Panggil Eina Saja Pun Saya Okey – Datin Paduka Eina Azman
Panggil Eina Saja Pun Saya Okey – Datin Paduka Eina Azman |
- Panggil Eina Saja Pun Saya Okey – Datin Paduka Eina Azman
- (4 GAMBAR)Didie Alias Bertudung, Serius Manis
- Itu Gambar Lama Sebelum Pergi Umrah – Lana Nordin
- Aamir Khan Bersara Daripada Dunia Lakonan
- Kamal Adli Bohong Kalau Dia Kata Tak Tahu Kami Putus – Intan Ladyana
- (10 GAMBAR)Leez AF Yang Akan Berkahwin 6 Bulan Lagi Dengan Aepul Drama Band
- (6 GAMBAR)Aksi Sosial Lana Nordin Bertebaran
Panggil Eina Saja Pun Saya Okey – Datin Paduka Eina Azman Posted: 02 Sep 2014 02:27 AM PDT Bagus sungguh Datin Paduka Eina Azman ini. Merendah diri sungguh orangnya. Memperolehi gelaran ‘Datin Paduka’ pada usia 19 tahun selepas sah bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, Eina Azman tidak kisah jika orang ramai tidak memanggilnya dengan gelaran tersebut. Thumbs up buat Eina kerana masih ‘down to earth’ walaupun selayaknya boleh digelar ‘Datin Paduka’. Sikap sebegini sewajarnya harus dicontohi oleh kita semua. Menariknya berkata mengenai hadiah sebuah kereta Chevrolet Camaro yang dijadikan hantaran oleh suaminya itu, Eina memaklumkan ia adalah kerana dirinya peminat filem Transformers. Bertuah sunggueh Eina mendapat seorang suami yang pemurah sebegini. Semoga ia berkekalan. Kata Eina:-
Eina Azman dan suami akan berbulan madu di Kepulauan Maldives sebelum majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada 31 Januari depan. Semoga ada berita gembira apabila pulang daripada ‘honeymoon’ itu kelak. Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan Datin Paduka Eina Azman dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit informasi Berita Harian dan Instagram Eina Azman.
Baca Yang Ini Pulak:- |
(4 GAMBAR)Didie Alias Bertudung, Serius Manis Posted: 02 Sep 2014 01:40 AM PDT Bukan senang untuk melihat Didie Alias bertudung. Namun baru-baru ini ketika majlis rumah terbuka Tudung Fareeda, Didie telah tampil dengan imej berhijab. Secara jujur, memang sesuai sangat Didie Alias bertudung. Nampak semakin muda, makin terserlah wajah seorang ibu dan paling penting, manis menutup aurat. Di kala ramai artis muda berhijrah mengikuti syariat Islam, Abang Nara doakan agar Didie Alias juga terbuka hati suatu hari nanti. Maklumbalas yang diterima daripada para peminat pun sangat bagus. Ramai yang gembira sekiranya imej bertudung ini dikekalkan oleh Didie Alias. Boleh jadi ‘role model’ kepada orang awam di luar sana. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar Didie Alias manis bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Media Hiburan. P.S: Gambar kenangan Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 Baca Yang Ini Pulak:- |
Itu Gambar Lama Sebelum Pergi Umrah – Lana Nordin Posted: 02 Sep 2014 01:23 AM PDT Banyak pihak yang tidak hairan apabila gambar sosial Lana Nordin tersebar hari ini. Ada sesetengah pihak menganggap Lana memang tidak akan berubah dan akan terus dengan cara hidup sebegitu walaupun telah menunaikan umrah beberapa bulan yang lalu. Namun menerusi Berita Harian hari ini, empunya badan telah tampil memberikan penjelasan mengenai gambar-gambar yang jelas menunjukkan sebab dirinya digelar sebagai Pamela Anderson Malaysia. Untuk makluman, Lana Nordin kini sedang bercuti dengan kekasih barunya dan rakan-rakan di atas ‘private yacth’ milik salah seorang kawannya. Menurut Lana, gambar yang tersebar itu diambil beberapa bulan sebelum dirinya menunaikan umrah. Jelas Lana:-
Stephanie Liah, rakannya yang memuatnaik gambar tersebut turut sama memberi penjelasan yang serupa menerusi satu status di Instagramnya. Stephanie Liah juga turut memberi panjang lebar mengenai tindakannya memuatnaik gambar-gambar tersebut. Kata Stephanie:-
Baguslah masing-masing sudah memberi penjelasan. Sebagai seorang rakan, Stephanie Liah sepatutnya harus lebih berhati-hati. Kalau gambar yang akan menimbulkan kontroversi, lebih baik jangan dikongsi untuk tatapan ramai. Tak apalah, jadikan ini sebagai pengajaran. Jangan lepas ini nak ber’throwback’ lagi sudahlah. Cukup-cukuplah itu. Tak gitu? Baca Yang Ini Pulak:- |
Aamir Khan Bersara Daripada Dunia Lakonan Posted: 01 Sep 2014 08:11 PM PDT Berita yang agak menyedihkan untuk peminat filem Bollywood amnya dan peminat Aamir Khan khususnya. Pelakon hebat yang menunjukkan mutu lakonan tahap tertinggi dalam filem Three Idiots ini telah mengumumkan persaraannya daripada dunia lakonan. Menurut Aamir Khan, keputusan ini diambil kerana peminat tidak lagi mahu melihat lakonannya. Hmmmm. Iye ke? Bagi Abang Nara filem Three Idiots adalah salah satu filem terbaik Bollywood yang pernah Abang Nara lihat. Memang lain daripada yang lain. Agak rugi juga sekiranya Aamir Khan bersara. Namun Abang Nara pasti pelakon hebat ini telah berfikir semasak-masaknya sebelum mencapai keputusan ini. Kata Aamir:-
Walaupun tidak lagi berlakon, diharap Aamir Khan akan terus mengarah filem Bollywood. Mungkin sudah tiba masa untuk Aamir membentuk pelakon generasi baru untuk menjadi sehebat dirinya satu ketika dahulu. Good luck and all the best buat Aamir Khan. Apa lagi filem lakonan Aamir Khan yang menjadi kegemaran anda? Kongsikan di ruangan komen. Baca Yang Ini Pulak:- |
Kamal Adli Bohong Kalau Dia Kata Tak Tahu Kami Putus – Intan Ladyana Posted: 01 Sep 2014 07:00 PM PDT Mungkinkah Kamal Adli berpura-pura terkejut dan terkesima apabila kekasihnya, Intan Ladyana mengumumkan yang hubungan mereka berdua sudah hancur berkecai baru-baru ini? Tidak diketahui apa motif Kamal Adli buat-buat tidak tahu dan terkejut, namun pasti pelakon kacak ini ada sebabnya tersendiri. Ini kerana menurut Intan Ladyana, keputusan untuk berpisah diambil selepas mereka berdua berbincang sesama sendiri. Bukannya tiba-tiba putus seperti tali yang dipotong dengan pisau tajam.
Buat Kamal Adli, lupakanlah sahaja Intan Ladyana. Memang sudah tertulis anda berdua tiada jodoh. Jangan dikenang barang yang sudah lepas. Move on. Carilah awek baru. Kali ini jangan bercinta lama-lama. Kalau dah berkenan, terus masuk meminang. Buat Intan Ladyana, jom kita berkenalan? Hehehe. (matilah kalau wife Abang Nara baca nie). Sumber Mstar Online. Baca Yang Ini Pulak:- |
(10 GAMBAR)Leez AF Yang Akan Berkahwin 6 Bulan Lagi Dengan Aepul Drama Band Posted: 01 Sep 2014 06:09 PM PDT Wow. Makin cantik pula Abang Nara tengok Leez AF ini. Makin berseri-seri wajahnya. Mungkin ini adalah seri seorang bakal pengantin. Kalau ada yang terasa nak mengorat Leez, sila lupakan hasrat anda. Leez telah pun bertunang dengan Aepul dari kumpulan Drama Band dan bakal bergelar seorang isteri dalam tempoh 6 bulan lagi. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan. Leez dan Aepul memang sama cantik dan sama padan. Suka Abang Nara melihat gambar ‘sweet’ mereka berdua. Kata Leez mengenai perancangan perkahwinan mereka berdua:-
Semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar buat Leez dan Aepul. Tak sabar nak melihat mereka berdua di atas jinjang pelamin kelak. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar Leez dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Leez AF.
Baca Yang Ini Pulak:- |
(6 GAMBAR)Aksi Sosial Lana Nordin Bertebaran Posted: 01 Sep 2014 04:55 PM PDT Malam semalam, salah seorang model popular Malaysia, Stephanie Liah telah memuatnaik beberapa gambar dirinya bersama rakan-rakan menerusi akaun Instagramnya miliknya. Abang Nara pernah menulis mengenai Stephanie Liah yang memang terkenal dengan keseksiannya sebelum ini. Menariknya di dalam gambar-gambar yang dikongsikan oleh Stephanie, turut terpampang sama ialah wajah Lana Nordin dengan pakaian yang agak menjolok mata. Terkejut Abang Nara!!! Abang Nara terkejut kerana sebelum ini Lana Nordin kelihatan seperti sudah berubah dan tidak lagi mengamalkan gaya hidup sebegini. Apatah lagi Lana Nordin telah pun pergi menunaikan umrah baru-baru ini. Namun ada juga kemungkinan ini gambar-gambar lama yang dimuatnaik oleh Stephanie Liah. Biasalah kadang-kadang di Instagram kan orang buat #throwback. Tak gitu? Apa pun, keseksian Lana Nordin tidak dapat dinafikan lagi. Pasti bekas-bekas kekasih Lana Nordin kini menyesali meninggalkan pelakon ini. Hehehe. Sama-samalah kita nantikan penerangan daripada Lana. Pasti ada jawapan yang tersendiri. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Gambar rasmi pertama Proton Iriz
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment