Powered by Blogger.

Video Toyol Yang Ditangkap Di Seremban Meronta Dalam Botol Tersebar

Video Toyol Yang Ditangkap Di Seremban Meronta Dalam Botol Tersebar


Video Toyol Yang Ditangkap Di Seremban Meronta Dalam Botol Tersebar

Posted: 08 Jun 2014 11:58 PM PDT

Video Toyol Yang Ditangkap Di Seremban Meronta Dalam Botol Tersebar  |  Sebuah video yang didakwa menunjukkan seekor toyol yang ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol meronta-ronta mahu keluar tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Apa pun, jom terjah video toyol meronta dalam botol yang Katak Comel paparkan di bawah ini buat tatapan korang semua.



- sumber -

Duit 3.2 Juta Habis Dalam Masa 2 Tahun – Balu Terhebat!

Posted: 08 Jun 2014 11:52 PM PDT

Duit 3.2 Juta Habis Dalam Masa 2 Tahun – Balu Terhebat!   |  Berikutan kematian suaminya ketika sedang bekerja dua tahun lalu, seorang wanita, Pusparani Mohan, 34, telah menerima pampasan daripada majikan suaminya serta wang insurans yang secara keseluruhannya berjumlah hampir USD 1 juta (RM3.2 juta).

Namun, apa yang dikesalkannya kini wang pampasan tersebut sudah habis dibelanjakan hanya dalam tempoh masa selama dua tahun sahaja.

Sehubungan itu, Pusparani kini sedang dalam usaha untuk mencari pekerjaan semula demi menyara kehidupannya dan empat cahaya mata yang kini menetap di Skudai, Johor.

Selepas mendapat pampasan tersebut, Pusparani telah berhenti kerja sebagai tukang cuci di Lapangan Terbang Changi, Singapura, di mana mendiang suaminya, Chandra Mogan Panjanathan juga bekerja di situ sebelum ini.

“Saya telah melakukan kesilapan. Orang tahu saya banyak duit ketika itu dan ramai datang kepada saya pada masa itu. Sepanjang masa itu, saya tidak membeli rumah dan menghabiskan wang untuk kegunaan anak saya dan ianya merupakan satu tindakan yang kurang bijak,” katanya memetik The Sunday Times.

Menurut Pusparani, dia memberikan sedikit wang pampasan tersebut kepada keluarga terdekatnya yang tinggal di Kedah dan selebihnya menggunakannya dengan bercuti di Genting Highlands bersama keluarga.

Selain itu, dia juga mengeluarkan USD400 ribu (RM1.2 juta) untuk membantu perniagaan pengangkutan yang dijalankan oleh abangnya. Namun perniagaan tersebut akhirnya melingkup dalam masa empat bulan.

Demi menampung kehidupan mereka sekeluarga, Pusparani kini bekerja sebagai kerani akaun di Johor Bahru dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan. Pusparani juga menyewa sebuah rumah teres dua tingkat yang mana sewanya dibayar oleh majikannya yang bersimpati dengan nasibnya.

Mereka lima sekeluarga tidur di atas dua tilam lama sementara dilonggokan di lantai bilik kerana tidak mampu membeli almari untuk menyimpan kesemua pakaian-pakaian tersebut.

Pusparani juga terfikir untuk kembali bekerja di Singapura kerana berasakan gajinya tidak mencukupi untuk menampung kehidupan mereka anak beranak.  – sumber -

Gosip Suami Saya Bercinta di WeChat, Fitnah! – Ayu Raudhah

Posted: 08 Jun 2014 11:46 PM PDT

Gosip Suami Saya Bercinta di WeChat, Fitnah! – Ayu Raudhah  |  Aktres Ayu Raudhah menyifatkan gosip suaminya Zaquan Adha kononnya menjalin hubungan sulit dengan seorang gadis menerusi aplikasi WeChat sebagai mengarut dan satu fitnah.

Mengulas mengenai isu tersebut Ayu yang dihubungi Malaysian Digest sebentar tadi berkata, dia terkejut apabila mengetahui tentang khabar angin itu namun menerimanya dengan tenang.

"Saya terkejut tapi bila saya fikirkan balik, saya rasa gosip tu mengarut! Sebab ID "Zaqone" tu bukan ID suami saya. Suami saya tak pakai ID dengan ejaan macam tu. Tapi yang video call (panggilan video) tu, memang suami saya beritahu yang dua hari lepas dia ada dapat panggilan. Tapi panggilan tu sekejap sangat. Saya tak tahu lah, mungkin juga ada orang sengaja rakam dan buat cerita", kata Ayu yang kini sedang berpantang di rumahnya, di Johor Bharu.

Adik kepada pelakon Rozita Che Wan ini berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gosip Zaquan Adha bersembang dengan seorang gadis menerusi aplikasi WeChat.

Dalam blog hiburan Rotikaya hari ini mendedahkan screen shot perbualan mereka berdua yang berbaur cinta. Malah menerusi perbualan itu Zaquan ada bergurau meminta satu ciuman daripada gadis tersebut. Menurut sumber gadis tersebut merupakan salah seorang gadis sorak atau penyeri (mascot? cheerleader?) untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

We Chat Zaquan Gosip Suami Saya Bercinta di WeChat, Fitnah!   Ayu Raudhah

Tambah Ayu, gosip liar tersebut tidak sedikit pun menganggu-gugat kebahagian rumah tangganya. Sebaliknya dia menganggap gosip itu sebagai satu ujian memandangkan ini bukan kali pertama dia dan suaminya 'diusik' dengan khabar sebegitu.

"Sebenarnya saya pun ada dapat gambar screen shot perbualan wechat tu. Ada orang hantar pada email saya. Tapi saya tahu semua tu tak benar. Selama ni kalau ada apa-apa, saya mesti tanya pada suami saya dahulu. Suami saya ada beritahu, kalau yang cheerleader yang menyanyi menari macam untuk pasukan bola mat salih tu tak ada. Tapi setakat tukang bagi bunga tu ada lah.

"Bagi saya gosip ini satu fitnah oleh pihak yang cuba nak mengganggu kebahagian rumah tangga kami. Iyalah, selama ni ramai yang gembira melihat saya dan suami bahagia. Tiba-tiba saja pula keluar cerita begini.

"Tapi ini bukan kali pertama rumah tangga kami di uji dengan cerita-cerita macam ni. Tak mengapalah, saya okay saja. Walaupun saya tahu peminat-peminat saya ramai yang dah marah dengan Zaquan, di internet. Jangan risau, saya okay", kata ibu anak dua ini dan turut kedengaran tawa kecilnya dari corong telefon.

Ayu turut memberitahu yang Zaquan juga terkejut apabila gosip berkenaan timbul namun kata pelakon 'Dejavu di Kinabalu' ini, suaminya tidak terlalu ambil pusing mengenai hal itu.

"Suami saya pun terkejut bila keluar cerita macam ni. Walaupun dia dalam bidang sukan, tapi mujurlah dia dah biasa dengan cerita gosip dalam dunia hiburan, macam ni", ujarnya.

Zaquan Adha dan Ayu Raudhah mendirikan rumah tangga 21 Januari 2011. Pasangan ini dikurniakan dua oran cahaya mata lelaki, Muhammad Aisy Qaiser yang kini sudah berusia setahun dan Muhammad Aisy Aryann (yang baru saja dilahirkan pada 2 Mei lalu).

Sementara itu bertanya mengenai kerjaya lakonannya, Ayu berkata selepas habis tempoh berpantang nanti, dia mahu berehat lagi daripada berlakon memandangkan anak sedang menyusu badan.

"Sebenarnya tawaran berlakon banyak, tapi saya terpaksa tolak dulu sebab anak saya menyusu badan. InsyaAllah bila dia da besar sikit nanti, saya akan aktif semula dalam lakonan", katanya yang akan berada di PWTC bagi menjayakan Festival Hijab yang akan berlangsung pada bulan Ramadan ini.

- sumber -

Isu Anak Haram, Jue Aziz Kecewa

Posted: 08 Jun 2014 05:22 PM PDT

Isu Anak Haram, Jue Aziz Kecewa   |   Hati ibu manalah yang tidak sedih dan kecewa apabila anak mereka dituduh sebagai anak haram ataupun anak luar nikah.

Sebelum ini pelakon Jue Aziz pernah mengeluarkan kenyataan dia mempunyai seorang anak angkat bernama Darwish, namun tak disangka-sangka banyak pihak di luar sana membuat khabar angin mengatakan Darwish sebenarnya anak kandung Jue.

Dan disebabkan perkara itulah Jue dikatakan menyorok statusnya pernikahan dengan seorang pemuzik dari Indonesia, Bayu.

Jue turut mendedahkan Darwish sebenarnya sudah kematian ibu kandungnya.

Memetik kenyataannya dalam program Melodi semalam, Jue mengatakan, “saya agak kecewa bila mereka kata anak saya anak haram, anak luar nikah. Sebab itu saya senyap dahulu. Its okay, takpelah orang nak cakap apa pun, teruskan. Yang mengatakan benda bukan-bukan pasal anak saya, terpulang pada mereka”.

“Saya nak buat satu video kenapa kami kahwin macam ini dan nak buktikan anak itu siapa sebab orang ramai masih tak percaya, cuma sekarang tiada masa,” ujar aktres berusia 31 tahun ini.

Hmm, sabar sahajalah Jue, apa yang penting jangan dihiraukan cakap-cakap orang luar yang tiada kena mengena dalam hidup anda, yang lebih penting semoga perhubungan keluarga ini akan bertambah erat di sebalik segala kontroversi yang menghimpit. – sumber 

SERAM : Anak Patung Berhantu Bertulis Kalimah Allah Ditemui

Posted: 08 Jun 2014 03:51 PM PDT

SERAM : Anak Patung Berhantu Bertulis Kalimah Allah Ditemui  |  Penemuan anak patung dengan mata ditutup kain putih bertulis kalimah Allah mencetuskan kekecohan di media sosial. Anak patung tersebut ditemui tersandar di sebatang pokok di Hougang, Singapura.

Apabila kisah sebenar tidak diketahui, cerita sebegini boleh menimbulkan panik dalam masyarakat. Lalu Facebook Ghost Files Singapore tampil dengan beberapa fakta sebenar tentang anak patung ini selepas disiasat.

patung SERAM : Anak Patung Berhantu Bertulis Kalimah Allah Ditemui
Apabila kisah sebenar tidak diketahui, cerita sebegini boleh menimbulkan panik dalam masyarakat. Lalu Facebook Ghost Files Singapore tampil dengan beberapa fakta sebenar tentang anak patung ini selepas disiasat.

Penemuan anak patung dengan mata ditutup kain putih bertulis kalimah Allah mencetuskan kekecohan di media sosial. Anak patung tersebut ditemui tersandar di sebatang pokok di Hougang, Singapura.

patung berhantu SERAM : Anak Patung Berhantu Bertulis Kalimah Allah Ditemui
Apabila kisah sebenar tidak diketahui, cerita sebegini boleh menimbulkan panik dalam masyarakat. Lalu Facebook Ghost Files Singapore tampil dengan beberapa fakta sebenar tentang anak patung ini selepas disiasat.

Bagaimanapun ketika rancak berbual menerusi Twitter, gadis tersebut didapati telah memadamkan akaun Twitternya. Seorang ustaz dikatakan telah pergi ke pokok di mana anak patung berkenaan ditinggalkan untuk memeriksa namun setakat ini tiada kejadian aneh dilaporkan manakala anak patung tersebut juga sudah tiada di tempatnya.

Kemungkinan besar, ini adalah satu usaha mencetuskan kekecohan dalam masyarakat oleh seseorang yang ‘bosan’ dengan hidupnya. Harus diingat, mempercayai sesuatu selain Allah SWT dapat menjaga kita dalam hidup adalah satu kepercayaan yang sesat.

Begitu pun tak dapat dinafikan memang wujud makhlus-makhlus halus di dunia ini tapi seperti kita, mereka juga makhluk Allah Taala. – sumber -

Pekerja Pelantar Minyak Lihat ‘Pesawat MH370 Terbakar’ Kini Dipecat

Posted: 08 Jun 2014 03:13 PM PDT

Pekerja Pelantar Minyak Lihat 'Pesawat MH370 Terbakar' Kini Dipecat  |  Akhbar harian New Zealand Sunday Star Times melaporkan bahawa warga New Zealand, Mike McKay, yang mendakwa melihat sebuah pesawat sedang terbakar terbang di perairan Vietnam pada bulan Mac, telah dipecat dari pekerjaannya berikutan dakwaan itu.

McKay, yang bekerja di pelantar minyak Songa Mercur telah menghantar e-mel dengan nama penuhnya dan nombor pasport New Zealand kepada pihak atasan pada bulan Mac selepas melihat sebuah kapal terbang terbakar yang dipercayai pesawat Malaysia Airlines (MAS), penerbangan MH370 yang hilang.

E-mel tersebut yang dibocorkan kepada media terkandung maklumat yang dikenalpasti sebagai pengendali pelantar, Idemitsu dan kontraktor McKay, Songa Offshore, maklumat yang membawa kepada petunjuk bahawa komunikasi kedua-dua syarikat itu disekat kerana dibanjiri pertanyaan.

Ekoran apa yang berlaku, pegawai-pegawai Vietnam telah menemuramah McKay dan bersedia untuk bertindak ke atas maklumat yang diberikannya sebelum usaha carian beralih ke laut Andaman dua hari selepas temubual dijalankan.

McKay juga telah membuat kenyataan untuk Interpol kepada polis New Zealand setelah kembali ke negaranya, di mana dia kini sedang menunggu kontrak Asia Tenggara yang baharu.

Sunday Star Times memetik McKay sebagai berkata bahawa dia dilepaskan dari pelantar lima hari lebih awal, tetapi dibayar sehingga akhir tempoh kerja.

Walau bagaimanapun, sub-kontraktor di bawah tempat dia berkerja, M-I Swaco berkata McKay telah dilepaskan awal kerana mereka telah menemui seorang jurutera tempatan untuk menggantikan tempatnya.

McKay, seorang pekerja veteran yang telah berkhidmat selama 35 tahun di Asia Tenggara menambah bahawa 'kontrak mempunyai makna yang kecil dalam kerjayanya' tetapi menegaskan bahawa dia percaya pesawat terbakar yang dilihat pada altitud tinggi itu adalah MH370.

"Saya percaya saya melihat kapal terbang Malaysia Airlines sedang menjunam. Masanya sesuai," kata McKay, yang menambah pesawat yang didakwa dilihat adalah di luar laluan penerbangan biasa, berdasarkan pemerhatian hariannya.

Dalam e-melnya, McKay, yang telah bekerja di perairan Vietnam secara konsisten sejak tahun 2008, memasukkan butiran tertentu seperti lokasi tepatnya di Songa Mercur, bearing kompas berkaitan apa yang dilihatnya dengan pelantar, permukaan semasa dan arah angin.

McKay bukan satu-satunya individu yang telah tampil dan menyatakan melihat pesawat yang terbakar, tetapi pelaut British, Katherine Tee juga dilaporkan melihatnya pada awal Mac.

Tee, 41, berkata dia telah belayar dari Cochin, India ke arah Phuket, Thailand dengan suaminya Marc Horn, 50, apabila dia melihat sesuatu seperti kapal terbang terbakar melintasi langit malam pada 7-8 Mac.

"Saya melihat sesuatu yang kelihatan seperti kapal terbang terbakar. Itulah yang saya terfikir pada masa itu. Kemudian, saya berfikir tentangnya dan saya akan menjadi gila… Ia menarik perhatian saya kerana saya tidak pernah melihat kapal terbang dengan cahaya oren sebelum ini, jadi saya tertanya-tanya mengenainya," katanya kepada Phuket Gazette.

Pada malam itu, dua pesawat lain dengan lampu navigasi biasa telah bergerak ke arah yang bertentangan.

"Saya masih ingat ketika itu saya berfikir jika apa yang saya lihat adalah kapal terbang terbakar, pesawat lain akan melaporkannya," tambahnya.

Tee tidak berkongsi pengalamannya dengan sesiapa sehingga mereka tiba di Phuket pada 10 Mac.

Suka Maki Hamun, Rozita Che Wan Sekat 1,000 Pengikut Instagram

Posted: 08 Jun 2014 02:56 PM PDT

Suka Maki Hamun, Rozita Che Wan Sekat 1,000 Pengikut Instagram  |  Pelakon Rozita Che Wan mendedakan dia berjaya menyekat kira-kira 1,000 pengikut laman sosial Instagram miliknya kerana rimas dengan mesej-mesej yang dikomen apabila gambarnya dimuat naik.

Rozita, 41,  atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta berkata, dia juga akan membuang mana-mana status peminat yang dirasakan tidak bersesuaian ataupun menyakitkan hati.

“Bagi saya, Instagram saya adalah ‘personal’ . Adalah menjadi hak saya untuk meletakkan gambar saya.  Kalau sesiapa yang tak suka jangan follow.

“Saya pun pernah… lebih kurang 1,000 orang saya block,” katanya.

Rozita berkata demikian ketika menjadi tetamu  rancangan h live yang disiarkan menerusi  Astro Ria dan Maya HD pada Ahad pukul 8.30 malam.

Pelakon itu ditemubual pengacara Datuk Aznil Nawawi. Ketika ini Rozita menerusi akaun Instagram miliknya iaitu rozitachewan1 mempunyai lebih 300,000 pengikut.

Dalam pada itu Rozita berkata, dia juga kecewa setiap kali memuat naik gambar-gambarnya bersama suami iaitu Zain Saidin, banyak komen negatif diberikan pengikut laman sosial itu.

Malah gambar percutiannya dengan Zain di Paris pada bulan lalu turut menjadi isu apabila aksi  mereka berbaring di atas katil dan juga berpelukan seolah-olah bercium dengan berlatar belakangkan menara Eiffel turut dikritik.

Saya muat turun gambar pun, gambar dengan laki (suami). Sebenarnya gambar kami nampak macam bercium tu, sebenarnya kami bukan bercium pun.

“Tapi bila kita jelaskan, dia orang tetap kata tu gambar bercium. Kalau bercium pun apa salahnya, bukan laki (suami) orang,” katanya sambil ketawa.

Tambah Rozita walaupun dia sakit hati dengan komen-komen itu namun dia tidak terlalu memikirkan perkara berkenaan.

Bagaimanapun dia benar-benar marah apabila isu Zain mewarnakan rambut perang dipersoalkan tanpa peminat  mengetahui perkara sebenar.

Ujar Rozita, Zain terpaksa berbuat demikian kerana terikat dengan kontrak lakonanya  memegang watak sebagai Mr. Henry Middelton dalam Oh My English musim ketiga yang akan berakhir penggambarannya sehingga hujung tahun ini.

“Zain warna rambut pun nak komplen. Kita buat sesuatu benda mesti ada sebab. Dia terikat dengan Oh My English. Orang asyik nampak buruk je,” katanya yang kini mengandung lima bulan. 

- sumber -

CCTV Rakam Peniaga Surat Khabar Di Jelebu Diganggu Syaitan

Posted: 08 Jun 2014 02:50 PM PDT

CCTV Rakam Peniaga Surat Khabar Di Jelebu Diganggu Syaitan  |  KEJADIAN seram ini telah berjaya di rakam oleh CCTV yang berada di dalam kedai peniaga ini sendiri. Kedai ini adalah sebuah kedai menjual majalah, suratkhabar dan bahan bacaan lain.

Kebiasaanya kejadian paranormal akan berlaku pada waktu tengah malam, tetapi apa yang berlaku kepada peniaga ini ialah dia telah mengalami gangguan paranormal pada waktu tengah hari.

Cuba anda perhatikan dengan teliti rakaman video CCTV ini. Kelihatan peniaga mengemas kedainyta, tiba-tiba dia terdengar majalah terjatuh lalu dia meletakkan di raknya semula.

Tetapi kemudian majalah itu jatuh semula, kejadian ini berulang-ulang sehingga banyak majalah dan akhbar yang melayang tanpa ada angin atau orang yang menjatuhkannya.

Kerana ketakutan peniaga ini kelihatan melarikan diri. Apa yang berlaku ini agak luar biasa dan menakutkan.

Sebenarnya bukan makhluk manusia sahaja yang mendiami alam ini, kita sebenarnya berkongsi dengan makhluk-makhluk lain yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Sesekali mungkin makhluk-makhluk ghaib ini sekadar ingin bergurau dengan manusia.



- sumber -

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani