Paksa Isteri Hamil Bersetubuh Dengan Pekerja Bangladesh
Paksa Isteri Hamil Bersetubuh Dengan Pekerja Bangladesh |
- Paksa Isteri Hamil Bersetubuh Dengan Pekerja Bangladesh
- Jais Terima Tiga Dokumen Sokongan Nikah Ramli MS & Alyah
- “Tiba-Tiba Penumbuk Hinggap Di Muka” – Jurugambar NSTP
Paksa Isteri Hamil Bersetubuh Dengan Pekerja Bangladesh Posted: 01 Sep 2014 10:19 PM PDT Paksa Isteri Hamil Bersetubuh Dengan Pekerja Bangladesh | Seorang wanita mengandung tidak dapat menanggung derita selepas suaminya berulang kali memaksanya mengadakan hubungan seks dengan seorang pekerja Bangladesh untuk memenuhi nafsu seksualnya. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad pada Selasa berkata wanita berusia 27 tahun itu melarikan diri dari rumah selepas menerima panggilan daripada suaminya yang berusia 34 tahun kira-kira pukul 10.30 malam Ahad yang memberitahunya bahawa dia akan membawa pulang seorang lelaki Bangladesh untuk tidur dengannya. "Takut dengan permintaan suaminya, wanita itu meninggalkan rumah dan meminta bantuan daripada pihak polis. "Ini bukan kali pertama suaminya memaksa dia mengadakan hubungan seks dengan pekerja Bangladesh berusia 26 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Nizam. "Sebelum ini dia dipaksa mengadakan hubungan seks dengan Nizam sebanyak dua hingga tiga kali. "Dia sedang mengandung tujuh bulan apabila suaminya meminta dia tidur dengan lelaki itu pada bulan Julai," katanya.
Dia juga berkata Nizam tidak dikenakan sebarang bayaran untuk tidur dengannya.Dia telah dihantar ke Hospital Selayang untuk penilaian perubatan, menurut laporan. "Kami menahan Nizam di kedai mainan di Chow Kit pada hari Isnin, manakala suami wanita itu ditahan di rumah pasangan itu di Taman Daya Kepong. "Kedua-dua lelaki itu ditahan selama seminggu bagi membantu siasatan," kata Ali. Kes ini diklasifikasikan sebagai rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.-mStar |
Jais Terima Tiga Dokumen Sokongan Nikah Ramli MS & Alyah Posted: 01 Sep 2014 10:12 PM PDT Jais Terima Tiga Dokumen Sokongan Nikah Ramli MS & Alyah | Pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS menyerahkan pasport perjalanan antarabangsa miliknya dan isteri, penyanyi Alyah selepas diminta hadir ke Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Selasa. Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohamed Salleh turut menyerahkan buku nikahnya bagi membolehkan agensi penguatkuasa agama itu menjalankan siasatan lanjut.
Dalam serbuan itu kedua-dua pasangan tersebut memberi kerjasama yang baik kepada anggota penguatkuasa selain berjaya meyakinkan mengenai pernikahan mereka yang dilakukan di Batam, Indonesia itu. Ramli hadir ke pejabat Jais kira-kira pukul 3 petang namun tidak ditemani isterinya. Ahmad Zahirin memberitahu pasangan itu bernikah pada 18 Mac 2013. "Siasatan berjalan lancar dan pihak kami berpuas hati dengan keterangan dan kerjasama diberikan beliau," katanya.-mStar |
“Tiba-Tiba Penumbuk Hinggap Di Muka” – Jurugambar NSTP Posted: 01 Sep 2014 09:58 PM PDT "Tiba-Tiba Penumbuk Hinggap Di Muka" – Jurugambar NSTP| "Saya ditumbuk tanpa sebab," demikian reaksi jurugambar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Mohd Aizuddin Akmal Saad yang menjadi mangsa perlakuan ganas ahli keluarga penumpang pesawat MH17. Menceritakan kembali insiden kekecohan di Pusat Peringatan Nirvana, Sungai Besi itu, Aizuddin mengakui tidak mengetahui punca sebenar mengapa dia diserang secara tiba-tiba oleh individu berkenaan.
Aizuddin, 29, cedera di muka selepas ditumbuk oleh salah seorang ahli keluarga mendiang pasangan Paul Goes, warga Belanda dan isterinya, Subashni Jretnam, serta anak mereka, Kaelamayajay Goes ketika membuat liputan upacara menyambut kepulangan jenazah mangsa MH17. Menurut Aizuddin, dia membuat laporan polis berhubung insiden itu di Balai Polis Sungai Besi.-mStar |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment