Pelumba Basikal Negara Parah Dirempuh Kereta
Pelumba Basikal Negara Parah Dirempuh Kereta
Pelumba Basikal Negara Parah Dirempuh Kereta
IPD Rompin Terbakar, Banduan Cuba Rampas Senjata Mahu Larikan Diri
Farid Kamil Termakan Coklat Mengandungi DNA Babi?
Pelajar Dinoda 38 lelaki
Pelumba Basikal Negara Parah Dirempuh Kereta
Posted: 27 May 2014 02:56 PM PDT
Pelumba Basikal Negara Parah Dirempuh Kereta | Pelumba basikal negara Kimberley Yap parah selepas terbabit dalam kemalangan di Plaza Tol Penchala Link menghala Damansara, kira-kira jam 8 pagi tadi.
Difahamkan, ketika kejadian beliau menjalani latihan secara berseorangan sebelum dilanggar sebuah kereta dari belakang.
Menurut sumber polis, berikutan kejadian Kimberley dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi rawatan selepas cedera di bahagian kaki, kepala dan badan.
Sumber memberitahu, Yap yang berusia 29 tahun kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan lanjut.
Difahamkan Kimberley berlatih seawal jam 7 pagi dan sering menggunakan laluan berkenaan bagi mempersiapkan diri menghadapi kejohanan antarabangsa. – sumber -
IPD Rompin Terbakar, Banduan Cuba Rampas Senjata Mahu Larikan Diri
Posted: 27 May 2014 02:44 PM PDT
IPD Rompin Terbakar, Banduan Cuba Rampas Senjata Mahu Larikan Diri | Penduduk di sekitar Bandar Kuala Rompin, di sini, gempar apabila bangunan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin terbakar sekitar jam 8.45 pagi semalam, dan menyebabkan lima daripada tujuh tahanan dalam lokap cedera parah manakala tiga anggota polis turut mengalami kecederaan.
Dalam babak cemas tersebut, dua orang kena tahan (OKT) pula cuba melarikan diri dan merampas senjata, namun berjaya ditahan di depan IPD Rompin oleh anggota polis unit kereta peronda (MPV).
Dua pasukan bomba seramai 15 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin bergegas ke lokasi kejadian.
Kebakaran berjaya dikawal selepas lima minit pihak bomba melakukan operasi memadam. Kesemua mangsa termasuk OKT yang cedera dalam kejadian dibawa ke Hospital Rompin untuk rawatan lanjut dengan kawalan anggota polis.
Kegemparan tersebut berpunca daripada aksi latihan kebakaran (mork drill) yang melibatkan kerjasama IPD Rompin, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin, Hospital Rompin dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cawangan Rompin itu turut menarik perhatian penduduk sekitar yang hadir untuk melihat kejadian yang berlaku.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya, berkata, latihan kebakaran ini diadakan bagi melatih anggota polis menghadapi situasi tidak dijangka.
“Latihan seperti ini sangat penting kerana ia di luar dugaan atau tidak dijangka dan setiap anggota perlu faham serta tahu apa tindakan yang perlu dilakukan ketika menghadapi situasi cemas seperti ini terutama melibatkan OKT.
“Lima OKT yang cedera berjaya diselamatkan manakala dua lagi cuba melarikan diri turut berjaya ditahan anggota MPV yang berkawal. Situasi berlaku pagi ini (semalam) mungkin sekadar simulasi tetapi tidak mustahil boleh terjadi dan kita mesti sentiasa bersiap sedia,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin, Penolong Penguasa Bomba, Shamsul Affandy Sulaiman, berkata, latihan seperti ini memberi pendedahan secara praktikal dalam menghadapi situasi kebakaran.
“Setiap anggota bomba dan polis serta pasukan perubatan dari Hospital Rompin memberi kerjasama yang sangat baik dan ia terbukti dalam masa yang singkat situasi dapat dikawal. Melalui latihan seperti ini, ia juga memberi ruang kepada pasukan bomba untuk memperkemas setiap tindakan dalam menghadapi situasi kebakaran,” katanya.
Farid Kamil Termakan Coklat Mengandungi DNA Babi?
Posted: 27 May 2014 10:42 AM PDT
Farid Kamil Termakan Coklat Mengandungi DNA Babi? | Cukup Panas Isu Coklat Cadbury ini, difahamkan sudah berjuta Umat Islam Makan Coklat mengandungi BABI dan kini JAKIM baru nak bertindak? Apakah sebelum ini JAKIM makan gaji buta? Apakah pendapat anda? Ikuti selanjutnya:-
“Kami telah menerima komen daripada pelbagai pihak dalam perkara ini dan kami juga turut peka akan seruan masyarakat Islam untuk penyelesaian”.
Itu luahan syarikat Cadbury Malaysia berikutan isu coklat syarikat itu dikesan pihak berkuasa mengandungi asid deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine) baru-baru ini.
Pendedahan itu menyebabkan orang ramai termasuk badan bukan kerajaan (NGO) mengecam syarikat tersebut termasuk menggesa umat Islam tidak lagi membeli produk tertentu Cadbury.
Ketua Unit Hal Ehwal Korporat Cadbury Malaysia, Raja Zalina Raja Safran turut memaklumkan, Cadbury Malaysia sedang memberi tumpuan penuh terhadap penyiasatan kes itu.
“Semua sumber kami ke arah penyiasatan yang sedang berlangsung. Kami juga turut bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim dalam memastikan produk kami mematuhi garis panduan halal,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Raja Zalina berkata, Jakim dalam proses menjalankan ujian ke atas produk Cadbury dan akan mengumumkan keputusan itu sebaik sahaja memperoleh maklumat.
“Sehingga itu, kami tidak dapat memberikan komen lanjut. Kami memberi jaminan bahawa kami sedang berusaha penuh untuk menangani isu ini secepat mungkin,” katanya.
Ps: Persoalannya sekarang sejak bilakah Coklat Cadbury yang mengandungi DNA Babi ini telah tersebar di pasaran? Adakah 3 tahun yang lepas, 2 tahun, atau selepas mendapat sijil HALAL? Ini penuh dengan tandanya, mangsanya adalah mereka yang beragama islam tidak kiralah anda dari golongan artis mahupun rakyat biasa. Lepas nie penulis sure boikot Cadbury ini. Kecuaian seperti ini tidak patut berlaku lebih lebih lagi makanan yang dilarang untuk kita makan!
BOIKOT CADBURY UNTUK MENYOKONG SOKONGAN ANDA!
- sumber -
Pelajar Dinoda 38 lelaki
Posted: 27 May 2014 10:11 AM PDT
Pelajar Dinoda 38 lelaki | Kes seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa dirogol beramai-ramai oleh kira-kira 38 lelaki tidak dikenali di Ketereh, Selasa lalu mendapat perhatian Ahli Parlimennya Tan Sri Annuar Musa.
Annuar menerusi laman sosial Facebooknya memuat naik status yang melahirkan rasa terkejut dan dukacita berhubung kejadian itu jam 9 malam semalam.
Beliau yang mengetahui berita itu menerusi Buletin Utama TV3 jam 8 malam turut meminta pihak berkuasa segera menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.
“Saya di luar negara terkejut apabila TV3 jam 8 malam memaparkan tajuk utama yang mengaitkan kejadian rogol di Ketereh.
“Masya-Allah. Sebagai Ahli Parlimen Ketereh, saya dukacita dengan berita ini. Semoga siasatan dibuat untuk mengetahui kebenarannya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi laporan polis mengenai kejadian itu yang mendapat perhatian orang ramai, namun tidak mendedahkan identiti mangsa.
Kira-kira dua jam kemudian, beliau memuat naik satu lagi status yang mempersoalkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan identiti mangsa. Mengikut laporan, seorang pelajar tingkatan dua dari Kuala Krai mendakwa dirogol sekumpulan lelaki sekitar 38 orang dalam sebuah rumah. – sumber -
0 comments:
Post a Comment