Powered by Blogger.

Malaysia Sensasi

Malaysia Sensasi


Tidur Dengan Mayat Suami, Kerana Terlalu Sayang

Posted: 21 Nov 2013 01:30 PM PST

Belgium – Kerana terlalu sayangkan suaminya, seorang wanita sanggup mengenepikan bau busuk untuk tidur di sebelah rangka suaminya, yang sudah meninggal dunia hampir setahun lalu.

Mayat berkenaan dikenali sebagai Marcel H yang berusia 79 tahun dan meninggal dunia akibat serangan asma pada bulan November tahun lepas.

Namun selepas kematianya, isterinya yang berusia 69 tahun tidak membuat laporan dan terus tidur di sebelah mayat berkenaan, di sebalik bau mayat mereput.

Jiran-jirannya juga tidak menyedari bau busuk tersebut dan keadaan sebenar hanya terbongkar apabila tuan rumah memasuki apartmen tersebut.

Dia berbuat demikian kerana curiga selepas pasangan itu tidak membayar sewa rumah sejak 2012 lalu.

Menurut seorang ahli , pathologist, Philippe Boxho, mayat berkenaan telah reput di atas katil dan organ dalamannya juga sudah reput serta mengeluarkan bendair dalam masa seminggu.

Bendalir itu, katanya telah mengalir di atas katil dan menyebabkan dihurungi serangga serta ulat selain mengeluarkan bau yang amat busuk.

"Meskipun ia mengeluarkan bau yang busuk, namun bagi orang ramai, ia umpama bau sampah dan apabila mayat sudah reput, bau tersebut semakin berkurang.

"Ini bukan kali pertama saya berdepan dengan kes seperti ini malah saya pernah menghadapi dua hingga tiga kes melibatkan orang yang terus tidur dengan pasangan mereka yang sudah meninggal dunia,'' katanya.

Misteri Batu Terbakar Selama Ribuan Tahun di Turki

Posted: 21 Nov 2013 01:30 PM PST


Kira-kira 80 km sebelah barat daya dari ibu kota daerah Turki " Antalya " , bersebelahan dengan bandar Cirali di sebelah barat daya Turki , Ada batu yang terus menyala ini terletak di sebuah gunung yang berbatu dan di dalam batu itu terus mengeluarkan api yang menyala selama ribuan tahun lamanya.

Sekitar Puluhan titik nyalaan api itu membakar di bahagian yang berhampiran dengan gunung ,sebab-sebab  api menyala  kerana terdapat  gas metana yang bermasalah yang keluar melalui lubang pengudaraan. Penduduk Turki menyebut Batu Terbakar itu dengan sebutan Yanartas , dan mereka menganggarkan bahawa api itu telah menyala selama 2500 tahun lamanya. Lubang ventilasi tersebut merupakan pelepasan terbesar dari gas metana abiogenic yang dijumpai atas tanah setakat ini.


Selama beratus-ratus tahun yang lalu , para nelayan Turki boleh melihat nyalaan api itu dari laut dan mereka sering memanfaatkannya sebagai penunjuk arah untuk mengemudi arah kapal , tapi saat ini Batu Terbakar itu lebih sering digunakan oleh para pendaki untuk memasak dan membancuh teh atau sebagai penghangat disaat cuaca sejuk .

Nyalaan api itu, menurut beberapa literatur kuno , telah melahirkan sebuah mitos tentang Chimera , Menurut Mitos Chimera di gambarkan sebagai binatang bernafas api , dengan tubuh dan kepala berbentuk singa, dan sebuah kepala kambing yang tumbuh dari punggungnya , dan ekor yang hujungnya berupa kepala ular.

'Ditipu Ustaz': Boy Iman Saman Malu RM3 Juta

Posted: 20 Nov 2013 11:30 PM PST


"Perbuatannya itu  membuatkan saya tertekan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental!," tegas pelakon dan penerbit, Boy Iman mengenai tindakan saman malu bernilai RM3 juta terhadap seorang pemilik syarikat bergelar 'ustaz'.

Boy Iman atau nama sebenarnya, Norul Iman A Rahman dilantik sebagai duta syarikat terbabit sejak Mei lalu.

Malah, syarikatnya AFF Pictures Sdn Bhd pula menjadi syarikat pemasaran bagi projek perumahan syarikat berkenaan yang difahamkan bakal membina rumah banglo mampu milik berharga di bawah RM100,000 di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.

Projek ini dibangunkan dalam tempoh tiga tahun dan sebagai ganjaran, dia akan menerima bayaran RM500,000.

"Saya mengikat kontrak sebanyak RM500,000  sebagai dutanya tetapi sehingga kini saya belum mendapat apa-apa pun.

"Lebih parah lagi  apabila saya mendapat tahu dia tidak menandatangani perjanjian," katanya pada sidang media berkenaan, di Ampang, semalam.

Janji-janji kosong

Menurut Boy Iman dia mengenali lelaki bergelar 'ustaz' itu sejak 2005 lagi dan mempercayai individu berkenaan.

Bagaimanapun, kepercayaannya  itu mula terhakis sejak Ramadan lalu.

"Masa itu, dia dah mula tarik hak saya sebagai duta syarikat.

"Selepas balik dari mengerjakan Umrah, dia tidak lagi melibatkan saya dalam sebarang aktiviti bagi  projek perumahan tersebut seperti perasmian rumah contoh.

"Bagi saya, ini adalah satu penipuan. Dia membawa saya bertemu dengan peguam, tetapi dia sendiri tidak menandatanganinya," katanya.

Malah, jelasnya lagi, segala apa yang dijanjikan oleh 'ustaz' berkenaan padanya hanyalah satu janji-janji kosong kerana ia tidak pernah ditepati.

Kesal dengan  perkara berkenaan, Boy Iman memberitahu, dia tidak mahu  masyarakat memandang serong kepadanya.

"Perkara ini memberi impak yang negatif pada saya. Orang ingat saya main-main dan tidak serius bekerja.

"Sekiranya berlaku penipuan, sudah pasti nama saya turut terpalit.

"Sebenarnya, apabila menerima kontrak, saya hanya fokus pada pekerjaan ini. Tetapi apabila perkara itu terjadi, saya hadapi pelbagai masalah lain.

"Saya juga perlu membayar kos-kos lain. Cuma lepas balik Umrah hari tu, saya ada menerbitkan satu program TV. Tapi, itu pun tidak dapat menampung kos yang lain," katanya.

Tempoh 14 hari

Sementara itu, peguamnya, Faizul Mohd Nasir dari Tetuan Faizul Nasir & Co berkata, sidang media itu dibuat bagi membersihkan nama dan isu-isu yang berkaitan dengan anak guamnya itu.

"Saman malu ini bernilai RM3 juta atas segala kos mahkamah, kerugian yang dialami, penipuan yang diterima, nama dan imej yang diguna pakai.
"Ia juga termasuk maruah yang dipermainkan, malu yang diterima daripada ahli keluarga dan masyarakat serta kerugian wang ringgit akibat tidak menerima pembayaran sebagai duta syarikat," katanya.

Katanya, setakat ini tiga notis diserahkan kepada pihak yang dituntut.

Jelasnya lagi, pihaknya memberi masa selama 14 hari bermula semalam untuk  sebarang maklum balas dari pihak yang dituntut bagi penyelesaian di luar mahkamah.

"Sekiranya kami tidak menerima sebarang maklum balas, maka kes ini akan difailkan di mahkamah," katanya.

Dalam pada itu,  Boy Iman juga  telah membuat satu laporan polis mengenai hal berkenaan.

Sidang media itu juga dihadiri oleh wakil Seniman, Lina Tan dan pelakon, Abon.

Kumpulan Dinamik - Rock 90an

Posted: 20 Nov 2013 10:30 PM PST

Kumpulan Dinamik merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan mereka semua berasal dari Pahang, kecuali vokalis mereka yang berasal dari Sarawak. Kumpulan Dinamik dahulu dikenali sebagai Eye's Killer sebelum merakam album penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Selepas itu, kumpulan ini turut menghasilkan album kompilasi pada 1992 yang berjudul yang turut disertai oleh Dinamik, Olan, Aces, Victim, Gravity, dan Justice

- Mozri (Vokalis)
- Nai (Vokalis)
- Jeff (Gitar)
- Nan (Bass)
- Norin (Gitar)
- Lie (Drum)

Bercerai Pada Usia 10 Tahun

Posted: 20 Nov 2013 10:00 PM PST

Seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun menjadi individu termuda bercerai di India selepas dikahwinkan dengan suaminya Arjun Bakridi, 10, ketika dia berusia empat tahun.

Menurut AFP, Insiden itu berlaku selepas bapa budak tersebut hanya membenarkan Fatima Mangre mengikut suaminya selepas umurnya mencecah 18 tahun.  

Keputusan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati kepada bapa Arjun dan pertengkaran itu berakhir selepas kanak-kanak lelaki tersebut memfailkan perceraian pada minggu lalu.

Kejadian yang berlaku di kampung Nakhi daerah Shravasti itu kini sedang disiasat kerajaan negeri.

Festival Rogol Di Kg Assam

Posted: 20 Nov 2013 09:30 PM PST


Sebuah website nationalreport.net pada 3 November 2013 melaporkan bahawa satu pesta rogol akan diadakan di Assam India.

Berikut adalah terjemahan laporan tersebut.

Madhuban Ahluwalia yang mengetuai perayaan tahunan berkata kepada pemberita, "Ini adalah satu tradisi lama di Assam sejak beribu-ribu tahun," katanya.

"Kami rogol syaitan jahat daripada gadis-gadis, jika tidak mereka akan menipu kita dan kita akan dipaksa untuk membunuh mereka. Oleh itu adalah kewajipan semua orang. "

Tiap-tiap gadis berusia 7-16 yang belum berkahwin mempunyai peluang untuk melarikan diri atau membiarkan diri dirogol.

Pesta Assam bermula pada tahun 43 Sebelum Masihi apabila Baalkrishan Tamil Nadu dirogol oleh orang di kampungnya di Doomdooma. Baalkrishan Tamil Nadu diingati setiap tahun melalui festival ini. Lelaki yang berjaya merogol paling banyak gadis akan diberikan trofi yang bernama "Baalkrishan ".

Harikrishna Majumdar, 24 tahun, memberitahu pemberita bahawa beliau telah berlatih sepanjang tahun untuk acara ini. "Saya akan mendapatkan mangsa rogol paling banyak tahun ini. Saya telah berlatih sepanjang tahun. Saya rogol adik saya dan rakan-rakan beliau setiap hari. Saya akan menjadi superstar rogol nombor satu! Saya pasti akan mendapat hadiah 'Baalkrishan' tahun ini! "

Jaitashri Majumdar, 12 tahun memberitahu pemberita bahawa dia hampir berjaya melalui perayaan tahun lepas tanpa dapat dirogol. Saya hampir sampai ke ' zon bebas rogol ' di pinggir bandar, tetapi pada saat-saat akhir 9 lelaki melompat ke atas saya dan merogol saya. Nasib baik saya sudah pulih sekarang dan dapat mengambil bahagian dalam acara tahun ini, jika tidak, saya akan dihukum mati secara rejam . " - nationalreport.net

Walau bagaimanapun sebuah website lain iaitu manipurupdate.com menafikan kebenaran artikel berkenaan. Dengan bersumberkan Times Of India, penulis website berkenaan melaporkan bahawa Polis Assam memfailkan saman terhadap "nationalreport.net" kerana laporan bertajuk " The Assam Rape Festival In India Begins This Week".
Siasatan akan dikendalikan oleh CID, unit jenayah siber India.

Penyanyi Ella Buang Apendiks Disangka Hamil

Posted: 20 Nov 2013 09:20 PM PST

Ratu rock Ella menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia sudah hamil sebaliknya mengalami radang apendiks dan telah menjalani rawatan apendisektomi.

Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, berkata, dia telah melakukan apendisektomi iaitu pembedahan membuang apendiks kira-kira dua bulan lalu di Hospital Ampang Puteri di sini dan sedang dalam proses pemulihan.

Tambah Ella, bagaimanapun dia menyifatkan sangkaan beberapa pihak mengenai kehamilannya itu sekadar mengambil berat terhadapnya.

Dalam pada itu, Ella tidak menolak dia masih berharap agar rumah tangganya dan suami, Azhar Ghazali segera dimeriahkan dengan kehadiran cahaya mata agar kehidupan berkeluarga menjadi lebih sempurna.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ella bakal muncul dengan album terbaharunya pada tahun depan yang kini masih dalam proses pembikinan.

Doktor Sangap Cabul Janda Muda

Posted: 20 Nov 2013 07:30 PM PST


Johor Bahru:  "Disebabkan mempercayainya, saya hanya mengikut arahan apabila diminta membuka baju dan coli, namun dia meramas buah dada saya hingga saya berasa sakit.

"Saya mula curiga dan takut apabila doktor itu menyatakan saiz buah dada saya besar selain mengajak saya melakukan hubungan seks," kata ibu tunggal hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 34, yang mendakwa dicabul seorang doktor sebuah hospital swasta, di sini. 

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu ketika dia ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan susulan berikutan masalah darah tinggi, hidung berdarah, sakit perut dan sukar membuang air. 

Nurul berkata, dia mengenali doktor berusia lingkungan 40-an itu kerana pernah mendapatkan rawatan daripadanya sebelum ini.
Menurutnya, sebelum kejadian mencabul itu berlaku, doktor terbabit mengarahkannya berbaring sambil memberitahu mahu memeriksa tekaknya.

"Ketika itu, hanya kami berdua di dalam bilik pemeriksaan manakala jururawat berada di luar bilik. Saya tidak bersangka buruk dan mempercayainya kerana dia doktor yang pernah merawat saya sebelum ini.

'Selepas tekak saya diperiksa, doktor itu mengarahkan saya membuka baju dan coli sebelum mencabul saya dan mengeluarkan kata-kata berunsur seks sebelum menyuruh duduk sambil mengurut belakang saya," katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Nurul berkata, terkejut dengan kelakuan doktor itu, dia cuba beredar dari bilik berkenaan selepas doktor terbabit mengajaknya melakukan hubungan seks.

Menurutnya, ketika bersiap memakai baju, doktor berkenaan memeluknya dari belakang sekali lagi meramas buah dadanya.

"Malah, doktor juga menarik tangan untuk memegang kemaluan saya. Tindakannya itu menyebabkan saya terus keluar dari bilik pemeriksaan.

"Saya kemudian berjumpa seorang kakitangan hospital di kaunter untuk memaklumkan kejadian itu sebelum dibawa berjumpa seorang pegawai untuk berbincang.

"Dalam perbincangan itu, pegawai terbabit meminta saya tidak membuat laporan polis atau membuat aduan mengenai kejadian yang berlaku," katanya.

Bagaimanapun, kata Nurul dia memutuskan tidak mematuhi permintaan itu kerana kejadian yang berlaku bukan saja meninggalkan kesan buruk ke atasnya sehingga dia sering berasa sedih dan takut, malah berpendapat doktor itu wajib dikenakan tindakan.

Bagi memastikan keadilan dan keselamatan dirinya serta dua anak perempuannya berusia enam dan tujuh tahun, Nurul membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS), di sini, sehari selapas kejadian (20 Oktober).

"Saya serahkan kepada polis menyiasat kes ini dan berharap doktor berkenaan dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman setimpal di atas perbuatannya itu.

"Saya mendedahkan kejadian ini dengan harapan mendapat pembelaan dan berharap sesiapa yang pernah menjadi mangsa doktor itu tampli membuat laporan polis demi maruah dan mengelak kejadian sama kepada pesakit lain," katanya -gambar hiasan

Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki

Posted: 20 Nov 2013 06:16 PM PST

Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai  "Syahid yang tertangguh" oleh para sahabatnya.

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya', panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.
Video Kisah Kehidupan Ahmad Ammar Ahmad Azam
Gambar Pengebumian Ahmad Ammar Ahmad Azam
melvister

Remaja Mabuk Sampai Ke Paris

Posted: 20 Nov 2013 05:20 PM PST

London: Selepas berfoya-foya sehingga mabuk semalaman, seorang remaja Manchester tidak menyedari dia membeli tiket penerbangan ke luar negara dan kembali waras keesokan hari di Paris, Perancis.

Luke Harding dilaporkan membuat tempahan penerbangan ke Paris pada saat-saat akhir dalam keadaan mabuk.

Harding juga secara tidak sedar menaiki teksi ke lapangan terbang selepas menghantar rakannya pulang.

Ketika rakan lain lena di kediaman masing-masing, Harding, 19, tertidur di tandas lapangan terbang di Paris.

Beberapa jam sebelum itu ketika dalam keadaan mabuk, Harding menyatakan keinginannya menyaksikan Menara Eiffel.

Tanpa disedari dan dijangka sesiapa dia secara tidak sedar menempah penerbangan ke Paris pada awal pagi. Apabila terjaga dari tidur, dia terkejut kerana mendapati dirinya berada di dalam tandas di Lapangan Terbang Charles De Gaulle, Paris. Harding mengejutkan rakannya apabila dia menghantar tweet kepada rakannya dari Paris walaupun beberapa jam sebelum itu mereka berpesta di Oldham City.

Remaja terbabit yang memuat turun fotonya dari Arc de Triomphe dan Menara Eiffel kemudian menjadi sensasi di Twitter.

Aznil Malu, Minta KRU Siasat ‘Profesor Klon’ Diciplak

Posted: 20 Nov 2013 05:16 PM PST


Penyanyi lagu Profesor Klon, Datuk Aznil Nawawi meminta penerbit lagu tersebut iaitu KRU Music Group agar segera menyiasat dan mengambil tindakan jika benar lagu nyanyiannya itu diciplak dan dijadikan lagu tema sebuah drama Sepanyol berjudul Pobre Rico.

Aznil berkata, tindakan itu perlu kerana ia boleh menjejaskan reputasi dan nama baik syarikat rakaman berkenaan memandangkan sudah ada pihak yang menuduh komposernya iaitu Edry Abdul Halim telah menciplak lagu tersebut.

Lagu Profesor Klon yang dinyanyikan Aznil diciptakan sepenuhnya oleh Edry bagi dimuatkan dalam runut bunyi (soundtrack) filem Cicakman pada tahun 2007.

Bagaimanapun, baru-baru ini isu ciplak mula tercetus apabila lagu tersebut (menggunakan bahasa Sepanyol) telah digunakan bagi drama Pobre Rico dan ia menimbulkan persoalan siapakah pihak yang menjiplak karya berkenaan.

Tambah Aznil, tindakan tegas yang diambil pihak KRU juga sekali gus akan membuka mata pihak luar bahawa anak seni tempatan sememangnya bersikap tegas dalam isu-isu sedemikian.

Apatah lagi kata Aznil, pencipta lagu negara ini sering dituduh gemar menciplak muzik negara luar.

Sementara itu, Edry yang dihubungi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan mengenai penerbitan lagu tersebut di Sepanyol dan akan memastikan setiap lagu yang dicipta di bawah syarikat KRU akan di lindungi karyanya.

Video Pembantu Polis Trafik Wanita Di China Bergaduh

Posted: 20 Nov 2013 04:56 PM PST



Dua pembantu polis lalu lintas di Bandar Tangshan China utara telah dipecat setelah diketahui berkelahi ketika sedang bertugas, aksi pergaduhan mereka telah di rakam dan videonya telah di muat naik di internet. Pergaduhan dua pembantu polis ini heboh di perkatakan oleh media china .


Video perkelahian mereka ini yang dilabel " Two Tangshan traffic policewomen fight each other right in the middle of the street, " .

Dipetik dari english.sina.com , pihak kepolis Tangshan kemudian mengumumkan dua perempuan dalam pergaduhan bukanlah pegawai polis lalu lintas sesungguhnya dan mereka hanya pembantu yang disewa untuk membantu pegawai polis trafik.

Di bandar-bandar daratan, pembantu polis trafik umumnya diberikan tugas untuk mengatasi lalu lintas jalan pada waktu puncak.

Para pembantu polis trafik jalan memakai seragam yang berbeza dengan pegawai polis lalu lintas jalan. Pasangan ini mempunyai perselisihan , yang meningkat menjadi pergaduhan jalanan .

Polis tempatan mengatakan keduanya kini telah dipecat sehari selepas aksi pergaduhan .


           

Kura-kura Hisap Rokok 10 Batang Sehari

Posted: 20 Nov 2013 04:30 PM PST

Tidak hanya manusia saja yang boleh ketagihan menghisap rokok haiwan pun ternyata juga boleh salah satu contohnya adalah kura kura ini.

Kura kura berjenis alligator ini sekurang-kurangnya setiap hari boleh menghisap rokok sebanyak 10 batang.

Nah awal mula kura kura ini mulai menghisap rokok kerana seorang chef bernama Tang, memberi kura kura ini sebatang rokok untuk mengambil tulang yang tersangkut di tekak kura kura ini.

Sejak itu kura kura ini mulai suka menghisap rokok dalam satu hari Tang  harus menyediakan 10 batang rokok.

Jika tang tidak memberikan kura kura ini rokok maka kura kura ini akan mengeluarkan suara suara aneh dan akan mengikuti tang kemana pun pergi.

Ribuan Kura-kura di Bunuh Sempena Upacara Tahunan di India

Posted: 20 Nov 2013 04:30 PM PST


Ribuan  kura kura harus mati setiap tahun demi upacara tradisional di india  untuk penyembahan dewi dalam agama mereka ,  kura kura biasa digunakan dalam tradisi perayaan di India dan kadang-kadang juga di jual ke negara lain untuk bahan ubat-ubatan.Dikatakan,banyak kura-kura  dipukul dahulu dan sembelih, termasuk kura-kura terancam Bada Chur, Bangladesh .Setelah penyu itu disembelih, pelbagai jenis daging kura-kura segar, ianya telah dijual kepada pelanggan pada harga kira-kira 10 hingga $ 60.

Sebahagian kura-kura, selepas proses pengeringan, digunakan sebahagiannya untuk pemprosesan makanan, sebahagian besar telah dihantar ke Asia Tenggara terutama sekali di negara cina untuk pengeluaran ubat-ubatan tradisional .

2 Ditahan Tuntut Sultan Pahang Undur Dari FAM

Posted: 20 Nov 2013 05:13 PM PST


Dua peminat bola sepak negara ditangkap kerana mahu perubahan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas kekalahan Malaysia 1-0 di tangan Qatar di Stadium Shah Alam malam tadi.

Bagaimanapun kedua individu tersebut dibebaskan kira-kira jam 3 pagi hari ini.

NONEPolis Shah Alam mengesahkan penangkapan dua individu terbabit namun menolak untuk mengulas lanjut.

Salah seorang yang ditangkap merupakan pentabdir kepada laman "Presiden FAM sila letak jawatan" di Facebook.

Menurut sumber, kedua mereka ditangkap ketika masuk ke kawasan VIP stadium Shah Alam bagi melahirkan ketidakpuasan hati dan menuntut peletakan jawatan kepimpinan tertinggi bola sepak negara.

Prestasi buruk pasukan kebangsaan menyebabkan sebahagian penyokong berang dan mula menyanyikan lagu menuntut pemecatan Sultan Ahmad Shah dari tampuk FAM dan jurulatih kebangsaan, K Rajagopal.

KJ: Suara penyokong jelas

Kekecohan timbul setelah sebatang suar (flare) dinyalakan di tempat duduk 'M' stadium selepas Malaysia terkeluar dari kelayakan Piala Asia 2015.

Pasukan simpanan persekutuan (FRU) kemudian masuk ke padang untuk menyuraikan peminat yang berkumpul sambil menyanyikan lagu mengkritik pasukan bolas epak kebangsaan.

khairy jamaluddin 101113Khalayak media sosial pula mengkritik hebat prestasi pasukan kebangsaan yang kini menghuni tangga 160 dalam ranking Federasi Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (kiri) dalam laman Twitter beliau dengan sinis menyatakan: 

"Suara penyokong cukup jelas. Tak perlu saya tokok tambah. #sopan"

FAM pada tahun 1996 pernah mensasarkan untuk layak ke Piala Dunia 2014 yang bakal berlangsung di Brazil, tahun depan.

ps: jangan hanya salahkan FAM, salahkan juga kementerian.

Kawan Khianat Amy (Search) Sehingga Muflis

Posted: 20 Nov 2013 05:09 PM PST


Sekian lama berdiam diri selepas dikatakan muflis, vokalis kumpulan Search iaitu Amy akhirnya mengaku mengenai kontroversi itu selain mendedahkan dia telah dianiaya oleh sahabat sendiri.

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 55, bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara tersebut dan hanya akan berbuat demikian apabila kes berkenaan dibawa ke mahkamah.

Amy sebelum ini dipercayai gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah Di Awan Biru sekitar 2009.

Perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan Amy isytihar sebagai muflis.

Jelas Amy, sebelum ini dia berdiam diri dan mengelak daripada berbicara mengenai perkara itu kerana enggan isu tersebut menjadi kecoh sehingga timbulnya fitnah.

Sementara itu, Amy berkata, walaupun pada mulanya dia sukar untuk menerima kenyataan bahawa dia telah muflis dan dikhianati oleh sahabatnya sendiri namun dia menyedari ia adalah satu dugaan.

Jelas Amy, dia tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan yakin ada hikmah di sebalik kejadian itu.

Malah kata Amy, dia sudah memaafkan orang yang mengkhianatinya dan berharap individu tersebut akan memperbetulkan kembali keadaan.

Guna Peti Sejuk Untuk Menangkap Ikan

Posted: 20 Nov 2013 05:04 PM PST


Filipina - Pada kebiasaannya, nelayan akan menyimpan hasil tangkapan di dalam peti sejuk, namun berlainan pula dengan mangsa Taufan Haiyan di sini.

Para nelayan itu mengunakan peti sejuk untuk dijadikan bot bagi tujuan menangkap ikan.

Taufan Haiyan yang telah mengorbankan lebih 3,000 orang itu telah menjejaskan punca pendapatan petani dan nelayan yang miskin.

Ia sekali gus menyebabkan kumpulan nelayan tersebut berusaha untuk memulihkan taraf kehidu- pan mereka semula.

Sebuah keluarga nelayan yang tinggal di selatan bandar Tacloban dan merupakan antara kawasan yang teruk dilanda taufan sejak 13 hari lalu telah menggunakan peti sejuk yang dijumpai dalam timbunan sampah untuk dijadikan bot.

Menurut seorang penduduk, Jimmy Obaldo, 52, idea untuk menggunakan peti sejuk itu datang daripada anaknya.

"Anak saya yang ingin mencuba menggunakan peti sejuk untuk pergi menangkap ikan.

"Sejak seminggu lalu, kami berjaya menangkap ikan, udang dan ketam dan dijual di pasar," ujar Obaldo.

Taufan Haiyan melanda wilayah tengah Filipina pada 8 November lalu yang dianggap sebagai salah satu taufan paling kuat di dunia.


Ia menyebabkan banyak kemusnahan di pulau-pulau yang terdapat di tengah Filipina.

Kubu Perlindungan Nuklear Bekas Presiden AS Di Florida

Posted: 20 Nov 2013 05:01 PM PST


Florida - Sebuah kubu perlindungan yang dibina semasa Perang Dingin untuk bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), John F. Kennedy berdekatan Palm Beach kini dijadikan sebagai sebuah muzium.

Kubu itu terletak hanya beberapa minit dari Palm Beach yang menempatkan lokasi kediaman keluarga bekas Presiden AS itu.

Ia dilengkapi dengan ruang dewan utama yang ditempatkan 15 buah set katil dua tingkat, sebuah meja untuk Kennedy dan meja persidangan.

Fasiliti itu merupakan tempat persembunyian yang dikawal ketat selain dilengkapi dengan bekalan makanan tentera, tong air dan kelengkapan alat pengesan radiasi.

Selain itu, tempat perlindungan tersebut juga boleh dijadikan rumah kediaman untuk 30 anggota keluarga Kennedy dan kakitangan utama selama sebulan sekiranya serangan nuklear berlaku.

"Mereka telah menguji kubu itu dengan membawanya ke sini.

"Ia terletak sejauh 10 minit perjalanan dari pintu hadapan Palm Beach ke kawasan berkenaan," kata Pengurus Besar Muzium Maritim Palm Beach, Anthony Miller yang bertanggungjawab mengawal selia kawasan berkenaan.

Kennedy menjadi Presiden AS dari 20 Januari 1961 hingga 22 November 22 1963.

Beliau mati ditembak di Dallas oleh Lee Harvey Oswald.

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani