Gosip Artis Malaysia
Gosip Artis Malaysia |
- Jom Ke Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L Hujung Minggu Ini
- Zain Saidin & Rozita Che Wan Sudah Habiskan RM200,000 Untuk Perkahwinan
- Zul Ariffin Bakal Kahwini Gayatri Dalam Masa Terdekat
- Harap Pihak Sebelah Sana Profesional & Matang – Rebecca Nur Islam
- Zahida Rafik Kahwini Ahli Perniagaan Tahun Depan
Jom Ke Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L Hujung Minggu Ini Posted: 14 Nov 2013 11:56 PM PST Pembelajaran adalah satu proses yang tidak pernah berhenti. Setiap hari dalam kehidupan, kita akan belajar sesuatu yang baru. Jadi apabila mengetahui Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L akan diadakan hujung minggu ini (16-17 November), Abang Nara memang jadi sangat teruja. Bertempat di Shah Alam Convention Centre, Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tak sabar rasanya nak pergi kerana banyak ilmu baru yang boleh diperolehi menerusi karnival yang bakal dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Yassin yang merupakan Menteri Pendidikan Malaysia.
Abang Nara kalau dapat jumpa Datin Norjuma pun dah cukup puas hati dah. Banyak nak tanya soalan mengenai business tudung bawal beliau. Mesti banyak tips dan teknik yang Datin Norjuma akan kongsikan. Inilah peluang kita semua untuk belajar secara “direct” dengan selebriti-selebriti dan para usahawan yang bakal berada di sana dari jam 9 pagi sehingga 6 petang.
Jadi kepada anda yang kelapangan masa, jangan lupa untuk menyertai Karnival Pembelajaran Sepanjang My3L hujung minggu ini. Bawa sekali ahli keluarga, rakan-rakan dan anak-anak anda. Banyak aktiviti menarik yang bakal dilakukan di sana. Untuk informasi lanjut, LIKE Facebook My3L dan layari laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Yang Ini Pun Best Jugak:- |
Zain Saidin & Rozita Che Wan Sudah Habiskan RM200,000 Untuk Perkahwinan Posted: 14 Nov 2013 11:30 PM PST Wow. RM200,000. Memang satu angka yang banyak. Pasti majlis perkahwinan Zain Saidin dan Rozita Che Wan akan super-super-super grand punya. Fuh ~~~ Confirm jadi wedding of the year. Kahwin pun bukannya buat selalu, jadi kalau ada duit lebih, apa salahnya berbelanja sakan untuk majlis sendiri. Tak gitu? Namun Abang Nara agak pelik apabila Zain memaklumkan bahawa tarikh dan lokasi belum lagi dapat dipastikan. Bukan apa, time Abang Nara kahwin dulu, wife Abang Nara buat majlis kat dewan. Nak buat tempahan dewan kena setahun sebelum. Mungkin selebriti-selebriti ada kelebihan atau cara mereka sendiri. Kata Zain kepada Sinar Harian:-
Pada pandangan Abang Nara, mungkin Zain dan Che Ta sudah ada tarikh dan tempat tetapi masih mahu merahsiakannya. Tak apa, kita tunggu sidang media pengumuman mereka. Pasti tempatnya “grand” sangat-sangat. Diharap Zain jangan lupa jemput Abang Nara. Bolehlah Abang Nara merasai kemeriahan majlis perkahwinan yang dinanti ramai ini. P.S: Terbaru!!!De’ countour adalah penyelesaian kepada masalah berat badan, kulit bermasalah, keguguran rambut. Marine kolagen adalah jawapannya. Mampu bertindak sebagai suppliment kesihatan yang terbaik pada masa yang sama. Ramai yang telah berjaya. Jom cuba hari ini, dapatkan segera di www.azaleadenaturale.com Baca Yang Ini Pulak:- |
Zul Ariffin Bakal Kahwini Gayatri Dalam Masa Terdekat Posted: 14 Nov 2013 07:51 PM PST Dalam masa terdekat mempunyai tafsiran yang berbeza bagi setiap orang. Kalau untuk Abang Nara, masa terdekat ini dalam minggu depan atau esok lusa. Namun disebabkan kita berbicara mengenai perkahwinan, kemungkinan besar dalam masa terdekat untuk Zul Ariffin mengahwini Gayatri adalah sekitar awal tahun hadapan. Yang penting Zul sudah pun mempunyai perancangan untuk mengakhiri zaman bujangnya. Elok sangatlah tue. Rasanya dah dekat 2 tahun Zul dan Gayatri menyulam percintaan. Molek benar kalau diakhiri dengan pernikahan. Kata Zul:-
Abang Nara yakin banyak peminat Zul Ariffin yang kecewa mendengar berita ini. Namun itulah namanya jodoh. Doakanlah kebahagiaan mereka berdua. Lagipun nampak pasangan ini sangat serasi dan tak banyak cerita-cerita mengarut yang keluar tentang mereka. Semoga perancangan yang diaturkan dapat dijalankan dengan lancar. Tahniah Zul dan Gayatri. Baca Yang Ini Pulak:- |
Harap Pihak Sebelah Sana Profesional & Matang – Rebecca Nur Islam Posted: 14 Nov 2013 07:31 PM PST Tak habis-habis lagi pertikaian lidah antara Rebecca Nur Islam dan Erma Fatima. Walaupun mahkamah telah memutuskan kemenangan di pihak Rebecca baru-baru ini, pihak Erma didakwa tidak berpuas hati dan mengambil pendekatan menyindir Rebecca menerusi laman sosial. Malah tuduhan tidak berdisplin juga turut dilemparkan kepada Rebecca.
Dengan kekalahan ini, Erma akan membayar RM11,000 kepada Rebecca Nur Islam. Menurut Erma, kekalahannya dalam kes ini adalah kerana kesilapan teknikal. Terang Erma:-
Seharusnya Erma dan Rebecca tidak lagi bergaduh kerana ia kelihatan seolah-olah ada pihak yang mempertikaikan keputusan mahkamah. Anggap sahaja hal ini sudah selesai dan diadili dengan saksama. Kalau terus bergaduh, nampak macam budak kecil je. Memalukan industri hiburan tanah air yang tidaklah besar mana. Tak gitu? P.S: Yeah ~~ Esok 16 November Abang Nara confirm akan pergi ke Secret Recipe untuk beli kek. Ada diskaun RM16 sempena ulangtahun mereka yang ke 16. Korang pun jangan lepaskan peluang keemasan ini. Diskaun HEBAT ini hanya untuk satu hari sahaja. Kalau taknak beli kek, boleh tengok promosi lain di Facebook Secret Recipe. Semuanya best-best belaka. Baca Yang Ini Pulak:- |
Zahida Rafik Kahwini Ahli Perniagaan Tahun Depan Posted: 14 Nov 2013 06:22 PM PST Zahida Rafik. Satu nama yang tak lekang daripada kontroversi dan seringkali dikaitkan mempunyai hubungan dengan orang kenamaan. Sebelum ini, ada khabar angin bertiup mengenai hubungannya dengan Datuk Seri Shafie Apdal. Namun Zahida telah tampil dan membuat penafian mengenai dakwaan tersebut sekaligus membuatkan ramai tertanya mengenai jejaka yang berjaya mencuri hatinya. Hari ini menerusi Harian Metro, Zahida Rafik membuat pengakuan bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan tahun hadapan. Menariknya, sudah 8 tahun hubungan mereka berdua terjalin. Memang lama benar menyulam cinta. Kata Zahida:-
Alhamdulillah. Untunglah Zahida dapat ahli perniagaan yang masih bujang. Bukan senang nak jumpa. Lagi untung kerana kekasih hati Zahida jenis memahami walaupun dirinya sering ditimpa gosip. Tambah Zahida lagi:-
Fuh~~ Semoga Zahida dapat menjaga kekasih hatinya elok-elok sehingga hari perkahwinan kelak. Orang baik selalunya sering dingorat oleh awek-awek lain. Kalau boleh, cepatkan lagi perkahwinan. Apa pun, semoga segala persiapan dan perancangan Zahida akan berjalan seperti yang dimahukan. Sama-sama kita doakan. P.S: Bersempena ulangtahun pertama Emall Karangkraf, anda kini boleh mendapatkan 15 majalah percuma. Kesemuanya boleh dimuat turun dalam tempoh masa 15 jam sahaja menerusi applikasi Emall Karangkraf. Jangan lupa untuk LIKE Facebook Emall Karangkraf untuk mengetahui bilakah muat turun PERCUMA ini akan bermula. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment