Fouziah Gous Ialah Pengacara Nona Untuk Tahun 2015

Nur Fazura Buat Pengakuan Pernah Bercinta Dengan Shaheizy Sam
Pernah menjadi pengacara jemputan untuk rancangan Nona, kini Fouziah Gous bakal menggantikan tempat Neelofa dan Fara Fauza selaku pengacara tetap program penuh berprestij ini. Tahun baru wajah baru. Sesungguhnya wajah Fouziah Gous yang elegan, jelita dan menawan memang bersesuaian sekali dengan konsep program Nona. Satu gandingan yang amat mantap sekali.
Kontrak selama setahun telah pun ditandatangani oleh Fouziah Gous. Menariknya tawaran daripada Nona ini diterima 2 hari sebelum hari jadinya pada 11 Disember. Memang hadiah hari jadi yang amat bermakna. Kata Fouziah Gous:-
Saya pernah diundang sebagai pengacara jemputan Nona sebelum ini. Cuma sejujurnya saya tak sangka dan terkejut bila tawaran mengemudi program ini datang.
Atas dasar mencabar diri dan tidak mahu melepaskan peluang ini, saya terima. Setidak-tidaknya komitmen ini membolehkan masa bersama suami lebih banyak berbanding kerja berlakon.
Setakat ini sudah dua episod dirakamkan dan kontrak saya bersama Nona untuk setahun. Sepanjang komitmen ini juga saya tak akan ambil tawaran kerja lain.
Saya pelakon dan bukannya pengacara. Dunia pengacaraan masih asing kepada saya dan jujur saya tak arif dalam skop kerja ini.
Saya tak mahu berjanji besar tapi akan cuba mempersembahkan yang terbaik untuk mandat ini. Apa saja kekurangan akan saya perbaiki.
Untuk makluman, Fouziah Gous akan mengacara secara solo. Tiada pengacara lain yang akan digandingkan dengannya. Pasti ini adalah satu cabaran yang amat hebat. Semoga berjaya dan tahniah diucapkan atas pemilihan anda. Good luck and all the best. Sumber Berita Harian.

Satu ketika dahulu, pada tahun 2013, pernah ada desas-desus mengenai hubungan percintaan antara Nur Fazura dan Shaheizy Sam. Mereka berdua didakwa dilihat oleh orang ramai berjalan sambil berpegangan tangan dan membuat aksi romantik seperti pasangan bercinta. Namun Shaheizy Sam telah tampil dan menafikan dakwaan tersebut. Katanya tangan wanita yang dipegang itu adalah tangan ibunya, bukan Fazura.
Namun menerusi rancangan Facing Up To Fazura yang dikeudarakan baru-baru ini, Nur Fazura akhirnya telah tampil dan membuat pengakuan bahawa dirinya pernah bercinta dengan Shaheizy Sam. Percintaan mereka berlaku 2 tahun yang lalu yang mana mereka mulai rapat apabila berlakon bersama dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia. Mereka berdua mula bercinta di set penggambaran tersebut. Hubungan mereka dikatakan seperti belangkas, tidak dapat dipisahkan langsung.
Tidak seperti kisah dongeng, percintaan Fazura dan Shaheizy Sam tidak berakhir dengan kegembiraan. Hubungan mereka putus dan dikatakan berakhir dengan tidak berapa baik. Mereka tidak bertegur sapa selama 14 bulan sehingga promosi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia dijalankan. Menerusi program itu juga, Fazura melahirkan rasa kejanggalan untuk bertemu kembali dengan Shaheizy Sam selepas 14 bulan tidak bertegur sapa.
Menarik juga program seperti Facing Up To Fazura ini kan? Habis terbongkar segala rahsia yang disimpan selama ini. Ternyata desas-desus dan khabar angin di dunia hiburan ini kebanyakannya adalah betul. Cuma bila ditanya macam biasalah artis kita malu-malu nak mengaku. Boleh difahami. Diharap selepas ini artis-artis lain turut sama diberi peluang untuk membuat program sebegini. Tentu ramai yang punyai rahsia menarik untuk dikongsikan bersama.

0 comments:
Post a Comment