Powered by Blogger.

Germany Belasah Portugal 4-0, Thomas Mueller Hat Trick

Germany Belasah Portugal 4-0, Thomas Mueller Hat Trick


Germany Belasah Portugal 4-0, Thomas Mueller Hat Trick

Posted: 16 Jun 2014 03:07 AM PDT

Germany Belasah Portugal 4-0, Thomas Mueller Hat Trick  |  Thomas Mueller menjaringkan hatrik untuk Jerman dengan kemenangan bergaya untuk menumpaskan 10 pemain Portugal 4-0 dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia Kumpulan G mereka pada hari Isnin.

Mueller yang menjaringkan lima gol pada Piala Dunia 2010, adalah sebagai pemusnah kepada pasukan Portugal dimana dilihat corak permainan yang sangat lemah dan outplayed.

Dengan Canselor Jerman Angela Merkel menonton sehingga berdiri, apabila pasukannya bermain kali ke-100 Piala Dunia dengan kemenangan meriah dan bergaya.

Perlawanan itu berakhir pada separuh masa pertama dengan 3-0, dan Mueller menjaringkan dua gol sebelum berakhir separuh masa pertama.

Portugal telah dikurangkan kepada 10 orang apabila Pepe dilayangkan kad merah pada minit ke-37 kerana bertindak kasar kepada Thomas Mueller selepas pemain itu dikasari dan terduduk ditengah padang.  – sumber  -

Nora Danish Janjikan Sesuatu Jika Pengikut Instagram Cecah Sejuta

Posted: 16 Jun 2014 02:47 AM PDT

Nora Danish Janjikan Sesuatu Jika Pengikut Instagram Cecah Sejuta  |   Pengaruh pelakon comel Nora Danish ternyata bukan calang-calangnya, ini kerana akaun laman sosial Instagram merupakan palint top di Malaysia apabila mempunyai jumlahpengikut lebih daripada 830,000 orang!

Ketika ditemubual h!live, Nora, 32, menyatakan dia kini menyimpan impian untuk mengumpul pengikut sehingga mencecah angka sejuta.

Jika perkara itu tertunai, Nora juga menjanjikan sesuatu buat semua peminatnya yang tidak pernah-pernah jemu menyokong kerjaya seninya.

Antaranya Nora menyatakan mungkin dia akan pakai papan tanda mengucapkan penghargaan selain mungkin akan menari untuk tatapan peminat setianya.

Jadi, buat peminat Nora yang masih belum mengikutinya di laman Instagram, pastikan anda klik ‘follow’ untuk terus mengikuti perkembangan terkini pelakon berwajah awet muda ini.

Ratu Cantik Indonesia Meninggal Dunia Dalam Kemalangan

Posted: 16 Jun 2014 02:09 AM PDT

Ratu Cantik Indonesia Meninggal Dunia Dalam Kemalangan  |  Miss Jakarta 2004, Rizka Ismalia Putri Iskandar meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di jalan tol Kamal di Jakarta Utara pada Khamis.

Ketua Unit Kemalangan di subdirektorat penguatkuasaan undang-undang polis bandar raya, Miyanto berkata Rizka, 31, dan suaminya, Aldico Juniarto sedang dalam perjalanan dengan teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta untuk menaiki penerbangan ke Malaysia.

Rizka Ismalia Putri Iskanda Ratu Cantik Indonesia Meninggal Dunia Dalam Kemalangan

“Pemandu teksi itu dikatakan hilang tumpuan dan gagal mengawal kenderaannya,” kata Miyanto seperti yang dipetik Kompas.com pada Khamis.

Beliau berkata teksi itu melanggar sebuah trak yang diletak di tepi jalan, kemudian melanggar pula sebuah Honda CRV sebelum merempuh sekatan jalan konkrit.

Aldico dan pemandu teksi, Eko Yulianto terselamat dalam kemalangan itu dan dikejarkan ke Hospital Atmajaya di Pluit.

Seorang doktor dari Hospital Atmajaya, Andri P, berkata Eko kini menjalani rawatan kerana kecederaan saraf tunjang yang teruk. – BERNAMA

Gambar Mesra Keith Foo Dan Kekasih Tersebar

Posted: 16 Jun 2014 02:03 AM PDT

Gambar Mesra Keith Foo Dan Kekasih Tersebar  |  Seperti diketahui ramai pelakon yang popular di Malaysia selepas membintangi drama Ariana Rose, Keith Foo tidak pernah merahsiakan hubungannya dengan kekasih, Kim Raymond.

Malah pasangan ini diuar-uarkan bakal mengikat tali pertunangan 24 Jun ini.

Cuma yang tak sedapnya, keterbukaan Keith mendedahkan teman istimewa dalam hidupnya termasuk di laman Instagram kadang-kadang agak keterlaluan.

 

keithfookekasih2 Gambar Mesra Keith Foo Dan Kekasih TersebarGambar-gambar yang dikongsikan kadangkala kelihatan terlalu intim untuk dikongsi dengan umum.

keithfookekasih3 Gambar Mesra Keith Foo Dan Kekasih Tersebar
Mungkin ada yang menyifatkan tindakan ini tidak mengapa kerana Keith dan Kim bukan beragama Islam namun dari segi budaya Timur pun rasanya kurang manis berkongsi gambar baru bangun tidur atau posing di atas katil apatah lagi belum berkahwin. – sumber -

Maria Farida Dikecam Tayang Bikini Di Instagram

Posted: 15 Jun 2014 09:17 PM PDT

 Maria Farida Dikecam Tayang Bikini Di Instagram| Siapa yang tak kenal dengan pelakon jelita lagi menggoda iaitu Maria Farida kan? Dia ni, bukan sahaja pernah digosipkan bercinta dengan artis muda, malah pelakon jelita ini juga terkenal dengan imej seksi.

Baru-baru ini, kami sajalah intai sikit laman sosial Instagram miliknya, maklumlah, laman sosial kan satu medium untuk tau perkembangan artis.

Tiba-tiba, terkejut, terkedu dan terkesima kami apabila melihat sekeping foto yang telah dimuat naik oleh pelakon berwajah awet muda ini.

bikinimariafarida 502x630  Maria Farida Dikecam Tayang Bikini Di Instagram

Kalau nak tahu, pelakon yang popular dengan filem ‘Datin Ghairah’ ini telah berkongsi sekeping gambar pakaian mandi atau lebih tepat sekali bikini!

Alamak! apa nak jadi ni. Dah tak ada gambar lain ke nak ditunjukkan? Melalui kapsyen yang ditulis, Maria seolah-olah keliru untuk memilih mana satu bikini yang sesuai untuknya.

Hmm, kami pun apa lagi, terus baca komen-komen peminatnya dan ternyata ramai pula jejaka yang teruja untuk memilih warna bikini yang sesuai untuk hot mama ini.

Malah, bukan itu saja, ada juga beberapa pengikutnya yang megeluarkan bait-bait perkataan yang boleh dianggap lucah dan tidak senonoh.

Pada kami, kot iya pun nak bercuti dengan bikini, rasanya tak perlu muat naik foto seperti itu kerana ianya hanya akan mengundang fitnah. Lagipun, tak manis kan seorang wanita berbuat demikian.Tak gitu?-ohbulan

Dikutuk Sundal, Awal Ashaari Serang Balas Follower Instagram

Posted: 15 Jun 2014 09:12 PM PDT

Dikutuk Sundal, Awal Ashaari Serang Balas Follower Instagram| Kalau diteliti betul-betul, bukan semua follower Instagram seseorang selebriti itu merupakan peminat mereka. Kebanyakan mereka sebenarnya merupakan haters. Betul tak?

Jadi tak hairanlah jika komen-komen yang diberikan berunsur sinis dan pedas. Namun, komen seorang follower Awal Ashaari dikira agak keterlaluan apabila ianya melibatkan isterinya, Scha Alyahya dan anak dalam kandungannya.

Sebagai seorang suami dan bakal bergelar ayah tidak lama lagi, sudah tentu Awal akan marah apabila isterinya dikatakan mengada dan anak dalam kandungan itu sundal. Melampau tau!

awal ashaari Dikutuk Sundal, Awal Ashaari Serang Balas Follower Instagram

 

Sebagai respon kepada kutukan itu, Awal Ashaari telah berkongsi wajah wanita bernama sawawa di laman Instagramnya. Jelas, ramai peminat yang menyokong tindakan Awal dan mengkritik wanita tersebut.

Iyalahkan, kadang-kadang haters ini perlu juga diajar cara untuk menghormati orang lain. Jangan cakap main sedap mulut sahaja.  Ingat selebriti tiada perasaan ke?

awal ashaari 2 Dikutuk Sundal, Awal Ashaari Serang Balas Follower Instagram

Apapun, kami doakan agar Scha dan kandungannya sentiasa sihat. Tak sabar pula nak lihat wajah bayi mereka. Mesti comel kan?-ohbulan

 

Budak Perempuan Dihalau Dari KFC Kerana Muka Berparut

Posted: 15 Jun 2014 09:06 PM PDT

Budak Perempuan Dihalau Dari KFC Kerana Muka Berparut | seorang kanak-kanak perempuan yang diserang oleh anjing sehingga menyebabkan mukanya berparut telah diusir keluar dari restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) di Jackson, Mississippi, selepas pekerja di situ berkata mukanya itu menakutkan pengunjung yang lain.

Keluarga kepada Victoria Wilcher, 3, bagai mengalami mimpi ngeri selepas mereka diminta untuk meninggalkan restoran popular itu hanya kerana wajah anak perempuan mereka .

Mereka berkongsi kemarahan di laman Facebook bertajuk 'Victoria's Victory (Kemenangan Victoria).

"Adakah wajah ini menakutkan anda? Minggu lepas di KFC di Jackson MS wajah ini telah diminta meninggalkan restoran kerana wajahnya menakutkan pengunjung yang lain," demikian 'posting' yang dibuat di laman Facebook.

"Saya membawanya berjumpa doktor dan pergi ke KFC," kata nenek Wilcher, Kelly Mullins.

"Saya memesan teh manis bersaiz besar dan kentang putar berserta kuah untuknya kerana dia lapar. Dia dipasang tiub pada masa itu, saya anggap hanya kentang yang boleh ditelan dengan tiub itu."

kfc Budak Perempuan Dihalau Dari KFC Kerana Muka Berparut

"Mereka hanya beritahu kami, "Kami perlu meminta anda meninggalkan tempat ini kerana mukanya mengganggu pelanggan-pelanggan kami". Victoria benar-benar faham apa yang mereka katakan," katanya.-mStar

 

Wajah Neelofa Yang Mengejutkan Peminat Di Facebook

Posted: 15 Jun 2014 06:00 PM PDT

Wajah Neelofa Yang Mengejutkan Peminat Di Facebook  |  Ramai peminat di laman fanpage facebook rotikaya pasti perasaan dengan perubahan raut wajah Neelofa menerusi sekeping foto yang dikongsikan semalam.

Ada yang perasaan bahawa penampilan pengacara MeletOp itu kelihatan agak tua, berusia dan tidak sejelita dulu. Benarkah apa yang didakwa mereka ini?

Mungkin penulis sedikit bersetuju dengan pendapat mereka namun teknik make-up dan posing yang salah oleh Neelofa juga boleh dianggap antara faktor penyumbang ke arah perubahan mimik mukanya.

Perubahan pelik raut wajah Neelofa yang mengejutkan peminat Wajah Neelofa Yang Mengejutkan Peminat Di Facebook

 

- sumber -

 

Aidil Zafuan Tegaskan Bahawa Gajinya Mampu Bayar Nafkah Anak Anak!

Posted: 15 Jun 2014 03:19 PM PDT

Aidil Zafuan Tegaskan Bahawa Gajinya Mampu Bayar Nafkah Anak Anak!   |   Hujung tahun yang lalu Aidil Zafuan ada memberikan kenyataan kepada mahkamah mengatakan tuntutan nafkah lebih RM5,000 sebulan oleh bekas isterinya Rita Rudaini untuk anak anak sebagai tidak munasabah kerana gajinya bermain bola sepak hanya RM10,000 sebulan.

Baru baru ini, ada khabar mengatakan pemain bola sepak itu kini sudah terjun ke dunia lakonan selepas beberapa gambar beliau di set penggambaran dimuat naik ke Instagram untuk mencari pendapatan tambahan membayar tuntutan Rita Rudaini.

“Tuduhan saya mahu tambah pendapatan kerana perlu membayar nafkah sangat mengarut. Saya terkejut apabila ada pihak yang sengaja mahu memanaskan isu”

“Sedangkan apa yang saya lakukan sekarang ini (berlakon) sekadar untuk suka-suka. Tak ada kena mengena dengan nafkah. Gaji saya sebagai pemain bola sepak sahaja dah cukup untuk beri nafkah anak,” jelas Aidil Zafuan yang diminta mengulas.

Dalam kenyataan sama, Aidil Zafuan berkata beliau enggan mengambil pusing komen komen yang ada di Internet kerana tidak mahu menambahkan pening kepala.

Beliau turut mengakui terlibat dengan satu penggambaran namun enggan mengulas sama ada ia untuk filem, telefilem, drama atau sekadar iklan televisyen.

“Apa-apapun karier sebagai pemain bola sepak diutamakan dahulu sebelum menerima apa-apa tawaran lain,” tambah Aidil Zafuan yang meminta semua menunggu sidang media.

Gambar Kenderaan Polis Kena Saman Dengan Traffik Bertugas

Posted: 15 Jun 2014 03:05 PM PDT

Gambar Kenderaan Polis Kena Saman Dengan Traffik Bertugas  |  Kalau beberapa hari lepas SiakapKeli.com telah memaparkan wang kertas bertujuan sogokan yang dikoyak oleh anggota polis traffik kali ini timbul pula gambar baru yang sedang tersebar di media sosial dan beberapa buah blog dimana gambar seorang polis traffik sedang menyaman seorang anggota polis lain.

Melihat kepada gambar berkenaan, kereta yang disaman itu adalah kegunaan Polis Diraja Malaysia. Walaubagaimanapun punca saman tidak diketahui.

polis Gambar Kenderaan Polis Kena Saman Dengan Traffik Bertugas
Dua peristiwa yang membanggakan polis ini sekaligus menaikkan imej anggota polis traffik yang mana selama ini masyarakat hanya tahu melabelkan mereka ini penerima rasuah. Itulah masyarakat kita senang sangat melabelkan mana-mana pihak walaupun hanya segelintir yang terlibat dengan jenayah tersebut.  – sumber -

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani