Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Awie Didakwa Telah Pun Diisytiharkan Muflis
- Perihal Air Mani Wanita
- Peniaga Mati Ditembak Ketika Menunggang Motosikal Bersama Anak Berusia Enam Tahun
- Anjing Pandu Kereta
Awie Didakwa Telah Pun Diisytiharkan Muflis Posted: 15 Nov 2013 02:06 AM PST Muflis di kalangan rakyat Malaysia bukan perkara baru namun jika ianya melibatkan selebriti dan orang ternama, pastinya akan menjadi perhatian para peminat dan media. Terbaru, penyanyi dan pelakon terkenal Awie di'dakwa telah pun diisytiharkan muflis. "Muflis atau tak, saya tak ganggu orang, bukan? Asalkan tak ganggu orang, saya rasa ia tak patut jadi masalah kepada sesiapa pun," ulas Awie tentang dakwaan yang timbul. "Kalau benar saya muflis, kenapa? Kalau pun betul, bukan saya seorang saja. Ramai lagi orang di luar sana yang muflis. Golongan kerabat dan VIP pun ramai yang muflis" "Ada seorang kerabat diraja ini juga bankrap tapi apa masalahnya kepada orang ramai? Pada saya, asalkan benda itu tak kacau orang, tak perlulah nak kacau hidup saya" Menjawab dakwaan yang beliau telah memindahkan semua aset beliau kepada isterinya Rozana Misbun susulan status muflis, Awie berkata ianya satu tindakan yang wajar ketika ini jika benar beliau berbuat demikian. "Kalau saya mati nanti, harta yang ada itu untuk mereka juga. Jadi, apa masalahnya? Biarlah orang nak cakap apa saja," tambah Awie lagi yang enggan mengulas lanjut secara terperinci. ohpedih | ||
Posted: 15 Nov 2013 02:04 AM PST Ramai suami isteri pada masa kini tidak mengetahui sama ada air mani isteri mereka sudah keluar ataupun tidak semasa bersetubuh. Bagaimanakah rupa air mani perempuan? Bagaimana hendak memastikan dan mengetahui air mani isteri telah keluar? Soalan Tuan, saya ingin dapatkan kepastian tentang mani perempuan. Sepertimana yang diketahui, apabila keluar mani lelaki atau perempuan mereka wajib mandi hadas biarpun tanpa persetubuhan. Walau bagaimanapun, sepanjang perhubungan saya suami isteri, kami belum dapat kenal pasti bagaimanakah rupa mani perempuan. Oleh itu sukar untuk ditentukan sama ada isteri saya wajib mandi atau tidak apabila ia telah mendapat kepuasan melalui istimta' tanpa bersetubuh tetapi keadaannya umpama orang kepuasan setelah disetubuhi. Adakah mani perempuan sama seperti mani lelaki dan apakah tanda-tanda seseorang perempuan itu telah keluar mani? Adakah wajib mandi apabila seseorang perempuan itu telah kepuasan seks melalui hubungan istimta' sahaja tanpa disetubuhi dan tiada tanda-tanda ia telah keluar mani? Harap tuan dapat jelaskan dengan terperinci. Terima kasih. Jawapan Keluar mani dengan apa cara sekalipun sedikit atau banyak, warna biasa atau warna darah dalam keadaan jaga atau tidur, dengan syahwat atau tidak kecuali mani jimak yang keluar semula dari faraj wanita selepas mandi junub, ia tidak wajib mengulangi mandi lagi jika keluarnya tidak dengan syahwat. Mani ini dapat diketahui dengan memancut keluar atau dengan merasa lazat, atau berbau tepung ketika ia masih basah atau berbau putih telur ketika keringnya sekalipun keluarnya tiada memancut. Mani wanita sama juga, kadang-kadang tiada dapat diketahui melainkan dengan merasa lazat sahaja ketika keluarnya. Imam Ahmad dan Nasa'i meriwayatkan: "Khaulah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang wanita yang bermimpi seperti yang dialami oleh lelaki. Nabi menjawab: 'Dia tidak wajib mandi sehinggi ia keluar mani seperti juga lelaki juga tidak wajib mandi apabila ia tidak keluar mani '. ". Oleh kerana biasanya keluar mani wanita sukar untuk dikesan, maka memadailah dengan merasakan lazat dan kenikmatan atau kepuasan itu membuktikan bahawa wanitanya telah keluar mani. Jika demikian maka perlulah ia mengerjakan mandi wajib. Dengan demikian lebih selamat dan terhindar dari was-was. Wallahu A'lam. | ||
Peniaga Mati Ditembak Ketika Menunggang Motosikal Bersama Anak Berusia Enam Tahun Posted: 14 Nov 2013 10:47 PM PST Seorang peniaga pasar malam maut terkena tiga das tembakan dilepaskan seorang pembonceng motosikal di depan rumahnya di Kl Pengkalan Petah, Tawang, Bachok. Dalam kejadian itu mangsa Alias Yusuf, 58 menunggang motosikal keluar dari rumah bersama anak lelaki berusia enam tahun selepas pulang berniaga. Kira-kira 30 meter menunggang motosikal, muncul motosikal ditunggang dua lelaki sebelum pemboncengnya melepaskan tembakan dan satu tembakan terkena di kepala dan dua lagi perut kanan. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke hospital Raha Perempuan Zainab II Kota bahru untuk bedah siasat. Ketua Jabatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Syeksyen 302 Kanun Kesiksaan. | ||
Posted: 14 Nov 2013 02:00 PM PST WELLINGTON – Anjing-anjing di New Zealand diajar cara untuk memandu kereta dengan memusingkan stereng, menekan brek dan pedal minyak. Idea melatih anjing itu dikemukakan oleh agensi pengiklanan DraftFCB dengan kerjasama syarikat kereta Mini dan pihak Persatuan Pencegahan Kekejaman Haiwan (SPCA) yang beribu pejabat di Auckland.
Buat masa ini, tiga ekor anjing yang bernama Porter, Monty dan Ginny dilatih selama dua bulan oleh pelatih haiwan, Mark Vette. Vette melatih haiwan tersebut cara untuk memandu dengan menggunakan sebuah 'kereta beroda' kecil yang mengandungi tempat duduk, stereng dan papan pemuka. Anjing itu duduk di atas kerusi dengan memakai abah-abah keselamatan, memusingkan stereng, menekan brek dan minyak. Papan pemuka 'kereta' itu dicipta khas supaya ia mempunyai pedal brek dan minyak. Anjing-anjing tersebut akan menjalani 'ujian memandu' yang akan disiarkan secara langsung menerusi televisyen di negara ini pada Isnin ini. Projek itu bertujuan bagi meningkatkan pengambilan anjing oleh orang ramai dari pusat perlindungan haiwan untuk dipulihara. |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment