Ketulusan Hati Johan As’ari Pikat Lana Nordin
Ketulusan Hati Johan As’ari Pikat Lana Nordin |
- Ketulusan Hati Johan As’ari Pikat Lana Nordin
- Johan As’ari Bakal Kahwini Lana Nordin
- Kamal Adli Terkilan Sikap Fizz Fairuz Abaikan Komitmen
Ketulusan Hati Johan As’ari Pikat Lana Nordin Posted: 27 Nov 2013 09:19 PM PST Semakin hampir pada penghujung tahun 2013, semakin banyak kisah sensasi dunia hiburan tanah air Malaysia. Siapa sangka Johan As’ari akan bercinta dengan Lana Nordin? Memang tak pernah terfikir. Memang betullah jodoh itu sudah ditetapkan. Selama ini semua orang menyangka yang Johan bercinta dengan Shila Amzah, tup-tup Lana Nordin yang akhirnya mendapat cinta daripada si jejaka itu. Sebelum ini, Lana Nordin memang tidak pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan sesiapa. Setakat yang Abang Nara tahu, kontroversi yang melanda Lana hanya mengenai pemakaiannya yang ketat dan seksi. Namun hati Lana terbuka untuk menerima Johan selepas melihat ketulusan hatinya. Kata Lana kepada Berita Harian:-
Johan dan Lana kini sudah pun menggunakan kata ganti diri “baby” dan “sayang” apabila bercakap sesama sendiri. Malah Lana juga tidak akan memakai skirt pendek selepas ini. Nampaknya Johan sudah mula membimbing Lana ke jalan yang benar. Kata Johan:-
Abang Nara yakin ramai yang terkejut, kecewa dan pelik dengn keputusan Johan As’ari ini. Iyerlah, nampak bercinta dengan orang lain, tiba-tiba orang lain yang jadi pilihan. Namun itulah namanya jodoh. Apa pun, diharap Johan sudah melakukan solat istikarah sebelum membuat apa-apa keputusan. Kalau memang Lana yang terbaik, pedulikanlah kata orang lain. Hidup anda, isteri anda. Selamat menempuh alam percintaan dan seterusnya berumahtangga bersama Lana Nordin. P.S: Toyota Previa (Estima) sudah tiba di Malaysia Baca Yang Ini Pulak:- |
Johan As’ari Bakal Kahwini Lana Nordin Posted: 27 Nov 2013 05:46 PM PST Tatkala kami membaca artikel mengenai Johan As’ari, 27, yang telah melamar Lana Nordin, 34, setelah tiga hari berkenalan di sisipan HIP Berita Harian (BH) pada hari ini, kami mengatakan, “Beh, mesti gimik drama saja -_-”.
Johan turut menambah yang dirinya sudah bersedia menjadi suami dan dia turut memberitahu yang pilihannya direstui oleh keluarga Shila Amzah yang dikaitkan dengannya baru-baru ini.
Tidak dapat dipastikan apakah komen Shila tentang perkara ini, namun di Twitter dia ada menulis:- Kami hampir pasti tweet ini tiada kena mengena dengan Johan As’ari. Untuk penjelasan panjang lebar Johan tentang cinta agungnya, sila dapatkan naskhah BH anda hari ini. Johan memberitahu perkahwinan mereka besar kemungkinan akan dilangsungkan pada tahun hadapan. Tahniah diucapkan. Baca Yang Ini Pulak:- |
Kamal Adli Terkilan Sikap Fizz Fairuz Abaikan Komitmen Posted: 27 Nov 2013 04:20 PM PST Pasti anda tertanya-tanya apa yang menyebabkan pelakon Kamal Adli merasa terkilan dengan Fizz Fairuz. Sebenarnya, sebelum ini Kamal dan Fizz berganding untuk persembahan kumpulan Apa Kasih Toq (AKT) menerusi Liga Lawak Superstar (LLS).
Dakwa Kamal, dia telah dijemput ke United Kingdom (UK) oleh Rafflesia untuk menyertai rombongan tersebut:-
Fizz dan beberapa pelakon lain dibawa menyaksikan perlawanan Liga Inggeris antara kelab Cardiff City dengan Manchester United (MU) di UK pada 24 November. Pada pendapat kami, mengabaikan komitmen bukan saya kepada majikan, malah kepada rakan yang memerlukan kerjasama kumpulan untuk menonton perlawanan bola sepak juga perbuatan pentingkan diri sendiri. Apa pendapat anda? Saksikan Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa (PALMA) 2013 pada 30 November (Sabtu) ini. Anda dijemput menyaksikan pertandingan ini secara live di Auditorium Perdana, Angkasapuri mulai jam 8.00 malam, atau saksikannya secara langsung di TV2, mulai jam 9.00 malam. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment