6 Kesimpulan Daripada Video “Conversations Over Coffee”
6 Kesimpulan Daripada Video “Conversations Over Coffee” |
- 6 Kesimpulan Daripada Video “Conversations Over Coffee”
- Almy Nadia Sebenarnya Sudah Bertunang Dengan Fizz Fairuz?
- Almy Nadia Nafi Status WeChat Tentang Fizz Fairuz
- Michael Ang Tidak Kisah Tweets Azwan Ali
- Hanez Suraya Dikatakan Tiru Stail Selebriti Lain?
6 Kesimpulan Daripada Video “Conversations Over Coffee” Posted: 27 Nov 2013 01:58 AM PST Abang Nara baru sahaja selesai menonton sebuah video YouTube berdurasikan 16 minit 32 saat hasil karya JinnyBoy. Abang Nara memang video-video yang dihasilkan oleh JinnyBoy. Hampir kesemua videonya kelakar dan boleh menghilangkan stress. Namun video "Conversations Over Coffee" ini adalah dalam genre serius namun mempunyai mesejnya yang tersendiri. 1. Teknik mengorat orang seni sangat berbeza Kalau orang biasa mengorat, antara caranya ialah letak nombor telefon atas kertas, minta Facebook atau minta kawan tolong sampaikan salam, teknik orang seni sangat berbeza. Bukan semua orang boleh buat lukisan atas secawan kopi. Bila si awek tengok, pasti sedikit sebanyak hati akan cair jugak. 2. Lelaki kena berani untuk luahkan perasaan Abang Nara bengang jugak dengan watak si hero dalam video ini. Lembap sangat nak luahan rasa cintanya kepada si awek. Sebagai seorang gentleman, kenalah berani. Jangan mengorat 3,4 bulan tanpa bagi hint atau meluahkan perasaan cinta. Kalau lambat sangat, nanti si dia kena rampas dengan orang lain. Tak gitu? 3. Wanita sukakan lelaki yang berikan perhatian terhadapnya Dunia moden sekarang ini menyaksikan manusia lebih menghabiskan masa dengan telefon masing-masing. Awek depan mata pun taknak pandang. Berborak apatah lagi. Ini memang satu gejala yang tidak sihat. Awek/isteri/wanita/kawan perlukan seseorang untuk bercerita dengannya. Jadilah lelaki itu dan jangan jadi lelaki yang pandang telefon anda sahaja. 4. Kia Picanto yang baru memang awesome
5. Soundtrack video ini dinyanyikan oleh Hey Mun Abang Nara ingatkan Yuna yang menyanyikan lagu di dalam video ini. Rupa-rupanya penyanyi yang berbakat besar ini ialah Hey Mun. Hey Mun berasal dari Petaling Jaya namun kini menetap di Sydney pernah memenangi pertandingan muzik di Amerika Syarikat. Lagu nyanyiannya dalam video ini memang sedap didengar. 6. Kalau dah jodoh, pasti akan ketemu jua Perpisahan hanya sementara dan akan mengajar kita untuk menjadi lebih matang sehingga pertemuan sekali lagi terjadi. Walau terpisah sejauh mana pun, kalau dah tertulis jodoh kita dengan si dia, pasti akan ketemu jua. Abang Nara suka adegan pertemuan kembali si wanita dan si lelaki dalam video ini. Klasik!!! Sila tonton video ini dan kongsikan pendapat anda mengenainya. Jangan lupa ada tisu kat sebelah kot-kot air mata mengalir. Hehehe. Baca Yang Ini Pulak:- |
Almy Nadia Sebenarnya Sudah Bertunang Dengan Fizz Fairuz? Posted: 26 Nov 2013 10:26 PM PST Walaupun menguncikan mulutnya rapat-rapat soal perkahwinan dengan teman lelakinya yang sudah menjalinkan hubungan dengannya selama tujuh tahun, ramai yang mahukan Almy Nadia dengan Fizz Fairuz berkahwin. Maklumlah, sudah bercinta begitu lama, malah Fizz pernah bertunangan dengan seorang wanita bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar tetapi pertunangan itu putus tidak lama kemudian kerana Azlyn didapati isteri kedua seorang ahli perniagaan pula. Macam plot fillem, bukan? Oleh sebab itu, ramai yang menasihatkan Almy supaya mencari lelaki lain yang menyayanginya. Apatah lagi, Almy yang telah berjaya menguruskan badan kelihatan semakin cantik sejak bertubuh kian langsing, pasti tidak ada masalah untuk mencari pengganti. Namun begitu, kami mendapat khabar yang Almy sebenarnya sudah bertunang, dan kami pasti dia sudah bertunang dengan Fizz Fairuz. Bagaimana kami pasti? Ini kerana tuan punya badan sendiri sudah mengesahkannya dalam satu program hiburan terbitan sebuah stesen televisyen berbayar. Dalam program “Betul Ke Bohong?” musim keempat, episod sembilan, Almy telah mengajukan persoalan sama ada beliau benar telah bertunang kepada peserta program tersebut, dan jawapan yang diberikan kepada program tersebut ialah ‘betul’. Tahniah diucapkan. Saksikan program di bawah MyGempak RTM & JKKN! Saksikan kehangatan Planet Joget Mygempak pada setiap Selasa jam 9.00 malam di TV1 atau saksikan rakaman Suku Akhir 3, 4 dan Separuh Akhir 1 pada 8 Disember ini pada jam 2.00 petang, 5.00 petang dan 8.00 malam (3 sesi rakaman) secara LIVE di Auditorium Perdana, Angkasapuri Rtm Kuala Lumpur ! Untuk adik-adik cilik jom saksikan Lantai Cilik RTM pada setiap Sabtu mulai 7 Disember ini jam 1.00 ptg hanya di TV2! Baca Yang Ini Pulak:- |
Almy Nadia Nafi Status WeChat Tentang Fizz Fairuz Posted: 26 Nov 2013 06:55 PM PST Beberapa hari lepas, akhbar Kosmo! melaporkan tiada perkembangan berhubung Fizz Fairuz yang dikatakan mahu merisik Almy Nadia, manakala Almy telah memuat naik satu status yang menunjukkan dia seolah-olah ditipu oleh seseorang. Status ini tersebar luas dan ini menimbulkan spekulasi bahawa status itu merujuk kepada Fizz Fairuz yang khabarnya masih belum masuk merisik Almy seperti yang dijanjikan. Hari ini melalui Sinar Harian, Almy menafikan status itu dimuat naik ke Twitter, sebaliknya diambil dari WeChat beliau.
Almy turut menafikan status itu ada kaitan dengan sesiapa.
Almy juga enggan memberikan komen berhubung soal perkahwinannya dengan Fizz:-
Mungkin Almy mengambil keputusan untuk mendiamkan diri kerana merasakan itu tindakan selamat untuk diambil. Ialah, sebagai seorang wanita, Almy pasti akan dikritik jika dia kelihatan melebih-lebih. Apa pun bersama kita doakan pasangan ini akan bersanding di jinjang pelamin jua satu hari nanti. Baca Yang Ini Pulak:- |
Michael Ang Tidak Kisah Tweets Azwan Ali Posted: 26 Nov 2013 06:16 PM PST Pengarah Michael Ang dan pengacara Azwan Ali memang sinonim dengan ‘percakaran’. Keduanya dikatakan sering bergaduh dalam program Masterchef Malaysia All Stars (MCMAS) yang sedang ditayangkan di Astro Ria. Ini menimbulkan persoalan sama ada kedua-dua selebriti tersebut sememangnya benar-benar bergaduh di alam nyata. Michael Ang memberitahu kepada AstroGempak:
Tambah Michael lagi, dia tidak ambil pusing dengan apa yang dikatakan Azwan di laman twitter kerana baginya laman sosial peribadi adalah hak masing-masing.
Tidak dinafikan, ‘percakaran’ antara keduanya adalah salah satu faktor yang menarik minat orang ramai untuk menonton MCMAS. Mesej Azwan Ali kepada Michael Ang adalah jelas. Sila tonton video di bawah:- Baca Yang Ini Pulak:- |
Hanez Suraya Dikatakan Tiru Stail Selebriti Lain? Posted: 26 Nov 2013 04:54 PM PST Sejak menjadi duta sebuah produk pemutihan kulit, kulit pelakon cantik jelita Hanez Suraya Abdul Aziz semakin putih berseri, bukan begitu? Kecantikan kulit Hanez terserlah dalam siri gambar yang dimuat naik ke Instagramnya dari satu lawatan perniagaan ke Hong Kong. Pelakon yang semakin popular ini berpakaian ringkas saja, namun melalui komen-komen di Instagram, ada yang mengatakan Hanez kelihatan seperti seorang selebriti yang juga merupakan pelakon cantik juga. Khabarnya, para peminat selebriti yang lagi satu tidak berpuas hati kerana penampilan Hanez kelihatan seakan-akan selebiti pujaan mereka itu. Malah, selebriti lagi satu itu juga telah memuat naik imej di Instagram meminta agar stailnya berhenti ditiru. Kami tidak pasti sama ada ‘peniruan’ itu sengaja atau secara kebetulan. Tetapi bila ada melihat gambar-gambar ini, adakah anda melihat Hanez seperti selebriti popular lain? Berikan pendapat anda di ruangan komen. Lagi sembilan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Saksikan Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa (PALMA) 2013 pada 30 November (Sabtu) ini. Anda dijemput menyaksikan pertandingan ini secara live di Auditorium Perdana, Angkasapuri mulai jam 8.00 malam, atau saksikannya secara langsung di TV2, mulai jam 9.00 malam. Seramai 11 peserta pertandingan akhir terdiri daripada Syed Junaid Raza dari Pakistan dengan lagu Itu Kamu dari kumpulan Estrange; Cai Meiling, China (Cinta Abadi – Soo Wincci), Shanaka Nirmal Sirinanda, Sri Lanka (Perpisahan – Anuar Zain); Chogyal Nuchu Dorji, Bhutan (Cukup Indah – Alif Satar); Sayed Mohammad Hasheimian, Iran (Kepadamu Kekasih – Datuk M Nasir); Nurul Bagitova, Kazakhstan (Patah Seribu – Shila Amzah); Mbasu Benard Okaro, Kenya (Dwihati – Aizat & Yuna); Senyange Shaban, Uganda (Jangan Nakal – Alif Satar); Taniguchi Mami, Jepun (Kurik Kundi – Datuk Siti Nurhaliza); Kazi Yasin Islam, Bangladesh (Bahagiamu Deritaku – Hafiz) dan Brunhilde Marie Julia Geuth, Belgium (Kalis Rindu – Elyana). Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment