HUTANG NAFKAH RM100,000 - AIDIL ZAFUAN TERJUN KE BIDANG LAKONAN
HUTANG NAFKAH RM100,000 - AIDIL ZAFUAN TERJUN KE BIDANG LAKONAN |
- HUTANG NAFKAH RM100,000 - AIDIL ZAFUAN TERJUN KE BIDANG LAKONAN
- ISU CERAI ABBY ABADI - FARHAN MAIN KAYU TIGA?
- TIADA 'PENDERAAN' - FARHAN NAFI SEBAR CERITA PADA MEDIA
- SAH CERAI TALAK SATU - FARHAN DAKWA 'DIDERA' ABBY ABADI
- NAFKAH TERTUNGGAK LEBIH RM100,000 - RITA RUDAINI
- IZREEN AZMINDA AKHIRNYA SAH BERCERAI TALAK SATU
- LAGI GAMBAR ISTERI BARU BADE HAJI AZMI
- DAKWAAN PUKUL ISTERI - KISAH RUMAH TANGGA 'RAHSIA' BAGI AWIE
- BERCUTI 7 HARI 5 MALAM DI JORDAN BERSAMA ANUAR ZAIN
- SAMPAI BILA SAYA NAK TUNGGU ERRA? - ENGKU EMRAN
| HUTANG NAFKAH RM100,000 - AIDIL ZAFUAN TERJUN KE BIDANG LAKONAN Posted: 11 Jun 2014 06:36 PM PDT Kami rasa tujuan pemain pertahanan pasukan JDT, Aidil Zafuan terjun dalam bidang lakonan tidak ada kena mengena dengan hutang nafkah berjumlah RM100,000. Untuk info, Aidil khabarnya telah menerima tawaran berlakon dalam '#TheGlups'. Namun tidak pasti ia sebuah drama, filem atau sekadar iklan sahaja. ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| ISU CERAI ABBY ABADI - FARHAN MAIN KAYU TIGA? Posted: 11 Jun 2014 05:28 PM PDT Dalam perbicaraan pengesahan cerai di mahkamah semalam, Abby telah memaklumkan pihak mahkamah yang wujudnya kronologi SMS di dalam telefon bimbit bekas suaminya Muhammad Noor Farhan Che Bakar dengan seorang wanita. Rantaian SMS itu diketahui Abby pada Januari tahun ini, ketika dia memeriksa telefon bimbit Farhan. "Saya tidak mahu komen berkenaan itu kerana ia tidak memberi manfaat pada sesiapa" kata Abby kepada wartawan apabila diminta untuk mengulas lanjut tentang SMS tersebut. ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| TIADA 'PENDERAAN' - FARHAN NAFI SEBAR CERITA PADA MEDIA Posted: 11 Jun 2014 06:09 PM PDT Berikutan isu bekas suami Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang mendakwa didera, dicakar dan dibaling kunci hingga berdarah... Mesej terkini daripada Farhan untuk bekas isterinya, dia menafikan ada menceritakan hal itu pada media. Kata Farhan, "Saya tak cakap saya didera. Maafkan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Takpa la, semua salah saya je ok!" Berikut adalah komen Abby pula mengenai kontroversi tersebut. Klik gambar untuk baca ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| SAH CERAI TALAK SATU - FARHAN DAKWA 'DIDERA' ABBY ABADI Posted: 11 Jun 2014 01:30 AM PDT Kalau sudah tersurat sampai di sini jodohnya, tiada apa yang dapat kita lakukan. Dan itulah suratan takdir Abby Abadi dan Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang sah bercerai talak satu hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Lafaz cerai yang dihantar oleh Farhan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Mei lalu, akhirnya disahkan oleh Mahkamah. Bukti (gambar) kecederaan yang dialami oleh Farhan ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| NAFKAH TERTUNGGAK LEBIH RM100,000 - RITA RUDAINI Posted: 10 Jun 2014 07:01 PM PDT Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Mawardi Che Man telah menangguhkan perbicaraan tuntutan nafkah tertunggak lebih RM100,000 yang difailkan Rita Rudaini, terhadap bekas suaminya Mohd Aidil Zafuan Abd Razak, untuk perbicaraan penuh pada 30 September ini. Bagaimanapun, Rita dan Aidil Zafuan tidak hadir di mahkamah. Mereka berdua hanya diwakili peguam masing-masing. ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| IZREEN AZMINDA AKHIRNYA SAH BERCERAI TALAK SATU Posted: 10 Jun 2014 06:40 PM PDT Pelakon Izreen Azminda yang sebelum ini mendakwa telah diceraikan suaminya, Muhammad Riza ketika di lokasi penggambaran, akhirnya benar-benar sah bercerai kelmarin dengan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. "Kami bercerai atas persetujuan bersama dan masih berkawan baik demi anak kami. Walaupun saya mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya tetapi Riza bebas untuk berjumpa Adrian pada bila-bila masa," demikian ujar Izreen dipetik sebagai berkata. ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| LAGI GAMBAR ISTERI BARU BADE HAJI AZMI Posted: 10 Jun 2014 04:01 PM PDT Lagi gambar menarik madu Erma Fatima, iaitu Aida Abdul yang telah berkahwin pada April lalu dengan Bade Haji Azmi. Lebih menarik, ia mendapat restu keizinan Erma sendiri yang tidak mahu menghalang orang yang disayanginya mendapatkan kebahagiaan. Kata Erma, kasih sayang itu soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Jom tengok! ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| DAKWAAN PUKUL ISTERI - KISAH RUMAH TANGGA 'RAHSIA' BAGI AWIE Posted: 10 Jun 2014 03:47 PM PDT Jika semalam, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, meminta pihak yang menyebarkan dakwaan dia memukul isterinya memberi bukti sahih, terbaru penyanyi rock Wingg itu tidak akan mendedahkan sebarang masalah rumah tangganya kepada umum meskipun ia menjadi satu kontroversi. Tambah penyanyi dan pelakon itu, sekiranya dia berbuat demikian, tanpa sedar ia sedikit sebanyak akan menggugat rumah tangganya. ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| BERCUTI 7 HARI 5 MALAM DI JORDAN BERSAMA ANUAR ZAIN Posted: 10 Jun 2014 03:20 PM PDT Mahu menyaksikan konsert Anuar Zain secara langsung dan eksklusif ketika makan malam di Laut Mati, Jordan? Mahu merakamkan kenangan indah bersama Anuar secara one-to-one tanpa gangguan? Semua itu bakal menjadi nyata apabila buat julung kalinya Scenic Leisure & Event, FBA Media Sdn Bhd dan Anuar Zain Network Sdn Bhd bakal menganjurkan percutian bersama-sama peminat ke Jordan pada November ini. Klik gambar untuk size besar ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| SAMPAI BILA SAYA NAK TUNGGU ERRA? - ENGKU EMRAN Posted: 10 Jun 2014 04:50 AM PDT Luahan hati Engku Emran mengenai gosip yang melanda dirinya hingga ada yang menganggap dia sebagai 'tidak tetap pendirian'. Untuk info, luahan tersebut telah dimuat menerusi portal miliknya sendiri iaitu MalaysianDigest. Di situ, Emran telah meluahkan isi hatinya yang selama ini terpendam gara-gara isu berkahwin dua dan cinta terbarunya selepas Erra. Jom baca! ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| You are subscribed to email updates from myartis.com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










0 comments:
Post a Comment