. www.facebook.com/eightdesigns. www.instagram.com/edzmalaysia Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment