Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Bayi Kecil Dijaga Oleh Empat Ekor Ular Tedung Berbisa
- Flying Drawbridge - Jambatan Angkat Yang Menarik Di Netherlands
- Video Menyedihkan, Anjing Menangis Di Kubur Tuannya
Bayi Kecil Dijaga Oleh Empat Ekor Ular Tedung Berbisa Posted: 26 Nov 2013 03:31 PM PST New Delhi - India memang terkenal sebagai negara yang akrab dengan ular tedung. Tersangat akrabnya sehinggakan bayi di India ini dijaga oleh 4 ekor ular tedung. Dalam video dibawah kelihatan bayi India tersebut sedang baring di atas tempat tidur. Ia tidak dijaga oleh ibunya, melainkan oleh ular tedung berbisa. Bukan hanya satu, tetapi 4 ular tedung yang menjaganya.Di India, ular tedung memang bagaikan sahabat bagi mereka. lihat video ini: |
Flying Drawbridge - Jambatan Angkat Yang Menarik Di Netherlands Posted: 26 Nov 2013 03:26 PM PST Terletak di bandar Leeuwarden di Belanda, Slauerhoffbrug (dalam bahasa Inggerisnya: Slauerhoff Bridge), merupakan sebuah jambatan angkat yang beroperasi secara automatik sepenuhnya dan sering digelar sebagai "jambatan ekor". Slauerhoffbrug, yang turut dikenali sebagai "Flying Drawbridge" oleh penduduk tempatan boleh diangkat dan diturunkan dengan cepat dan pantas hanya dengan menggunakan satu tiang penyokong struktur. Ia membolehkan pengangkutan air untuk berlalu dengan pantas dan pengguna kenderaan di darat dapat menjimatkan masa untuk menunggu. Dek jambatan angkat itu mempunyai ukuran 15 meter X 15 meter (50 X 50 kaki) dan diwarnakan dengan warna biru dan kuning sebagai mewakili bendera Leeuwarden. |
Video Menyedihkan, Anjing Menangis Di Kubur Tuannya Posted: 25 Nov 2013 03:32 PM PST Anjing terkenal sebagai salah satu binatang yang setia. Ada banyak kisah anjing-anjing setia pada tuannya, salah satunya adalah anjing legenda bernama Hachiko yang sudah difilemkan di Jepun dan Antarabangsa. Baru-baru ini, ada sebuah video yang akan membuat anda ikut merasakan kesedihan anjing malang ini. Anjing ini bernama Wiley dari Lockwoodd Animal Rescue Center di California. Dalam video tersebut, sang anjing teresak-esak sedih kerana kehilangan wanita tua yang menjadi tuannya. Wiley nampak begitu kehilangan dan berbaring di batu nisan Gladys sambil menangis tanpa suara, hanya seperti anak kecil yang menangis teresak-esak dan membuat kita yang melihatnya akan merasa terharu. Anda mungkin juga meminati: |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment