Shaheizy Sam Kembali Bercinta Dengan Bekas Kekasihnya, Puteri Najuwa?
Shaheizy Sam Kembali Bercinta Dengan Bekas Kekasihnya, Puteri Najuwa? |
- Shaheizy Sam Kembali Bercinta Dengan Bekas Kekasihnya, Puteri Najuwa?
- Dokumen Perkahwinan Ramli MS & Alyah Memuaskan Hati- JAIS
- Teman Wanita Zul Ariffin Akui Cemburu, Namun Nafi Sindir Ayda Jebat
- Ayda Jebat Tak Menyesal Diberhentikan Dari Universiti, Berpakaian Sopan Kerana Peminat
Shaheizy Sam Kembali Bercinta Dengan Bekas Kekasihnya, Puteri Najuwa? Posted: 02 Sep 2014 09:49 PM PDT Shaheizy Sam adalah seorang lelaki yang amat misteri dalam bab percintaan. Memiliki segala-galanya (wajah kacak, lakonan mantap dan sikap yang baik), sehingga ke hari ini tidak pernah kedengaran kisah percintaan Shaheizy Sam dan mana-mana gadis di luar sana. Peminat setia Shaheizy Sam mungkin mengetahui yang pelakon ini pernah bercinta dengan Puteri Najuwa yang pernah popular menerusi drama Dari KL Ke Queenstown. Namun sayangnya percintaan Shaheizy Sam dan Puteri Najuwa telah putus di tengah jalan dan sehingga ke hari ini apabila ditanya mengenai kewujudan kekasih baru, Shaheizy Sam sentiasa berkata yang dirinya ‘single’. Menariknya menerusi portal Murai baru-baru ini, dikatakan yang Shaheizy Sam telah menjalin semula hubungan cinta dengan Puteri Najuwa. Adakah cinta berputik kembali antara mereka?
Rasanya kalau Shaheizy Sam dan Puteri Najuwa benar-benar bercinta kembali, sudah pasti ia akan mendapat restu bukan sahaja daripada para peminat, malah keluarga kedua-dua belah pihak. Hubungan antara Puteri Najuwa dan ibu Shaheizy Sam pun nampak sangat mesra. Tengok gaya macam dah dapat restu. Hehehe. Apa pun, molek benarlah kalau Shaheizy Sam dah ada kekasih. Umur pun dah sesuai sangat untuk berkahwin. Tak gitu? Sama-samalah kita doakan pelakon kesayangan ramai ini agar bertemu jodoh secepat mungkin. Amin. P.S: BMW X4 yang pasti membuatkan air liuh anda meleleh Baca Yang Ini Pulak:- |
Dokumen Perkahwinan Ramli MS & Alyah Memuaskan Hati- JAIS Posted: 02 Sep 2014 09:25 PM PDT Yeah~~~ JAIS telah pun mengesahkan dokumen perkahwinan Datuk Ramli MS dan Alyah yang berlangsung di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013 adalah memuaskan hati jabatan tersebut. Ini bermakna perkahwinan mereka boleh didaftarkan di Malaysia tanpa sebarang masalah. Malah Datuk Ramli MS dan Alyah juga memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan dijalankan. Untuk makluman, Ramli MS telah hadir ke JAIS semalam (2 September 2014) untuk menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan pernikahannya dengan Alyah. Berikut ialah kenyataan akhbar daripada JAIS:-
Alhamdulillah semua berjalan lancar buat pasangan ini. Harap-harap Ramli MS dan Alyah cepat-cepat mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia. Manalah tahu ada berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga dalam masa terdekat ini. Tak adalah timbul sebarang masalah jika perkahwinan dah didaftarkan. Apa pun, tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan buat anda berdua. Semoga berbahagia ke akhir hayat. P.S: Kisah Claudio, lelaki yang mempunyai kepala terbalik Baca Yang Ini Pulak:- |
Teman Wanita Zul Ariffin Akui Cemburu, Namun Nafi Sindir Ayda Jebat Posted: 02 Sep 2014 08:40 PM PDT Penerbit Gayatri Su-Lin Pillai yang juga pengurus besar Astro Shaw memberitahu mStar hari ini bahawa dia terkejut apabila dikatakan menyindir pelakon Ayda Jebat yang berlakon bersama Zul dalam drama Rindu Awak 200% dalam satu status media sosial. Malah dia tidak tahu menahu mengenai status yang diperkatakan kerana tidak memberi perhatian pada akaun media sosial miliknya tau orang lain. Saya tidak perlu berbuat demikian kerana tidak mempunyai sebarang masalah dengan aktres tersebut. Gayatri berkata perasaan cemburu dalam sebuah perhubungan ialah sesuatu yang normal, namun dia seorang penerbit filem dan profesional. Dia faham Zul dan Ayda perlu mempromosikan drama berkenaan.
Menafikan hubungan mereka bermasalah kerana Ayda, Gayatri turut memberitahu yang hubungannya dengan Zul masih seperti biasa dan enggan mengulas lanjut. Sebelum ini Zul juga ada mengeluarkan kenyataan yang dia dan Gayatri akan berkahwin dalam masa terdekat, namun segalanya masih dalam perancangan dan dia juga enggan bercerita lanjut mengenainya. Nama Zul Ariffin meningkat naik sejak kebelakangan ini setelah berlakon dalam drama Rindu Awak 200%. Gaya lakonan yang bersahaja serta pakej rupa yang dimiliki menyebabkan ramai menggilai pelakon ini. Apa pun, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama…
Baca Yang Ini Pulak:- |
Ayda Jebat Tak Menyesal Diberhentikan Dari Universiti, Berpakaian Sopan Kerana Peminat Posted: 02 Sep 2014 08:07 PM PDT Dua tahun dulu, pelakon yang dikenali dengan wataknya dalam drama Rindu 200%, Ayda Jebat diberhentikan dari sebuah universiti kerana tidak dibenarkan bercuti bagi menyertai Akademi Fantasia 9 (AF9). Ayda yang nama sebenarnya ialah Nur Suhada Jebat, 22, pada masa itu mengambil jurusan muzik. Walaupun tinggal dua semester lagi untuk mendapatkan diploma, Ayda yang telah berfikir masak-masak membuat keputusan meninggalkan pengajian untuk menyertai program realiti itu. Namun begitu, Ayda mendakwa tidak menyesal meninggalkan pengajian kerana beranggapan apa yang dipelajarinya ialah persediaan untuk memasuki industri seni. Tambahan pula rakan Ayda yang menamatkan pengajian masih mencari peluang pekerjaan dan peluang untuk bergiat dalam seni.
Ayda juga memberitahu dia memiih berpakaian sopan kerana peminatnya terdiri dari wanita bertudung.
Kira okaylah tu, Ayda juga makin dikenali sekarang ini. Walaupun tidak menyerlah di pertandingan AF9 dan juga dalam bidang muzik yang pernah dipelajarinya, rezeki Ayda nampaknya lebih kepada bidang lakonan. Untuk belajar, di masa hadapan pun boleh asalkan ada kemahuan, kan?
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment